Tuesday, June 30, 2009

SELSEMA BABI

1. Saya bukanlah doktor. Saya juga bukan pesakit selsema babi.

2. Kerana selsema babi berpunca dari babi mala kalaulah babi tiada tentu tiada penyakit selsema babi.

3. Di dalam kekalutan menghalang penularan penyakit yang membunuh ini, tiada satu pun arahan dari pihak tertinggi untuk untuk membunuh babi.

4. Berbeza dengan penyakit aedes, malaria dan chikungunya adanya kempen meluas untuk menghapuskan punca penyakit (nyamuk) yang sama bahaya dengan selsema babi.

5. Walaupun boleh dikatakan bahawa selepas babi yang merebakkan penyakit selsema babi ia kemudian boleh merebak antara sesama manusia berbeza sedikit dengan aedes, malaria dan chikungunya.

6. Hakikatnya selsema babi tetap berpunca dari babi. Kalaulah tiada babi maka tiada penularan penyakit selsema babi.

7. Sekali lagi agama Islam menjuarai penghapusan selsema babi dengan mengharamkan makan babi dan apa-apa perniagaan yang berasaskan babi.

8. Bahkan adalah ramalan di dalam Islam dengan turunnya Nabi Isa dan munculnya Imam Mahdi dengan menghapuskan babi-babi.

Sent via nokia e71.

Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Saturday, June 13, 2009

BAHAYA KESAMARATAAN RAKYAT DALAM "KETUANAN RAKYAT".

1. Mungkin doktrin Ketuanan Rakyat berasal dari doktrin negarabangsa (nationstate).

2. Doktrin ini telah melonjak pengamalnya menjadi "superpower". Negara yang dimaksudkan Amerika Syarikat.

3. Negarabangsa diasaskan dari kepelbagaian kaum dan agama menjadi satu "bangsa" dipawah satu panji dan bendera.

4. Bangsa yang pelbagai itu tidak lagi dikenali dengan bangsa mereka yang mereka berasal tetapi satu bangsa baru "American".

5. Berbeza dengan Perlembagaan Malaysia yang mewujudkan kelompok bangsa yang istimewa kepada bumiputera dan Melayu.

6. Bahkan agama Islam diberi posisi yang istimewa dalam Perlembagaan Malaysia.

7. Jikalah kesamarataan rakyat di bawah slogan "Ketuanan Rakyat" itu perlu dilaksanakan ia dilaksanakan dengan meminda Perlembagaan Malaysia yang memberi kedudukan istimewa kepada Melayu, Bumiputera dan Islam.

8. Ini bermaksud "kontrak sosial" perlu distrukturkan semula dan Perlembagaan Malaysia perlu dideraf semula untuk memberi kedudukan istimewa kepada "Ketuanan Rakyat".

9. Kita tidak boleh menciplak dari Amerika Syarikat doktrin negarabangsa. Alasan yang saya bagi ialah pendatang di bumi Amerika Syarikat telah dicantum di bawah satu bahasa, agama dan budaya.

10. Pendatang-pendatang di bumi Malaysia masih berbahasa ibunda mereka dan beragama nenekmoyang mereka dan berbudaya dengan budaya negara alsal mereka.

11. Sanggupkah pendatang-pendatang bersetuju mengorbankan budaya, agama dan bahasa mereka demi "Ketuanan Rakyat"?

12. Polemik-polemik ini boleh meruntuhkan idea Bangsa Istimewa dalam status quo sekarang.

13. Jikalah demokrasi menjadi wasilah dalam pengundian wadah mana yang harus diikut tentulah bangsa Melayu dan bumiputera yang faham kedudukan istimewa mereka tidak akan mengorbankan status quo ini demi "Ketuanan Rakyat".

14. Saya tidak faham bagaima seorang yang diberi kedudukan istimewa oleh sebuah perjanjian sosial (Perlembagaan Malaysia) mahu meminda kepada kedudukan yang samarata.

