Thursday, April 30, 2009

DILEMA HUDUD


1. Seperti yang saya nukilkan dalam posting yang lalu, undang-undang terpakai (lex loci) di Tanah Melayu suatu ketika dahulu adalah undang-undang Islam.

2. Selepas kedatangan Inggeris, undang-undang Islam telah digantikan dengan undang-undang Inggeris termasuklah dalam perkara jenayah. Hudud telah digantikan dengan Kanun Keseksaan (penal code).

3. Ahkir-akhir ini melalui sistem demokrasi, puak-puak parti Islam (PAS) yang telah memperolehi kuasa di Kelantan dan Terengganu telah memperkenalkan semula undang-undang Hudud di kedua negeri majoriti orang Melayu/Islam.

4. Cabaran terhadap kuasa legislatif dalam meggubal undang-undang jenayah Islam telah diinisiatifkan oleh seorang peguam dengan menfailkan satu prosiding di mahkamah.

5. Setakat ini kes-kes tersebut, setakat pengetahuan saya, belum lagi diputuskan.

7. Isu perlaksanaan Hudud adalah satu isu yang sensitif. Bahkan pelopor perlaksanaan Hudud diseantero dunia mengadaikan nyawa mereka untuk melihat undang-undang yang dikatakan berasas hukum samawi ini terlaksana.

8. Penulis Fi Zilal Li Qur'an iaitu Syed Qutb dan Tasyri' Jinai al-Islami iaitu Abdul Qadir Audah, kedua-duanya mati di tali gantung.

9. Walaupun pelopor perlaksanaan hudud di Malaysia tidak digantuung tetapi hudud itu tersendiri digantung di mahkamah dengan prosiding yang telah difailkan oleh peguam terkenal.

10. Hudud juga dari segi substantifnya di debat. Terutamanya tentang 'hukuman' (sentence) yang pada pendapat criminologist dan orang awam di jalanan sebagai terlampau keras. Contohnya penzina, direjam sampai mati dan pencuri dipotong tangan.

11. Dari segi tatacara pembuktian hudud dipersoalkan. Adakah saksi 4 orang yang adil relevan dengan zaman sekarang.

12. Begitu juga dengan qarinah (circumstantial evidence) yang perkembagan hukum tatacara ini telah berubah dengan penemuan-penemuan sain yang menunjukkan DNA satu wasilah dalam pembuktian jenayah.

13. Buku-buku jenayah Islam semasa agak lembab dalam memberi respon tentang penemuan-penemuan sain terkini.

14. Jikalah, hujah bahawa Islam adalah agama yang compatible dalam setiap masa dan tempat.

15. Bukan itu sahaja perlaksanaan hudud menimbulkan debat tentang adakah hak untuk mendakwa itu atas kerajaan atau ke atas pengadu atau si mangsa?

16. Perlaksanaanya di Malaysia mengundang interpretasi bahawa undang-undang sekular menghalang perlaksanaan hudud.

17. Walaupun pakar-pakar undang-undang menjumpai adanya ruang-ruang yang memberi sinar perlaksanaan hudud di Malaysia boleh menembus dan menyentuh masyarakat Malaysia.

18. Antara dilema lain dalam perlaksanan hudud ialah sumber tenaga manusia dalam perlaksanaanya.

19. Saya sendiri tidak mempunyai lesen peguam syarie. Bahkah penasihat undang-undnag sebuah parti yang berhasrat untuk melaksanakan hukum pidana Islam ini juga setahu saya tidak ada lesen sebagai peguam syarie.

20. Manakala dalam puluhan institusi yang melahirkan sumber manusia sebagai peguam terlatih hanyalah UIAM sahaja yang mempunyai konsep perbandingan undang-undang Islam dan Barat.

21. Saya melihat dilema perlaksanaan hudud ini tidak mempunyai garis penamat yang jelas bilakah ianya akan terlaksana.

22. Jikalah Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dan Istana Kehakiman berjayakah parti teras Islam dalam Pakatan Rakyat mempengaruhi sekutu-sekutu mereka untuk sebuah perlaksanaan hudud?

