Tuesday, January 27, 2009

TRIBUNAL JENAYAH PERANG GAZA

1. Ketika saya sedang minum petang di sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail Jaya, saya telah terlihat satu brochure yang dikeluarkan oleh organisasi Aman Malaysia yang, antara lain, mendesak pihak-pihak berpengaruh dalam masyarakat.

2. Antaranya desakan kepada pengamal undang-undang untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap penjenayah perang di Gaza. lebih kurang begitu desakan mereka.

3. Saya sebagai pengamal undang-undang terasa terpanggil dengan desakan itu.

4. Kita tidak perlu menunggu resolusi khas PBB untuk menubuhkan tribunal khas jenayah perang di Gaza, baru kita (pengamal undang-undang) perlu bertindak.

5. Kita juga tidak perlu menunggu International Criminal Court di The Hague, Belanda mengerakkan pendakwa raya mereka untukmemanggil tertuduh dan mangsa untuk perbicaraan.

6. Parlimen Malaysia boleh bersidang dan meluluskan satu akta tribunal khas jenayah perang di Gaza yang dinamakan "Tribunal Jenayah Perang Gaza".

7. Tribunal Jenayah Perang Gaza boleh memanggil tertuduh (Israel) dan mangsa untuk satu perbicaraan.

8. Jika tertuduh (Israel) tidak hadir Tribunal boleh menjalankan trial in absentia.

9. Keputusan boleh dalam bentuk "pemenjaraan" atau "hukuman mati" kepada penjenayah-penjenayah perang.

10. Satu lagi aspek yang saya lihat ialah tuntutan gantirugi.

11. Satu tuntutan berasingan, dari tindakan jenayah, boleh dituntut oleh mangsa (quasi-civil action) untuk gantirugi seperti kehilangan pendapatan, kesedihan, kehilangan sumbangan, kemusnahan bangunan dan lain-lain.

12. Sebagai accidentologist (specialist dalam kes kemalangan) saya biasa berdepan dengan kes tuntutan gantirugi. Tindakan quasi-civil action yang saya maksudkan mirip tuntutan-tuntutan tort dalam mahkamah-mahkamah dunia. Malaysia juga ada pakar-pakar dalam bidang ini.

13. Traumatic disorder atau stress dan lain-lain kesan psikiatri boleh dituntut pampasan oleh mangsa-mangsa.

14. Malaysia harus terkehadapan dalam memainkan peranan dalam hak asasi manusia. Bahkan mereka harus menjadi juara dalam bidang ini. Terkini kita perhatikan Malaysia menuju ke arah itu. Hanya perlu lengkapkan dengan penubuhan satu Tribunal Jenayah Perang Gaza.

Sunday, January 25, 2009

Penaklukan melalui undang-undang

Orang Melayu bukanlah seperti bangsa Red Indian di Amerika Utara. Mereka telah lama disinonimkan dengan kuasa dan pemerintahan. Semenjak zaman Lankasuka lagi.

Nasib yang berlaku kepada orang Melayu adalah seperti kaum Red Indian di Amerika Utara. Mereka ditakluk melalui undang-undang (conquest by law).

Nampaknya, beginilah bentuk peperangan baru selepas perang dingin. Perluasan empayar dan sempadan negara melalui peperangan "litigasi" di Mahkamah.

Kes yang berlaku ialah kes tentang tuntutan bertindih Malaysia dan Singapura terhadap Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge yang dirujuk ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, Belanda.

Dengan keputusan tersebut ia memberi kedudukan selesa kepada Singapura dalam tuntutan terhadap Pulau Batu Putih.

Barangkali Singapura belajar dari pendatang Eropah ke benua Amerika dengan menakluk tanah tradisi Red Indian dengan secara undang-undang. (Kes yang dirujuk adalah Johnson v. M’Intosh, 21 U.S. 543, 5 L.Ed. 681, 8 Wheat. 543 (1823). Ia adalah penaklukan yang sah.)

Alasan keputusan majoriti seperti berikut:-

"In a letter dated 21 September 1953, the Acting State Secretary of Johor replied that the "Johore Government [did] not claim ownership" of the island. The Court considers that this correspondence and its interpretation are of central importance "for determining the developing understanding of the two Parties about sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh" and finds that the Johor’s reply shows that as of 1953 Johor understood that it did not have sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh."

