Friday, September 25, 2009

BERHARI-RAYA DI SERATING

1. Dalam kebanyakan posting saya, saya dapati posting yang berbentuk santai adalah mendapat hits yang tinggi dari pengguna internet seperti tajuk "Melayu Murtad".

2. Saya juga tidak menafikan bahawa posting yang berbentuk ilmiah sentiasa menarik pembaca yang mencari kajian ilmiah tentang suatu perkara seperti "Undang-Undang Untuk Penderhaka?".

3. Tahun ini saya beraya aidil fitri di Kampung Serating.

4. Aidil fitri disambut dengan meriah dalam hiba. Meriah kerana sebulan sebelum raya saya dikurniakan anak sulung serta beraya dengan kerenah Fatin. Hiba kerana mengenang pemergian Mak Tok, Mat Suhid dan Mat Hasan. Saya menziarahi kuburan mereka yang hanya di depan Surau Kg Serating.

4. Berbeza dengan kampung isteri saya yang seperti "homestay" di kelilingi dusun buahan-buahan dan jarak rumah jiran agak jauh dan sekali-sekali kedengaran mawas berbunyi, jalanraya Kampung Serating agak sibuk dengan kereta yang menuju ke Kuala Terengganu dan ke Kuala Lumpur.

5. Tadi saya menikmati ikan bakar (ikan merah) di Pantai Peranginan Kelulut yang hanya sejauh 10 km dari Kampung Serating. Beratnya satu kilo. Harganya RM30 sekilo. Saya juga memesan sotong celup tepung. Saya meminta sotong yang ada telur. Harganya RM5 sahaja seekor.

6. Mak tidak berapa sihat dengan sakit kencing manisnya.

7. Ayah saya walaupun di dalam surat beranak saya menulis pekerjaannya "petani". Beliau sebenarnya pakar dalam membuat gigi palsu (spesis iklan gigi Minarwan Nawawi) Nota: Bukan yang mahal2 dan maju teknologinya seperti "crowning", "implant" atau "bridging".

8. Kami hidup sederhana. Ayah mewarisi satu ekar tanah dari datuknya. Manakala satu ekar lagi dibeli dari abangnya. Tadi saya berbual dengan Mak Tok (sebelah mak saya) bahawa tanah di sebelah rumahnya hendak dijual RM100,000.00 lebih. Ini bermakna saya conggak harga tanah ayah lebih kurang itu juga. Saya belum lagi memasang valuer untuk menilai tanah itu kerana saya ada memasang niat untuk membeli tanah di kampung.

9. Dari segi petanya Kampung Serating agak luas berbanding kampung yang berjiranan kerana di belakang Penjara Marang ada tanah pertanian luas yang juga dinamakan Taman Pertanian Kampung Serating.

10. Di depan saya ini ada pakcik yang bernama Pok Nik. Beliau pernah accident ketika melintas untuk sembahyang di Kampung Serating. Beliau dapat pampasan dari syarikat insuran motor yang melanggarnya. Saya diberitahu rumah anak angkatnya dibina dengan duit itu.

11. Tuan-tuan tentu bertanya mengapa saya menggelarkan diri saya "accidentologist"(lihat profil saya). Seorang guru bahasa Inggeris dari Mersing menghubungi saya dan menanyakan apakah itu "accidentologist"? Saya memberitahu peguam yang pakar dalam tuntutan insuran kemalangan. Kan ada nama lain seperti "runner lawyer", "ambulance chaser". Nama-nama itu (gelaran) adalah panggilan yang tidak baik kepada kerjaya seperti saya.

12. Saya dapati nama-nama besar dalam bahasa Inggeris mereka-cipta bahasa-bahasa dan istilah sehinggalah diterima ramai.

13. Saya dulunya bercita-cita ingin menjadi ulamak. Bermula dengan perkenalan dengan ulamak tempatan seperti TG Hj Abdul Hadi sehinggalah Al-Maududi.

14. Saya membaca profil Al-Maududi yang mula menulis ketika berumur 18 tahun. Maka saya terinspirasi dengan menulis sajak2 di dalam Harakah ketika berumur 19 - 20 tahun.

15. Saya bercita-cita besar untuk menjadi orang besar. Saya pernah mengorat anak "master" saya, tapi tak berjaya. Akhirnya dapat seorang guru bahasa Melayu sahaja.

16. Saya penah jatuh tapi saya dapat bangun semula. Ini membuktikan bahawa anak Serating mampu menongkah arus. Walaupun arus itu bahaya seperti bahayanya pusaran ombak laut cina selatan yang membadai pasiran Kampung Serating.

17. Dengan serba kekurangan saya masih berhasrat igin mrmbina kecemerlangan di dalam bidang yang saya ceburi. Saya masih bercita-cita besar!

18. Pok Nik di depan saya kelihatan mengantuk. Saya ingin berbual dengannya kejap. Jumpa lagi!

ROHAN
Surau Kg Serating
Sent from my Nokia phone

No comments:

Post a Comment