2. Andaikata begini, jika pembacaan itu dijiwai, ia boleh memberi kesan yang efektif bahkan boleh memberi 'consequence' yang besar. Umpamanya seorang pembunuh tegar yang apabila menerima SMS "Anda pembunuh!". Beliau sedang bersembunyi kerana ketakutan dari kesalahannya. Selepas membaca SMS itu dengan bahasa yang difahaminya beliau boleh menjadi tidak keruan dan tidak tahu di mana lagi hendak bersembunyi akhirnya membuat langkah yang silap. Atau seorang yang berhutang apabila menerima surat hutang. Bacaanya tentang surat hutang itu membuatnya menjadi tidak tenteram dan mulalah mebuat langkah-langkah silap dalam hidup.
3. Itu kesannya dari aspek kejiwaan. Bagaimana pula dengan aspek nyawa? Ada yang boleh mati dengan membaca nota-nota tertentu boleh jadi kerana lemah-jantung.
4. Satu contoh lain yang jelas pengebom berani mati. Mereka sanggup mengadai nyawa kerana membaca indikasi dan petunjuk dalam al-Qur'an.
5. Pembacaan-pembacaan memberi impak yang sangat besar dalam hidup. Saudara-saudari mungkin telah maklum bahawa saya ada adalah peguam buku yang sentiasa bersama dengan saya adalah buku undang-undang.
6. Tetapi saya tidak berhenti setakat itu. Saya mencuba memahami disiplin-disiplin ilmu yang lain. Saya ada buku perubatan yang ditulis oleh pakar kejiwaan, Sigmund Freud dll. Saya ada buku yang ditulis oleh ahli diplomasi seperti Henry Kessinger. Saya ada buku ilmu peperangan seperti Tsun Szu, Robert Greene dll. Saya ada buku ekonomi yang ditulis oleh Eric B Beinhocker yang bertajuk "The Origin of Wealth" dan "Anwar On Trial" oleh Pawancheek Merican. Kedua-dua buku ini saya selak ketika hendak tidur.
7. Saya pernah ketagih dengan buku agama. Buku-buku karangan Ibn Qayyim, Imam Ibn Taimiyyah, al-Qardhawi, Ibn Kathir dll.
8. Saya dapati persembahan-persembahan penulis agak berbeza dengan dengan penulis yang lain. Apatah lagi jika bidang dan topik tulisan itu topik dan bidang yang berbeza.
9. Jika satu-satu topik itu kita tidak biasa, kita harus mencari bahan bacaan yang mudah-mudah dahulu contohnya membaca dalam akhbar kemudian barulah melabur dalam buku-buku ilmiah yang tebal oleh pakar-pakar dalam bidang tertentu.
10. Saudara-saudari juga mendapati ada penulis yang tidak bijak dalam membuat penulisan. Contohnya tulisannya dipengaruhi oleh emosi. Tulisan-tulisan seperti ini hanya dapat mempengaruhi mereka yang berjiwa dan akal lemah. Tema dan mesej penulisannya ditelah dek zaman seperti kata-kata al-Qur'an "Maka debu-debu dibawa angin berlalu dan apa yang memberi manfaat kepada manusia akan berkekalan."
11. Teknik membaca yang pertama bukanlah duit yang anda ada dan mampu untuk membeli bahan bacaan sebenarnya dan semata-mata tetapi kebolehan anda dalam satu-satu bahasa. Penguasaaan bahasa adalah prasyarat yang pertama. Jika ini gagal dipenuhi mesej-mesej yang hendak dibawa oleh sesuatu penulisan hanyalah pokok-pokok tidak berdaun yang tidak mampu memberi teduhan di ketika panas terik mentari.
12. Memanglah A,B, C atau alif, ba, ta adalah asas kepada ilmu bahasa. Bahasa juga perlu dipraktik dengan membaca dan bercakap.
13. Jika anda ingin menguasai bahasa Inggeris contohnya anda perlu memahami "Queen's English" iaitu bahasa golongan atasan dan standard. Bahasa "fusha" bagi bahasa Arab bukannya "lehjah". Nota: saya tidak menafikan lehjah atau bahasa ammi penting jika kita berhubung dengan pengguna bahasa bawahan bahasa ini.
14. Apabila anda telah ada asas-asas utama dalam bahasa. Seterusnya anda perlu ada duit pula untuk melabur dalam bahan-bahan bacaan. Jika bahasa Inggeris menjadi target anda maka anda boleh mulakan dengan surat-suartkhabar Inggeris seperti The Star, New Straits Time atau majalah TIME, Fortune dll. Hanya RM2 sehari anda perlu melabur. Bahan bacaan dalam internet juga berlambak-lambak.
15. Jika anda ingin melabur dalam buku pula anda harus mengetahui gedung-gedung buku ternama yang memuatkan buku-buku oleh penulis ternama dan terarif dalam satu-satu bidang. Saya syorkan gedung buku Kinokuniya. Saya dapati ada buku-buku yang tidak dijual di kedai-kedai lain tetapi ada di Kinokuniya. Gedung ini hanya untuk bahan bacaan dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. Jika bahasa Arab pula anda harus tahu lorong-lorong di Kg Baru KL, Kg Tanjung di Terengganu dan beberapa kedai yang saya telah lupa.
15. Sebagai peguam saya memerlukan bahasa yang mantap dan hujah yang jitu. Bahan bacaan saya tidak terhad kepada buku undang-undang semata-mata. Jikalah saya membicarakan berkenaan undang-undang sahaja tentulah blog saya akan kekeringan pengunjung.
16. Di samping itu saya tidak mahu menjadi katak di bawah tempurung. Hanya tahu dunia temourung sahaja. Alam lain yang luas lagi tidak dikuasai.
ROHAN
Sent from my Nokia phone
No comments:
Post a Comment