Friday, May 22, 2009

ANDAIKATA PILIHANRAYA SEMULA DI PERAK....

1. Andaikata diadakan pilihanraya semula di Perak.

2. Katakanlah Pakatan Rakyat menang...

3. Kemudian ada pula wakil rakyat Pakatan Rakyat yang melompat ke BN...

4. Jadi adakah perlu mengadakan pilihanraya ke-3 pula?

5. Begitulah seterusnya...Adakah perlu mengadakan pilihanraya semula bagi menyatakan keyakinan "rakyat" terhadap seorang Menteri Besar bukannya keyakinan "wakil rakyat" terhadap Menteri Besar?

Thursday, May 21, 2009

DEBAT TENTANG WUJUD DAN TUJUAN WUJUD MANUSIA

...Rangka fosil 'nenek-moyang' manusia yang berusia 47 juta tahuh ini diberi nama "Darwinius masillae" sebagai penghargaan kepada Charles Darwin.[Diambil dari sumber ensiklopedia percuma Wikipedia]
1. Puas sudah kita berdebat berkenaan politik.

2. Apa kata kalau kita berdebat pula berkenaan apakah rahsia wujud kita dan apakah tujuan wujud kita.

3. Sudah lama saya berfikir berkenaan persoalan ini.


4. Ini dikuatkan lagi dengan penemuan terbaru dalam ilmu sains iaitu penemuan 'rangka yang berusia 47 juta yang dikatakan nenek-moyang manusia'.


5. Rangka manusia ini diberi nama "Ida".


6. Ia dijumpai di Jerman.


7. Nama sains kepada rangka ini adalah "Darwinius masillae " sebagai penghargaan kepada Bapa Hukum Alam (Naturalist) Charles Darwin.


8. Menurut Darwin wujudnya manusia adalah kerana evolusi secara semula-jadi.

9. Kita dapat faham bahawa faham ini menafikan kewujudan manusia kerana diciptakan oleh Tuhan.

10. Apakah bukti manusia itu diciptakan Tuhan?

11. Walaupun agama-agama yang berbagai mempunyai jawapan berbagai tetapi secara persamaannya mereka berpendapat bahawa manusia yang terawal adalah "Adam".

12. Pendapat ini wujud di dalam agama Islam.

13. Saya tidak pakar berkenaan agama lain.

14. Bukti wujud manusia ini berasal dari "Adam" bukannya beruk-kera yang berevolusi menjadi manusia adalah wujudnya buku yang mengesahkan dokumentari kewujudan manusia sendiri.

15. Buku tersebut adalah al-Quran.

16. Al-Qur'an sendiri mencabar mereka yang ingin mencabar bahawa al-Qur'an itu rekaan Nabi Muhammad s.a.w dengan mencabar mereka mencipta kitab yang sama dan setanding.

17. Sehingga kini, menurut bacaan saya, tidak ada lagi cabaran ini disahut.

18. Secara logiknya isu debat ini terjawab, setahu saya, bahawa dalam agama pelbagai adanya kitab yang masing-masing anggap suci.

19. Kristian dengan Bible. Yahudi dengan Talmud. Hindu dengan Veda. Dalan lain-lain.

20. Mesti ada satu agama dari yang banyak-banyak ini berbohong. Jika tidak bagaimana mereka boleh khilaf tentang teori tentang satu perkara.

21. Perkara yang dikhilaf ialah tentang wujudnya manusia. Mereka juga berkhilaf tentang tujuan wujudnya manusia.

22. Begitu juga teori semula-jadi. Adanya kekeliruan. Kalau manusia berevolusi dari beruk-kera, bagaimana pula dengan beruk-kera yang wujud dihari ini?

23. Mengapa tidak semua berevolusi menjadi manusia? Jikalah benar terori evolusi itu memang boleh terjadi.

24. Cukup memeningkan untuk mencari rahsia wujud dan tujuan wujudnya manusia ini secara taidak taksub kepada mana-mana sumber tetapi secara akal-waras.

25. Saya masih mencari rahsia-rahsia tentang hidup...

Friday, May 15, 2009

DEBAT TENTANG KRISIS DI PERAK

1. Sekurang-kurang ada 4 sekolah pemikiran tentang debat dalam menyelesaikan krisis di Perak.

2. Secara ringkasnya debat tentang penyelesaian krisis di Perak berkisar dalam empat kuasa; Pertama: Kuasa Sultan, Kedua: Kuasa Rakyat. Ketiga: Kuasa Wakil Rakyat atau DUN Perak dan Keempat: Kuasa Mahkamah.