Friday, April 24, 2009

Kanun Keseksaan: Kod Akhlak Warganegara Malaysia???

1. Lord Macaulay telah memperkenalkan Kanun Keseksaan di India.

2. Ia menggantikan Hudud dan Qisas yang bersumberkan perundangan Islam.

3. Dari acuan Kanun Keseksaan di India, Malaysia telah menyalin akta yang sama untuk mengawal perilaku jenayah warganegaranya.

4. Kanun ini telah membentuk satu kod etika perilaku warganegara Malaysia.

5. Ia seperti kod akhlak warganegara. Apa akhlak yang boleh dan apa akhlak yang tidak boleh.

Monday, April 20, 2009

The Legislature’s Immunity: Absolute or Qualified?

1. Some have argued on the strength of Article 72 (1) of the Federal Constitution “the validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any state shall not be questioned in any court.”

2. It is not their claim solely. It is actually a pure construction of the words and the limbs of the above quoted Article, indeed.

3. Having contravened a piece of the provisions of the Constitution, referring to the Federal Court’s arbiter on the dispute in the Perak saga, one retired judge have argued that the Federal Court’s decision was a perverse one.
"I would agree if the learned judge argued that there is ‘per incurriam’ but not a ‘perverse judgment’."

4. To my knowledge with the assistance of Black’s Law Dictionary, there is no such thing as ‘a perverse judgment’. Only the oft-quoted legal dictionary acknowledges ‘a perverse verdict’, where ‘a jury verdict so contrary to the evidence that is justifies the gravity of a new trial” which was not a situation in Sivakumar case

5. If a perverse situation includes a perverse judgment, what the brethren in the highest Court should do then? Re-hearing of it own case and reconsidering of it own decision?

6. If so, where should be the finality of certain matter decided by the Court of law?

7. I would agree if the learned judge argued that there is ‘per incurriam’ but not a ‘perverse judgment’. But this is accepted by me with reservation as I did not find any per incurriam judgment in the Federal Court's decision.

8. Moreover, to interpret Article 72(1) as immunity for the legislature, it would render the legislature with a boundless power.

9. Besides a need for checking and balancing the legislature’s power, the dispute and grey area of law compelling the head of the legislature himself referring and submitting to the Court to arbiter.

10. As such the immunity of the legislature enshrined in Article 72(1) is a qualified one, if not the ambiguity will prevail and subsist since there is no party initiating a suit for the Court to shed the light on, by claiming the absolute immunity of the legislature.

11. The Perak Crisis begot a failed state. With the intention to avoid the state of emergency and consequently the interference of the army into the civillian's affairs, the only remedy is the Court’s Governance!

Saturday, April 18, 2009

MESYUARAT AGUNG PAS SHAH ALAM

....Di kiri adalah saya dan di kanan adalah rakan saya, Al-Akh Ahmad Sayuti Bashiron, yang juga Ketua Pemuda PAS Shah Alam. Jawatan beliau sebagai Ketua Pemuda tidak dicabar.

1. Saya telah dijemput oleh rakan lama saya yang juga junior saya di UIAM dan exhiuiam, Saudara Ahmad Sayuti Bashiron ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-22 Shah Alam, sebagai pemerhati.



.......Suasana dalam Dewan Guthrie di Bukit Jelutong di mana Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Ke-22 Shah Alam diadakan.




2. Shah Alam adalah kawasan strategik. Dihuni oleh teknokrat dan elit Melayu. Parlimennya dimenangi oleh YB Khalid Samad yang juga merupakan Yang Di-Pertua PAS Shah Alam.

3. Seingat saya, YB Khalid Samad adalah profesional PAS yang terawal menyertai PAS dan mempelopori gerakan menprofesionalkan PAS.

4. Kita lihat usaha ini telah berjaya diwarnai dalam PAS. Antaranya Ir Nizar telah diterima sebagai Menteri Besar Perak.

5. Seperti yang didakwa oleh antihusam.blogspot.com adanya Kumpuan Erdogan. YB Khalid Samad tidak lepas dari tempias dikelaskan sebagai puak-puak Erdogan dalam PAS.

