Monday, February 16, 2009

Dato’ Seri Nizar v Sultan Azlan Shah

... cubaan untuk mencabar kekebalan raja?


1. Ini hanyalah hipotesis kekuatan kes Dato Seri Nizar v Sultan Azlan Shah, jika memang betul kes tersebut difail di mahkamah seperti ada ura-ura untuk menfailkannya oleh beberapa pihak.

2. Saya sudah membaca beberapa blog. Jika tuan-puan membaca pandangan saya di bawah tuan akan dapati pandangan saya tidak selari atau sekata dengan pandangan yang tuan-puan telah baca. Dengan kata lain saya khilaf (dissent) dengan pandangan rakan peguam lain.

ISU-ISU PENCETUS KRISIS

3. Mengikut analisa saya ada 3 isu utama yang mencetus kemelut politik di Perak.

i-Surat perletakan jawatan yang tidak bertarikh.

ii. Lompat parti.

iii. Permohonan Menteri Besar untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

4. Pandangan saya adalah menurut undang-undang sedia adanya.

5. Isu (i) kes fakta yang sama telah diputuskan dalam Datuk Ong Kee Hui vs Sinyium Anak Mutit (1983) 1 MLJ 36. Ringkasnya surat perletakan jawatan sebagai ADUN tidak bertarikh tersebut tidak efektif. Lebih-lebih lagi fakta di kes di Perak, mereka telah menulis surat membatalkan surat perletakan jawatan yang tidak bertariklh.

6. Isu (ii) kes fakta yang sama juga telah diputuskan dalam kes Nordin Bin Salleh v DUN Kelantan. Wakil rakyat bebas untuk melompat parti yang mana yang mereka suka.

7. Isu (iii) saya berpandangan bahawa Raja Perak adalah mempunyai kuasa budibicara (dicretionary power) dalam membubarkan Dewan Undangan Negeri, bukannya baginda bertindak menurut nasihat (act on advice) dalam membubarkan Dewan Undangan Negeri.


PERSUASIVE FORCE

8. Ada yang bergantung kepada pemerhatian Raja Azlan Shah dalam buku beliau Monarchy, Rule Of Law and Good Governance:

`Under normal circumstances, it is taken for granted the Agong would not withold his consent to a request for dissolution of Parliament. His role is purely formal'.

9. Saya katakan bahawa tidak sama, pemerhatian yang dibuat dalam 'memutuskan kes' (judgment) dengan 'penulisan' (opinion) dalam buku.

10. Petikan di atas hanyalah penulisan dalam buku. Oleh itu ia tiada 'binding force' dalam mentafsirkan perlembagaan. Tetapi ia mempunyai 'persuasive force' dalam mentafsirkan perlembagaan.

11. "Binding force" adalah lebih kuat dari "persuasive force".

KUASA SEORANG RAJA

12. Seterusnya. Menurut Perlembagaan, ada dua jenis kuasa seorang raja. Pertama, kuasa berdasar 'act on advice' (bertindak menurut nasihat) dan kedua kuasa 'discretionary power' (kuasa budibicara).

13. Act on advice seperti dalam meluluskan sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri. Kuasa perkenan raja terhadap rang undang-undang tersebut adalah dalam kotegori 'act on advice'.

14. Raja mempunyai budibicara dalam melantik seorang Menteri Besar. Beliau tidak terpaut dengan nasihat sesiapa dalam melantik Menteri Besar.

15. Begitulah pentafsir perlembagaan berpendapat, seperti Prof Shad Saleem Faruqi – setelah merujuk Interpretation Act, berpendapat kuasa melantik termasuk kuasa memecat. Dengan kata lain, menurut pentafsiran ini, adalah kuasa budibicara (discretionary power) seorang raja untuk memecat Menteri Besar di negerinya.