3. Pada awal krisis di Perak berlaku ia telah diselesaikan dengan cara Sultan memmutuskan bahawa Dato' Seri Nizar telah kehilangan keyakinan ahli DUN dengan Sultan memanggil kesemua ADUN yang tidak memihak kepada Nizar. Seterusnya Sultan melantik Menteri Besar dengan melantik Dato' Zambry yang 'pada perkiraan Sultan mempunyai keyakinan ahli Dewan'.
"Secara ringkasnya debat tentang penyelesaian krisis di Perak berkisar dalam empat kuasa; Pertama: Kuasa Sultan, Kedua: Kuasa Rakyat. Ketiga: Kuasa Wakil Rakyat atau DUN Perak dan Keempat: Kuasa Mahkamah."

4. Apabila sekolah pemikiran ini tidak dipersetujui oleh Kumpulan Pakatan Rakyat maka Dato' Seri Nizar dan telah membawa kes ke Mahkamah dalam pentafsiran Artikel 16(6) Perlembagaan Negeri Perak pada perkiraannya harus diserah kepada "kuasa rakyat".

5. Dengan menfailkan tindakan di Mahkamah, Kumpulan Pakatan Rakyat sebenarnya menyerah diri dalam masa yang sama kepada sekolah pemikiran keempat iaiatu "kuasa Mahkamah".

6. Kuasa Mahakamah ini saya telah mengkelaskannya sebagai "Pemerintahan Mahkamah".

7. Manakala Kumpulan BN pula berpandangan bahawa sekolah pemikiran 'kuasa wakil rakyat' adalah jalan penyelesaian bagi krisis di Perak. Cara ini ialah dengan membuat undi tidak percaya di DUN.

8. Walaupun Dato' Seri Nizar telah 'submit' kepada 'Pemerintahan Mahkamah'(The Governance of the Court), namun Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa menurut Artikel 16(6) Perlembagaan Negeri Perak bahawa penyelesaian krisis di Perak adalah dengan cara pengamalan sekolah pemikiran "kuasa wakil rakyat".

9. Jawapan Mahkamah seia dengan pandangan Kumpulan BN sebenarnya.

10. Tetapi keputusan Mahkamah Tinggi masih di rayu. Saya berhenti setakat ini kerana tidak adil membuat pemerhatian terhadap perkara yang sedang dirayu.

11. Kumpulan BN telah memberi alasan mengapa penyelesaian secara "kuasa wakil rakyat" harus diaplikasikan kerana "kos yang tinggi" bagi mengadakan pilihanraya semula. Alasan lain yang mungkin boleh dilihat ialah rakyat telah memberi mandapat kepada wakil rakyat dalam menentukan perjalanan politik negeri. Oleh itu mengapa lagi perlu dikembalikan pula kepada rakyat semula?

12. Di samping sekolah-sekolah pemikiran penyelesaian krisis di Perak "kuasa Sultan" dalam menyelesaikan krisis tersebut sangat kuat. Bahkan, selain "kuasa Mahkamah", Sultan boleh menetukan samada pembubaran Dewan atau beliau sendiri yang menentukan siapakah Menteri Besar yang sah.

13. Saya sendiri lebih cenderung, setelah meneliti peruntukan-peruntukan yang ada, kepada sekolah pemikiran "kuasa Sultan" dalam menyelesaikan krisis di Perak.

14. Namun begitu, sebagai orang yang cintakan demokrasi saya mengatakan ia seharusnya dipindahkan kuasa ini kepada "kuasa wakil rakyat" atau "kuasa rakyat".

15. Situasi-situasi (wujudnya pentafsiran dan sekolah-sekolah pemikiran pelbagai) menyebabkan Perak boleh terheret kepada "darurat". Kerana situasi darurat antaranya apabila 'kerajaan rakyat' telah gagal.
"Namun begitu, sebagai orang yang cintakan demokrasi saya mengatakan ia seharusnya dipindahkan kuasa ini kepada "kuasa wakil rakyat" atau "kuasa rakyat"."

16. Sebagai peguam saya melihat "Pemerintahan Mahkamah" adalah jalan penyelesaian terbaik dari "Pemerintahan Tentera" dalam mentadbir situasi darurat.

Wednesday, May 13, 2009

PLAGIAT

1. Pembaca-pembaca budiman mungkin ada terbaca di laman blog saya kenyataan ini "Nota: Plagiat adalah jenayah akademik. Ia adalah haram di sisi Islam. Berikan hak kepada mereka yang berhak menerima hak."