6. Untuk sahabat saya Al-Akh Sayuti Bashiron saya ungkap "Enjit-Enjit Semut, Siapa Sakit Naik Atas...."

Pemerintahan Mahkamah: Menjawab Isu Kuasa Mahkamah Dalam Memutus Krisis Perak

1. Banyak kritikan terhadap Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi di Malaysia terutamanya dalam isu mereka (hakim-hakim Mahkamah Persekutuan) dalam memutus isu krisis di Perak terutamanya had dan batas kuasa ketua legislatif; Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Saya bukanlah orang mahkamah yang harus mempertahankan mereka. Tetapi saya adalah "pegawai mahkamah" (officer of the court) kerana sebagai peguam itulah maksud kerjaya saya.

3. Situasi di Perak adalah situasi yang sebenarnya dalam keadaan darurat, walaupun tiada pengisytiharan darurat kerana Perak sekarang ini menjadi "a failed state". Kuasa pemerintahan rakyat telah gagal di Perak.

4. Pemerintahan yang telah dibina oleh Pakatan Rakyat telah telah runtuh oleh edisi lelompat oleh wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

5. Pemerintahan telah bertukar tangan kepada BN-Umno. Walaupun legitimasi pemerintahan ini dicabar dan diragui oleh Pakatan Rakyat maka kita boleh ibaratkan terbaik untuk pemerintahan BN-Umno ini adalah Kerajaan Mageran cuma sahaja tiada pengisytiharan secara rasmi.

6. Dengan mengatakan pemerintahan rakyat di Perak telah gagal maka suatu pemerintahan lain harus mengambil-alih dalam menstrukturkan semula situasi politik di Perak. Jika di negara-negara lain apabila situasi darurat diisytiharkan maka yang mengambil alih adalah kuasa tentera antaranya.

7. Di Perak, bukanlah tentera mengambil-alih. Hanya Kerajaan yang mendapat pada pendapat Istana Bukit Chandan mempunyai keyakinan ahli Dewan Undangan Negeri Perak. Ini pun kalau saingan BN-Umno tidak mengakui legitimasinya maka ianya kerajaan sementara 'interim government' yang situasi daruratnya harus ditadbir.

8. Di sebalik tentera mengambil alih situasi darurat atau kerajaan sementara mentadbir Perak, maka di sana ada suatu pemerintahan yang cuba meperbetulkan situasi di Perak.

9. Pemerintahan itu adalah dinamakan Pemerintahan Mahkamah atau The Governance of the Court.

10. Walaupun apa kritik terhadap Mahkamah, saya melihat ada kewajaran Pemerintahan Mahkamah menghulurkan tangannya dalam memperbetul situasi di Perak bagi mengelak negeri ini berterusan dalam keadaan gagal.

Thursday, April 16, 2009

INSTITUSI RAKYAT

1. Rakyat adalah satu kumpulan warganegara yang besar tetapi lemah. Ia menjadi kuat apabila rakyat itu bersatu atau disatukan di bawah institusi; Institusi Rakyat.

2. Saya melihat rakyat itu boleh disatukan di bawah satu institusi.

3. Institusi Rakyat adalah gabungan antara dua perkataan "Institusi" dan "Rakyat".
"Kebanyakannya revolusi atau evolusi untuk mengembleng rakyat di bawah satu institusi akhirnya mengarah kepada mengasingkan rakyat daripada mereka yang mengusahakan pengemblengan tersebut apabila matlamat mereka telah tercapai."

4. Menurut Kamus Dewan Online, "Institusi" bermaksud "sesuatu (spt agama, ciri-ciri budaya, dll) yg sudah berakar umbi atau menjadi kukuh dlm masyarakat dll". Manakala "Rakyat" 1 seluruh penduduk sesebuah negara. 2 orang kebanyakan; orang biasa."

