Sunday, August 29, 2010

Blogosphere memusnahkan monopoli media lama!

1. Saya ada membeli buku "Blog" oleh Hugh Hewitt di Kinokuniya, KLCC.

2. Walaupun buku ini bukan pemikiran dan ulasan mendalam dalam topik ini tetapi beberapa komentari dan pengistilahannya harus diberi perhatian.

3. Hugh Hewitt memerhatikan pencairan (meltdown) "mainstream media"(MSM) dan pelangganya pergi kepada sumber-sumber maklumat di blogosphere.

4. Pelanggan-pelanggan mencari "reliable information" yang bermaksud "very recent reliable information", hujahnya.

5. Beliau juga menyifatkan MSM sebagai "old media" (media lama).

6. Antara istilah yang digunakan oleh beliau adalah "warblogger" bagi panglima perang dalam blogosphere. "Polibloga" bagi blog-blog politik.

7. Banyak lagi perkara menarik dalam buku terawal berkenaan blog ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 21, 2010

BLOGGER UPAHAN!

1. Kepada peminat berita atau ulasan bloggosphere anda mungkin telah membaca berita atau ulasan blogger upahan tanpa disedari.

2. Kepada yang tidak percaya kepada perkara ini, anda harus sedar bahawa untuk berblog tanpa mendapat ganjaran adalah kerja sia-sia.

3. Menjual ubat kuat atau ubat-ubatan bukanlah bisnes yang mengguntungkan yang boleh memberi pulangan bergand, melainkan minat yang mendalam dalam berblog.

4. Menghabiskan masa berjam-jam depan komputer dan mentalaah buku di perpustakaan dan membeli buku-buku untuk menambah input blog bukanlah pekerjaan yang menguntungkan jika tiada upahan. Ini adalah kerana pronsip di dalam menjadi blogger berjaya adalah 'reading more than writing'.

5. Mendapat maklumat-maklumat sulit dari 'insider information' bukanlah berlaku secara kebetulan jika tidak diupah. Mengeksibitkan surat-surat rahsia dan dokumen-dokumen sulit bukanlah berlaku secara tanpa dirancang.

6. Di dalam buku Blogging All-In-One For Dummies menceritakan berkenaan 'Hiring a blogger'. Blogger yang diupah tersebut tentulah blogger upahan kalau tidak buku ini tidak akan membicarakan tentang tajuk itu. Apatah lagi upah seorang blogger juga dinyatakan buku itu.

7. Di dalam negara baru-baru ini didedahkan tenbtang satu insentif kewangan yang diisytiharkan oleh seorang menteri besar sebuah kerajaan negeri pakatan pembangkang yang berjumlah RM15,000,000.00! Iaitu setiap kepala dalam negeri tersebut dicaj RM5.00 bagi pelan pemeliharaan imej. Sudah tentu insentif ini sebahgian kalau tidak keseluruhan disalurkan kepada blogger upahan untuk membina atau memulih imej dalam perang siber.

8. Manakala blog pro-pakatan pembangkang pula menuduh blogger barisan parti-parti kerajaan memerintah membayar blogger-blogger upahan dengan gaji graduan universiti!

9. Saya bukannya ingin mendedahkab bahawa buruknya menjadi blogger upahan tetapi untuk menyedarkan tuan-tuan bahawa adanya blogger upahan dalam bloggesphere!

10. Mereka seperti pembunuh-pembunuh upahan yang profesional membunuh karakter-karakter individu atau organisasi tertentu dengan keyborad mereka.

11. Mereka juga memuliakan individu-individu atau organisasi tertentu dengan sentuhan jemari mereka dalam bloggosphere.

12. Mereka juga unpama profesional-profesional lain seperti doktor, peguam, jurutera, arkitek dll yang melaksanakan tugas apabila diupah!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 20, 2010

BERHIJRAH DARI NOKIA KPD BLACKBERRY

1. 15 tahun dahulu saya mula-mula menggunakan handset primero bx keluaran NEC. Ketika itu saya masih student di UIAM. Ketika itu tidak ramai orang menggunakan handset. Pensyarah pun masih belum menggunakan handset. Hanya Rektor, Dekan dan Presiden (Dato' Seri Anwar) sahaja yang menggunakan handset.

2. Saya masih ingat nombor hanset saya dengan Celcom adalah 0102298651 ketika itu.

3. Kemudian saya berpindah kepada ADAM kerana ia adalah digital. 010 adalah analog. Linenya agak bising berbanding digital.

