Friday, February 27, 2009

Menjerat Singa Afrika?

...berjayakah Barat menjerat "Singa Afrika" ini?


1. Saya berasal dari kampung. Sejak zaman kanak-kanak hingga zaman remaja saya dibesarkan di kampung. Serating itulah kampung saya.

2. Kampung saya amat cantik. Ada sungai. Ada laut. Ada hutan. Ada tanah lapang. Tanah lapang ini disukai oleh burung-burung untuk mencari makan.

3. Permainan saya ketika zaman kanak-kanak hingga zaman remaja adalah permainan kampung.

4. Antara permainan saya waktu kecil adalah menjerat burung. Burung yang dijerat antaranya terkukur, punai dan ketitir.

5. Cara menjerat burung adalah dengan membuat sejenis perangkap yang dipanggil 'jerat bingkas'.

6. Cara membuat jerat bingkas adalah menggunakan sebatang kayu sebesar ibu jari tangan sepanjang 3 meter. Tali tasi. Dan padi.

7. Kayu tadi dipacak ditanah yang digemari oleh burung-burung. Kemudian tasi diikat dikayu. Kemudian tasi ditarik kepada jerat yang dipasang dengan membuat tempat pemijak yang akan membuatkan tasi terlucut ikatan dijerat sehingga kayu tadi menarik perangkap dengan menjerat kaki burung.

8. Padi ditabur kepada perangkap untuk memerangkap burung ke jerat.

10. Saya tidak tahu bagaimana di Afrika, mereka menjerat singa. Mungkin dengan membuat sebuah lubang. Dengan meletakkan tanah dan rerumput di atas lubang.

11. Jika burung yang dijerat kita boleh digoreng kunyit atau letak dalam sangkar untuk mendengar siulannya yang merdu. Singa pula mungkin boleh diambil kulit atau taringnya. Kulitnya boleh dipakai. Taringnya boleh dipakai dileher.

12. Mesej pemakai adalah, jika singa aku boleh tundukkan apatah lagi engkau yang tak bertaring?

13. Di antara tempat 'menjinak' manusia adalah di International Criminal Court (ICC) di The Hague, Belanda. Mereka ini di bawa ke sini kerana jenayah "genocide, crimes against humanity, war crimes, and the crime of aggression".

14. Itulah pertuduhan terhadap Presiden Sudan, Omar Hassan al-Bashir di Darfur. Lebih detail lagi seperti berikut "On 14 July 2008, the Chief Prosecutor of the International Criminal Court (ICC), Luis Moreno-Ocampo, alleged that al-Bashir bore individual criminal responsibility for genocide, crimes against humanity and war crimes committed since 2003 in Darfur. The prosecutor accused al-Bashir of having “masterminded and implemented” a plan to destroy the three main ethnic groups, the Fur, Masalit and Zaghawa, with a campaign of murder, rape and deportation." (Wikipedia).

15. Sumber Reuters, yang dipetik oleh New Straits Times, pula meyatakan diplomat-diplomat United Nations menyatakan bahawa waran akan dikeluarkan.

16. Jika beliau didakwa maka "..... al-Bashir would be the first sitting head of state charged by the ICC". (Wikipedia)

17. Kedudukan perhambaan (slavery) disepakati oleh negarabangsa moden bahawa ia adalah tidak dibenarkan sama sekali.

18. Perhambaan dalam Islam, hukumya belum lagi dinasakhkan (dibatal). Jika kita membuka al-Qur'an dan hadis-hadis sahih hukumya masih berada di situ, walaupun tidak dipraktikkan lagi.

19. Di Sudan seperti laporan Reader's Digest, mangsa-mangsa perang diperhambakan.

20. Ahli fikah (pakar undang-undang Islam) yang mengkaji tentang hukum perhambaan dalam Islam berdepan dengan dilema. Bagaimanakan mereka ingin mentafsir ayat-ayat dan nas tentang perhambaan dengan undang-undang antarabangsa. Ini satu cabaran kepada ahli hukum Islam.

