Sunday, August 2, 2009

Darihal Sebuah Parti Yang Bernama PAS

1) Berbeza dengan tanggapan umum, tujuan PAS bukanlah secara jelasnya untuk penubuhan sebuah negara Islam.

2) Fasal 5 Perlembagaan PAS menyebut tujuan PAS adalah untuk "(1) memperjuang wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumya menuju keredhaan Allah." Seterusnya "(2) Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara."

"Walaupun tafsiran berbagai-bagai dari sudut berbagai-bagai yang penting penderaf Perlembagaan PAS tidak menyebutpun tentang tujuan PAS adalah untuk penubuhan sebuah negara Islam. "

3) Tidak ada pun dalam Fasal 5 berkenaan "Tujuan PAS" disebut secara jelas bertujuan untuk menubuhkan negara Islam.

4) Walaupun tafsiran berbagai-bagai dari sudut berbagai-bagai yang penting penderaf Perlembagaan PAS tidak menyebutpun tentang tujuan PAS adalah untuk penubuhan sebuah negara Islam.

5) Umum mengetahui bahawa PAS bertujuan untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Bahkan pemimpin kanan dan tertinggi PAS mewar-warkan penubuhan negara Islam. Tetapi sekali lagi saya tegaskan tiada dalam Fasal 5 PAS bertujuan untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

6) Masalah pemahaman (istibat) apa yang dimaksudkan oleh Fasal 5 Perlembagaan PAS itu adalah pemahaman masing-masing. Sekali lagi saya kata tiada ayat jelas yang mengatakan bahawa tujuan PAS adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

7) Bukan sahaja pemimpin kanan dan tertinggi serta ahli-ahli PAS terjebak dengan polemik penubuhan negara Islam tetapi musuh dan rakan kongsi politik PAS turut terjebak sama.

8) Bagi mengekang kemaraan PAS, musuh PAS; Umno telah awal mendeklamasikan bahawa negara ini adalah negara Islam. Umno terjebak dengan isu yang tidak ada asas dalam Perlembagaan PAS bagi mengekang kemaraan PAS yang pada pandangan mereka (umno) negara Islam adalah isu yang boleh menjadi kekuatan perjuangan parti saingan mereka (PAS).

9) Parti-parti politik bukan Islam seperti DAP, MIC dan MCA juga terheret sama. Ketakutan mereka ketakutan yang tidak berasas. Seperti takutnya burung-burung kepada orangan yang di pasang oleh petani-petani di sawah-sawah.

10) Memang bokeh ditafsir bahawa Fasal 5 (1) bermaksud mewujudkan sebuah negara Islam tetapi ianya adalah satu tafsiran semata-mata.

11) Saya tidak setuju dengan pandangan penganalisa politik bahawa tema Kerajaan Perpaduan adalah berlandaskan kepentingan ekonomi. Saya kenal PAS dan orang PAS. Mereka sebahagian besarnya adalah "jihadist". Mereka adalah pejuang-pejuang hakiki. Mereka mewakafkan diri mereka untuk parti dan agama. Kita dapat melihat di dalam siri-siri demontrasi betapa mereka sanggup berdepan dengan cota-cota FRU. Gas-gas pemedih mata. Air berasid.

12) Ini adalah kekuatan yang ada dalam PAS. Mereka mempunyai sumber tenaga manusia yang berkualiti. Ini terbukti apabila adanya hasrat dihati parti tunjang pemerintah (umno) untuk cakap-cakap tentang Kerajaan Perpaduan.


ROHAN
Via Nokia E71

3 comments:

  1. 2) Fasal 5 Perlembagaan PAS menyebut tujuan PAS adalah untuk "(1) memperjuang wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumya menuju keredhaan Allah." Seterusnya "(2) Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara."

    -----

    Anda cuba baca Ciri-ciri negara Islam mengikut Quran, dan anda akan faham apa yang PAS maksudkan.

    Sebagai profesional, tugas anda menerangkan, bukannya mengelirukan ummat. Ilmu yang Allah kurniakan jangan sesekali disia-siakan untuk melawan Gerakan ISLAM.

    www.pemudakemehe1.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Sedara, kalau ahli gerakan Islam, ada atau tidak Perlembagaan PAS?

    ReplyDelete
  3. Bro, komen skit kegiatan Pas di kawasan anda...

    ReplyDelete