5. Di antara pendekatan untuk menginstitusikan rakyat adalah dengan mengembleng "ketuanan rakyat".

6. Usaha ini dilakukan oleh pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat; Dato' Seri Anwar Ibrahim.

7. Kita dapat melihat apabila rakyat menyedari kuasa mereka yang jika digemblengkan menghasilkan gelombang yang boleh melanda institusi-institusi elit, sehingga institusi-institusi elit tersebut boleh runtuh dan distrukturkan semula oleh Institusi Rakyat.

8. Ia boleh juga dilakukan secara revolusi.

9. Revolusi ini pernah menlenyapkan institusi-institusi elit yang memperhambakan Institusi Rakyat.

10. Sebenarnya institusi-institusi elit selain dari Institusi Rakyat adalah juga rakyat.

11. Tetapi oleh kerana faktor tertentu mereka berjuang mengelitkan institusi-institusi tersebut sehingga terasing dari Institusi Rakyat bahkan 'memperhambakan' rakyat.

12. Kebanyakannya revolusi atau evolusi untuk mengembleng rakyat di bawah satu institusi akhirnya mengarah kepada mengasingkan rakyat daripada mereka yang mengusahakan pengemblengan tersebut apabila matlamat mereka telah tercapai.

13. Akhirnya perjuangan untuk menginstitusikan rakyat dan membela rakyat menjadi slogan untuk revolusi dan evolusi bagi memperjuangkan kepentingan pihak-pihak tertentu semata-mata.


(Saya telah menyemak dalam Google, selepas menulis posting di atas, ada satu posting terawal yang menggunakan istilah Institusi Rakyat iaitu Abim Online dengan tajuk Kongress Permuafakatan Melayu : ABIM Saran Perkukuh Institusi Rakyat. Ia adalah kebetulan dan bukan menciplak dari sesiapa. Walaupun begitu saya berpendapat orang yang terawal, siapapun dia, menjumpai dan menggunakan pengistilahan ini harus diberi kredit)

TITIK HITAM DALAM SEBUAH NEGARA DEMOKRASI

1. Jika ada yang mengatakan bahawa demokrasi adalah ibarat sehelai kain putih. Di atas kain putih itu ada setitik hitam yang menyebabkan keputihannya tercacat.

2. Saya bersetuju dengan kenyataan di atas.

3. Bayangkan dalam demokrasi kepimpinan negara ditentukan oleh setiap rakyat yang layak mengundi.

4. Jika ada di kalangan setiap rakyat yang layak mengundi itu pincang dari segi pemikirannya, maksud saya rakyat tersebut tidak layak pun untuk menentukan siapakah yang memimpin negara. Tetapi dia mempunyai kuasa undi. Undi dia boleh menentukan kepimpinan negara. Situasi ini sangat tidak sempurna. Situasi inilah setitik hitam dalam sebuah demokrasi.

5. Di dalam Islam sendiri urusan pemilihan pemimpin bukanlah secara demokrasi yang difahami sekarang. Ahli Saqafah Bani Saadah bukanlah telah dipilih oleh semua penduduk jajahan takluk Islam. Melainkan mereka itu mewakili atas kapasiti kaum dan senioriti mereka dalam agama.

6. Kekadang negara Oligarchy (kepimpinan ditentukan oleh sebahagian yang layak) adalah lebih baik dari negara demokrasi. Plato bernah mengulas dalam The Republic bahawa baik buruknya negara Oligarchy.

Wednesday, April 15, 2009

HAD KEBEBASAN BERSUARA

1. Kebebasan bersuara dijamin dan dilindungi oleh Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

2. Saya faham kebebasan bersuara termasuk kebebasan untuk berkomunikasi dan berhubung secara rahsia dan privasi tanpa diintip dan diganggu.

3. Tetapi hak ini boleh dihadkan oleh undang-undang yang diluluskan oleh Palimen (Artikel 10 (2) Perlembagaan Persekutuan).