21. Satu lagi kedudukan ICC sendiri boleh dipertikaikan. Negara-negara umat Islam boleh mencabar 'legitimacy' ICC.

...bangunan ICC di The Hague

22. Inilah dilema dalam hukum antarabangsa, termasuk ICC. (Rujuk tulisan Michael Chertoff, Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat dalam journal Foreign Affairs, Jan/Feb 2009 dengan tajuk "The Responsibility to Contain" muka surat 130 - 147)

23. Beliau mebicarakan berkenaan "sovereignty" dan "legitimacy" hukum-hukum antarabangsa. Sudan mempunyai "sovereignty", dan Sudan ada hak untuk mempersoalkan "legitimacy" ICC termasuk waran untuk menangkap beliau. Seperti dilaporkan oleh Reuters nasibnya akan diketahui March 4 ini.

24. Memang prinsip undang-undang 'innocent until proven guilty'. Beliau boleh dibicarakan. Beliau boleh pasang peguam.

25. Tetapi jika Singa Afrika ini tunduk kepada bidangkuasa (jurisdiction) ICC maka seolah-olah mengiktiraf ICC.

26. Bagaimana pula jika beliau didapati bersalah? Jerat sudah mengena?

27. Kes Sudan adalah konflik di Darfur didalangi oleh negara-negara musuh umat Islam, antaranya, seperti laporan Reuters; Israel.

28. Israel memang ada jenayah perang di Palestine. Beban untuk membuktikan Israel terlibat di Darfur adalah atas bahu Sudan. Libya, seperti dilaporkan sedia membantu.

30. Adakah Darfur merupakan "padi-padi" yang ditabur untuk menjerat Al-Bashir kesebuah jerat yang dipanggil ICC?

Tuesday, February 24, 2009

Peguam Di-Raja






1. Di Britain, peguam senior (kanan) yang layak untuk memakai sutera (taking silk) dikenali sebagai Queen's Counsel. Atau King's Counsel, jika pada masa material Raja sebagai pemerintah tertinggi.

2. Uniknya, hiraki peguam di Britain, mereka ada satu panggilan untuk peguam senior.

3. Perkara yang sama tidak ada di Malaysia, walaupun kita berkiblatkan United Kingdom dalam bidang undang-undang.

4. Saya pada peringkat awal menjadi seorang peguam beranggapan saya adalah Queen's Counsel. Alasannya 'taking silk' (memakai sutera) menurut Professor Glanville William maka seorang peguam itu layak untuk dipanggil 'Peguam Di-Raja'.

5. Oleh itu saya guna Rohan Q.C. kerana saya telah ada 'silk robe'.

6. Jangan salahkan saya kerana Professor Glanville William tidak menerangkan dengan jelas dalam buku beliau 'Learning the Laws' apa itu maksud 'Queen's Counsel'. (Sebenarnya, tidak hanya kena ada silk robe tetapi instrumen dari Queen atau King mesti diperolehi dulu sebelum di panggil sebagai Queen's Counsel atau King's Counsel.)

7. Saya juga bukan 'British trained lawyer' yang dikeluarkan oleh jenama berprestij "Four Inns of the Court.'

8. Akhbar melaporkan bahawa krisis di Perak telah menggerakkan peguam-peguam Dato' Dr Zambry ke England untuk 'pandangan kedua' dari Peguam Di-Raja Britain.

9. Dalam kes Stephen Kalong Ningkan, peguam yang berdebat tentang pemecatan Ketua Menteri oleh Gabenor Sarawak adalah kedua-dua pihaknya Queen's Counsel.

10. Dalam kes Datuk Amir Kahar, pihak-pihak hanya melantik peguam tempatan.

11. Di dalam blog chedet.com (kini chedet.cc) Dr Mahathir mendedahkan hujah beliau mengkritik badan kehakiman (judiciary) dan matan Ketua Hakim Negara- Tun Salleh Abbas-beralasan keharusan yang diberi oleh Peguam Di-Raja.

