1. Pembaca-pembaca budiman mungkin ada terbaca di laman blog saya kenyataan ini "Nota: Plagiat adalah jenayah akademik. Ia adalah haram di sisi Islam. Berikan hak kepada mereka yang berhak menerima hak."
2. Ya saya adalah orang yang anti jenayah akedemik ini. Sejak dari sekolah dan universiti lagi saya bersifat begini.
3. Apakah plagiat?
4. Kamus Dewan Online memberi definisi berikut bagi plagiat "mencedok kata-kata, idea, dsb drpd orang lain dan menggunakannya sbg karyanya sendiri, menjiplak".
5. Sebenarnya jenayah akedemik ini bukan oleh penulis-penulis picisan atau pelajar-pelajar, mahasiswa-mahasiswa bahkan professor-professor, karyawan-karyawan besar pun melakukan plagiat.
6. Di dalam bahasa Inggeris "plagiarism" menurut Dictionary.com adalah seperti berikut:-
pla⋅gia⋅rism
–noun
1. the unauthorized use or close imitation of the language and thoughts of another author and the representation of them as one's own original work.
2.something used and represented in this manner.
Origin: 1615–25; plagiar(y) + -ism Related forms:
pla⋅gia⋅rist, noun
pla⋅gia⋅ris⋅tic, adjective
Dictionary.com UnabridgedBased on the Random House Dictionary, © Random House, Inc. 2009.
pla⋅gia⋅rist, noun
pla⋅gia⋅ris⋅tic, adjective
Dictionary.com UnabridgedBased on the Random House Dictionary, © Random House, Inc. 2009.
7. Jika dibandingkan antara maksud yang diberi oleh Kamus Dewan Online dengan Dictionary.com menunjukkan bahasa Inggeris lebih halus dan teliti dalam menggambar jenayah akademik ini.
8. Bahasa Inggeris mencakupi "penggunaan yang tidak dibenarkan" (the unauthorised use) dan "peniruan" (imitation) sedangkan Kamus Dewan Online lebih kepada cebukan 100% satu-satu idea atau hasil kerja yang diplagiat.
9. Banyak undang-undang digubal di legislatif dan dikembangkan di Mahkamah dalam mengawal jenayah akademik ini.
10. Saya mengatakan plagiat adalah "jenayah" walaupun ia tidak disenaraikan dalam Kanun Keseksaan Malaysia kerana ia ada ciri "quasi-criminal" dalam perbuatan plagiat.
11. Bayangkan hasil kerja seorang dicebok secara tidak mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tertakluk syarat-syarat yang ditetapkan oleh tuanpunya bahkan lebih jahat lagi penjenayah akademik ini ialah dengan mengaku itu adalah idea mereka sedangkan tidak sebenarnya.
12.Pihak yang menghasilkan sesuatu itu berpenat lelah menghasilkannya tetapi buah dari pokok yang ditanam itu dipetik oleh orang lain.
13. Saya berpandangan menurut hukum Islam bahawa "plagiat" adalah haram. Alasannya "illa antakuna tijaratan an taradin bainakum" (melainkan berlaku urusniaga yang diredhai antara kamu).
14. Di antara kegiatan plagiat yang melanun di alam siber adalah kegiatan "salin dan tampal" (copy and paste) tanpa memberi kredit kepada sumber yang dipetik. Ataupun boleh jadi dengan mengubah ayat tetapi idea masih sama.
15. Di sekolah, pelajar-pelajar meniru terhadap hasil kerja-hasil kerja mereka begitu juga mahasiswa-mahasiswa menciplak dan memplagiat kerja-rumah yang diberi oleh pensyarah mereka.
16. Saya sanggup mendapat markah rendah dengan gubahan idea saya sendiri semasa saya di alam pelajar.
17. Di peringkat tertinggi seperti saya katakan ada professor-professor dan karyawan-karyawan yang berplagiat.
18. Seorang professor ilmu bahasa Inggeris ada mengatakan Shakepeare mempalgiat hasil kerja sasterawan dan karyawan Greek.
19. Di Malaysia ada professor-professor, seperti didedahkan oleh media, memplagiat hasil karya orang lain.
20. Seperti yang saya katakan hujah tentang Perlembagaan Malaysia, terutamanya status Melayu, adalah kontrak sosial berasal dari komen saya dalam sebuah blog yang kini dihentam hebat telah dijaja meluas.
21. Saya redha dengan kegiatan ini kerana saya pun Melayu, walaupun tiada kredit untuk saya.
22. Semasa saya masih di alam pelajar pun saya pernah berkarya dalam Harakah tentang "keganasan"(terrorism) sebelum terjadinya 9/11, bagi menjawab pandangan Barat terhadap umat Islam dengan tajuk "Umat Islam Adalah Fundamentalis".
23. Wah karya saya ini dicebok dan diplagiat antara 60% hingga 70% dalam kandungan ucapan seorang ahli politik besar Malaysia ketika berucap di Oxford University.
24. Sekali lagi saya redha dengan kegiatan ini kerana saya juga Islam! :=)
No comments:
Post a Comment