Thursday, July 23, 2009

TWITTER

Saya tidak tahu mengapa saya memilih twitter:www.twitter.com/rohanrazi sedangkan blog saya pun boleh post mesej seringkas 6 baris seperti twitter? Mungkin kerana ringkas dan padat serta trend terkini!

Monday, July 20, 2009

Kritik Terhadap Lord Denning

1) Penulis buku biografi Lord Denning, Edmund Heward, telah memasukkan 'kehancuran' (disaster) yang dibuat oleh beliau di bawah topik 'Disaster'.

2) Kehancuran yang dibuat oleh Lord Denning adalah tentang isu 'perkauman'.

3) Pertamanya, menurut penulis yang juga bekas pegawai mahkamah, kes Mandla, seorang Sikh.

4) Keduanya, di dalam buku What Next in the Law, semasa dilancarkan pada 20.5.1982, penulis biografinya berkata: "Two passages in the book gave offennce to some who had come to England from overseas. One passage indicated that some of them were not suitable to serve on juries. Another that they were using the peremptory challenge so as to pack the jury with their sympathies."

5) Tekanan demi tekanan terhadap Lord Denning. Akhirnya melalui proses rundingcara antara peguamnya satu persefahaman telah dicapai.

6) Seterusnya, "The book was withdrawn and the offending passages removed."

7) Kehancuran (disaster) yang dibuat oleh Lord Denning tidak terhenti setakat ini.

8) Di dalam The Changing Law, Lord Denning berkata berkenaan "The Influence of Religion", "In primitive societies, the influence of religion on law was obvious, but it is not so obvious in modern societies." Seterusnya beliau berkata, "In primitive communities religion, morals and law were indistinguishably mixed together."

9) Tetapi dipenghujung buku yang diterbitkan pada 1953 itu beliau berkata, "Religion concerns the spirit in man whereby he is able to recognise what is truth and what is justice; where as law in only the application, however imperfectly, of truth and justice in our everyday affairs. If religion perishes in the land, truth and justice will also. We have already strayed too far from the faith of our fathers. Let us return to it, for it is the only thing that can save us."

10) Perhatikan percanggahan yang dibuat oleh hakim lagenda yang dikatakan genius dalam matematik, lojik dan penghakiman. Di satu tempat beliau mengatakan agama (religion) tidak penting. Dan di satu tempat lain beliau mengatakan ianya (agama) penting bahkah lebih penting dari undang-undang.

11) Ini adalah penting, samada undang-undang British benar-benar sekular atau diwarnai oleh agama.

Sunday, July 5, 2009

MELAYU MURTAD

1. Sanggupkah "kita" menerima hakikat apabila ada Melayu yang murtad?

2. "Kita" di situ memberi maksud "orang Melayu".

3. Kenapakah saya berkata sedemikian? Jawapannya: Kerana sudah ada orang Melayu yang tidak setuju dengan posisi dan pendifinisian Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

4. Mengikut pentafsiran dalam Perlembagaan Malaysia, Melayu adalah semestinya Islam.

5. Apabila Melayu adalah Islam dalam Perlembagaan, bukanlah bermaksud Islam itu adalah Melayu.

6. Melayu adalah komponen Islam. Manakala Islam pula bukanlah komponen Melayu kerana ada bangsa-bangsa lain lagi yang beragama Islam.

7. Oleh itu desakan supaya mengubah persepsi dan posisi Melayu sebagai beragama Islam adalah tidak berasas.

8. Juga tema dan perbincangan tentang hala-tuju politik hendaklah serasi dengan "Melayu adalah Islam".

9. Jika ini tidak disepkati oleh orang Melayu, maka sanggupkah orang Melayu menerima hakikat bahawa Melayu boleh murtad?

10. Saya melihat dan saudara-saudari pembaca juga mungkin melihat bahawa betapa Melayu tidak suka bahkan menentang keluarnya orang Melayu dari agama Islam.

11. Ini dapat dilihat dari kisah penentangan Melayu terhadap kes Natrah (asalnya kes penjagaan anak), Aishah Bukhari, Lina Joy dan lain-lain.

12. Masalahnya yang mendesak asas Melayu adalah Islam itu mereka yang dikaitkan dengan gerakan Islam.

13. Pada asasnya Umno adalah parti yang beraqidah "pragmatis". (Rujuk ucapan Najib).

14. Pragmatis bermaksud boleh berubah mengikut keadaan.

15. Namun begitu Perlembagaan Umno sendiri meletakkan di posisi yang istimewa untuk orang Malayu dan agama Islam.

16. Umno juga, menurut Perlembagaan partinya, ingin berjuang untuk Islam.

17. Walaupun Umno pernah mengangkat sekularisma sebagai wadah perjuangan tetapi dengan aqidah pragmatis dan Perlembagaannya serta desakan dari luar dan dalam Umno, Umno boleh menjadi parti yang memperjuangkan Islam persis PAS.

18. Sekali lagi asas beberapa kerat yang mencabar "Melayu adalah Islam" adalah tidak kukuh.

19. Walaupun ada bukti orang Melayu pernah beragama Hindu tetapi itu tidak tahan lama.

20. Dengan datangnya Islam, Melayu bertukar agama kepada Islam. Melainkan segelintir kecil di Bali.

21. Jatuhnya Melaka kepada berbagai kuasa yang beraqidah bermacam-macam, ini tidak mengubah agama Melayu.

22. Melayu adalah sinonim dengan Islam.

23. Sanggupkah Melayu mengubah tradisi mereka kepada memakan babi dan makan binatang yang tidak disembelih?

24. Melayu boleh berpecah atas isu makan sahaja. Apa tidaknya sanggupkah Melayu Islam pergi kenduri Melayu Kristian yang menyediakan makanan tidak halal?

25. Saya percaya sukar untuk mengubah tradisi Melayu ini.

26. Melayu harus cari titik persamaan walaupun mereka berbagai parti dan wadah.

27. Jika Melayu bijak berpolitik, Melayu boleh menjadi pemimpin dunia.

28. Agama adalah wahana dan asas yang mana Melayu boleh bersatu.

29. Musuh-musuh mencari titik kuat persatuan dan kesatuan Melayu untuk dihancurkan.

Thursday, July 2, 2009

KESAMARATAAN RAKYAT DALAM AGENDA POLITIK MALAYSIA

1. Kesamarataan rakyat mempunyai baik dan buruk dalam agenda sesuatu parti politik khususnya sekiranya ia dibincangkan dalam kontek Malaysia.

2. Pelopor "ketuanan rakyat" walaupun tiada satu kertas putih yang sah memberi indikasi wujudnya elemen kesamarataan rakyat dalam agenda ketuanan rakyat mafhum dari gendang slogan "ketuanan rakyat" adalah wujudnya kesamarataan rakyat dalam doktrin yang dilaungkan oleh parti PKR.

3. Walhal PKR adalah proses penetasan secara pengabungan dari Parti Rakyat Malaysia yang condong kepada idea sosialis.

4. Memang tidak dinafikan agenda ketuanan rakyat mendapat sokongan dari sebahagian rakyat.

5. Segmen manakah dari rakyat yang menyokong agenda ketuanan rakyat?

6. Mengikut analisa sokongan rakyat terhadap parti-parti politik, majoriti orang Melayu masih bersama parti politik bertunjangkan Melayu dan Islam.

7. Mengikut analisis itu juga, majoriti yang menyokong agenda ketuanan rakyat adalah golongan bukan Melayu.

8. Baranglali golongan bukan Melayu merasakan terma kontrak sosial dalam Perlembagaan Malaysia tidak memberi kedudukan yang strategik kepada mereka dengam wujudnya artikel-artikel yang memberi posisi yang istimewa kepada Melayu dan Islam.

9.Memang tidak ada ketidakpuasan hati kepada sesiapa jika terma kontrak sosial tidak memberi posisi yang samarata kepada mana-mana kumpulan etnik. Alasan kepada ketidakpuasan hati adalah fitrah alami manusia.

10. Jika bangsa Melayu dan bumiputera sendiri tidak diberi posisi istimewa sendiri atau samarata dengan bangsa lain atau lebih rendah maka wujud ketidakpuasan hati.

11. Apatah lagi, bangsa Melayu dan bumiputera sendiri adalah peneroka terawal bumi Malaysia.

12. Konsep "equality before the law" memberi 3 maksud menurut Polyvious G. Polyviou; (1) equal subjection of all to a common system of law whatever its content (2) a procedural concept pertaining to the application and enforcement of laws and the operation of the legal system (3) borne by declarations that all are equal before the law i.e. the state and the individual before the law should be equal. (The equal protection of the laws)

13. Konsep yang sama ada dalam Islam adalah dengan istilah "al-musawah".

14. Seorang professor perlembagaan Islam yang berbangsa Mesir Syeikh Abdul Hamid ada membincangkan konsep ini di dalam bukunya "Mabadi' Nizamul Hukm al-Islami".

15. Secara asasnya Islam tidak meletakkan batu perbezaan antara bangsa-bangsa yang berbagai, tetapi pada agama dan mutu taqwa; Inna aqramakum indallahi atqakum.

16. Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan menetapkan prinsip kesamarataan.

17. Namun begitu artikel ini bukan mutlak ia bersyarat Ceraian 2 Artikel 8 meletakkan syarat "except as expressly authorised by this Constitution."

18. Negara manapun, semaju manapun sesuatu negara tetap ada doktrin ketidaksamarataan. Contoh yang mudah antara warganegara dan bukan warganegara.

19. Kesimpulannya, tidak akan wujud kesamarataan mutlak di kalangan rakyat.

20. Kesamarataan rakyat adalah gendang politik untuk meraih undi dan omong-omong kosong yang menjadi bualan mereka yang tidak puas hati dengam doktrin yang sampai bila-bila tidak dapat diwujudkan kesamarataan rakyat secara mutlak.


Sungguh mudah dan ringkas untuk menambah lebih ramai rakan. Jemput rakan anda dari Hotmail, Gmail ke Yahoo! Messenger hari ini! http://malaysia.messenger.yahoo.com/invite/