12. Peranan peguam-peguam senior adalah besar dalam masyarakat.

13. Bukan setakat maruah dan krisis diselesaikan oleh peguam-peguam, tetapi mereka memainkan peranan besar dalam mewujudkan masyarakat sivil.

14. Perang dapat dielakkan dengan mendebatkan khilaf negara di Mahkamah. Yang mendebatkan isu-isu kritikal ini oleh peguam-peguam terlatih.

15. Tidak cukup negara kita mempunyai Polis Di-Raja, Kastam Di-Raja dan Tentera Di-Raja.

16. Sudah sampai rasanya Malaysia mempunyai Peguam Di-Raja mereka sendiri sebagai menghormati peguam senior.




Friday, February 20, 2009

ABDUL RAHIM KASSIM



...sentiasa senyum walaupun dalam krisis...

1. Pertamanya saya nyatakan kepada pengunjung blog saya dan kepada penguasa undang-undang bahawa saya tidak membicarakan kes yang telah difailkan di mahkamah antaranya Dato Seri Nizar v Dato Dr Zambry. Oleh itu tiada isu sub judice harus dibangkitkan.

2. Saya membicarakan kes yang belum lagi difailkan di mahkamah iaitu Dato Seri Nizar v Sultan Azlan Shah.

3. Seorang pengunjung blog saya yang saya panggil Abang Rahim ada memberi komen berikut dalam posting Dato Seri Nizar v Sultan Azlan Shah:-

"Undang-undang tubuh negeri Perak Artikal 16 (6) jelas menyatakan Menteri Besar hanya boleh diturunkan melalui;
1. Dewan dibubarkan
2. Undi tidak percaya di dalam dewan
3. MB meletak jawatan dengan kerelaannya."

4. Sekarang kita lihat secara penuh Artikel 16 (6) Perlembagaan Perak:-

"If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council."

5. Artikel 16(6) secara jelas tidak menjelaskan tentang wujudnya 'undi tidak percaya' yang memerlukan Menteri Besar perlu meletak jawatan.

6. Artikel 16(6) Perlembagaan Perak sama dengan Artikel 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

7. Professor Abdul Aziz Bari dan Farid Suffian merujuk kepada Reid Commission dalam menjelaskan Artikel ini.

8. Reid Commission menyatakan :-

"If the Prime Minister asks for dissolution and Yang Di-Pertuan Besar refuses this request, then the Prime Minister must vacate his office."

9. Ini menunjukkan bahawa permintaan Menteri Besar Perak ( Dato Seri Nizar) untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tidak mesti dipatuhi oleh Sultan. Bahkan Sultan boleh menolak untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri. Dan Menteri Besar mesti kosongkan jawatannya. Ini adalah pandangan Abdul Aziz Bari dan Farid Suffian selepas merujuk pandangan Reid Commission.

10. Inilah betuk kuasa yang saya telah jelaskan 'discretionary power. Nanti selepas ini saya kuatkan pandangan saya bahawa kuasa untuk bubar Dewan Undangan Negeri adalah kuasa budibicara Sultan.

11. Seterusnya, bagaimana jika Menteri Besar enggan meletakkan jawatan? Aziz Bari dan Farid Suffian membuat analisa bahawa "There is no local case regarding this point."


...Dato Seri Nizar dikelilingi oleh penasihat bukan Islam dan/atau bukan Melayu?

12. Dalam kes Dato Seri Nizar, beliau telah enggan meletak jawatan. Saya lihat di tempat parkir mahkamah kereta yang masih dipakai ialah dengan tulisan "Menteri Besar Perak"!

13. Saya tidak setuju bahawa Sultan adalah sama dengan Yang Di-Pertuan Negeri. Pentafsiran "Ruler" dalam Artikel 182(2) Perlembagaan Persekutuan, pada pendapat saya, adalah tidak termasuk Yang Di-Pertuan Negeri. Oleh itu kes yang dirujuk oleh peguam hak asasi seperti Malik Imtiaz Sarwar dalam blognya Disquet, saya tidak setuju.