2. Ya saya adalah orang yang anti jenayah akedemik ini. Sejak dari sekolah dan universiti lagi saya bersifat begini.

3. Apakah plagiat?

4. Kamus Dewan Online memberi definisi berikut bagi plagiat "mencedok kata-kata, idea, dsb drpd orang lain dan menggunakan­nya sbg karyanya sendiri, menjiplak".

5. Sebenarnya jenayah akedemik ini bukan oleh penulis-penulis picisan atau pelajar-pelajar, mahasiswa-mahasiswa bahkan professor-professor, karyawan-karyawan besar pun melakukan plagiat.

6. Di dalam bahasa Inggeris "plagiarism" menurut Dictionary.com adalah seperti berikut:-

pla⋅gia⋅rism 
–noun
1. the unauthorized use or close imitation of the language and thoughts of another author and the representation of them as one's own original work.

2.something used and represented in this manner.
Origin: 1615–25; plagiar(y) + -ism Related forms:
pla⋅gia⋅rist, noun
pla⋅gia⋅ris⋅tic, adjective
Dictionary.com UnabridgedBased on the Random House Dictionary, © Random House, Inc. 2009.


7. Jika dibandingkan antara maksud yang diberi oleh Kamus Dewan Online dengan Dictionary.com menunjukkan bahasa Inggeris lebih halus dan teliti dalam menggambar jenayah akademik ini.


8. Bahasa Inggeris mencakupi "penggunaan yang tidak dibenarkan" (the unauthorised use) dan "peniruan" (imitation) sedangkan Kamus Dewan Online lebih kepada cebukan 100% satu-satu idea atau hasil kerja yang diplagiat.

9. Banyak undang-undang digubal di legislatif dan dikembangkan di Mahkamah dalam mengawal jenayah akademik ini.

10. Saya mengatakan plagiat adalah "jenayah" walaupun ia tidak disenaraikan dalam Kanun Keseksaan Malaysia kerana ia ada ciri "quasi-criminal" dalam perbuatan plagiat.

11. Bayangkan hasil kerja seorang dicebok secara tidak mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tertakluk syarat-syarat yang ditetapkan oleh tuanpunya bahkan lebih jahat lagi penjenayah akademik ini ialah dengan mengaku itu adalah idea mereka sedangkan tidak sebenarnya.

12.Pihak yang menghasilkan sesuatu itu berpenat lelah menghasilkannya tetapi buah dari pokok yang ditanam itu dipetik oleh orang lain.

13. Saya berpandangan menurut hukum Islam bahawa "plagiat" adalah haram. Alasannya "illa antakuna tijaratan an taradin bainakum" (melainkan berlaku urusniaga yang diredhai antara kamu).

14. Di antara kegiatan plagiat yang melanun di alam siber adalah kegiatan "salin dan tampal" (copy and paste) tanpa memberi kredit kepada sumber yang dipetik. Ataupun boleh jadi dengan mengubah ayat tetapi idea masih sama.

15. Di sekolah, pelajar-pelajar meniru terhadap hasil kerja-hasil kerja mereka begitu juga mahasiswa-mahasiswa menciplak dan memplagiat kerja-rumah yang diberi oleh pensyarah mereka.

16. Saya sanggup mendapat markah rendah dengan gubahan idea saya sendiri semasa saya di alam pelajar.

17. Di peringkat tertinggi seperti saya katakan ada professor-professor dan karyawan-karyawan yang berplagiat.

18. Seorang professor ilmu bahasa Inggeris ada mengatakan Shakepeare mempalgiat hasil kerja sasterawan dan karyawan Greek.

19. Di Malaysia ada professor-professor, seperti didedahkan oleh media, memplagiat hasil karya orang lain.

20. Seperti yang saya katakan hujah tentang Perlembagaan Malaysia, terutamanya status Melayu, adalah kontrak sosial berasal dari komen saya dalam sebuah blog yang kini dihentam hebat telah dijaja meluas.


21. Saya redha dengan kegiatan ini kerana saya pun Melayu, walaupun tiada kredit untuk saya.

22. Semasa saya masih di alam pelajar pun saya pernah berkarya dalam Harakah tentang "keganasan"(terrorism) sebelum terjadinya 9/11, bagi menjawab pandangan Barat terhadap umat Islam dengan tajuk "Umat Islam Adalah Fundamentalis".

23. Wah karya saya ini dicebok dan diplagiat antara 60% hingga 70% dalam kandungan ucapan seorang ahli politik besar Malaysia ketika berucap di Oxford University.

