Pengenalan
1. Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan (Standing Orders) adalah perintah yang mengatur bagaimana perjalanan Dewan Undangan Negeri Perak.
Isu perebutan kerusi antara 2 menteri besar
2. Dalam memutuskan siapakah yang menduduki kerusi Menteri Besar, kuasanya adalah atas Setiausaha Dewan. Prosedur berkenaan adalah Prosedur 2(1) Perintah-Perintah Tetap .
3. Saya menjangkakan, pada 7.5.2009 nanti tidak akan timbul perebutan kerusi antara Ir Nizar dan Zambry kerana Setiausaha Dewan dikawal oleh BN.
4. Walaupun ada prosiding pemecatan Setiausaha Dewan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, saya telah meneliti Perintah-Perintah Tetap DUN Perak tidak ada peruntukan yang menyebutkan tentang Setiausaha Dewan boleh dipecat.
Pemecatan Yang Di-Pertua DUN Perak

5. Saya meramalkan Yang Di-Pertua DUN Perak akan dipecat pada 07.05.2009. Melainkan beliau seia dan sekata dengan Kerajaan BN.
6. Kaedah ini diatur oleh Prosedur 3 dan 4 Perintah-Perintah Tetap.
7. Prosedur 3 menyebut "Apabila jawatan Tuan Speaker itu menjadi kosong ....dengan lain-lain sebab, Dewan hendaklah, sebaik-baik cukup korum, memilih Tuan Speaker."
8. Perkataan "lain-lain sebab" adalah cukup luas untuk memberi maksud Tuan Speaker sudah tidak mewakili majoriti ahli Dewan yang menguasai DUN Perak. Perkataan-perkataan tersebut cukup luas untuk memasukkan keadaan yang berlaku di Perak sekarang. Ia memberi kuasa kepada Kerajaan BN untuk memilih Tuan Speaker mereka.
9. Namun pemecatan atau pemeilihan Tuan Speaker baru hendaklah dibuat di dalam DUN Perak.
10. Saya ada membaca akhbar berbahsa Inggeris tentang nama Tuan Speaker baru Kerajaan BN. Saya berpandangan pememilihan dan/atau pemecatan Tuan Speaker hendaklah dibuat di dalam DUN Perak kerana Prosedur 3 menyebut "sebaik-baik cukup korum" memberi makna Dewan hendaklah bersidang.
Kuasa Tuan Speaker
11. Walaupun dalam menentukan "kerusi-kerusi bagi tiap-tiap ahli" (Prosedur 2(1)) adalah dalam bidang kuasa Setiausaha Dewan, tetapi saya menjangkakan Tuan Speaker yang masih sah masih mempunyai kuasa jika ada kesamaran tentang pentafsiran Perintah-Perintah Tetap. Keputusan Tuan Speaker adalah "muktamad" (Prosedur 89).
12. Kerana insiden yang telah dan akan terjadi di Perak adalah duluan (kes pertama) tentu banyak kekeliruan yang timbul. Oleh itu Tuan Speaker yang ada (YB Sivakumar) adalah boleh menjalankan kuasanya mentafsir kekeliruan Perintah-Perintah Tetap sebelum beliau dengan jayanya, jika berlaku, dipecat sebagai Tuan Speaker.
Penutup
13. Kes yang berlaku di Perak adalah duluan (precedent). Ia akan menjadi ikutan kepada masalah sama yang akan berlaku di negeri-negeri lain dan/atau peringkat Parlimen Malaysia.
No comments:
Post a Comment