14. Kalaupun dihujahkan kes Stephen Kalong Ningkan v Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli [1966] 2 MLJ 187 hendaklah dirujuk dalam menjelaskan krisis di Perak, kita harus ingat kes ini (Stephen Kalong Ningkan) telah dibezakan dalam kes Datuk Amir Kahar Bin Tun Dato Haji Mustapha Said Keruak [1995] 1 MLJ 169.

15. Cuba kita analisa faktor-faktor berkait dengan kes-kes di atas.

16. Hakim Abdul Kadir Sulaiman (hakim ini juga yang menerimamasuk saya sebagai peguam di Mahkmah Tinggi Terengganu) berkata:-

"The fact of a Chief Minister ceasing the command of the confidence of a majority of members of the Assembly can be evidence by various situations and circumtances".

17 Ini menunjukkan Sultan hendaklah mencari bukti, dari situasi dan keadaan-keadaan pelbagai, di mana seseorang Menteri Besar telah kehilangan keyakinan ahli Dewan Undangan Negeri.

18. Seterusnya hakim tersebut berkata:-

"It can be through the knowledge of the Chief Minister himself from the surrounding circumtances or it can be through the actual voting in the Assembly by its members."

19. Sultan boleh melihat kepada keadaan-keadaan persekitaran ATAU undi di Dewan Undangan Negeri.

20. Jika Abang Rahim berpandangan mesti dengan undi di Dewan Undangan Negeri saya rasa khilaf dengan keputusan kes ini kerana hakim memberi alternatif dengan pengunaan perkataan "or"(atau).

21. Seterusnya hakim ini juga membezakan Stephen Kalong Ningkan dengan Datuk Amir Kahar kerana "The hard fact in that case was that the alleged loss of confidence was highly suspect."

22. Kes Stephen Kalong Ningkan, 'discretionary power' Governor Sarawak dipertikaiakan kerana ada unsur keraguan dalam samada Ketua Menteri benar-benar telah hilang keyakinan (loss of confidence) ahli dewan.


...Dato Seri Nizar perlu peguam terbaik untuk memenangi kes beliau?


23. Oleh itu dalam kes Dato Seri Nizar, seperti dilaporkan oleh akhbar di muka surat depan, cara Sultan Azlan Shah membuat penemuan samada Dato Seri Nizar masih ada keyakinan majoriti ahli dewan adalah dengan memanggil ketiga-tiga ahli dewan yang melompat dan kesemua ahli-ahli dewan BN yang tidak menyokong Dato Seri Nizar.

24. Perlembagan Perak senyap (silent) tentang bagaimana Sultan Perak harus buat penemuan tentang isu seorang Menteri Besar yang telah hilang sokongan majoriti. Tetapi kes undang-undang seperti kes Datuk Amir Kahar menyebut di Para 19.

25. Berkenaan kuasa 'budibicara' Sultan yang dibangkitkan oleh Abang Rahim, saya menyatakan, Abang Rahim boleh merujuk kepada Artikel 18(2) Perlembagaan Perak.

26. Adalah kuasa 'budibicara'(discretion) Sultan untuk melantik (baca:memecat) Menteri Besar dan menahan perkenan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri.

27. Kuasa untuk membubar Dewan Undangan Negeri adalah dari kategori kuasa budibicara Sultan, bukannya kuasa 'act on advise'. Rujuk Artikel 18(2) dan Artikel 36 (2) Perlembagaan Perak.

28. Artikel 36(2) Perlembagaan Perak menyebut "His Royal Highness may prorogue or dissolve the Legislative Assembly".

....adakah hakim akan berpihak kepada Dato Seri Nizar?

29. Perhatikan ayat yang digunakan "may". Ini menunjukkan samada Sultan nak bubar atau tidak adalah atas budibicara Sultan.

