Sunday, March 29, 2009

Mohon Sembah TIDAK Derhaka

Pengenalan

1. Tuanku, saya bernama Rohan. Bukanlah saya, walaupun nama seperti anak Kling, berasal-usul dari benua Kling yang diceritakan oleh Sejarah Melayu tidak memahami adat-resam dan sopan-santun Melayu. Saya adalah Melayu-Kelantan berhijrah ke Terengganu kemudiannya berhijrah ke Selangor. Saya adalah 100% Melayu sejati.


Bahasa

2. Saya membahasakan "saya" bukan patik. Tetapi masih memangil Tuanku dengan "Tuanku". Revolusi internet telah menjadikan adat-resam Melayu sedikit berubah. Tiada lagi, setahu saya, orang Melayu berbahasa "patik" dan "pacal".


Revolusi Budaya Melayu

3. Revolusi-revolusi, penemuan dan penerokaan bidang-bidang ilmu telah juga merevolusi minda Melayu. Bukan sahaja dalam berbicara bahkan persepsi mereka tentang Institusi Raja.

Sejarah

4. Tuanku, saya ada membaca koleksi-koleksi klasik tentang sejarah Melayu. Betapa saya memahami Institusi Raja bukanlah satu insitusi yang diada-adakankan tetapi lama, selama usia wujudnya Melayu.

5. Raja itu menunjukkan pengaruh "Kling" (India) dalam istiadat Melayu. Manakala "Sultan" menunjukkan pengaruh Arab/Islam dalam politik Melayu.

6. "Ketua" adalah bahasa Melayu jati, namun tidak diguna dalam menggambar pemimpin Melayu, yakni Tuanku sendiri.


"Maka saya berpendapat "Bendahara" adalah bahasa Melayu jati seadanya. Oleh itu saya tidak bersetuju mengatakan bahawa Institusi Menteri Besar/Perdana Menteri adalah pinjaman dari sistem westminster. Beratus tahun sebelum Yang Arif Lord Reid merangkakan Perlembagaan Malaysia, orang Melayu sudah ada Institusi Bendahara yang semirip Institusi Menteri Besar/Perdana Menteri."


7. Sejarah juga menunjukkan yang Tuanku dibantu oleh Institusi Bendahara. Maka saya berpendapat "Bendahara" adalah bahasa Melayu jati seadanya. Oleh itu saya tidak bersetuju mengatakan bahawa Institusi Menteri Besar/Perdana Menteri adalah pinjaman dari sistem westminster. Beratus tahun sebelum Yang Arif Lord Reid merangkakan Perlembagaan Malaysia, orang Melayu sudah ada Institusi Bendahara yang semirip Institusi Menteri Besar/Perdana Menteri.

Realiti

8. Seperti yang saya katakan perubahan-perubahan iklim politik, ilmu dan lain-lain di sekitar kehidupan Melayu telah mengubah beberapa perkara yang dahulunya menjadi jatidiri Melayu.

9. Akibat dari penjajahan dan revolusi ilmu, Melayu telah menjadi berubah pemikiran mereka.

10. Ada yang terpengaruh dengan konsep negara Republik iaitu kuasa mutlak adalah oleh rakyat. Institusi Raja tiada tempat dalam masyarakat termasuk Melayu.

11. Pengaruh-pengaruh ini adalah melalui pengaliran ilmu. Saya ada membaca "The Spirit of Laws" oleh Montesque, pemikir Peranchis betapa beliau berpandangan perlu adanya "Institusi Raja" kerana Institusi Raja inilah menjamin kelansungan wujudnya "nobility"(kebangsawanan). Bangsawan adalah perantara antara Institusi Rakyat dan Institusi Raja. Tetapi semua maklum Institusi Raja di Peranchis telah pupus.

12. Ada juga berhasrat ingin membawa doktrin "lese majesty" yang berasal dari Peranchis dan lain-lain negara tetapi saya telah tentang hasrat ini kerana prinsip ini adalah "sokong bawa rebah", rujuk posting saya dalam "Undang-Undang Untuk Pernderhaka?".

13. Juga saya maklum ada usaha-usaha dari Institusi Menteri Besar/Perdana Menteri yang cuba mencabar dan mengikis kuasa Tuanku samada yang berbentuk budibicara atau "bertindak atas nasihat".

Pendirian saya


14. Saya adalah Melayu. Saya juga adalah Muslim. Sebagai Melayu saya menyokong penuh Institusi Raja yang melambang "ketua" Melayu dalam politik dan agama. Saya berpandangan Melayu memerlukan institusi ini.

15. Sebagai Muslim saya telah membaca al-Qur'an. Al-Qur'an mengatakan bahawa "apabila raja-raja memasuki kampung-kampung maka mereka (raja-raja) menjadikan kemualiaan ahli-ahli kampung menjadi hina". Juga, Institusi Bendahara, kalau betullah dari pengaruh Arab/Islam, maka saya berpandangan diambil-iktibar dari Institusi Wazir di negara atas angin yang bernama Mesir adanya. Ketika "Ketua" (Firaun) Mesir bertitah kepada Nabi Yusuf a.s. kerana kebijaksanaanya dan ketidak-bersalahnnya dengan melantik baginda sebagai menteri.