KEKEBALAN RAJA

16. Ramai orang keliru tentang "kekebalan" (immunity) raja atau YDPA.

17. Kekebalan raja yang dilucutkan oleh kerajaan BN-Umno adalah kekebalan 'kesalahan peribadi' mereka.

18. Contoh jika mereka membunuh. Adakah mereka (raja) hendak dibiarkan (diberi kekebalan) begitu sahaja? Tidak adil kan....

19. Maka kekebalan mereka di atas kesalahan PERIBADI telah ditarik. Contoh kes, sivil bukan jenayah, konflik perbankan antara Standard Chartered v Almarhum Yang DiPertuan Negeri Sembilan. Kes itu adalah kes perbankan peribadi antara mereka berdua.

20. Raja ada kekebalan atas apa-apa tindakan atas kapasiti sebagai raja atau YDPA. Contoh, dalam kes kemelut undang-undang di Perak. Saya percaya raja, masih mempunyai kekebalan dari segala saman jika sesuatu saman itu berkenaan perlakuannya atas kapasiti seorang raja.

PENUTUP

21. Tindakan Dato Seri Nizar v Sultan Azlan Shah boleh difailkan di mahkamah. Tetapi saya berpandangan pihak peguam persekutuan akan menfailkan satu permohonan untuk ‘striking out’ tindakan ini atas alasan ‘kekebalan’ institusi raja atas alasan yang telah dinyatakan di atas.

22. Mana-mana pihak yang kalah salam sesuatu tindakan biasanya diarahkan oleh mahkamah untuk membayar kos. Jika parti yang memberi mandat maka biasanya parti yang membayar kos.

23. Kos sesuatu tindakan di Mahkamah Tinggi boleh mencecah ratusan ribu. Itu tidak termasuk 'interest' yang harus dibayar. Jika parti atau pihak gagal membayar perlaksanaan dalam bentuk perintah seperti kebankrapan boleh dipohon di mahkamah terhadap pihak yang memulakan tindakan.

23. Saya ‘reserve’ hak saya untuk ‘revise’ pandangan saya jika ada apa-apa perkembangan baru.

3 comments:

  1. 1) adakah mu telah tengok saman bagi semakan kehakiman itu?
    2) adakah mu tahu bagaimana prosedur semakan kehakiman?
    3) adakah mu tahu bahawa semakan kehakiman perlukan leave mahkamah?
    4) adakah mu tahu O.18 R.19 takde dalam semakan kehakiman?
    5) adakah mu tahu bahawa semakan kehakiman itu, pihak kerajaan bukanlah satu pihak?
    6) adakah mu tahu bahawa hanya peringkat leave, AG atau orang bawahannya boleh appear.

    Jika jawapan mu bagi soalan di atas adalah YA, ada seorang yang cemerlang. Jika jawapannya TIDAK, anda boleh berusaha mencari dalil dan nas bagi mengatakan jawapan kepada soalan di atas adalah YA.

    zulqarnain

    ReplyDelete
  2. Mohdrohan,

    Negara kita mengamalkan sistem Raja berpelembagaan. Perlembagaan Persekutuan adalah rujukan kepada setiap undang-undang yang mahu digubal. Setiap rakyat dan Raja adalah tertakluk kepada perlembagaan.

    Undang-undang tubuh negeri Perak Artikal 16 (6) jelas menyatakan Menteri Besar hanya boleh diturunkan melalui;
    1. Dewan dibubarkan
    2. Undi tidak percaya di dalam dewan
    3. MB meletak jawatan dengan kerelaannya.

    Anda menulis mengatakan raja menggunakan "budibicara". Saya nyatakan dalam sistem yang berjalan di negara kita, raja juga tertakluk kepada perlembagaan dan undang-undang.

    Sekiranya dalam peruntukan undang-undang Negeri Perak itu jelas dan terang mengatakan MB hanya boleh diturunkan dengan 3 cara tersebut, kenapakan sultan menggunakan budibicaranya.

    Saya boleh bersetuju dengan anda kalau perkara yang berbangkit itu tidak jelas atau kabur; itu pun kalau ianya berkaitan dengan raja dan sultan.

