Thursday, September 30, 2010

NAIK-TARAF WARKAH SERATING

1. Untuk makluman pengunjung Warkah Serating sekarang sedang menjalani penaikan-taraf kepada rekabentuk (design) HEADER...Apayang terlihat di atas bukanlah kekal...Ia masih dalam rundingan dengan sebuah syarikat rekabentuk...

2. Apa2 cadangan dari tuan-puan dialu2kan...

Sekian terima kasih...

Friday, September 24, 2010

Lady Gaga: Agen Illuminati??!!

1. Populariti Lady Gaga tiba-tiba naik mendadak seperti bintang kejora di waktu malam.

2. Lagu-lagunya menjadi dengaran seantero dunia. Hits kepada lagu "alajendro" (sebut alahendro) di YouTube mencecah lebih 80,000,000 ketika tulisan ini dipost!!!

3. Apakah rahsia kepada kemunculan mendadak artis yang suka separuh bogel ini??

4. Di sini ada yang berta'akkul bahawa ia dinaikkan oleh kumpulan rahsia yang dinamakan "Illuminati".

5. Kumpulan ini dikaitkan dengan protokol Yahudi yang mahu menakluk dan mengawal dunia.

6. Ada pula yang beranggapan bahawa Lady Gaga naik kerana kebolehannya sendiri dengan tiada apa-apa konspirasi pertubuhan 'secret society'.

7. Bagi yang menghujahkan dia dinaikkan oleh "Illuminati" lagu 'alejandro' seperti klip video di YouTube jelas menunjukkan unsur-unsur "Iluminati" dalam tariannya.

8. Bagi yang baru mendengar apa itu Illuminati rujuk di sini untuk gambaran awalan:http://nwoobserver.wordpress.com/2009/11/17/who-are-the-illuminati/.

9. Apapun saya juga telah menkayakan Lady Gaga sebanyak RM47.80 dengan membeli cdnya.

10. Kita tidak tahu apa yang kita tulis jika kita tidak mendalaminya..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 21, 2010

Sistem Kehakiman Malaysia Terhakis??!!!

1. Panggilan kecemasan terhadap sistem kehakiman Malaysia oleh Tun Salleh Abbas di terima secara perlahan-lahan walaupun tegas oleh sebahagian rakyat Malaysia.

2. Bagi yang berpendapat sistem kehakiman terhakis oleh kuasa eksekutif menganggap "May Day For Justice!" oleh Tun Salleh Abbas sebagai panggilan kecemasan yang harus dibalas dan bertindak dengan segera.

3. Manakala kuasa eksekutif harus dikurangkan "Executive: Delimiting Its Growth" tulis seorang peguam senior dalam satu jurnal undang-undang keluaran Majlis Peguam Malaysia.

4.Manakala bagi kumpulan ini (yg mengatakan sistem kehakiman terhakis) titik permulaan kehakisan tersebut tercetus dengan peristiwa pemecatan hakim lagenda Tun Salleh Abbas.

5. Bagi yang menyokong pemecatan Tun Salleh Abbas pula mereka berpendapat ia bukan isu sistem kehakiman terhakis tetapi ia merupakan "kes salahlaku" seorang hakim tertinggi negara.

6. Penentu utama kuasa eksekutif telah masuk menceroboh dalam sistem kehakiman ialah kes liwat (1) Dato' Seri Anwar Ibrahim, hujah mereka.

7. Mengapa Anwar didakwa sedangkan dakwaan tentang tarikh Tivoli Villa belum siap ketika liwat yang didakwa itu berlaku.

8. Manakala liwat (2) yang berlaku ketika pemerintahan Perdana Menteri yang lain pula menjadi bukti kes liwat bukanlah rekaan pihak pemerintah, hujah pula pendokong parti yang memerintah. Oleh itu tiada teori campurtangan eksekutif dalam kebebasan kehakiman. Justeru sistem kehakiman tidak terhakis.

9. Kes klip video VK Lingam pula timbul.

10. Maka ini bukti sistem kehakiman diatur oleh tangan-tangan ghaib yang jika dibicarakan akan terbuka tabis hijabnya..

11. Salahkah hakim mempunyai "political-party affiliation"??!!

12. Pengalaman negara kuasa dunia menunjukkan ia tidak salah. Black's Law Dictionary melaporkan hakim-hakim Mahkamah Agung USA yang silih berganti antara parti Federalist, Jeffersonian, Democrat, Whig, Republican dan Independent.

