Saturday, August 22, 2009

SELAMAT BERPUASA

Warkah Serating ingin mengucapkan kepada muslimin dan muslimat selamat berpuasa!

SELAMAT BERPUASA

Warkah Serating ingin mengucapkan kepada muslimin dan muslimat selamat berpuasa!

Sunday, August 9, 2009

PERANG SIBER

1) Dasar liberalisasi teknologi maklumat telah mengundang dunia maklumat tanpa batas di alam siber. Setakat artikel ini ditulis, pemunya platform blog-blog mengenakan syarat minima untuk blogger2 menampal idea mereka.

2) Malaysia yang memperkenalkan alam siber di era pemerintahan Dr Mahathir Mohamed juga melaksanakan dasar liberalisasi dalam pembinaan laman-laman blog individu.

3) Kebebasan untuk membina laman-laman blog bukan sahaja terkandung dalam doktrin order baru dunia dalam pemeliberalisasian penyebaran maklumat, tetapi juga ia adalah perkara asas dalam hak-hak asasi untuk setiap warganegara Malaysia untuk mengecap kebebasan bersuara dan memberi pendapat.

4) Perkara asas hak asasi ini terkandung dalam Artikel 10 (1)(a) dimana disebut di dalamnya "every citizen has the right to freedom of speech and expression." Namun hak asasi ini boleh dihadkan oleh kuasa parlimen dalam kepentingannya tentang "hubungan persahabatan" dengan negara lain, keselamatan negara, ketenteraman awam, moral, keistimewaan Parlimen dan Dewan Undangan, penghinaan mahkamah, fitnah atau apa-apa yang boleh menjurus kepada apa-apa kesalahan.

5) Berkait dengan sekatan ini tidak ada satu pun klausa yang menyebut bahawa sekatan kebebasan bersuara dan memberi pendapat bokeh disekat kerana kerajaan memerintah dikritik.

6) Selain had-had yang disenarai di atas, kritikan di alam siber boleh menjurus kepada keruntuhan sesebuah kerajaan. Tun Abdullah Ahmad Badawi mengaku bahawa Kerajaan BN tumpas dibeberapa buah negeri, didalam pilihanraya ke-12, kerana mereka kalah dalam "perang siber".

7) Saya percaya selepas bedah-siasat dari BN-Umno maka beberapa langkah-langkah drastik telah diambil untuk "counter-attack" dan "repair damage". Saya juga memerhatikan beberapa blog pro BN telah bercambah dalam mempertahankan polisi dan strategi kerajaan.

8) Saya juga percaya isunya bukan samada anda memberi ketuanan kepada Melayu atau rakyat. Tetapi isunya sejaauhmanakah berkesannya anda memainkan perang siber dalam mengutarakan ideologi perjuangan anda. Tak kira apa yang anda perjuangkan samada memperjuangkan ketuanan rakyat atau ketuanan Melayu.

9) Perang Siber juga boleh memberi "mileage" kepada kerajaan yang memerintah jika media baru yang diguna dalam perang siber ditaklukkan di bawah PPPA 84 (Printing Presses And Publication Act 1984).

10) Perkataan "publication" juga memasukkan "anything which by its form, shape or in any manner is capable of suggesting words or ideas; (Seksyen 2 PPPA 84). Dengan kata lain operator blog-blog harus mendapat permit terlebih dahulu dan tertakluk kepada sekatan-sekatan dalam PPPA '84.

11) Pakar-pakar psikologi dan psikiatris harus juga mendebatkan kesan idea-idea yang disebarkan menerusi tulisan atau apa-apa bentuk dalam alam siber dalam membentuk cara fikir, bertindak dan lain-lain kepada pelanggan.

12) Apa sahaja yang disebarkan melalui internet samada baik dan buruk hatta sebodoh mana sesuatu idea tetapi jika dibaca boleh memberi kesan dan mempengaruhi cara keputusan penggunanya.