15. Slogan "Ketuanan Rakyat" adalah gendang perang untuk menguasai Malaysia yang boleh menjahanamkan Bangsa Istimewa.

16. Lambat laun gendang perang ini akan disesali oleh generasi Bangsa Istimewa mendatang....

Tuesday, June 9, 2009

PROSES KONSOLIDASI KUASA EKSEKUTIF PRESIDEN PAS

1. Mengikut telitian saya tidak ada mana-mana individu, setakat ini, berminat untuk mengkaji kuasa Presiden PAS.

2. Kalaulah orang yang pertama menelitinya tentang batas-batas kuasa Presiden PAS sayalah orangnya. Dan jika perlu dikira siapa yang paling mula-mula, sayalah orangnya juga.

3. PAS pasca Muktamar ke-55 menyaksikan 'orang-orang Presiden' memagari pemegang kuasa eksekutif dalam PAS bahkan mempunyai kuasa yang sama besar dengan MAJLIS SYURA ULAMA iaitu dalam membuat dasar PAS.

"Satunya dari satu sudut Perlembagaan PAS memberi kuasa kepada suatu Kumpulan Elitis (Ulamak) secara kolektif dalam PAS untuk menentukan dasar parti yang pernah disifatkan "bahaya dari gunung". Dari satu sudut lain Perlembagaan PAS juga memberi secara totok kepada individu yang dipilih secara akar-umbi dalam PAS iaitu Presiden PAS."

4. Saya telah membicarakan dalam posting "Konflik Dalaman PAS" bagaimana kuasa MAJLIS SYURA ULAMA dan Presiden PAS yang bersilang dan bersimpang dalam menentukan dasar PAS.

5. Satunya dari satu sudut Perlembagaan PAS memberi kuasa kepada suatu Kumpulan Elitis (Ulamak) secara kolektif dalam PAS untuk menentukan dasar parti yang pernah disifatkan "bahaya dari gunung". Dari satu sudut lain Perlembagaan PAS juga memberi secara totok kepada individu yang dipilih secara akar-umbi dalam PAS iaitu Presiden PAS.

6. Kuasa itu (dalam membuat dasar) saya sifatkan kuasa eksekutif.

7. "Konsolidasi" adalah perkataan Inggeris. Dari "consolidation". Ia juga bermaksud "menguatkan".

8. Ada yang beranggapan insan paling berkuasa di dalam PAS adalah Mursyid Am. Tetapi tidak sebenarnya.

9. Setelah meneliti Perlembagaan PAS saya dapati insan yang diberi kuasa eksekutif oleh Perlembagaan PAS adalah "Presiden".

10. Terjemahan ini sahaja menunjukkan bahawa Presiden PAS tidak perlu dipagari oleh 'orang-orang Presiden" untuk menguguhkan lagi mandat dan melebarkan lagi sayap kuasanya.

11. Cukup dengan kuasa eksekutif yang diberi oleh Perlembagaan PAS.

12. Sayapun tidak pasti samada Presiden atau ahli-ahli PAS sendiri tidak tahu atau dinasihati tentang perkara ini.

13. Kuasa eksekutif diperlukan oleh Presiden untuk melakarkan polisi-polisi dan dasar-dasar parti.

14. Jika dahulu Presiden keseorangan melontarkan idea Kerajaan Perpaduan. Sekarang pagar-pagar yang mengelilingi Presiden bertindak seperti kubu apabila Presiden di asak.

15. Saya berani mengatakan jika Mursyid Am PAS mengutarakan sekali lagi beliau adalah 'nahkoda' parti, pada pandangan saya, menurut Perlembagaan PAS ia adalah tidak tepat.

16. Perlu diingat sebelum parti mempunyai 'pengerusi' MAJLIS SYURA ULAMAK kuasa eksekutif berada ditangan Presiden.

17. Niat penderaf Perlembagaan PAS dalam meminda dan memasukkan 'pengerusi' MAJLIS SYURA ULAMAK sebagai Mursyid Am, bukanlah bermaksud memansuhkan kuasa eksekutif Presiden PAS.

18. Bahaya berpegang kepada hujah kuasa tertinggi dalam PAS ditangan Mursyid Am ialah PAS adalah milik elitis yang tidak berdasar kepada akar-umbi.

19. Demokratik dan peluang kepada siapa sahaja untuk menjadi Presiden terbuka luas. Bahkan usul dalam Muktamar ke-55 untuk menghadkan Presiden hanya ulamak telah ditolak atas alasan "unconstitutional" (ketidakperlembagaan).