Bahkah, juga, keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa itu tidak boleh dirayu. Ia adalah muktamad. Tanpa sebiji peluru dan bom pun dimuntahkan dalam merebut Pulau Batu Putih, Singapura sudah boleh tersenyum.

Banyak lagi ruang-ruang bagi pendatang di Malaysia untuk menakluk bumi ini dengan penaklukan secara undang-undang. Antaranya penukaran tanah rizab Melayu kepada pegangan bebas.

Apatah lagi undang-undang tanah memperuntukkan "indefeasiblity of title". Jika anda pemunya tanah itu, geran menunjukkan begitu, maka pemilikan anda tidak boleh dicabar.

Ia adalah penaklukan tanah secara sah dari segi undang-undang. Ingat sebahagian negeri-negeri di Amerika Utara dikuasai dengan membeli tanah-tanah tersebut.

Banyak yang boleh dipelajari dari pendatang Eropah ke Amerika Utara kepada pendatang di Malaysia. Tidak mustahil suatu masa bumi Malaysia, seluruhnya, berjaya ditakluk secara sah dengan melalui litigasi Mahkamah atau apa-apa cara yang sah menurut undang-undang.

Wednesday, January 21, 2009

Dulu hamba kini tuan

Associated Press sekira-kira melaporkan sebegini, bersempena dengan perlantikan Barrack Obama sebagai President ke 44 Amerika Syarikat:-

"The inauguration of Obama, 47, the son of black Kenyan father and white mother from Kansas, was steeped in symbolic meaning for African-Americans, who for generations suffered slavery and then racial segregation that made them second-class citizens."

Berkenaan dengan tempat pengangkatan sumpah sebagai Presiden pula disifatkan oleh sumber berita yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan dipetik oleh sebuah akhbar berpengaruh di Malaysia, The Star, seperti berikut, :-

"It takes place outside the Capitol, which slaves helped build."

Lebih kurang 100 tahun lebih sebelum itu mahkamah Amerika Syarikat berhadapan dengan suatu penentuan isu samada tahanan hamba-abdi Afrika di dalam kapal La Amistad adalah manusia atau barangan dagangan?

Mahkamah Agong Amerika Syarikat di dalam kes United States v. The Amistad Africans 40 U.S. (15 Pet.) 518 (1841) telah memutuskan bahawa mereka (hamba-abdi Afrika) bukanlah barang dagangan yang sah. Mereka dibebaskan.

Barat seperti yang digambarkan oleh Syed Qutb dalam Ma'alim Fi Tariq sudah bankrup idea. Bukan idea dalam penciptaan barangan dan penemuan teknologi. Tetapi bankrup dalam sumbangan kepada kemanusiaan (insani).

Adakah pemilihan Barrack Obama ini sebagai jawapan kepada dunia dan sejarah bahawa Barat atau khususnya Amerika Syarikat tidak bankrup dalam sumbangan kemanusiaan?

Jika itu yang hendak didebatkan atau difokuskan oleh pelapor-pelapor berita Barat seperti Associated Press maka perkara yang sama telah lama dilakukan oleh Islam.

Mamluk atau "tentera hamba" yang dimiliki oleh khalifah-khalifah Islam pernah menjadi tuan dalam sejarah Dinasti Mamluk di Mesir dari tahun 1250-1517. Beratus tahun sebelum Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika.

Jadi apakah lagi sumbangan kemanusiaan oleh Barat untuk tamadun kemanusiaan, tanpa memplagiat idea yang telah dilakukan oleh Islam? Atau mereka memang benar-benar bangkrup idea kemanusiaan?

Wednesday, January 14, 2009

Adakah Malaysia negara sekular?

New Straits Time hari ini (15.01.2008) melaporkan Karpal Singh berkata:-

"We subscribe to a Supreme Court ruling in 1988 that Malaysia is a secular state and the Constitution is a supreme law of the land."