13) Individu dalam negara demokrasi boleh membuat keputusan mentah dan tidak bernas kerana boleh jadi mengambil satu-satu sebaran dalam alam siber. Boleh sahaja mereka beranggapan orang lain yang tidak sama fikiran dengannya telah "dibrainwash" sedangkan dia sendiri dibrainwash oleh bacaannya dalam alam siber.

14) Berbeza dengan media bercetak dan elektronik (tv) yang hanya dimonopoli oleh kerajaan yang memerintah, media baru seperti blog-blog hanya memerlukan ahli yang fanatik dan sanggup menghabiskan masa dan wang mereka secara minima untuk menyebarkan fahaman mereka di alam siber. Blog-blog persendirian inilah yang mencetuskan api peperangan siber.

15) Banyak perkara harus diambil kira jika PPPA 84 hendak diguna bagi "publication" dalam alam siber. Liberalisasi satu hal. Kebebasan bersuara dan memberi pendapat juga satu hal. Order Baru Dunia juga satu hal.

16) Sanggupkah Malaysia dipinggirkan oleh dunia dan majoriti warganegara kerana kerajaan memerintah tak ingin kalah dalam perang siber?

ROHAN
Via Nokia E71

Wednesday, August 5, 2009

Apabila pemuda Umno ingin berbaik dengan pemuda Pas....

1. Bibit perkahwinan politik (Kerajaan Perpaduan) tidak mustahil dimulakan dengan antara edisi orat-mengorat antara pemuda Umno dan Pas.

2. Selepas pemimpin kanan Pas menitahkan segala cakap-cakap Kerajaan Perpaduan harus dihentikan, beberapa hari selepas itu pemimpin pemuda Pas mengusulkan dialog akademik antara pemuda Pas dan Umno.

3. Walaupun hasrat itu tidak kesampaian, bibit-bibit yang boleh dikatakan membawa kepada perkahwinan politik diteruskan dengan lontaran TG Nik Aziz bahawa Pas sanggup berkerjasama dan tolong-menolong dengan Umno dalam konteks kerjasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.

4. Bagi mengelak polemik yang pernah ditentang beliau berulang TG Nik Aziz menghadkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat bukan antara parti.

5. Antara senarai permintaan Kerajaan Negeri adalah royalti minyak Kelantan.

6. Saya suka membaca analisa Dari Jelebu oleh Hishamuddin Rais yang mengaitkan Kerajaan Perpaduan adalah berasaskan faktor "ekonomi".

7. Kalau betullah ura-ura kerjasama Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan atas dasar royalti minyak maka betullah telahan Hishamuddin Rais.

8. Berita Harian semalam menunjukkan TG Nik Aziz bersama Najib dimuka depan di dalam majlis ECER.

9. Mungkin kita boleh pergi jauh lagi, adakah betul ideologi yang difahami oleh beliau bahawa tema politik adalah perjuangan untuk ekonomi?

10. Bagaimana dengan perjuangan Islam dalam Pas? Jihad? Keikhlasan? Dan lain-lain obor-obor yang penuh semangat...

11. Terbaru pula NST pada 6.8.2009 melaporkan bahawa pemuda Umno bersedia menyertai Pas untuk demo pemecatan Ronnie Liu gara-gara rampasan bir di sebuah premis perniagaan.

12. Jika ini terlaksana ia mempunyai dua implikasi (1) Pas dan Umno boleh bersama bukan setakat isu ekonomi tetapi agama (2) bibit-bibit Kerajaan Perpaduan antara Umno dan Pas tidak boleh disanggah lagi....

