1. Saya telah diterimamasuk sebagai peguam pada 1998. Sepanjang tempoh 12 tahun selepas diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya tentu banyak perkara yang telah saya lalui khususnya berkenaan hubungan saya dan mahkamah.
2. Hubungan yang dimaksudkan bukan bermaksud kenalan dan seteru yang saya bina tetapi dari segi pengalaman menghujahkan kes.
3. Seperti yang saya perkenalkan diri saya, bahawa saya adalah "peguam litigasi". Saya menjalankan kes-kes bicara dengan memeriksa saksi-saksi dan menghujahkan kes. Tidak kurang juga mengendalikan rayuan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
4. Memang saya ada tahun-tahun yang aktif dan ada tahun-tahun yang gersang sepanjang tempoh di atas.
5. Katakanlah 5 tahun aktif dimana saya mengendalikan paling kurang 10 hingga 15 bicara sebulan maka ini bermakna saya telah mengendalikan kes bicara dan rayuan antara 600 hingga 900 kes sepanjang 5 tahun aktif.
6. Itu sudah dikira banyak.
7. Cukup pasal diri saya. Kita kembali kepada topik. Saya telah google tajuk "Cara Berhujah Di Mahkamah" tiada lagi blog berkenaan tajuk ini setakat posting ini ditulis.
8. Selain kemahiran berhujah di ambil dari pengalaman, pembacaan juga hendaklah meluas. Ini bukan bermaksud buku yang kecil tidak penting.
9. Buku seperti "The Technique of Advocacy" oleh John H Munkman adalah berguna.
10. Di antara ilmu yang saya perolehi dari buku ini adalah kita hendaklah memasuk unsur "sindiran" semasa memerisa saksi.
11. Di dalam buku Footprints of a Judge's Journey ada satu topik "Trite Law-Save A Tree". Penulis berpandangan betapa peguam harus tidak menghabiskan masa dalam berhujah dalam perkara yang telah selesai. Ia dipanggil "trite law".
12. Kita tidak harus menjadikan hakim sebagai musuh semasa berhujah. Tetapi kita berhak kepada rayuan jika kita tidak berpuas hati dengan keputusan mana-mana hakim.
13. Jika berhujah kes selepas bicara kita harus cekap di dalam membaiki mana-mana kekurangan semasa dalam pemeriksaan saksi-saiksi. Kita seperti pomen atau tukang jahit. membaiki mana yang rosak dan menjahit mana yang tembus.
14. Harus diingat apa yang disoal dan dibangkitkan dalamn pemeriksaan sahaja harus dihujahkan.
15. Kita harus cekap dalam ilmu keterangan. Kerana keterangan kita boleh menang kes.
16. Kita harus memilih perkataan yang sesuai atau "courtly words".
17. Akhirnya, penghujahan harus ditumpukan dalam membunuh hujah-hujah lawan sehingga dia tidak boleh bangkit dan melawan lagi!

Tuan, penting juga diberi penerangan tentang hak hak saksi semasa disoal jawab atau di soal balas dan sejauh mana mereka mendapat perlindungan dari pihak berkuasa.
ReplyDeleteTerdapat juga saksi berbohong di mahkamah, sejauh mana pembohongan itu membolehkan mereka didakwa sebagai memberi keterangan palsu.
Selain pihak peguam di kedua dua pihak, Apakah saksi boleh merayu ke mahkamah yang lebih tinggi jika OKT didapati tidak bersalah.