4. Antara contoh Akta yang menyekat kebebasan bersuara secara rahsia dan privasi adalah Seksyen 43 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

5. Akta ini memberi hak kepada Pendakwa Raya atau seorang pegawai Suruhanjaya (SPRM) 'untuk memintas perhubungan' samada melalui barangan 'pos' atau "apa-apa telekomunikasi".

Monday, April 13, 2009

NEGARA HUKUM

1. Secara jujur saya mengatakan bahawa saya tidak pernah mendengar atau membaca dari mana-mana buku jurisdiksi perundangan Islam atau Barat tentang istilah "Negara Hukum", melainkan saya mendengarnya dari Dato Seri Anwar Ibrahim (Ketika berdebat dengan Dato Sabri Chik yang disiarkan oleh tv tempatan).

2. Saya ada membelek buku The Laws. Plato ada berkhayal tentang Negara Hukum. Tetapi beliau tidak secara langsung menyebut istilah "Negara Hukum".
"Negara Hukum adalah negara yang mendaulatkan hukum dan hukum berada di tempat tertinggi. Lebih tinggi dari sesiapa yang ada dalam negara. Tiada sesiapa yang berada di atas hukum."

3. Plato hanya berutopia tentang jenis undang-undang untuk sebuah negara yang difikirnya idealistik.

4. Negara Hukum adalah negara yang mendaulatkan hukum dan hukum berada di tempat tertinggi. Lebih tinggi dari sesiapa yang ada dalam negara. Tiada sesiapa yang berada di atas hukum.(Definisi ini oleh saya sendiri).

5. Boleh jadi pahit maung yang dilalui oleh Dato Seri Anwar Ibrahim selepas dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan beliau didakwa dan dibicara dengan salahlaku jenayah, beliau memahami betapa perlunya kepada sebuah Negara Hukum.

Saturday, April 11, 2009

Apabila Hakim Jadi Mangsa Sistem Kehakiman...

1. Seperti yang saya katakan dalam posting PEGUAM GANJIL! "abuse of legal process" dan "conspiracy to injure" hanya dilakukan oleh pakar-pakar litigasi dan mereka yang mempunyai "resource" yang besar.

2. Konspirasi dan penyalahgunaan sistem kehakiman ini tidak ditujukan kepada rakyat biasa tetapi juga ditujukan kepada hakim iaitu penjaga sistem keadilan negara.

3. Di dalam kes Probil Sonati Development Sdn. Bhd. v Hodan-R Sdn. Bhd. [2009] 7 MLJ 739 dilaporkan bahawa Hakim Dato' Mohd Hishamuddin mengatakan, secara obiter:-

Para 32: "I must also add that the fact the D5 suit against me was an abuse of legal process of court is also clearly shown by the fact that both the respondent and his client (the plaintiff in the D5 suit) were absent when the attorney general's application to strike out the plaintiff's action pursuant to O 18 r 19 of the Rules of the High Court 1980 was heard before Ramli Ali J on 13 March 2007."

4. Hakim itu membuat pemerhatian bahawa beliau juga menjadi mangsa "abuse of legal process", yang merupakan kesalahan tort. Di mana beliau boleh memohon dari mahkamah untuk pampasan dan gantirugi sebagai plaintif.

5. Siapakah yang berhak mewakilinya? Orang Jabatan Peguam Negara? Atau mana-mana peguam swasta?

6. Saya ada membaca di dalam jurnal undang-undang, Hakim Gopal Sri Ram melantik peguam swasta untuk membuat tuntutan terhadap buku-buku di dalam perpustakaan bekas rakan kongsi beliau semasa beliau menjadi peguam swasta.

7. Di dalam posting Sivakumar v 3 Adun Lompat dan Krisis Perak Implikasi Terhadap Landskap Politik Negara saya ada membicarakan berkenaan pentafsiran Seksyen 24 Goverment Proceeding Act 1956. Saya hujahkan ia adalah elektif sebagai pentafsiran jalan tengah. Jika tidak ia dilihat ultra vires Perlembagaan Persekutuan khususnya Artikel 5.

PEGUAM LICIK!


