Friday, March 27, 2009

RAISON D'ETAT PERLUNYA KERAJAAN PERPADUAN


1. Ini adalah pentafsiran kamus kepada raison d'etat.

French.
for the good of the country.
Origin: lit., reason of state
Dictionary.com
UnabridgedBased on the Random House Dictionary, © Random House, Inc. 2009.

2. Perkataan ini berasal dari Peranchis. Ia adalah satu bahasa dan doktrin diplomasi. Diperkenalkan oleh Cardinal Richelieu, pemerintah Peranchis.

3. Menurut Henry Kissinger di dalam bukunya "Diplomacy" bahawa di bawah Richelieu, Peranchis telah meletakkan negaranya di dalam peta dunia akibat dari pendekatan diplomasi atas prinsip raison d'etat ini.

4. Beliau juga membuat pemerhatian bahawa raison d'etat ini telah mengganti prinsip "universality" dalam teknik diplomasi negarawan-negarawan Eropah. Prinsip "universality" (persamaan) lebih kepada doktrin persamaan dalam beragama.

5. Haruskah kita berpindah dari prinsip "universality" kepada "raison d'etat"? Universality (persamaan) atas nama "Ketuanan Rakyat" bukannya "Ketuanan Melayu"? Apapun debat tentang ini tidak akan berakhir. Kita harus berfikir secara realistik adakah berperang (baca: perang politik) akan memberi manfaat kepada parti-parti politik di Malaysia?

6. Pepatah Melayu dalam berdiplomasi tidak kurang hebatnya:"Yang Menang Jadi Arang, Yang Kalah Jadi Abu!". Kita dapat lihat dalam edisi pertembungan kuasa antara Pakatan Rakyat dan BN di Perak menguatkan kebenaran yang ada dalam pepatah Melayu ini, walaupun saya akui dikedua-dua belah pihak ada hujah-hujah masing-masing. Saya lihat hujah undang-undang lebih berpihak kepada BN-Umno.

7. Apa yang dilihat oleh Ku Li dalam blognya razaleigh.com Malaysia akan menuju kepada situasi "breakdown". "This breakdown is a serious matter.", katanya. Bahasa ringkasnya Malaysia dijangka oleh beliau, saya faham, menjadi "a failed state"(negara yang lumpuh).

8. Menurutnya faktor-faktor tersebut adalah:

1. Our political conflicts threaten to deteriorate into constitutional crises.
2. We will be suffering the effects of a global economic crisis on a scale we have never faced.
3. Racial and religious issues, fanned by politics and media incitement, threaten to spiral out of control.
4. The very integrity of the Federation is at stake. The grievances of Sabah and Sarawak cannot be papered-over with political manoeuvres. They are about the fundamental basis of the Federation.

9. Ringkasnya, beliau melihat faktor politik, ekonomi, bangsa, agama dan federalism yang menjadi taruhan jika parti berkuasa ditinggalkan berseorangan menangani masalah-masalah yang dianalisa oleh beliau.

10. Adakah betul analisa beliau, sekarang kita belum lihat benar-benar terjadi lagi.

11. Kita pun kekurangan ahli ilmu masa hadapan (futurist) dalam negara kita. Jika ada pandangan dari pakar dalam bidang ini paling kurang idea-idea Ku Li mesti ada sokongan.

12. Apapun, saya melihat analisa Ku Li merupakan satu panggilan untuk berdiplomasi atas alasan raison d'etat (alasan negara) tentang ketakutan-ketakutan yang dianalisa oleh beliau akan terjadi. Ku Li ini mungkin ayam taruhan BN-Umno yang kecil. Bukankah Abdullah Badawi pernah melontarkan tentang ada usaha dari PAS untuk berbaik-baik dengan orang-orang BN-Umno?

13. Adakah PAS atau Pakatan Rakyat berdegil untuk tidak berdiplomasi?

14. Pertama, untuk tidak berdiplomasi dengan mereka yang mempunyai ciri-ciri persamaan (universality) dengan kita adalah satu penyimpangan dari praktis negarawan yang berjaya.

15. Kedua, menafikan adanya diplomasi dalam berpolitik itu sendiri menunjukkan kita sebenarnya bangkrap idea dalam berpolitik.

16. Akhirnya, tidakkah kita ingat kepada sejarah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah melakukan genjatan senjata dalam bulan-bulan tertentu dalam Islam? Dan jika mereka itu cenderung dalam perdamaian maka kita hendaklah menerima tangan perdamaian mereka dan berserah samada ketulusan hati mereka dalam berdamai kepada Allah?

4 comments:

  1. Orang Kuat PAS,

    Kita bukan tak nak berdiplomasi. Kita nak berdiplomasi dengan BN-Umno apabila kunci pintu Kota Putrajaya di tangan Pakatan Rakyat.

    Anak Klate

    ReplyDelete
  2. Kalau kunci Kota Putrajaya tu tak diperolehi oleh Pakatan Rakyat, macamana pulak?

    ReplyDelete
  3. Tujuan sesebuah pemerintah adalah untuk memberi kebajikan kepada negara dan rakyat. Apabila perkara itu diabaikan, pastinya akan ada kumpulan yang membuat bantahan yang mana ianya disebut sebagai pembangkang.

    Sekiranya kedua-dua pemerintah dan pembangkang ikhlas berkhidmat untuk negara dan rakyat, idea mencari keserasian ini perlu diutamakan.

    Soalnya sekarang, masing-masing mengira-ngira untung rugi petemuan itu kerana masing-masing mahu menjadi pemerintah.

    Dalam soal ini negara dan rakyat yang jadi taruhan.

    ReplyDelete
  4. Ya! Betul Abang Rahim, saya setuju...

    ReplyDelete