Wednesday, February 18, 2009

Mimpi Politik

1. Masalah-masalah hidup bukannya semua boleh diselesaikan dengan cara yang objektif. Ada segmen-segmen kerumitan hidup yang perlu diselesaikan secara misteri. Semisterinya hidup.

2. Antara kaedah penyelesaian masalah hidup secara misteri adalah penyelesaian melalui mimpi.

3. Seperti dilaporkan oleh pihak akhbar dan juga sumber dalaman yang diperolehi oleh saya, presiden Parti Islam Se-Malaysia telah menyelesaikan kerumitan memilih calon P036 Kuala Terengganu melalui ilham dalam mimpi.

4. Hasilnya seperti semua tahu calon tersebut telah berjaya mengalahkan calon pilihan parti yang agak berkuasa di Malaysia: BN-Umno.

5. Misterinya kaedah penyelesaian kerumitan hidup ini meyebabkan seorang penulis klasik Islam Ibnu Sirin mengumpulkan ta'bir mimpi dalam buku beliau "Tafsir Ahlaamul Kabir".

6. Di dalam surah Yusuf, meceritakan kisah Yusuf yang bermimpi dihormati oleh planet-planet. Akhirnya mimpi baginda menjadi kenyataan dengan terlantiknya beliau sebagai pemimpin politik selepas menghadapi tribulasi dan mehnah hidup yang cukup getir.

7. Begitu juga berjayanya Nabi Muhammad s.a.w berjaya membukan kota Mekah telah diilhamkan petunjuk pembukaan tersebut sebelum itu di dalam mimpinya.

8. Kitab Sahih Bukhari dan Muslim lebih jauh lagi membicarakan mimpi ini secara dua. Pertama, mimpi dengan cara melihat sesuatu itu di dalam tidur. Kedua, melihat secara 'yaqozoh' (jaga).

9. Cukup misteri dan rumit untuk difahami. Sehinggakan sebuah organisasi agama di Malaysia di tahun 90-an dulu pernah diharamkan di antaranya mengajar ajaran sesat kerana bertemu Nabi Muhammad s.a.w secara jaga.

10. Bagi pemikir 'problem-solver' aliran sekular mereka tidak boleh menafikan peranan mimpi dalam menyelesai masalah hidup kerana tokoh-tokoh penganalisa mimpi secara sekular pun ada.

11. Nama seperti Sigmund Freud menukilkan "The Interpretation of Dreams" mendakwa mimpi ada kaitan dengan hidup yang jaga (wake life).

12. Seterusnya beliau menggunakan kaedah pentafsiran mimpi dalam pengubatan psikoanalisis beliau di klinik.

13. Harap-harap kemelut politik di Malaysia yang kian meruncing sekarang ini diselesaikan, antaranya, secara mimpi politik.

Monday, February 16, 2009

Dato’ Seri Nizar v Sultan Azlan Shah

... cubaan untuk mencabar kekebalan raja?


1. Ini hanyalah hipotesis kekuatan kes Dato Seri Nizar v Sultan Azlan Shah, jika memang betul kes tersebut difail di mahkamah seperti ada ura-ura untuk menfailkannya oleh beberapa pihak.

2. Saya sudah membaca beberapa blog. Jika tuan-puan membaca pandangan saya di bawah tuan akan dapati pandangan saya tidak selari atau sekata dengan pandangan yang tuan-puan telah baca. Dengan kata lain saya khilaf (dissent) dengan pandangan rakan peguam lain.

ISU-ISU PENCETUS KRISIS

3. Mengikut analisa saya ada 3 isu utama yang mencetus kemelut politik di Perak.

i-Surat perletakan jawatan yang tidak bertarikh.

ii. Lompat parti.

iii. Permohonan Menteri Besar untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

4. Pandangan saya adalah menurut undang-undang sedia adanya.

5. Isu (i) kes fakta yang sama telah diputuskan dalam Datuk Ong Kee Hui vs Sinyium Anak Mutit (1983) 1 MLJ 36. Ringkasnya surat perletakan jawatan sebagai ADUN tidak bertarikh tersebut tidak efektif. Lebih-lebih lagi fakta di kes di Perak, mereka telah menulis surat membatalkan surat perletakan jawatan yang tidak bertariklh.