13. Pengalaman ini membawa keamanan kepada negara besar ini dan rakyatnya boleh menerima kecenderungan hakim dalamn urusan politik.

14. Mungkin ada yang berkata bahawa ini tidak boleh disamakan dengan kes klip video VK Lingam.

15. Tetapi itulah hakikat, di Amerika hakim-hakim diundi dan diatur oleh tangan-tangan ghaib; rujuk "The Appeal" oleh John Grisham.

16. Negara kita mungkin dalam proses pematangan. Sistem kehakiman adalah satu cabang kuasa yang penting dalam negara. Ia tidak harus diganggu melainkan ada 'precedent' di negara lain yang boleh diikut...

ROHAN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 19, 2010

POHON KEMAAFAN

Saya memohon kemaafan kepada pengunjung2 blog saya kerana kegersangan posting semenjak puasa dan sepanjang hari raya kerana kesibukan..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

ROHAN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 8, 2010

Bulan takkan terbelah bagi kali kedua...
















1. Antara mukjizat Nabi Muhammad s.a.w kepada kaum Quraish sebagai bukti kenabiannya ialah terbelahnya bulan.

2. Mukjizat itu hanyalah sekali sahaja..

3. Dalam politik kepartian di Malaysia parti Islam yang berlambangkan bulan purnama penuh pernah "retak" dan terbelah dua dalam tahun 1980-an.

4. Peristiwa itu dirakamkan oleh seorang penulis Halim Mahmood. Dengan kulit buku melambangkan bulan yang retak dan gambar Asri dan Hj Hadi.

5. Matan presiden Pas ketika itu menghadapi tentangan dari dalam Pas oleh "young turk" yang diketuai oleh TG Nik Abdul Aziz dan TG Hj Abdul Hadi.

6. Akhirnya presiden Pas yang berjaya membawa kepada 'unity goverment' dengan BN selepas sengketa kaum 1969 tersingkir selepas revolusi dalaman Pas.

7. Ramai generasi muda Pas pasca-kepimpinan ulamak tentu sudah lupa peristiwa ini.

8. Tetapi jika dibuka buku 'Asri Dalam Dilema' kita akan dihidangkan dengan detik-detik kejatuhan 'parti Asri sekeluarga'.

9. Bulan retak akibat 'unity goverment' dengan BN yang diarkitekkan oleh Asri dan Tun Razak.

10. Ada yang beranggapan roda kitaran Pas berputar dengan dulunya Hj Hadi menentang polisi Asri berbaik dengan Umno. Sekarang beliau cuba melakar polisi berbaik dengan Umno dan menjadi mesra polisi Asri seperti zaman kritikal dahulu.

11. Walaupun saya dalam beberapa posting mengambarkan mesra 'unity goverment' saya tidak lupa peristiwa ini.

12. Peristiwa inilah yang menyebabkan beberapa pemimpin Pas phobia dengan idea 'unity goverment' kerana "bulan takkan terbelah untuk kali keduanya"..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 4, 2010

Mansuhkan saja PAS?

1. Itulah apa yang terkandung dalam Perlembagaan Pas. "Cara memansuhkan PAS": Fasal 78 Perlembagaan Parti Islam Semalaysia PAS (Pindaan 1993).

2. Jadi apa yang diutarakan oleh pemimpin atasan Pas bahawa Pas boleh dimansuhkan jika Umno yang mahu melaksanakan Islam secara syumul, adalah berasas dan berperlembagaan (constitutional).

3. Keikhlasan adalah urusan hati dan sukar untuk ditafsirkan tetapi kita boleh mentafsirkan apa yang tersurat. Dan yang tersurat adalah jelas bahawa Pas boleh dimansuhkan jika Umno betul-betul ingin laksanakan Islam.

4. Pas hanyalah "alat" bagi menyampaikan hasrat untuk "tujuan-tujuan" seperti yang terkandung dalam Fasal 5 (tujuan Pas).

5. Jika tujuan-tujuan Pas boleh dicapai tanpa perlu wujudnya alat yang dinamakan Pas, maka Pas sudah tidak diperlukan lagi. Dengan kata lain "mansuhkan saja Pas!"

