2) Malaysia yang memperkenalkan alam siber di era pemerintahan Dr Mahathir Mohamed juga melaksanakan dasar liberalisasi dalam pembinaan laman-laman blog individu.
3) Kebebasan untuk membina laman-laman blog bukan sahaja terkandung dalam doktrin order baru dunia dalam pemeliberalisasian penyebaran maklumat, tetapi juga ia adalah perkara asas dalam hak-hak asasi untuk setiap warganegara Malaysia untuk mengecap kebebasan bersuara dan memberi pendapat.
4) Perkara asas hak asasi ini terkandung dalam Artikel 10 (1)(a) dimana disebut di dalamnya "every citizen has the right to freedom of speech and expression." Namun hak asasi ini boleh dihadkan oleh kuasa parlimen dalam kepentingannya tentang "hubungan persahabatan" dengan negara lain, keselamatan negara, ketenteraman awam, moral, keistimewaan Parlimen dan Dewan Undangan, penghinaan mahkamah, fitnah atau apa-apa yang boleh menjurus kepada apa-apa kesalahan.
5) Berkait dengan sekatan ini tidak ada satu pun klausa yang menyebut bahawa sekatan kebebasan bersuara dan memberi pendapat bokeh disekat kerana kerajaan memerintah dikritik.
6) Selain had-had yang disenarai di atas, kritikan di alam siber boleh menjurus kepada keruntuhan sesebuah kerajaan. Tun Abdullah Ahmad Badawi mengaku bahawa Kerajaan BN tumpas dibeberapa buah negeri, didalam pilihanraya ke-12, kerana mereka kalah dalam "perang siber".
7) Saya percaya selepas bedah-siasat dari BN-Umno maka beberapa langkah-langkah drastik telah diambil untuk "counter-attack" dan "repair damage". Saya juga memerhatikan beberapa blog pro BN telah bercambah dalam mempertahankan polisi dan strategi kerajaan.
8) Saya juga percaya isunya bukan samada anda memberi ketuanan kepada Melayu atau rakyat. Tetapi isunya sejaauhmanakah berkesannya anda memainkan perang siber dalam mengutarakan ideologi perjuangan anda. Tak kira apa yang anda perjuangkan samada memperjuangkan ketuanan rakyat atau ketuanan Melayu.
9) Perang Siber juga boleh memberi "mileage" kepada kerajaan yang memerintah jika media baru yang diguna dalam perang siber ditaklukkan di bawah PPPA 84 (Printing Presses And Publication Act 1984).
10) Perkataan "publication" juga memasukkan "anything which by its form, shape or in any manner is capable of suggesting words or ideas; (Seksyen 2 PPPA 84). Dengan kata lain operator blog-blog harus mendapat permit terlebih dahulu dan tertakluk kepada sekatan-sekatan dalam PPPA '84.
11) Pakar-pakar psikologi dan psikiatris harus juga mendebatkan kesan idea-idea yang disebarkan menerusi tulisan atau apa-apa bentuk dalam alam siber dalam membentuk cara fikir, bertindak dan lain-lain kepada pelanggan.
12) Apa sahaja yang disebarkan melalui internet samada baik dan buruk hatta sebodoh mana sesuatu idea tetapi jika dibaca boleh memberi kesan dan mempengaruhi cara keputusan penggunanya.
13) Individu dalam negara demokrasi boleh membuat keputusan mentah dan tidak bernas kerana boleh jadi mengambil satu-satu sebaran dalam alam siber. Boleh sahaja mereka beranggapan orang lain yang tidak sama fikiran dengannya telah "dibrainwash" sedangkan dia sendiri dibrainwash oleh bacaannya dalam alam siber.
14) Berbeza dengan media bercetak dan elektronik (tv) yang hanya dimonopoli oleh kerajaan yang memerintah, media baru seperti blog-blog hanya memerlukan ahli yang fanatik dan sanggup menghabiskan masa dan wang mereka secara minima untuk menyebarkan fahaman mereka di alam siber. Blog-blog persendirian inilah yang mencetuskan api peperangan siber.
15) Banyak perkara harus diambil kira jika PPPA 84 hendak diguna bagi "publication" dalam alam siber. Liberalisasi satu hal. Kebebasan bersuara dan memberi pendapat juga satu hal. Order Baru Dunia juga satu hal.
16) Sanggupkah Malaysia dipinggirkan oleh dunia dan majoriti warganegara kerana kerajaan memerintah tak ingin kalah dalam perang siber?
ROHAN
Via Nokia E71
No comments:
Post a Comment