6. Isu (ii) kes fakta yang sama juga telah diputuskan dalam kes Nordin Bin Salleh v DUN Kelantan. Wakil rakyat bebas untuk melompat parti yang mana yang mereka suka.

7. Isu (iii) saya berpandangan bahawa Raja Perak adalah mempunyai kuasa budibicara (dicretionary power) dalam membubarkan Dewan Undangan Negeri, bukannya baginda bertindak menurut nasihat (act on advice) dalam membubarkan Dewan Undangan Negeri.


PERSUASIVE FORCE

8. Ada yang bergantung kepada pemerhatian Raja Azlan Shah dalam buku beliau Monarchy, Rule Of Law and Good Governance:

`Under normal circumstances, it is taken for granted the Agong would not withold his consent to a request for dissolution of Parliament. His role is purely formal'.

9. Saya katakan bahawa tidak sama, pemerhatian yang dibuat dalam 'memutuskan kes' (judgment) dengan 'penulisan' (opinion) dalam buku.

10. Petikan di atas hanyalah penulisan dalam buku. Oleh itu ia tiada 'binding force' dalam mentafsirkan perlembagaan. Tetapi ia mempunyai 'persuasive force' dalam mentafsirkan perlembagaan.

11. "Binding force" adalah lebih kuat dari "persuasive force".

KUASA SEORANG RAJA

12. Seterusnya. Menurut Perlembagaan, ada dua jenis kuasa seorang raja. Pertama, kuasa berdasar 'act on advice' (bertindak menurut nasihat) dan kedua kuasa 'discretionary power' (kuasa budibicara).

13. Act on advice seperti dalam meluluskan sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Kuasa perkenan raja terhadap rang undang-undang tersebut adalah dalam kotegori 'act on advice'.

14. Raja mempunyai budibicara dalam melantik seorang Menteri Besar. Beliau tidak terpaut dengan nasihat sesiapa dalam melantik Menteri Besar.

15. Begitulah pentafsir perlembagaan berpendapat, seperti Prof Shad Saleem Faruqi – setelah merujuk Interpretation Act, berpendapat kuasa melantik termasuk kuasa memecat. Dengan kata lain, menurut pentafsiran ini, adalah kuasa budibicara (discretionary power) seorang raja untuk memecat Menteri Besar di negerinya.

KEKEBALAN RAJA

16. Ramai orang keliru tentang "kekebalan" (immunity) raja atau YDPA.

17. Kekebalan raja yang dilucutkan oleh kerajaan BN-Umno adalah kekebalan 'kesalahan peribadi' mereka.

18. Contoh jika mereka membunuh. Adakah mereka (raja) hendak dibiarkan (diberi kekebalan) begitu sahaja? Tidak adil kan....

19. Maka kekebalan mereka di atas kesalahan PERIBADI telah ditarik. Contoh kes, sivil bukan jenayah, konflik perbankan antara Standard Chartered v Almarhum Yang DiPertuan Negeri Sembilan. Kes itu adalah kes perbankan peribadi antara mereka berdua.

20. Raja ada kekebalan atas apa-apa tindakan atas kapasiti sebagai raja atau YDPA. Contoh, dalam kes kemelut undang-undang di Perak. Saya percaya raja, masih mempunyai kekebalan dari segala saman jika sesuatu saman itu berkenaan perlakuannya atas kapasiti seorang raja.

PENUTUP

21. Tindakan Dato Seri Nizar v Sultan Azlan Shah boleh difailkan di mahkamah. Tetapi saya berpandangan pihak peguam persekutuan akan menfailkan satu permohonan untuk ‘striking out’ tindakan ini atas alasan ‘kekebalan’ institusi raja atas alasan yang telah dinyatakan di atas.

