Monday, January 10, 2011

ILMU MIMPI

1. Saya pernah menulis berkenaan ilmu mimpi. Betapa ilmuan Barat seperti Sigmund Freud berpandangan mimpi mempunyai kaitan dengan alam nyata.

2. Sekarang saya ingin menulis berkenaan ilmu mimpi di dalam Islam.

3. Di dalam surah Yusuf dinyatakan tentang mimpi Nabi Yusuf as bahawa 11 planet dan matahari sujud kepadanya. Akhirnya alamat mimpinya menjadi kenyataan apabila 11 adik beradiknya sujud kepadanya apabila beliau menjadi menteri kewangan kerajaan Mesir.

4. Di dalam hadis sahih ada dinyatakan "sesiapa melihatku di dalam tidur, maka sesungguhnya dia melihatku secara benar. Sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupaiku".

5. Di dalam hadis sahih lain Nabi saw bersabda "Sesiapa yang melihatku di dalam tidur maka dia akan melihatku secara jaga (yaqozoh)"

6. Ini menunjukkan bahawa ada dua kategori mimpi. Satu: mimpi yang dilihat dalam tidur. Kedua: mimpi secara yaqozoh (jaga).

7. Allahlah yang maha mengetahui berkenaan alamat-alamat dalam mimpi.

8. Mimpi menjadi sebahagian dari rahsia alam roh.

9. Roh manusia adalah satu unsur yang sangat rahsia. Hanya sedikit sahaja ilmu berkenaannya diberikan kepada kita.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment