Wednesday, July 20, 2011

MAKLUMAN!!!

Salam kepada pembaca sekelian!!

Saya telah berpindah ke WARKAH SERATING di alamat www.rohanrazi.wordpress.com.

PERHATIAN: Blog baru mengambarkan fikiran saya yang terkini.

Tuan-tuan dan puan-puan dijemput ke laman baru saya.

Sebarang kesulitan dipohon maaf.

Tuesday, July 19, 2011

Masalah Berblog Guna BlackBerry

1. Tuan-tuan dan puan-puan mungkin melihat di bahagian penamat setiap posting saya ada maklumat bahawa posting itu dihantar menggunakan blackberry.

2. Benar!! Saya hanya menggunakan blackberry untuk berkarya kerana beberapa sebab.

3. Antaranya saya sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat dan saya lebih selesa menggunakan smart phone berbanding notebook atau pc.

4. Hatta netbook dan broadband celcom yang saya miliki sudah lama tidak digunakan antara sebabnya faktor-faktor yang disebut di atas.

5. Walaupun Bold 9700 yang saya miliki ini agak sesuai dengan faktor-faktor di sekitar saya, ia tetap mempunyai kekurangan.

6. Antaranya, email yang saya guna ini tidak dapat format tulisan-tulisan seperti ubah font, underline, bold dll.

7. Saya penah ambil risiko untuk membeli e-mobile email yang dibekalkan dalam blackberry application tetapi setelah download software tersebut blackberry saya mengalami ganguan dan hang memanjang.

8. Saya delete program ini dan guna pre-loaded email dalam smartphone ini.

9. Saya harus menerima teknoloji yang saya ada untuk berblog seperti seadanya.

10. Saya juga berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat menerimanya seadanya juga!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 16, 2011

Salam Berkarya Kembali

1. Salam Warkah Serating untuk pembaca-pembaca sekalian.

2. Sudah agak lama saya tidak update blog saya ini.

3. Bagi yang ikuti facebook saya, saya telah mengatakan bahawa saya akan update semula blog saya apabila saya mendapat momentum.

4. Pada awalnya pendirian saya agak fundamental tentang berkarya.

5. Saudara-saudari mungkin dapat melihat betapa saya anti-pagiarism; semua karya mestilah 100% asli, hatta mencedok berita dari mana-mana sumber kemudian membuat footcomment.

6. Tapi dalam posting sebelum ini saya mengambil sumber berita harakahdaily kemudian membuat komen.

7. Anjakan paradigma (Paradigm shift) ini bukan untuk memperlekeh stand sebelum ini.

8. Ia adalah satu idea dalam berkarya yang harus diterim.

9. Harap-harap tuan dan puan menikmati posting dalam blog saya.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bersih: Juham Selangor fail saman pemula

Written by Ismail Hashim  

SHAH ALAM, 16 Julai: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi (Juham) Dewan Pemuda PAS Selangor semalam memfailkan saman pemula terhadap pihak polis yang menahan seorang Pemuda PAS pada 24 Jun lalu.

Menurut Pengarah Juham Selangor, Peguam Zainal Said, dalam saman pemula itu, mereka memohon mahkamah isytiharkan penangkapan Musfari Abdullah Azmi dari Padang Jawa, dekat sini sebagai tidak sah.

Juham juga memohon perampasan barang-barang milik Musafri iaitu 8 helai baju T-Shirt berwarna kuning bertulisan 'Bersih 2.0 Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil' adalah tidak sah dan hendaklah dikembalikan kepadanya.

Saman pemula itu telah dibuat di Mahkamah Tinggi Malaya bahagian sivil, di sini petang semalam.

Turut hadir dalam sidang media di situ adalah AJK PAS Pusat selaku Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Adun Meru, Dr Abd Rani Osman, Setiausaha PAS negeri, Peguam Mohd Khairudin Othman dan Exco Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan.

Zainal yang juga Exco Juham Pusat berkata, saman pemula ini adalah yang pertama di negara ini, dikemukakan secara rasmi kepada mahkamah dan berharap banyak lagi sama seumpama ini dapat dibuat oleh negeri-negeri lain.

