Thursday, July 8, 2010

USAH BICARA PASAL MELAYU....

1. Mutakhir ini banyak media baru dan media lama membicarakan berkenaan "Melayu". Bahkan ada yang mengkhususkan diri mereka berkenaan perbicaraan pasal "Melayu".

2. Saya bukan muak dengan siri-siri perbincangan berkenaan Melayu yang bagai hidangan nasi lemak setiap pagi tetapi ingin mempersoalkan apa pentingnya membincangkan berkenaan "Melayu" di dalam media-media tersebut.

3. Yang peliknya yang suka membicarakan berkenaan "Melayu" adalah mereka yang separuh Melayu atau "Melayu celup". Darah mereka bukan darah asli Melayu.

4. Orang Melayu pasal sifat dan budayanya tidak suka kepada perbincangan diri mereka sendiri. Ini dapat dilihat dari segi sejarahnya orang Melayu tidak menulis tentang diri mereka. Sukar mendapat bahan tulisan berkenaan Melayu oleh orang Melayu.

5. Menurut satu sumber Munsyi Abdullah yang merupakan penulis terawal tentang orang Melayu adalah berdarah Arab dan India. Manakala di era moden ini penulis tentang "The Malay Dilemma" adalah seorang yang berdarah India.

6. Apakah agenda mereka yang berdarah bukan Melayu asli membicarakan berkenaan Melayu? Adakah mereka orang luar oleh itu mereka dapat melihat apa itu "Melayu"?

7. Begitulah juga di era media baru. Blog-blog yang bercambah tentang perbicaraan tentang Melayu adalah mereka yang berdarah bukan asli Melayu.

8. Orang Melayu pada sifat dan budayanya tidak suka membicarakan pasal diri mereka sendiri. Mereka bersifat tidak suka "membuka pekung di dada". Mereka tidak akan membantah sesuatu apa yang mereka tidak suka secara terbuka tetapi menyimpannya di dalam hati.

9. Memang saya setuju dengan sifat Melayu mereka ini menyebabkan mereka rugi dalam banyak aspek tetapi seperti yang saya katakan bahawa "Melayu celup" yang cuba mengungkap apakah itu Melayu dan bahkan ada yang terang-terangan memperjuangkan agenda Melayu seolah-oleh mereka lebih Melayu dari orang Melayu.

10. Adakah dengan sifat dan budaya "bodoh" orang Melayu ini menyebabkan mereka dikesiani oleh "Melayu celup"? Itulah yang cuba dirungkai oleh saya...

1 comment:

  1. Assalamualaikum~

    Ada benarnya apa yang saudara cakapkan tu. Yang jadi permasaalahan di sini adalah orang yang bukan betul-betul Melayu atau "Melayu Celup" tetapi sibuk bercakap pasal Melayu. Memang tidak relevan. Mereka-mereka ini kebanyakan mahu menjatuhkan Melayu itu sendiri secara tidak sedar. Cari kumpulan "Kita adalah bangsa MELAYU, bukan bangsa Malaysia" di Facebook.com. Mari sama-sama kita bincang permasaalahan secara bersama. Pada saya, apa yang saya nampak ialah, bangsa Melayu ini cuba dihapuskan identitinya! Itu adalah berita yang tidak sedap didengar oleh saya sebagai orang Melayu Asli. Silalah berkongsi pendapat di kumpulan saya tadi. Terima kasih.

    ReplyDelete