Sunday, January 31, 2010

Rolex pertama saya..

1. Hari ini saya ingin menceritakan pasal saya dan pengurusan masa.

2. Berbagai alat pengukur masa telah direkacipta. Setakat ini yang masih bertahan dan menjadi pilihan ramai adalah ''jam tangan''.

3. Di Malaysia jenama nombor satu adalah Rolex. Nota: Tidak dinafikan ada jenama lain yang lebih jitu dan mahal seperti Breguet, Patek Phillipe dll. tetapi jenama-jenama ini masih belum dikenali dengan meluas di Malaysia.

4. Rolex telah menjadi pilihan saya dalam mengurus masa saya.

5. Saya amat tertarik dengan Rolex berbanding dengan jenama-jenama lain kerana beberapa kualiti yang ada pada jam Rolex.

6. Rolex dari kaca penutupnya hingga jarum dan tali bergemerlapan. Tak heranlah apabila seorang jurujual jam di watatime KLCC terus mengatakan jam Rolex yang saya pakai adalah asli sekilas ikan yang timbul di dalam kolam sudah tahu jenis dan jantina ikan itu.

8. Gerakan jarumya cukup memikat. Gerakannya seperti 'air yang sedang menitis dari daun apabila hujan turun'.

9. Penutupnya terjaga rapi ibarat mutiara dalam cengkeram tiram.

10. Di antara kualiti yang ada pada jam Rolex ialah pasaran secondhand jam ini tidak jatuh teruk. Tadi saya bertanya jurujual jam tentang enjin Rolex; beliau beritahu enjin Rolex star berharga RM8,000.00

11. Harap-harap Rohan & Rolex Sdn Bhd akan membuahkan rezeki-rezeki yang melimpah ruah...