ROHAN
Via Nokia E71

BARISAN PEGUAM KES BERSIH (PARLIMEN) - Santai Di Kantin


Rehat sebentar di kantin Basement 1, Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Kelihatan dalam gambar (dari kiri) Syed Zakaria (AJK JUHAM), Ariff Azami (AJK Jenayah JUHAM), Zamri (Timbalan Pegerusi JUHAM), Mohamed Hanipa Maidin (Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat), Dr Hatta (Bendahari PAS Pusat), Dr Nasir, Dr Zulqarnain (Pengerusi JUHAM), Zulhasmi, Azizzul Shariman (AJK Jenayah JUHAM).

Sunday, August 2, 2009

Darihal Sebuah Parti Yang Bernama PAS

1) Berbeza dengan tanggapan umum, tujuan PAS bukanlah secara jelasnya untuk penubuhan sebuah negara Islam.

2) Fasal 5 Perlembagaan PAS menyebut tujuan PAS adalah untuk "(1) memperjuang wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumya menuju keredhaan Allah." Seterusnya "(2) Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara."

"Walaupun tafsiran berbagai-bagai dari sudut berbagai-bagai yang penting penderaf Perlembagaan PAS tidak menyebutpun tentang tujuan PAS adalah untuk penubuhan sebuah negara Islam. "

3) Tidak ada pun dalam Fasal 5 berkenaan "Tujuan PAS" disebut secara jelas bertujuan untuk menubuhkan negara Islam.

4) Walaupun tafsiran berbagai-bagai dari sudut berbagai-bagai yang penting penderaf Perlembagaan PAS tidak menyebutpun tentang tujuan PAS adalah untuk penubuhan sebuah negara Islam.

5) Umum mengetahui bahawa PAS bertujuan untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Bahkan pemimpin kanan dan tertinggi PAS mewar-warkan penubuhan negara Islam. Tetapi sekali lagi saya tegaskan tiada dalam Fasal 5 PAS bertujuan untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

6) Masalah pemahaman (istibat) apa yang dimaksudkan oleh Fasal 5 Perlembagaan PAS itu adalah pemahaman masing-masing. Sekali lagi saya kata tiada ayat jelas yang mengatakan bahawa tujuan PAS adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

7) Bukan sahaja pemimpin kanan dan tertinggi serta ahli-ahli PAS terjebak dengan polemik penubuhan negara Islam tetapi musuh dan rakan kongsi politik PAS turut terjebak sama.

8) Bagi mengekang kemaraan PAS, musuh PAS; Umno telah awal mendeklamasikan bahawa negara ini adalah negara Islam. Umno terjebak dengan isu yang tidak ada asas dalam Perlembagaan PAS bagi mengekang kemaraan PAS yang pada pandangan mereka (umno) negara Islam adalah isu yang boleh menjadi kekuatan perjuangan parti saingan mereka (PAS).

9) Parti-parti politik bukan Islam seperti DAP, MIC dan MCA juga terheret sama. Ketakutan mereka ketakutan yang tidak berasas. Seperti takutnya burung-burung kepada orangan yang di pasang oleh petani-petani di sawah-sawah.

10) Memang bokeh ditafsir bahawa Fasal 5 (1) bermaksud mewujudkan sebuah negara Islam tetapi ianya adalah satu tafsiran semata-mata.

11) Saya tidak setuju dengan pandangan penganalisa politik bahawa tema Kerajaan Perpaduan adalah berlandaskan kepentingan ekonomi. Saya kenal PAS dan orang PAS. Mereka sebahagian besarnya adalah "jihadist". Mereka adalah pejuang-pejuang hakiki. Mereka mewakafkan diri mereka untuk parti dan agama. Kita dapat melihat di dalam siri-siri demontrasi betapa mereka sanggup berdepan dengan cota-cota FRU. Gas-gas pemedih mata. Air berasid.

12) Ini adalah kekuatan yang ada dalam PAS. Mereka mempunyai sumber tenaga manusia yang berkualiti. Ini terbukti apabila adanya hasrat dihati parti tunjang pemerintah (umno) untuk cakap-cakap tentang Kerajaan Perpaduan.


ROHAN
Via Nokia E71