6. Debat tentang mengapa zaman Nabi Muhammad s.a.w tidak ada "sistem kepartian" adalah juga menarik.

7. Undang-undang negara menetapkan bahawa jika sekumpulan warganegara atau lebih spesifik umat Islam mahu berpolitik maka mereka perlu menubuhkan sebuah parti. Oleh sebab itulah Pas didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

8. Mankala dalam al-Qur'an disebut "Hizbullah" atau "Parti Allah". Mungkin disini mengilhamkan pengasas Pas untuk menubuhkan Parti Islam SeMalaysia.

9. Hizbullah tidak terikat dengan ROS. Tetapi Pas terikat dengan ROS.

10. Apapun Parti Allah tidak akan luput selagi al-Qur'an masih ada. Manakala Pas boleh dimansuhkan jika menepati Fasal 78 Perlembagaan PAS.....

Thursday, September 2, 2010

UMNO melancarkan perang siber?

1. Saya masih ingat satu statement daripada matan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi bekenaan kekalahan beberapa negeri dan kerusi strategik kepada Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya ke 12.


2. Beliau menyalahkan bahawa kekalahan ("kehilangan" adalah lebih tepat kerana BN masih memerintah Kerajaan Persekutuan) tersebut akibat BN kalah perang siber. Beliau sendiri tepaksa berundur sebagai PM kerana menjadi kambing hitam kepada kehilangan-kehilangan tersebut!

3. Taktik perang siber tidak semestinya secara langsung. Ia boleh berlaku secara "reverse" atau "sebalik" atau istilah dalam Bahasa Arab "mafhum mukhalafah".

4. Jika kita analisa satu persatu taktik dan bunga langkah Umno dalam perang siber adalah sangat menarik.

5. Mereka pada awalnya mendakwa tokoh-tokoh tertentu dalam blogosphere. Kemudiannya menjadi mesra Umno dalam posting-posting mereka.

6. Kalau kita masih ingat Kickdefella adalah warblogger kepada Husam Musa. Kemudiannya ditangkap polis gara-gara menyiarkan dalam blognya gambar bendera Malaysia terbalik.

7. Selepas beliau dibebaskan, tiba-tiba beliau menjadi mesra Umno dan agenda-agenda parti Melayu ini.

8. Kemudian beberapa blogger juga ditahan polis. Akibat sensai ditahan ini menyebabkan mereka secara "reverse" diiklankan kepada MSM (mainstream media) yang menambahkan populariti mereka dikalangan pelanggan media lama.

9. Ini secara "reverse" juga menyebabkan hit kepada blog mereka meningat dengan mendadak.

10. Blog-blog bebas dan pro-Unity Government juga diwar-warkan seperti www.zul4kulim.blogspot.com, Aduka Taruna dan blog Tantawi.

11.Ia seperti kumpulan penunjuk perasaan kepala lembu yang didakwa. Walaupun sabit kesalahan mereka dan dihukum, tetapi mesej iaitu jangan melangkah kegaris milik kami! adalah telah berjaya disampaikan kepada massa. Ini adalah satu manifestasi "reverse" taktik Umno dalam perang siber, jikalah kita dengan jayanya mengaitkan kumpulan penunjuk perasaan itu dengan Umno...

12. Terkini Utusan 3.9.2010 melaporkan "Hassan Skodeng didakwa buat komen palsu". Beliau didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

13. Beliau adalah editor eksekutif dalam MSM iaitu The Malay Mail. Beliau bukan barua Pakatan Rakyat.

14. Utusan juga melaporkan warblogger mesra Umno ada hadir di mahkamah bagi memberi sokongan moral kepada Hassan.

15. Saya telah melayari blog beliau di http://nose4news.wordpress.com/. Posting-posting beliau lebih mirip kepada isian-isian dalam MSM.

16. Umno mempunyai dua kategori perang siber (1) bersifat perang gerila- dengan menyembunyikan (anonymous) posting seperti Parpukari, Faisal dll. (2) perang bersemuka dengan warblogger yang menggunakan nama sebenar.

17. Saya percaya Umno akan lebih banyak merekrut warblogger bagi melancarkan perang siber!