1. Berat untuk mengisahkan cerita ini. Jika salah mengatur huruf-huruf dan ayat-ayat, ia seolah-olah meludah ke langit akhirnya jatuh ke atas muka sendiri.

2. Akhirnya saya akur. Saya ingin mengisahkan juga darihal peguam licik kepada pembaca blog.

3. Dua biji telur ayam kampung dan segelas air susu lembu segar membuka minda dalam memilih huruf dan ayat.

4. Di dalam cerita PEGUAM GANJIL saya telah mengisahkan seorang peguam Malaysia yang saya jumpa di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta yang melakukan kes-kes unik seperti "abuse of legal process" dan "conspiracy to injure".

5. Saya dapat melihat dari kakitangan-kakitangan mahkamah, kakitangan-kakitangan pejabat peguam dan bahkan peguam sendiri menjauhkan diri kerana takut DISAMAN oleh peguam tersebut kerana entiti yang disamannya adalah firma-firma guaman terkenal dan peguam-peguam senior dan entiti-entiti korporat yang kiraan keuntungannya mencecah bilion Ringgit Malaysia.

6. Tapi saya memberanikan diri menghampirinya, kerana saya pun peguam litigasi juga. Seperti yang saya katakan "hanya jauhari mengenal manikam".

7. Kali ini saya ingin membicarakan tentang peguam licik Amerika Syarikat yang dikisahkan oleh majalah Fortune keluaran April. (Lihat gambar di atas).

8. Peguam litigasi licik yang bernama Marc Dreier disenaraikan kedua selepas Bernie Madoff. Jika Madoff melibatkan tipu-daya pelaburan mencecah puluhan bilion USD, Dreier mencecah USD700 juta. Kita membicarakan nilai matawang USD! Cuba tukarkan kepada matawang Ringgit Malaysia.

9. Dreier bukan sembarangan peguam litigasi. Ketika berada di puncak firmanya pernah mempunyai 560 kakitangan dan 260 peguam.

10. Tidak cukup skilnya dalam bidang litigasi beliau mencebur dalam bidang urusniaga nasihat pengkorporatan dan pelaburan. Di sini silapnya. Beliau tidak menfokuskan kerjayanya.

11. Beliau menjual nota-janji (promissory note) kepada pengurus-pengurus dana.

12. Urusan yang dilakukan oleh beliau ialah mencari duit kemudian membuat hutang. Gali lubang kambus lubang. Di sini silap beliau.

13. Akhirnya satu episod yang menyebabkan beliau ditangkap, seperti lapor Fortune, ialah beliau menyamar sebagai "general counsel" yang bernama Michael Padfield. Dengan mengambil kad perniagaanya dan menyamarnya sebagai Padfield kepada agen Fortress. Akhirnya agen itu mengesyaki penyamaran dan melapor kepada pihak berkuasa. Akhirnya beliau ditangkap oleh pihak berkuasa dan didakwa di mahkamah.

14. Pengajaran yang dapat diambil darim kisah Dreier ini ialah fokuskan kerjaya kita. Kalau peguam litigasi fokuskan sebagai peguam litigasi. Jadilah pakar dalam kes-kes litigasi.

15. Mungkin nasihat ini juga berguna untuk rakan peguam di Malaysia...

Friday, April 10, 2009

IKTIBAR DARI KRISIS POLITIK DI THAILAND


1. Seperti dilaporkan oleh media-media, krisis politik di Thailand begitu meruncing.

2. Krisis ini di antara dua kumpulan; pertama, Kumpulan Pro-Thaksin (baca: Pro-Rakyat). Kedua, Pro-Istana.

3. Mengapa saya mengkelas begitu? Sedangkan ada bukti kumpulan yang saya kelaskan sebagai kumpulan Pro-Istana juga disokong oleh rakyat?

4. Ya memang didokongi oleh rakyat. Jika diteliti dengan halus, benang-benang politik yang berpintal-pintal itu menuju ke Istana Chakri. Nanti saya kemukakan bukti. Jika tidak dibuktikan "beyond the shadow of doubt" pun cukuplah jika bukti ini ada asas dari beban "prima facie". Jangan salahkan saya. Salahkan pelapor dan sumber maklumat yang saya bergantung.