"Bahkan saya mengatakan bahawa sayalah orang pertama menghujahkan bahawa Perlembagaan Persekutuan itu adalah dokumen-dokumen yang merekodkan "kontrak sosial" antara pihak-pihak sebelum merdeka. Ia adalah komen saya dalam laman web yang kini telah ditekan oleh undang-undang sedia ada."


16. Saya menyokong juga Institusi Menteri Besar/Perdana Menteri.

17. Saya sekali-kali TIDAK BERSETUJU tentang adanya usaha-usaha untuk mengubah "kontrak sosial" yang antara lain memberi kedudukan istimewa kepada Tuanku dan orang Melayu/Islam.

18. Bahkan saya mengatakan bahawa sayalah orang pertama menghujahkan bahawa Perlembagaan Persekutuan itu adalah dokumen-dokumen yang merekodkan "kontrak sosial" antara pihak-pihak sebelum merdeka. Ia adalah komen saya dalam laman web yang kini telah ditekan oleh undang-undang sedia ada.

19. Idea Perlembagaan Malaysia sebagai kontrak sosial telah dijaja oleh sebuah parti politik sebagai idea mempertahankan status quo Melayu dan didokumen oleh seorang professor di dalam bukunya. Saya tidak berkecil hati walaupun tidak dikreditkan kepada saya kerana idea kontrak sosial itu telah menjadi hujah yang kuat dalam mempertahankan Tuanku dan orang Melayu dalam negara.


Penutup

20. Harap Tuanku siaga dengan perkembangan-perkembangan mutakhir yang berlaku. Pandanglah kepada negara Gajah Putih yang dulunya pernah menakutkan empayar Kerajaan Melayu. Bahkan tanah Melayu Pattani belum lagi ditukar milik kepada Melayu akibat dijajah oleh mereka.

"Saya berhasrat ingin melihat orang-orang Melayu yang dipimpin oleh Tuanku dan Menteri Besar/Perdana Menteri menjadi penakluk dan pemimpin umat lain."

21. Perkembangan terkini menunjukkan rakyat telah berbelah bahagi dalam ketaatan mereka kepada Institusi Raja negara Gajah Putih.

22. Saya berhasrat ingin melihat orang-orang Melayu yang dipimpin oleh Tuanku dan Menteri Besar/Perdana Menteri menjadi penakluk dan pemimpin umat lain.

23. Kesemua ini hanyalah dapat dilakukan jika kita kuat dan kita ada sesuatu kepada mereka yang mana mereka tidak ada apa yang kita ada.

2 comments:

  1. Adakah awak hendak kata raja-raja (sistem politik Melayu) ada unsur-unsur India?

    ReplyDelete
  2. Dari segi bahasa, ya saya berpendapat ada unsur "keindiaan". Mengapa orang Melayu menggunakan perkataan "Raja" kepada ketua mereka yang strategik bahkan dihujahkan jawatan tertinggi?

    Saya cuba mengungkap rahsia ini dari pakar rujuk saya Kamus Dewan Online. Kamus Dewan Online tidak memberi asal-usul perkataan ini dari mana....

    Bahkah perkataan ini kaya dalam penggunaannya dalam masyarakat Melayu. Samada melalui peribahasa mereka dan bermacam-macam lagi.

    Saya tulis dalam posting saya di atas kerana saya pernah terbaca dalam satu analisa yang saya sudah lupa oleh siapa dan apa tajuknya bahawa perkataan "raja" itu berasal dari India dan menunjukkan pengaruh India.

    Apapun penemuan terbaru saya ini menujukkan perkataan raja tidak diakui oleh pakar bahasa Melayu bahawa ia berasal dari India.

    Oleh itu saya dengan rendah diri dan memohon maaf kepada pembaca kerana terpengaruh dengan satu analisa oleh penulisan yang hujahnya tidak kukuh dan konkrit.

    Jika inilah posisinya. Iaitu "raja" itu tidak berasal dari India. Siapa yang tiru siapa?

    Susah untuk menentukannya. Harus ada satu debat oleh pakar-pakar dalam bab ini.

    Kerana boleh jadi saja naluri manusia yang membuat sesuatu secara kebetulan. Seperti orang India makan. Orang Melayu juga makan. Tidaklah bermakna masing-masing meniru antara satu sama lain.

    Adakah bahasa juga adalah nukilan naluri manusia? Ya. Tetapi mengungkapan istilah itu sendiri adakah kerana naluri yang bersamaan antara bangsa berbeza menyebabkan mereka mengungkap istilah yang sama dalam menggambarkan sesuatu yang hampir sama?

    Inilah rahsia bahasa yang saya masih meneroka...Namun saya sedar saya adalah seorang peguam, bukan pakar bahasa.

    ReplyDelete