24. Sekali lagi saya redha dengan kegiatan ini kerana saya juga Islam! :=)

Monday, May 11, 2009

KRISIS PERAK: SUDAH BERAKHIRKAH IA?

1. Sekurang-kurang saya menerima dua berita SMS dari sebuah agensi berita tempatan. Saya juga mengesahkan sumber berita tersebut dengan peguam yang mengendalikan kes Dato Seri Nizar.

2. Berita yang saya terima adalah "Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian RKKK) memutuskan Dato' Seri Nizar adalah menteri Besar yang sah."

3. Seterusnya berita kedua, dari sumber yang dikatakan rapat dengan Kerajaan BN ini menyatakan "Jawatan MB tidak boleh dianggap kosong ikut Artikel 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak dan undi tidak percaya hanya boleh dibuat DUN: Hakim".

4. Saya disahkan oleh peguam kenalan saya juga sumber berita elektronik bahawa Dato' Seri Nizar akan mengadap Sultan untuk pembubaran DUN Perak.

5. Saya tanyakan peguam itu samada Mahkamah Tinggi membuat keputusan bahawa YM Sultan Perak harus membubarkan DUN apabila dipinta oleh Dato' Seri Nizar?

6. Beliau menjawab: Tidak ada. Jadi, pergi kepada sumber berita SMS tadi "Undi tidak percaya hanya boleh dibuat di DUN:Hakim".

7. Sanggupkah Dato' Seri Nizar berdepan dengan realiti ini? Maksud saya undi tidak percaya di DUN Perak yang boleh mengesahkan beliau mendapat kepercayaan ahli-ahli DUN?

8. Kalau perintah Mahkamah Tinggi dikaburi oleh pentafsiran-pihak pihak. Ini mengundang khilaf antara pihak-pihak sekali lagi. Tidak cukup dengan perintah Mahkamah Tinggi, di pihak Dato' Seri Nizar memerlukan "perintah termeterai".

9. Ini mengambil masa. Paling cepat seminggu atau dua minggu.

10. Saya juga mendapat berita bahawa FRU dan polis berkawal di Bangunan SUK Perak.

11. Saya menjangkakan bahawa FRU dan polis akan meminta pihak yang ingin menuntut dia sebagai Menteri Besar yang sah dengan mengemukakan "perintah termeterai".

12. Tidak dinafikan pokok yang ditanam Dato Seri Nizar telah berbuah. Tetapi buah tersebut tidak-senang-senang boleh dipetik olehnya.

13. Menurut satu sumber berita lagi bahawa, peguam yang mewakili Dato' Seri Zambry akan membuat rayuan ke Mahkmah Rayuan di Putrajaya.

14. Ini akan menyebabkan buah yang dipetik oleh Dato' Seri Nizar tidak boleh senang-senang dimakan, bahkan saya berani berkata tidak sampAi masa lagi untuk mengaku dia yang empunya buah.
16. Boleh saja berlaku Mahkmah Rayuan atau Mahkmah Persekutuan membuat keputusan yang tidak memihak kepada Dato' Seri Nizar.

Sunday, May 10, 2009

SALAHKAH ADA KUMPULAN ERDOGAN DALAM PAS??

1. Penamaan Kumpulan Erdogan dalam PAS bukan berasal dari PAS. Tetapi dinamakan oleh orang luaran dari PAS.

2. Penamaan itu samada ikhlas dari penelitian mereka tentang adanya ciri-ciri tertentu yang menyebabkan individu-individu dan kumpulan-kumpulan tertentu dalam PAS harus dinamakan sebagai Kumpulan Erdogan atau ia boleh jadi saja penlabelan untuk memecah belahkan PAS.

3. Kalaulah tujuan kedua itu adalah benar, bahayakah PAS menari mengikut irama musuh?

4. Saya mengatakan bahawa tidak bahaya. Itu akan menjadikan PAS lebih diminati untuk diikuti dan dikaji. Bukanya sepi dengan tanpa sebarang isu dan perkara yang boleh dikaji...

5. Saya sendiri berbual dengan beberapa kempimpinan pemuda dalam PAS. Mereka memberi bayangan bahawa tiadanya Kumpulan Erdogan dalam PAS. Tetapi mereka mengakui ada "clash" di antara Kumpulan Profesional dan Kumpulan Ulama dalam PAS.

6. Kalaulah Kumpulan Profesional itu adalah Kumpulan Erdogan yang dimaksudkan oleh mereka yang terawal menggunakan pengistilihan ini maka apasalahnya adanya Kumpulan Erdogan?