5. Kumpulan Pro-Thaksin memakai baju merah. Manakala Kumpulan Pro-Istana memakai baju berwarna kuning.

6. Ketika Kumpulan Pro-Thaksin menguasai Kerajaan Thailand, Kumpulan Pro-Istana turun di jalan-jalan dan membuat kepungan di tempat-tempat yang strategik sehingga memaksa Kumpulan Pro-Thaksin menyerahkan kuasa kepada Kumpulan Pro-Istana.

7. Namun begitu, apabila Kumpulan Pro-Istana berkuasa, Kumpulan Pro-Thaksin pula turun di jalan-jalan membuat kepungan.

8. Krisis kepimpinan politik seakan tiada penghujung di negara Gajah Putih ini.

9. Sebuah akhbar berbahasa Inggeris "The Sun", pada 19.04.2009, bersumberkan AFP melaporkan "Demonstrators wearing signature red shirts massed outside the house of the top royal aide whom they accuse of masterminding the 2006 coup that ousted former premier Thaksin Shinawatra and eventually led to Abhisit's rise."

10. Berita-berita, seperti yang saya petik di atas, menunjukkan seakan ada pertarungan kuasa antara Institusi Rakyat di Thailand dengan Institusi Raja.

11. Perbincangan ini membawa kepada penyokong-penyokong kedua-kedua pihak memprotes dengan turun di jalan-jalan dan mencatur siapa yang harus memegang kuasa eksekutif (Perdana Menteri) negara yang dahulunya dikenali Siam.

12. Jika KUmpulan Pro-Thaksin berkuasa dan menang dalam percaturan mereka maka saya berpendapat Institusi Raja di Thailand tidak akan bertahan lama. Teori domino yang berlaku di Nepal boleh saja terjadi di Thailand.

13. Cara terbaik menyelesaikan konflik antara Institusi Rakyat dan Institusi Raja adalah dengan mengadakan pilihanraya.

14. Sudah pasti, pada jangkaan saya, Kumpulan Pro-Thaksin akan menguasai keputusan 'peti undi', jika tiada ilmu silap-mata.

15. Negara Gajah Putih sekarang ini pada pemerhatian saya sedang menempuh era transisi kepada kuasa mutlak terletak kepada Institusi Rakyat.



Wednesday, April 8, 2009

AYAM HUTAN



1. Ini adalah gambar ayam hutan. Saya ambil di sebuah kampung di Terengganu.

2. Cuba anda buat carian dengan google blog search. Hanya ada satu blog saja berkenaan spesis haiwan hutan yang agak ganjil ini.

3. Cara untuk mengenali spesis ayam hutan ini ialah:-
(i) Dicuping telinganya ada bintik putih.
(ii) Kakinya agak hitam.
(iii) Tubuhnya agak kecil. Besar sedikit dari ayam kapan dan kecil sedikit dari ayam kampung.

4. Orang-orang Melayu, di dusun dan kampung, percaya bahawa spesis ayam hutan ini dipelihara oleh orang bunian.

5. Orang Melayu tua-tua juga mengkisahkan kepada saya bahawa ada pantang larang untuk memburu ayam hutan.

6. Jika melangar pantang larang ditakuti pemburu tersebut akan kena "badi ayam".

7. Maka ada upacara melepaskan badi ayam harus dibuat.

8. Saya pun tidak pernah melihat upacara itu. Sejauh mana kebenarannya saya belum dalami dan belum ketahui.

9. Tapi saya pernah memburu ayam hutan dengan senapang bersama pak cik saudara. "Bang!!!" tembak kemudian sembelih.

10. Dagingnya agak keras sedikit dari ayam kampung.

11. Jika dipelihara haiwan ini bersifat "kehutanan" sedikit. Tidak suka tidur dalam reban. Tidur di atas pokok.