4. Saya tertarik dengan BlackBerry kerana isu pengharaman penggunaan BlackBerry oleh beberapa buah negara kerana faktor keselamatan. Lantas dijawab oleh pembangun dan pemaju BlackBerry bahawa perisian mereka adalah sangat selamat dan keselamatannya adalah ketat. Ketika mesej berpindah dari satu handset ke satu handset ia diencrypted dan selamat.

5. Ini mengingatkan saya kepada ASPRM 2009 yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk memintas (intercept) perhubungan bagi kes yang disyakki berunsur rasuah. Saya tidak tahu samada BlackBerry yang saya gunakan ini tidak dapat dipintas atau boleh dipintas. Tetapi dengan penerangan yang diberi oleh para pembangun dan pemaju BlackBerry apabila ia diharamkan dibeberapa buah negara ia memberi reverse meaning kepada saya bahawa BlackBerry adalah selamat kepada pengguna seperti saya. Tetapi mungkin tidak hanya kepada kerajaan!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 16, 2010

RASUAH BERMAHRAJALELA!

1. Berita mutakhir dalam media lama begitu mengerunkan. War-war oleh rakyat marhaen dan elit masyarakat bahawa wujud jerung-jerung yang mendalangi rasuah bukan hanya omokan kosong.

2. Dakwaan-demi dakwaan dibuat. Dari yang berpangkat "encik", "Dato'", "Dato' Seri" hingga "Tun" pun di dakwa.

3. Teori pemikiran "rasuah" yang berlingkar dalam akta induk Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009) mempunyai dua motif. Pertama: "menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam dan swasta". Kedua: mendidik pihak berkuasa awam, pegawai awam dan orang awam tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran sektor awam dan swasta da komuniti."

4. Ini menimbulkan polemik bahawa bahawa adakah ini sahaja mengapa rasuah itu perlu dibendung? Masih adakah lagi alasan-alasan lain mengapa rasuah perlu di haramkan?

5. Apapun Malaysia sudah mempunyai undang-undang bertulis dalam mengawal gejala rasuah bahkan mendidik masyarakat tentang rasuh.

6. Seperti perkataannya "rasuah" dalam ASPRM 2009 ia adalah berasal dari perkataan Arab seperti sebuah Hadis Nabi s.a.w "Arrasyi wal murtasyi finnar"(Perasuah dan yang menerima rasuah adalah kedua-duanya dalam neraka).

7. Seingat saya tiada dalam sejarah Islam semasa hayat Nabi s.a.w berlakunya rasuah dikalangan sahabat r.a. Tidak seperti jenayah-jenayah lain. Oleh itu agak sukar untuk jumpa satu petunjuk yang jelas berkenaan hukuman jenayah ini.

8. Tetapi jika dirujuk perundangan Islam, ulamak fikah ada memperbincangkan apa yang dinamakan "hibah" (hadiah). Hadiah bukanlah bermaksud "suapan" seperti yang dimaksudkan oleh ASPRM 2009.

9. Kamus Dewan Edisi Empat memberi takrif "rasuah" sebagai "pemberian utk menumbuk rusuk (me­nyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap)."

10. Manakala Seksyen 3 ASPRM 2009 pula memberi takrif "suapan" termasuk "hadiah". Ini amat memeranjatkan. Perlu satu perbahasan teliti antara titik pertemuan antara rasuah dan hadiah serta perbezaan antara keduanya.

11. Jika ditafsirkan secara beku (rigid) apa ditakrifkan dalam Seksyen 3 berkenaan "suapan" ia merangkumi perkara yang sangat luas. Peniaga tidak boleh memberi diskaun kepada kakitangan awam atau swasta sebagai galakan untuk datang kekedainya lagi! Memberi diskaun juga menjadi rasuah.

12. Adakah takrifan Seksyen 3 itu anti-ekonomi sihat? Sungguh menarik untuk didebatkan.

13. Dalam keadaan negara menghadapi penurunan FDI adakah masalah integriti juga menjadi alasan kenapa pelabur asing segan dan malu-malu untuk melabur di Malaysia?

14. Atau undang-undang terlalu ketat seperti takrifan "suapan" yang anti-ekonomi sihat? Kita perlu kertas lebih untuk mengulas perkara ini....




Friday, August 13, 2010

PAS melakukan apa yang Umno takuti

1. Antara yang Umno takuti adalah Pas dengan jayanya melakukan kerjasama dengan orang Cina (Dap).

2. Kalaulah Umno ikhlas dalam menjalin usahasama dengan Pas atas dasar Melayu dan tak perlu usahasama antara Pas dengan orang Cina maka Umno sendiri tak perlu usahasama dengan MCA dan Gerakan.