7. Dari segi berpolitik "Kumpulan Erdogan" inilahlah yang telah mencaturkan sehingga PAS berjaya dibeberapa buah negeri. Bukankan mereka kumpulan pro-Pakatan Rakyat?

8. Saya pernah menulis dalam Harakah sepuluh tahun dahulu tentang "keulamakan" dalam PAS, watu itu saya masih dalam alam universiti lagi.

9. Tidak saya sangka adanya Kumpulan Profesional dalam PAS yang begitu hebat berpolitik bahkan menyaingi "ulamak".

10. Melihat kepada perkembangan terkini Kerajaan BN-Umno lebih gentar dengan Kumpulan Profesional dari Kumpulan Ulamak dalam PAS.

11. Lihat sahaja tawaran mereka untuk berkerjasama atas alasan "kerajaan campuran" dan "tahulluf siasi" ditentang oleh Kumpulan Erdogan katakan.

12. Mereka atau Kumpulan Profesional ini yakin Pakatan Rakyat boleh menawan Putrajaya tanpa sokongan atau kerjasama dengan umno-BN.

Sunday, May 3, 2009

Apa akan berlaku pada 07.05.2009 ini di DUN Perak?

Pengenalan

1. Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan (Standing Orders) adalah perintah yang mengatur bagaimana perjalanan Dewan Undangan Negeri Perak.

Isu perebutan kerusi antara 2 menteri besar

2. Dalam memutuskan siapakah yang menduduki kerusi Menteri Besar, kuasanya adalah atas Setiausaha Dewan. Prosedur berkenaan adalah Prosedur 2(1) Perintah-Perintah Tetap .

3. Saya menjangkakan, pada 7.5.2009 nanti tidak akan timbul perebutan kerusi antara Ir Nizar dan Zambry kerana Setiausaha Dewan dikawal oleh BN.

4. Walaupun ada prosiding pemecatan Setiausaha Dewan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, saya telah meneliti Perintah-Perintah Tetap DUN Perak tidak ada peruntukan yang menyebutkan tentang Setiausaha Dewan boleh dipecat.

Pemecatan Yang Di-Pertua DUN Perak

5. Saya meramalkan Yang Di-Pertua DUN Perak akan dipecat pada 07.05.2009. Melainkan beliau seia dan sekata dengan Kerajaan BN.

6. Kaedah ini diatur oleh Prosedur 3 dan 4 Perintah-Perintah Tetap.

7. Prosedur 3 menyebut "Apabila jawatan Tuan Speaker itu menjadi kosong ....dengan lain-lain sebab, Dewan hendaklah, sebaik-baik cukup korum, memilih Tuan Speaker."

8. Perkataan "lain-lain sebab" adalah cukup luas untuk memberi maksud Tuan Speaker sudah tidak mewakili majoriti ahli Dewan yang menguasai DUN Perak. Perkataan-perkataan tersebut cukup luas untuk memasukkan keadaan yang berlaku di Perak sekarang. Ia memberi kuasa kepada Kerajaan BN untuk memilih Tuan Speaker mereka.

9. Namun pemecatan atau pemeilihan Tuan Speaker baru hendaklah dibuat di dalam DUN Perak.

10. Saya ada membaca akhbar berbahsa Inggeris tentang nama Tuan Speaker baru Kerajaan BN. Saya berpandangan pememilihan dan/atau pemecatan Tuan Speaker hendaklah dibuat di dalam DUN Perak kerana Prosedur 3 menyebut "sebaik-baik cukup korum" memberi makna Dewan hendaklah bersidang.

Kuasa Tuan Speaker

11. Walaupun dalam menentukan "kerusi-kerusi bagi tiap-tiap ahli" (Prosedur 2(1)) adalah dalam bidang kuasa Setiausaha Dewan, tetapi saya menjangkakan Tuan Speaker yang masih sah masih mempunyai kuasa jika ada kesamaran tentang pentafsiran Perintah-Perintah Tetap. Keputusan Tuan Speaker adalah "muktamad" (Prosedur 89).

12. Kerana insiden yang telah dan akan terjadi di Perak adalah duluan (kes pertama) tentu banyak kekeliruan yang timbul. Oleh itu Tuan Speaker yang ada (YB Sivakumar) adalah boleh menjalankan kuasanya mentafsir kekeliruan Perintah-Perintah Tetap sebelum beliau dengan jayanya, jika berlaku, dipecat sebagai Tuan Speaker.

Penutup

13. Kes yang berlaku di Perak adalah duluan (precedent). Ia akan menjadi ikutan kepada masalah sama yang akan berlaku di negeri-negeri lain dan/atau peringkat Parlimen Malaysia.