    Kalau raja dan sultan diberikan satu ruang untuk menggunakan "budibicara" dalam mentafsirkan undang-undang, mahkamah sudah tidak ada ertinya lagi kepada kita.

    ReplyDelete
  3. Saya mengucapkan terima kasih kepada pengunjung blog saya. Terima kasih tak terhingga kerana sudi memberi tindakbalas dan komen atau apajua. Saya hargai.

    ABANG RAHIM

    Abang Rahim, saya tidak mahu menjawab lagi persoalan Abang Rahim. Cuma ringkas dulu, buat santapan pemikiran abang, Kuasa Budibicara Raja adalah termaktub dalam perlembagaan. Nanti saya bawa nas.

    ZULQARNAIN

    Saya tidak mahu berspekulasi ini zulqarnain mana kerana beliau ingin dikenali ananymous. Saya tumpu kepada soalannya.

    1) adakah mu telah tengok saman bagi semakan kehakiman itu?

    JAWAPAN: Saman yang mana satu? Saya membicarakan suatu suit yang BELUM DIFAILKAN lagi tapi ada ura-ura hendak difail.

    Lihat tajuk Dato Seri Nizar v Sultan Azlan Shah.

    Saya katakan "1. Ini hanyalah hipotesis kekuatan kes Dato Seri Nizar v Sultan Azlan Shah, jika memang betul kes tersebut difail di mahkamah seperti ada ura-ura untuk menfailkannya oleh beberapa pihak." Hipotesis. Adakah suit ini telah difail? Dan bentuk suit ini adalah semakan kehakiman (judicial review)?

    Jika suit Dato Seri Nizar v Dato Dr Zambry itu saya tidak lihat lagi. Adakah suit ini difailkan sebagai 'judicial review'? Judicial review setahu saya untuk orang yang secara salah membuat keputusan (decision making process). Seperti dilaporkan oleh akhbar ia difailkan untuk satu perintah injunksi (halangan). Jika bukan injunksi, samanlah akhbar itu kerana salah lapor.

    Saya membicarakan pasal 'substantive law'(intipati undang-undang) bukan 'procedural law'(undang-undang tatacara.

    2) adakah mu tahu bagaimana prosedur semakan kehakiman?

    JAWAPAN: Saya tahu. Saya pernah buat. Pernah menang pun. Sekarang anakguam tersebut sudah menjawat jawatan Exco disebuah negeri. Menang dengan kos. Kerugian ditaksirkan RM3,000,000.00 hingga RM10,000,000.00. Bahkan seorang peguam nama Zulqarnain juga saya telah lantik untuk berunding dan/atau juga mengkaji kemungkinan saman terhadap (firma guaman) komisyen saya yang belum dilunaskan lagi.1% sahaja dari RM3,000,000.00 hingga RM10,000,000.00 sudah antara RM30,000.00 dan RM300,000.00. Lebih dari satu kes 'semakan kehakiman' saya telah terlibat.

    3) adakah mu tahu bahawa semakan kehakiman perlukan leave mahkamah?

    JAWAPAN: Ya. Apa relevan soalan ini dengan tulisan saya.

    Sekali lagi saya katakan saya membicarakan pasal 'substantive law'(intipati undang-undang) bukan 'procedural law'(undang-undang tatacara.


    4) adakah mu tahu O.18 R.19 takde dalam semakan kehakiman?

    JAWAPAN: OK. Mahu pandangan berbeza? Apa relevan dengan tulisan saya?

    5) adakah mu tahu bahawa semakan kehakiman itu, pihak kerajaan bukanlah satu pihak?

    JAWAPAN: Jika kes Dato Seri Nizar v Dato Dr Zambry. Yes saya tahu. Apa relevan dengan tulisan saya?

    6) adakah mu tahu bahawa hanya peringkat leave, AG atau orang bawahannya boleh appear.

    JAWAPAN: Yes. Apa relevan dengan tulisan saya?

    ReplyDelete