Saya percaya Karpal Singh merujuk kepada kes Che Omar Bin Che Soh v. Public Prosecutor [1988] 2 MLJ 55. Di mana 5 orang panel hakim Mahkamah Agong memutuskan:-

"In our view, it is in this sense of dichotomy that the framers of the Constitution understood the meaning of the word "Islam" in the context of Article 3. If it had been otherwise, there would have been another provision in the Constitution which would have the effect that any law contrary to the injunction of Islam will be void. Far from making such provision, Article 162, on the otherhand, purposely preserves the continuity of secular law prior to the Constitution, unless such law contrary to the latter."

Ini bermakna keputusan Mahkamah Agong itu hanyalah setakat menyatakan undang-undang Malaysia adalah sekular.

Mahkamah Agong tidak memutuskan bahawa Malaysia adalah negara sekular seperti yang difahami oleh Karpal Singh.

Thursday, January 8, 2009

BLOGGER: ADA MASA HADAPAN?

Di antara langkah korporat bijak sebelum mencebur dalam mana-mana perniagaan ialah dengan melakukan ‘due diligent’ (ketekunan wajar). Ketekunan wajar dalam ‘viability’ undang-undang dan akaun.

Langkah-langkah ini mengelak kerugian dari mana-mana engagement perniagaan mereka.

Begitulah juga blogger bijak, saya percaya mereka juga perlu melakukan due diligent undang-undang dan akaun.

Kita dapat menganggarkan ada motif daripada usaha seorang blogger dalam melancarkan sesuatu weblog samada ekonomi, hobi, pengaruh atau mungkin kepuasan peribadi.

Sebagai seorang peguam saya melihat dari sudut undang-undang.

Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan untuk ‘kebebasan untuk bercakap’, ‘berhimpun’ dan ‘berpersatuan.

Artikel 10 (1)(b) – hak untuk berhimpun (the right to assemble).

Saya berpendapat ‘right to assemble’ termasuk hak berhimpun secara ‘virtual assembly’ (bukan sahaja 'physical assembly') seperti berkumpul di ruang siber untuk memberi pendapat di ‘comment’ kepada weblog dan berhimpun secara virtual di ‘internet chatting’.

Akta yang mengawal perhimpunan ini adalah Akta Polis.

Hak di atas - berhimpun, bercakap dan berpersatuan-bukanlah mutlak. Ia tertakluk kepada sekatan undang-undang.

Artikel 10 (2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan sekatan seperti ‘penghinaan mahkamah’, defamation, incitement, keselamatan, public order dan moral.

Ada satu lagi akta yang menyebut tentang sekatan-sekatan kepada blogger. Akta tersebut ialah Printing Presses And Publication Act 1984 (PPP ’84).

Bahagian berkaitan ialah ‘Part IV’ Akta tersebut yang menyentuh tentang ‘control of undesirable publication’.

Publication’ ditafsirkan oleh seksyen 2 PPP ’84 sebagai ‘(c) anything which may by its form, shape or in any manner is capable of suggesting words or idea’.

Itu bermaksud termasuk weblog.

Seksyen 7 (1) PPA ‘ 84 menyentuh tentang kuasa menteri untuk ‘prohibit’ mana-mana penerbitan (publication) yang bersifat ‘undesirable publication’.

Pentafsiran kamus untuk ‘prohibit’ ialah ‘to forbid’ (Oxford Paperback Dictionary).

Dalam kontek ‘weblog’, menteri boleh menghalang (forbid) akses kepada mana-mana weblog walaupun beroperasi diluar negera.

Ini terjadi di dalam kes ‘Malaysia Today’. Akses kepada MT dihalang oleh Suruhanjaya Multimedia Malaysia. Sehingga MT terpaksa berpindah alamat.

Raja Perta Kamaruddin sendiri didakwa di bawah Kanun Keseksaan kerana dituduh melakukan ‘criminal defamation’.

Seskyen 8 PPP ’84 sendiri menyebut tentang kesalahan (prohibited publication) dengan hukuman denda dan/atau penjara.

Bagi kesalahan menyebarkan berita palsu (false news) boleh dihukum dengan penjara dan/atau denda.

Begitulah risiko menjadi blogger. Masa dan pelaburan yang dibuat jika bercanggah dengan undang-undang akan menjadi sia-sia.

Jadilah blogger bijak!