22. Mana-mana pihak yang kalah salam sesuatu tindakan biasanya diarahkan oleh mahkamah untuk membayar kos. Jika parti yang memberi mandat maka biasanya parti yang membayar kos.

23. Kos sesuatu tindakan di Mahkamah Tinggi boleh mencecah ratusan ribu. Itu tidak termasuk 'interest' yang harus dibayar. Jika parti atau pihak gagal membayar perlaksanaan dalam bentuk perintah seperti kebankrapan boleh dipohon di mahkamah terhadap pihak yang memulakan tindakan.

23. Saya ‘reserve’ hak saya untuk ‘revise’ pandangan saya jika ada apa-apa perkembangan baru.

Saturday, February 14, 2009

DIPLOMASI & PEPERANGAN

1. Saya mempunyai sebuah perpustakaan mini.

2. Saya amat teliti dalam membeli buku-buku di pasaran kerana jika maklumat saya boleh dapat dengan mudah dan percuma di internet mengapa saya harus membeli maklumat tersebut dalam bentuk buku?

3. Di antara koleksi buku saya terbaru dan agak bernilai ialah koleksi buku-buku tentang peperangan dan diplomasi.

4. Buku tentang peperangan ialah buku nukilan oleh Robert Greene iaitu "The 33 Strategies of Wars". Mankala buku tentang diplomasi pula ialah oleh Prof Dr Henry Kessinger yang bernama "Diplomacy".

5. Adakah saya ingin menjadi statesman dengan membaca buku-buku sebegini? Tidak. Bahkan tawaran untuk menyertai Pegawai Tadbir dan Diplomatik telah saya tolak. Saya lebih berminat untuk menjadi seorang peguam.

6. Apa gunanya ilmu-ilmu dalam buku sedemikian kepada hidup saya dan juga kerjaya saya?

7. Saya melihat diri kita sendiri adalah merupakah seorang negarawan (statesman). Kita berkawan dengan orang itu merupakan polisi luar (foreign policy) kita dan apabila kita berkhilaf atau bergaduh dengan seseorang itu merupakan peperangan kita.

8. Insiden keruntuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak telah diramalkan oleh saya. Apabila sahaja Dato Nasharuddin (Adun Bota) masuk ke dalam PKR. Saya telah meramalkan itu adalah strategi untuk menghancur dari dalam. Strategi Trojan Horse.

9. Alhamdulillah, pandangan saya secara tertutup dalam yahoogroup exhiuiam telah dikeluarkan oleh seorang rakan dan pandangan itu diterima dengan baik dalam bloggosphere.

10. Robert Greene merupakan pemegang ijazah ilmu klasik di Amerika Syarikat telah mengarang buku-buku yang terlaris di pasaran.

11. Antara buku beliau yang menjadi mesti miliki oleh ahli-ahli politik adalah The 48 Laws of Power.

12. Manakala Henry Kissinger, bekas professor di Harvard, menulis sebuah buku yang terbaik dalam kelasnya; Diplomacy.

13. Saya suka dengan pengolahan bahasanya yang teliti dan persembahannya yang cukup menarik. Cukup mengkagumkan!

14. Beliau menganalisa polisi-polisi luar (baca: cara berkawan) negarawan-negarawan Barat dan memperkenalkan istilah-istilah polisi luar.

15. Ketika saya membaca bukunya, saya berkhayal dengan teknik-teknik polisi luar saya untuk diaplikasikan dalam hidup saya.

16. Begitulah sketsa hidup, ada masa berkawan (baca: diplomasi) dan ada masa bergaduh (baca:peperangan). Kedua-dua karya di atas cukup memberi panduan. Anda bila lagi?

Monday, February 2, 2009

Nabi Muhammad pandai menulis?

