Monday, December 7, 2009

Mogok Seni

Teringat saya di akhir tahun 80-an dulu seorang sasterawan negara melancarkan mogok dari berkarya gara-gara beberapa polisi kerajaan yang lebih memberi perhatian kepada karya-karya seni dari negara jiran. Oleh itu sasterawan tersebut telah melancarkan mogok seni.

Rasanya sudah hampir satu bulan saya tidak berkarya. Untuk berkarya ia memerlukan pemikiran yang terfokus seperti seorang pelukis yang memerlukan suasana yang memberi inspirasi untuk menghasilkan gubahan lukisan yang penuh kesenian dan ketelitian.

Saya tidak akan berkarya jika fikiran saya tidak terfokus dan ada agenda lain yang lebih penting untuk diselesaikan.

Saya sedar dengan menyepi seketika dari berkarya menyebabkan blog saya kehilangan pengunjung. Pengunjung adalah ''raja''. Tanpa pengunjung, blog saya adalah karya picisan umpama emas tapi bersembunyi di dalam batu yang keras.

Mahaguru ilmu kuasa berkata ''use absence to increase respect and honour'' (The 48 Laws of Power, Robert Greene). Beliau seterusnya menjelaskan ''Too much circulation makes the price go down: The more you are seen and heard from, the more common you appear. If you are already established in a group, temporary withdrawal from it will make you more talked about, even more admired. You must learn when to leave. Create value through scrarcity.''

Hampir 1000 pengunjung setia saya tidak menjenguk blog ini. Kerana kegersangan karya dalam blog ini. Mungkin pengunjung akan datang semula atau mungkin tidak datang lagi.

Harap-harap 'temporary withdrawal' dari berkarya menyebabkan blog ini lebih diminati.

Saya dapati sitemeter telah menunjukkan angka 9000 lebih. Saya masih ingat janji saya untuk menghadiahkan buku kepada pengunjung bertuah ke 10,000.

Moga-moga andalah pengunjung bertuah itu!

ROHAN
Kuala Lumpur
Sent from my Nokia phone

No comments:

Post a Comment