Sunday, January 25, 2009

Penaklukan melalui undang-undang

Orang Melayu bukanlah seperti bangsa Red Indian di Amerika Utara. Mereka telah lama disinonimkan dengan kuasa dan pemerintahan. Semenjak zaman Lankasuka lagi.

Nasib yang berlaku kepada orang Melayu adalah seperti kaum Red Indian di Amerika Utara. Mereka ditakluk melalui undang-undang (conquest by law).

Nampaknya, beginilah bentuk peperangan baru selepas perang dingin. Perluasan empayar dan sempadan negara melalui peperangan "litigasi" di Mahkamah.

Kes yang berlaku ialah kes tentang tuntutan bertindih Malaysia dan Singapura terhadap Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge yang dirujuk ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, Belanda.

Dengan keputusan tersebut ia memberi kedudukan selesa kepada Singapura dalam tuntutan terhadap Pulau Batu Putih.

Barangkali Singapura belajar dari pendatang Eropah ke benua Amerika dengan menakluk tanah tradisi Red Indian dengan secara undang-undang. (Kes yang dirujuk adalah Johnson v. M’Intosh, 21 U.S. 543, 5 L.Ed. 681, 8 Wheat. 543 (1823). Ia adalah penaklukan yang sah.)

Alasan keputusan majoriti seperti berikut:-

"In a letter dated 21 September 1953, the Acting State Secretary of Johor replied that the "Johore Government [did] not claim ownership" of the island. The Court considers that this correspondence and its interpretation are of central importance "for determining the developing understanding of the two Parties about sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh" and finds that the Johor’s reply shows that as of 1953 Johor understood that it did not have sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh."

Bahkah, juga, keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa itu tidak boleh dirayu. Ia adalah muktamad. Tanpa sebiji peluru dan bom pun dimuntahkan dalam merebut Pulau Batu Putih, Singapura sudah boleh tersenyum.

Banyak lagi ruang-ruang bagi pendatang di Malaysia untuk menakluk bumi ini dengan penaklukan secara undang-undang. Antaranya penukaran tanah rizab Melayu kepada pegangan bebas.

Apatah lagi undang-undang tanah memperuntukkan "indefeasiblity of title". Jika anda pemunya tanah itu, geran menunjukkan begitu, maka pemilikan anda tidak boleh dicabar.

Ia adalah penaklukan tanah secara sah dari segi undang-undang. Ingat sebahagian negeri-negeri di Amerika Utara dikuasai dengan membeli tanah-tanah tersebut.

Banyak yang boleh dipelajari dari pendatang Eropah ke Amerika Utara kepada pendatang di Malaysia. Tidak mustahil suatu masa bumi Malaysia, seluruhnya, berjaya ditakluk secara sah dengan melalui litigasi Mahkamah atau apa-apa cara yang sah menurut undang-undang.

2 comments:

  1. Projek Pembangunan Wilayah Iskandar juga adalah manifestasi penaklukan melalui undang-undang.

    Wilayah2 Johor dipetak-petakkan dan dijual kepentingannya kepada pelabur asing. Nampak gayanya pendatang di Singapura sekali lagi menjadi pelabur utama.

    Menakluk negara dengan bersembunyi identiti sebagai pelabur. Suatu yang sah menurut undang2 juga.

    ReplyDelete
  2. sya org joho..
    tapi buka sya yg anta surat tu..

    ReplyDelete