Thursday, March 12, 2009

Sivakumar v 3 Adun Lompat



1. Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan sekurang-kurang 3 kes diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, dalam masa tak lebih 10 hari, berkenaan tindakan yang dibawa oleh Sivakumar dengan diguamkan oleh peguam persendirian sebagai tidak ada “locus standi”.


MENGKRITIK HAKIM & BADAN KEHAKIMAN


2. Kes-kes tersebut telah diputuskan. Maka mahkamah sudah “functus officio”. Jika nak bincang kes ini adalah tidak “sub judice” lagi. Apatah lagi apabila alasan penghakiman Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim akan dikeluarkan oleh journal undang-undang, jika ada.

3. Lagipun saya berpegang pada pendapat Peguam Di-Raja England bahawa boleh untuk kita kritik institusi kehakiman. Pendapat ini juga dipegang oleh Dr Mahathir.

4. Saya kata badan kehakiman bukanlah sebuah institusi yang maksum (bebas dari silap). Ini dikuatkan lagi dengan adanya satu doktrin dalam perundangan yang dipanggil sebagai “per incurriam”.

5. Per incurriam adalah apabila satu-satu keputusan dan alasan penghakiman mahkamah itu salah dari sudut undang-undang. Hakim menyediakan alasan penghakiman itu dengan kesimpulan yang salah.

6. Hakim Gopal Sri Ram ada mengkritik keputusan bekas Ketua Hakim Negara di dalam satu kes melibatkan tanah dengan alasan keputusan tersebut adalah “per incurriam”.

7. Bekas Hakim Mahkamah Rayuan NH Chan ada menulis buku berkenaan ilmu mengkritik badan kehakiman. Mengkritik hakim sebenarnya. HABIS.


HAK UNTUK MEMILIH & MELANTIK PEGUAM


8. Kembali kepada kes Sivakumar.

9. Adakah Government Proceeding Act 1956 menghalang Sivakumar dari melantik peguam persendiriannya sendiri?

10. Kita lihat alasan Pesuruhjaya Kehakiman itu, seperti dilaporkan, Seksyen 24 mengatakan bahawa Speaker mesti diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri.

11. Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan menyebut tentang hak dan kebebasan seseorang dalam memilih peguam mereka “…shall be allowed to consult and be defended by a legal practitioner of his choice.”

12. Adakah Seksyen 24 Government Proceeding Act 1956, ultra vires(melangkaui) Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan?

13. Lagipun boleh dihujahkan perkataan “may” dalam GPA 1956 itu bukanlah “mandatory”(wajib) tetapi elektif. Jika wajib memakai khidmat Penasihat Undang-Undang Negeri maka perkataan yang diguna adalah "shall". Kalau ditafsirkan "may" itu wajib, maka ia bercanggah dengan Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan. Tidak ada pilihan kedua dalam pentafsiran seksyen tersebut melainkan dengan mengatakan bahawa ia adalah ELEKTIF semata-mata.


KESIMPULAN


14. Undang-undang ada semangat. Kita tidak boleh mentafsirkan undang-undang secara “textual” (atas kertas).

15. Speaker memanglah ORANG POLITIK yang telah menang pilihanraya.

16. Jadi dalam konflik mereka, seperti krisis di Perak, maka tidak wajar dia (speaker) yang sedang berkonflik diwakili oleh orang Jabatan Peguam Negara yang banyak dikritik oleh pihak-pihak tertentu tentangnya seperti “selective prosecution”, bias dan lain-lain.

17. Saya sedang menunggu keputusan bertulis Pesuruhjaya Kehakiman Ipoh untuk dianalisa lagi.

2 comments:

  1. Tak payahlah bersandar kepada pendapat Dr Mahathir. Awakkan peguam. Dia tu doktor. Kalau pandangan dia dalam ilmu perubatan, ok juga. Lagipun dia bukan doktor pakar pun.

    Liza

    ReplyDelete
  2. Saya agak pelik mengapa tiada alasan penghakiman ditulis dalam website kehakiman untuk isu Perak ini dari Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan? Saya menantikan kesemua penghakiman itu untuk dibuat analisis mendalam

    ReplyDelete