3. Usaha Umno mengambar buruk usahasama Pas dan orang Cina hanyalah tipu-daya politik semata-mata.

4. Jika Pas berjaya dalam usahasama politik dengan orang Cina dan dapat menuju Putrajaya maka itulah formula Umno sebenarnya yang dapat menawan Kerajaan Persekutuan 50 tahun lebih.

5. Inilah yang ditakuti oleh Umno.

Tuesday, August 10, 2010

Monday, August 9, 2010

Kes Liwat II DS Anwar

Kelihatan Dato' Chua Jui Meng menberi penerangan kepada wartawan sambil merujuk kepada sebuah akhbar di perkarangan Mahkamah Jalan Duta pagi ini.

Sunday, August 8, 2010

Bangunan Baru Mahkamah Klang

Kelihatan bangunan baru mahkamah Klang dalam pembinaan di atas Bukit Mahkamah, Jalan Dato' Hamzah, Klang.

Friday, August 6, 2010

Konspirasi Dunia Oleh Tangan-Tangan Ghaib

1. Sukar sebenarnya jika seorang peguam membicarakan sesuatu yang samar-samar dan jauh dari dunia yang nyata. Oleh kerana peguam hanya membicarakan perkara yang nyata dan hitam putih. Di dalam perjanjian tiada apa-apa melainkan semuanya hitam dan putih. Bahkan hasrat hati bersetuju dengan terma-terma perjanjian dihitam-putihkan dengan tandatangan. Bahkan distemkan untuk menunjukkan kuatnya hasrat hati kalbu yang tersimpan dan telah diterjemahkan kepada bahasa yang jelas. Bahkan bidang guaman yang sekular menyebabkan diri ini dilupakan dari aspek-aspek kerohanian yang halus dan sukar dikesan.

2. Kita tak dapat memadamkan sejarah. Hanya cerdik pandai sahaja yang dapat mengubah sejarah kepada generasi mendatang. Atau didiamkan sahaja rahsia sejarah itu. Sehingga tiada orang mengetahui.

3. Seperti di dalam posting "Saya dan besi.." mungkin pembaca dapat mencium bahawa saya suka kepada perkara samar-samar apabila membicarakan perkara ghaib.

4. Saya sebenarnya ada membaca blog-blog berkenaan konspirasi yang menjurus kepada benda-benda samaran.

5. Hati terdetik mengapa secanggih mungkin persenjataan Amerika dan sekutunya dalam perang Afghanistan masih belum dapat mencium dengan tepat di mana kelibat Osama Ben Laden. Kalaulah Osama sengaja dibiarkan hidup atau dibunuh secara senyap, mengapa pula Saddam berjaya ditemui walapun bersembunyi dalam lobang bawah tanah dan dibunuhnya secara umum?

6. Sehinggalah al-Quran yang dikatakan direka oleh Muhammad itu memanifestasikan kebenarannya dalam hidup moden "Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun": Ibrahim: 46

7. Tiada ulamak klasik menafsirkan bagaimanakah "..rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun" sehinggalah pengunaan Daisy Cutter ataupun M.O.B. (Mother of All The Bomb) kepada gunung-ganang Tora Bora. Tetapi kelibat Osama masih tidak dijumpa. Ini telah membuka ilham kepada ulamak moden dalam mentafsir ayat 46 Surah Ibrahim ini. Dan menjadi inspirasi kepada mereka yang meminjam otak Plato dalam mencari kebenaran bahawa Islam itu ada rahsia yang tersimpan yang perlu dirungkai.

8. Adakah kita ini sebahagian dari pelakon yang membaca skrip dan jalan cerita yang telah diarahkan oleh para konspirator? Atau mereka berkonsporasi tetapi kita menjalani hidup seperti biasa dengan pilihan kita tanpa kesan skrip dan jalan cerita yang telah diarahkan? Sehinggakan mereka merasakan kita mengikuti skrip dan jalan cerita mereka tetapi sebenarnya tidak.

9. Adakah mereka (para konspirator yang dikatakan wujud dan mungkin memang wujud) berhalusinasi dengan dunia mereka sehigga merasakan merekalah pentadbir dunia?

10. Kebenaran yang di bawa Muhammad s.a.w. sukar dinafikan. Jarak masa 1400 tahun cukup untuk menyuramkan cahaya yang dibawanya jika tidak diusahakan untuk mengesannya.


Tuesday, August 3, 2010

Islamkah hukuman bunuh perogol kanak-kanak?

1. Tiba-tiba dunia keadilan digegarkan dengan cadangan oleh peguam senior bahawa hukuman perogol kanak-kanak dikenakan hukuman mati.

