Sunday, July 5, 2009

MELAYU MURTAD

1. Sanggupkah "kita" menerima hakikat apabila ada Melayu yang murtad?

2. "Kita" di situ memberi maksud "orang Melayu".

3. Kenapakah saya berkata sedemikian? Jawapannya: Kerana sudah ada orang Melayu yang tidak setuju dengan posisi dan pendifinisian Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

4. Mengikut pentafsiran dalam Perlembagaan Malaysia, Melayu adalah semestinya Islam.

5. Apabila Melayu adalah Islam dalam Perlembagaan, bukanlah bermaksud Islam itu adalah Melayu.

6. Melayu adalah komponen Islam. Manakala Islam pula bukanlah komponen Melayu kerana ada bangsa-bangsa lain lagi yang beragama Islam.

7. Oleh itu desakan supaya mengubah persepsi dan posisi Melayu sebagai beragama Islam adalah tidak berasas.

8. Juga tema dan perbincangan tentang hala-tuju politik hendaklah serasi dengan "Melayu adalah Islam".

9. Jika ini tidak disepkati oleh orang Melayu, maka sanggupkah orang Melayu menerima hakikat bahawa Melayu boleh murtad?

10. Saya melihat dan saudara-saudari pembaca juga mungkin melihat bahawa betapa Melayu tidak suka bahkan menentang keluarnya orang Melayu dari agama Islam.

11. Ini dapat dilihat dari kisah penentangan Melayu terhadap kes Natrah (asalnya kes penjagaan anak), Aishah Bukhari, Lina Joy dan lain-lain.

12. Masalahnya yang mendesak asas Melayu adalah Islam itu mereka yang dikaitkan dengan gerakan Islam.

13. Pada asasnya Umno adalah parti yang beraqidah "pragmatis". (Rujuk ucapan Najib).

14. Pragmatis bermaksud boleh berubah mengikut keadaan.

15. Namun begitu Perlembagaan Umno sendiri meletakkan di posisi yang istimewa untuk orang Malayu dan agama Islam.

16. Umno juga, menurut Perlembagaan partinya, ingin berjuang untuk Islam.

17. Walaupun Umno pernah mengangkat sekularisma sebagai wadah perjuangan tetapi dengan aqidah pragmatis dan Perlembagaannya serta desakan dari luar dan dalam Umno, Umno boleh menjadi parti yang memperjuangkan Islam persis PAS.

18. Sekali lagi asas beberapa kerat yang mencabar "Melayu adalah Islam" adalah tidak kukuh.

19. Walaupun ada bukti orang Melayu pernah beragama Hindu tetapi itu tidak tahan lama.

20. Dengan datangnya Islam, Melayu bertukar agama kepada Islam. Melainkan segelintir kecil di Bali.

21. Jatuhnya Melaka kepada berbagai kuasa yang beraqidah bermacam-macam, ini tidak mengubah agama Melayu.

22. Melayu adalah sinonim dengan Islam.

23. Sanggupkah Melayu mengubah tradisi mereka kepada memakan babi dan makan binatang yang tidak disembelih?

24. Melayu boleh berpecah atas isu makan sahaja. Apa tidaknya sanggupkah Melayu Islam pergi kenduri Melayu Kristian yang menyediakan makanan tidak halal?

25. Saya percaya sukar untuk mengubah tradisi Melayu ini.

26. Melayu harus cari titik persamaan walaupun mereka berbagai parti dan wadah.

27. Jika Melayu bijak berpolitik, Melayu boleh menjadi pemimpin dunia.

28. Agama adalah wahana dan asas yang mana Melayu boleh bersatu.

29. Musuh-musuh mencari titik kuat persatuan dan kesatuan Melayu untuk dihancurkan.

3 comments:

  1. Topik yg menarik dilontarkan utk difikir bersama. bagi saya sendiri melayu itu islam dan islam itu melayu adalah dua perkara yg berbeza walaupun perlembagaan malaysia menyatakan sebaliknya.

    ambil contoh kes lina joy, hakim sendiri tidak berani memutuskan lina joy masih islam kerana dia berbangsa melayu. di sini jelas bangsa lina joy tidak diambil kira ketika keputusan dibuat.

    atau apakah lina joy terpaksa mencari bangsa lain kalau dia murtad? apakah mualaf dgn sendirinya menjadi melayu bila memeluk islam?

    berkenaan makanan tidak halal, itu rasanya lebih kepada pegangan agama seseorang melayu itu sendiri. ada melayu yg was-was utk makan ayam yg dia tidak thu siapa menyembelihnya. ada melayu yg tidak kesah makan di restoran "serve no pork".

    tradisi melayu itu sendiri byk dipengaruhi oleh kekuatan dan pegangan agama mereka. bukannya atas nama bangsa melayu itu sendiri.

    ReplyDelete
  2. salam ziarah,

    kita baru jumpa smlm (jalan Ipoh).

    bila nk promote blog satu lg tu ...hehe

    ReplyDelete
  3. kalau dah nak keluar islam, keluarlah. tapi jangan pengaruhi orang islam yang lain. Kita sudah ada destinasi masing2. Destinasi kita tidak sama. Ada islam yang dari awal hidupnya islam dan menikmati islam. Ada juga yang islam tapi hidup tidak menikmati islam. Ada juga yang islam tetapi dalam mengharungi dugaan sebagai islam telah berpaling tadah. Tapi yang penting, islam adalah untuk semua manusia, siapa yang sudah berada di dalam islam tapi tidak menikmatinya, maka mereka adalah di kalangan org2 yang rugi. Kita manusia, harus tahun menangani dugaan yang datang. Islam untuk kita nikmati & bukan hanya untuk melayu.

    ReplyDelete