Menurutnya, saman itu tertakluk Dalam Perkara 5, 9, 10, dan 13 Perlembagaan Persekutuan, Dalam Seksyen 23 (1) Kanun Prosedur Jenayah termasuk Dalam Perkara Penahanan Pemohon pada 24 Jun.2011 di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor dan Dalam Perkara perampasan 8 (Lapan) helai T-Shirt berwarna kuning bertulisan 'Bersih 2.0 Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil'.

Juham dalam saman mereka menamakan: 1. John Doe sebagai orang yang menangkap, 2. Inspektor Misbahudin Haji Hamdan (I/16615), 3.ACP Zahedi Ayob sebagai Ketua Polis Daerah Shah Alam dan 4. Menteri Dalam Negeri sebagai responden.

Zainal berkata, Juham juga memohon deklarasi bahawa responden-responden telah menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, menuntut gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi teruk, kos; dan lain-lain perintah yang difikirkan adil dan suaimanfaat oleh mahkamah.

"Juham juga mengemukakan alasan-alasan bagi permohonan kerana pemohon telah ditahan pada 24 Jun 2011 lebih kurang jam 11:20 malam dalam perjalanan balik ke rumah beliau daripada mesyuarat sukan rakyat di Pejabat JKK Padang Jawa, Klang, Selangor, pemohon tidak diberitahu tentang alasan mengapa beliau ditahan.

"Penahanan oleh anggota polis terhadap Pemohon adalah tidak sah di sisi undang-undang, begitu juga perampasan barang-barang milik Pemohon juga tidak sah di sisi undang-undang dan penahanan pemohon telah menjatuhkan imej baik beliau di mata masyarakat setempat memandangkan cara penahanan pemohon seperti seorang penjenayah," tegas saman itu.

Saman Pemula ini juga disokong oleh afidavit Musfari yang turut difailkan bersama.

Sementara itu, Musafridi dalam afidavit menyatakan pada 24 Jun 2011 lebih kurang jam 10.00 malam, beliau telah menghadiri satu mesyuarat di balai JKKK Padang Jawa bagi membincangkan tentang sukan rakyat yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

"Selepas mesyuarat berakhir dan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, saya telah didatangi dan ditahan oleh empat (4) orang yang memakai pakaian biasa dengan sebuah kereta Waja dan memperkenalkan diri mereka polis dari IPD Shah Alam tanpa menyatakan nama mereka. Bersama-sama saya ketika itu adalah beberapa orang kawan saya yang juga selesai pulang dari mesyuarat tersebut.

"Sebuah kereta peronda polis datang ke tempat kejadian dan anggota-anggota polis tersebut telah mengarahkan pula saya memasuki kereta Waja.Selepas itu kereta  peronda polis dan Waja tersebut  bergerak ke IPD Shah Alam sambil siren kereta peronda dibunyikan setelah mula bertolak dari tempat kejadian dan menyebabkan orang ramai terkejut.

"Saya berasa amat malu, seolah-olah seperti seorang penjenayah dan imej baik saya telah jatuh di mata masyarakat setempat.

"Semasa sesi soalsiasat tersebut, saya telah bertanyakan Responden Kedua mengenai nama anggota yang menangkap saya dan di atas kesalahan atau alasan apa saya ditangkap, tetapi beliau enggan memberikan sebarang jawapan," jelasnya.

Musafri berkata dalam afidavit, beliau telah dilepaskan pada pukul 1.49 pagi setelah ditahan selama lebih kurang 2 jam 30 minit.

Pada 29 Jun.2011, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam untuk melaporkan kejadian penahanan dan rampasan tersebut. .

Beliau sekali lagi bertanyakan pegawai polis di kaunter mengenai butiran nama Responden Pertama (pegawai yang membuat tangkapan) tetapi pegawai berkenaan enggan memberitahu nama-nama mereka.

Musafri menyatakan sesungguhnya, setelah dinasihati oleh peguamcaranya dan mempercayainya bahawa penahanan ke atas beliau adalah bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kebebasan dirinya. (Harakahdaily)

KOMEN:

1) Kedegilan polis boleh diajar antaranya dengan mengheret mereka di Mahkamah.

2) Apabila mereka disoal-balas(cross-examination) dalam kandang saksi barulah terlihat tindakan mereka yang bersifat separuh-masak.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.