2. Lantas dijawab bahawa cadangan hukuman tersebut adalah menepati prinsip Islam.

3. Prinsip hukuman (uqubaat) di dalam al-Qur'an bagi penzina yang belum berkahwin adalah disebat. Manakala yang sudah berkahwin menurut sunnah adalah direjam sampai mati.

4. Cubaan untuk menghidupkan semula (revive) dilakukan di negeri Kelantan dan Terengganu ketika di bawah pemerintahan PAS. Bahkan DUN negeri-negeri tersebut telah berjaya meluluskan enakmen-enakmen jenayah Islam.

5. Tentangan dari Kerajaan Pusat telah diterima oleh Kelantan. Manakala kedua-dua negeri tersebut menerima saman dari seorang peguam senior.

7. "Sentence" atau hukuman bermaksud "the punishment imposed on the criminal wrongdoer" (Black's Law Dictionary).

8. Di dalam Islam hukuman adalah dari Allah dan Rasul-Nya. Ia (hukuman) adalah wahyu. Tiada campurtangan manusia. Manakala di dalam Undang-Undang Sivil hukuman ditentukan sebagai statut (akta) oleh penggubal undang-undang di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

9. Jenayah seks dengan kanak-kanak (paedophilia)aeadalah 'rogol berstatut'. Ini bermaksud samada kanak-kanak tersebut 'consent' atau rela ia tetap dihukum dengan hukuman rogol, jika sabit kesalahan.

10. Manakala di dalam Islam jika kanak-kanak tersebut rela dan dikahwini secara sah maka ia bukan satu jenayah seks.

11. Nabi Muhammad s.a.w berkahwin dengan Aisyah ketika umur beliau 9 tahun. Tetapi ulamak berpendapat Nabi Muhammad s.a.w hanya berkedudukan dengan Aisyah ketika umurnya sudah menjangkau belasan tahun. Lagipun ulamak berpendapat orang Arab ketika itu sudah 'baligh'(umur dewasa menurut Islam) apabila mencapai umur 9 tahun. Rujuk Zaad al-Maad, Ibn Qayyim al-Jauziyyah.

12. Samada sudah 'baligh' atau belum, Nabi Muhammad s.a.w. hanya berkedudukan dengan isterinya sesudah hijrah atau beberapa tahun selepas melangsungkan perkahwinan.

13. Oleh itu sangkaan Barat bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang paedophilia adalah tidak berasas.


14. Hukuman bunuh terhadap perogol kanak-kanak, seperti yang dicadangkan, adalah merangkumi yang berkahwin dan yang belum berkahwin.

15. Islam meletakkan perbezaan antara yang berkahwin dan yang belum berkahwin. Yang telah berkahwin hukumannya adalah 'direjam hingga mati'.

16. Di sini wujud perbezaan antara hukuman yang dicadangkan oleh peguam senior tersebut dan hukuman yang wujud dalam Islam.

hukuman yang wujud dalam Islam.

Monday, August 2, 2010

Saya seorang wartawan

1. Di antara kerjaya yang saya impikan adalah peguam sebagai pilihan pertama, doktor sebagai pilihan kedua dan wartawan sebagai pilihan ketiga.

2. Saya meminati kerjaya peguam kerana saya telah banyak melabur dan sudah banyak kajian saya berkenaan undang-undang. Saya tidak boleh pandang ke belakang lagi. 

3. Manakala kerjaya sebagai doktor saya impikan kerana bagi meneruskan tradisi keluarga saya. Di mana datuk saya mempunyai perkakas doktor dan ayah saya pula seorang 'dentist' (lebih tepat: tukang gigi). Beliau (ayah saya) pernah menasihatkan agar saya mengikuti pengajian sains ketika saya ditawarkan belajar di sekolah sains di Terengganu. Namun hati saya sudah jatuh cinta dengan sekolah agama maka saya menolak tawaran untuk belajar di sekolah sains. Oleh itu impian saya untuk menjadi doktor tak mungkin akan berlaku. Walaupun apabila penat berguam saya kadang-kadang mengeluh kenapa saya tidak pergi ke sekolah sains dan menjadi seorang doktor?

4.  Saya mula meminati menulis apabila membaca karya ulamak dan ilmuan sub-kontinen Pakistan; Abul A'la Al-Maududi dan Al-Allamah Iqbal.

5. Saya cuba membina rekod iaitu tulisan saya keluar semuda atau sebaya yang mungkin dengan Al-Maududi. Kalau tak silap saya beliau telah mula menulis seawal umur 18 tahun. Maka saya menulis seawal  umur19 tahun atau 20 tahun. Ketika itu saya di Pusat Matrikulasi sebuah universiti.