1. Lebih setahun lalu saya telah meneliti hadis ke 5877 dalam Sahih Bukhari dalam Kitab al-Libas.

2. Hadis itu (matan), dalam bahasa Melayu, berbunyi seperti ini: "Daripada Anas bin Malik r.a.: Sesunguhnya Rasulullah s.a.w telah mengambil sebentuk cincin daripada perak, dan mengukir padanya : Muhammad Rasulullah, dan baginda bersabda: Sesungguhnya aku telah mengambil sebentuk cincin daripada perak dan aku mengukir padanya: Muhammad Rasulullah, maka tidak akan mengukir seseorang pun di atas ukirannya".

3. Bahagian yang menimbulkan kekeliruan kepada saya ialah "Sesungguhnya aku telah mengambil sebentuk cincin daripada perak dan aku mengukir padanya: Muhammad Rasulullah". Di dalam bahasa Arabnya berbunyi "Waatakhaztu khatiman min wariqin wa naqashtu fi hi: Muhammad Rasulullah."

4. Matan berkenaan menyebut di atas gantinama pertama iaitu "Waatakhaztu" (Aku mengambil) dan naqashtu (aku mengukir). Ia tidak boleh dibaca dengan nuqishat (Diukir) kerana ada wau 'ataf.

5. Jadi dengan membaca matan hadis ini sahaja, timbul kekeliruan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. boleh mengukir (dalam kontek hadis ini ialah boleh menulis).

6. Ini bertentangan dengan penegasan al-Qur'an bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu seorang yang ummi (an-Nabiyyul Ummie). Iaitu tidak pandai menulis dan membaca.

8. Persoalan di atas pernah diajukan kepada mufti sebuah kerajaan di Malaysia, yang dikatakan pakar dalam ilmu hadis, sebanyak dua kali tetapi tiada jawapan.

9. Akhirnya saya disarankan melihat tafsir hadis dalam Fathul Bari Syarh Sohih al-Bukhari, oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqolani.

10. Saya bergantung kepada Fathul Bari Syarh Sohih al-Bukhari Juzuk 10 Keluaran Dar al-Kitab Ilmiyyah muka surat 402. Ditahqiq oleh Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz dan Muhammad Fuad Abdul Baqi.

11. Ibnu Hajar telah bergantung kepada satu hadis yang diriwayatkan ad-Darulqutni di dalam ((al-Ifrad)) dari Salmah Bin Wahraam dari Ikrimah dari Ya'la Bin Umayyah berkata ((Aku membuat kepada Nabi Muhammad s.a.w sebentuk cincin. Tidak akan mengikut aku seorang pun, diukir padanya "Muhhamad Rasulullah)).

12. Hadis ke 5877 dalam Sohih Bukhari bukanlah sebuah hadis yang berdiri dengan sediri (stand alone). Ia kena ditafsir bersama dengan hadis dalam al-Ifrad oleh ad-Darulqutni yang menjelaskan bahawa Ya'la Bin Umayyah yang mengukir tulisan "Muhammad Rasulullah".

13. Saya kemudian merujuk kepada kitab Al-Ishobah Fi Tamyyizuz Sohabah juga oleh Ibnu Hajar al-Asqolani untuk mencari siapakah rijal hadis yang hadis ini disandarkan.

14. Al-Isobah menyebut dalam no 9493 bahawa Ya'la bin Umayyah adalah seorang sohabat.

15. Dengan itu saya percaya permasalahan yang pernah menghantui saya telah terjawab. Bahawa yang mengukir perkataan "Muhammad Rasulullah" pada cincin perak yang menjadi cop mohor rasmi kepada surat-surat perutusan kepada ketua-ketua negara pada zaman Nabi Muhammad s.a.w adalah diukir oleh Ya'la Bin Umayyah.

16. Oleh itu tertutup pintu fitnah untuk mengatakan Nabi Muhammad s.a.w boleh menulis. Beliau memang benar-benar seorang "ummi" (tidak pandai menulis dan membaca). Jika zahir hadis 5877 Sohih Bukhari difahami Nabi Muhammad s.a.w boleh mengukir (menulis) maka terbuka pintu fitnah iaitu al-Qur'an ditulis oleh NAbi Muhammad s.a.w. Di situ bahaya yang ditakuti.