6. Perlu diingat bahawa ketika itu internet masih belum wujud lagi. Media lama (majalah dan suratkhabar) lah media massa yang wujud dalam masyarakat di ketika itu. Tulisan kita diedit dan ditapis terlebih dahulu.  Sukar untuk menjadi penulis ketika itu. Tidak seperti sekarang sekadar satu klik maka tulisan kita telah menjadi santapan massa.

7. Tulisan saya yang mula-mula keluar adalah berkenaan sajak. Ia keluar dalam Harakah dan beberapa majalah yang diketuai pengarang Harakah sekarang.

8. Apabila dunia internet telah muncul maka peluang untuk berinteraksi dengan massa melalui blog, saya rebut.

9. Saya ada membaca blog-blog rakan blogger. Saya ada jumpa blog-blog yang bagus. Ada di antara mereka melaporkan seperti wartawan walaupun mereka tidak terlatih sebagai wartawan. Nanti saya akan memperpanjangkan berkenaan perkara ini.

10. Ada yang suka kepada plagiat. Copy & Paste. Bagi saya ini bukanlah satu kreativiti dan tiada nilai dalam harga penulisan. Kami atau saya boleh baca disumbernya yang asal. Walaupun saya setuju bahawa sebahagian akhbar memetik sumber berita tetapi semasa copy & paste adakah tuan-tuan telah meminta kebenaran atau membayar royalti kepada sumber berita tuan-tuan?

11. Saya bukan sahaja seorang blogger tetapi saya juga seorang pelanggan kepada berita dan analisa tuan-tuan. Saya tidak suka kepada plagiat. Kami mahu idea tuan yang sah dan bernas. Tak kira samada gradnya rendah tetapi memang berasal dari tuan-tuan. Itu apa yang pembaca seperti saya mencarinya.

12. Berkenaan blog-blog yang bagus. Saya dapati ada yang turun padang dan mendapat berita dari nasnya yang sah. Contoh jika mereka ingin lapor berkenaan PAS mereka turun ke pentas-pentas PAS dan bergaul dengan orang PAS. Jika mereka ingin tulis berkenaan UMNO mereka turun padang di mana orang-orang UMNO berkumpul.

13. Jika tuan-tuan teliti tulisan saya, saya banyak menulis berkenaan PAS kerana saya banyak bergaul dengan mereka. Saya juga tahu berkenaan mereka. Kerana saya beriman bahawa kalau kita tulis berkenaan apa yang kita tahu, kita boleh menghasilkan tulisan yang baik, kalau tidak berkualiti pun.

14. Adalah cita-cita saya untuk turun padang lebih meluas lagi dan membuat liputan lebih meluas merangkumi segenap aspek dalam hidup disamping membuat analisa-analisa berdasarkan bacaan.

15. Saya juga telah melabur dalam bahan-bahan bacaan berkenaan kewartawanan. Antaranya undang-undang kewartawanan.

16. Itulah saya seorang wartawan.....







Sunday, August 1, 2010

4 kategori Melayu

NOTA RINGKAS

1. Secara dasarnya Melayu terbahagi kepada 4 kategori:

(Pertama) Melayu yang merasakan diri mereka Melayu dan tiada apa yang lebih tinggi melainkan bangsa Melayu ini di Malaysia. Mereka percaya kepada "ketuanan Melayu"

(Kedua) Melayu yang merasakan bahawa agama Islam yang lebih tinggi. Lebih tinggi dari bangsa mereka sendiri. "Islam yu'la wala yu'la alaih" inilah motto mereka. "Ketuanan Islam" menjadi agenda.

(Ketiga) Tiada ketuanan bangsa. Warganegara memiliki persamaan dalam setiap aspek di Malaysia. Melayu ini adalah "Melayu liberal"

(Keempat) Kategori ini adalah Melayu yang tidak menghiraukan urusan perbincangan mengenai halatuju Melayu. Mereka ada halatuju mereka sendiri yang tidak bersabit dengan 'ketuanan Melayu' dan 'ketuanan Islam'. Melayu ini adalah "Melayu bebas".

2. Bagi kategori pertama mereka boleh dijumpai di dalam Umno. Bagi ketegori kedua boleh dijumpai di dalam PAS. Bagi kategori ketiga boleh dijumpai di dalam PKR. Bagi kategori keempat mereka boleh dijumpai di dalam kumpulan-kumpulan serpihan agama atau perniagaan.