Sunday, June 7, 2009

ORANG-ORANG PRESIDEN PAS

1. Nyata sekali Muktamar Agung PAS kali ke-55 telah bersuara bahawa akar-umbi PAS mahukan orang-orang Presiden yang berada disekitar Presiden.

2. Bukan setakat Timbalan Presiden tetapi Pesuruhjaya-Pesuruhjaya juga didebatkan dilantik dari kalangan mereka yang boleh bekerja dengan Presiden.

3. Debat yang mengatakan Mursyid Am sebagai nahkoda tidak kedengaran dalam muktamar yang diadakan di Stadium Melawati itu.

5. Saya menjangkakan Presiden akan memainkan peranan lebih bertrampil dan kemas lagi dalam percaturan parti politik yang didasari oleh Islam dan Melayu kedua terbesar ini.

6. Kita akan melihat, apabila mandat sudah diperolehi dari akar-umbi oleh Presiden, capaian Kerajaan Perpaduan akan menjadi kenyataan.

7. Bermula dengan strategi "orang dalaman Pengkalan PAS di Jalan Raja Laut" dikatakan, melancarkan web www.antihusam.blogspot.com sehingga secara terawal memaku pergerakan mantap anak-didik TG Nik Aziz.

8.Hasilnya beliau tersingkir dari merebut kerusi kedua berpengaruh PAS.

9. Mafhum disebalik kekalahan itu juga adalah, PAS hendaklah memikirkan semula peranan mereka dalam Pakatan Rakyat.

10. Analisa tentang momentum dan kemungkinan keputusan Muktamar ke-55 tidak berhenti di sini.

11. Mampukah orang-orang Presiden PAS melakarkan dengan jaya agenda mereka?

Tuesday, June 2, 2009

KONFLIK DALAMAN PAS

1. Kita telah melihat bagaimana peranan internet dalam meratah kekuasaan BN di dalam pilihanraya ke-12 yang lepas.

2. Sekarang kita menyaksikan berkomunikasi secara medium 'alam-maya' ini mendedahkan beberapa siri 'konflik dalaman PAS'.

3. Ia bagaikan tidak dapat disekat.

4. PAS sebuah parti yang bertunjangkan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w tidak lari dari sunnah alam selepas kematian pemimpin agung parti Islam di zaman sahabat. Adanya konflik dalam memilih siapakah pengganti (khalifah) selepas Nabi Muhammad s.a.w.

6. Konflik-konflik dahulu meruncing bukan sahaja setakat strategi dan bacaan politik tetapi sehingga konflik dalam mentafsir dasar-dasar politik.

7. Tidak benar jika kita menafikan PAS tidak mempunyai konflik dalaman. Insan-insan agung seperti sahabat r.a. pun berkonflik.

8. Konflik-konflik mereka dianalisa bagi mengetahui apakah sempadan perbezaan mereka.

"Saya melihat ada dua perkara utama dalam PAS yang menyebabkan konflik tak sudah dalam parti ini terutamanya selepas pemimpin-pimimpin parti mengecap madu yang berisi racun atau apa yang disebut 'kuasa'."

9. Salah sekiranya mengatakan konflik dalaman PAS tidak boleh dianalisa.

10. Saya melihat ada dua perkara utama dalam PAS yang menyebabkan konflik tak sudah dalam parti ini terutamanya selepas pemimpin-pimimpin parti mengecap madu yang berisi racun atau apa yang disebut 'kuasa'.

11. Pertama, ia berpunca dari pendefinisian siapa yang berkuasa dalam PAS. Kedua, berpunca dari ahli berpengaruh dalam PAS sendiri iaitu Kumpulan Ulama dan Kumpulan Profesional.

12. Isu pertama: Terlantur dari bibir pemimpin yang dipuja oleh sekumpulan dalam PAS iaitu Mursyid Am (ketika ini TG Nik Aziz) bahawa persoalan siapakah nahkoda dalam PAS?

13. Persoalan ini hanya dijawab oleh perlembagaan PAS sendiri.

14. Saya mengatakan Perlembagaan PAS yang dideraf menyebabkan kesamaran kepada persoalan "siapakah yang berkuasa dalam PAS".

"Saya merujuk kepada Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Cetakan Pertama Januari, 1994 yang diterbitkan oleh Pejabat Agung PAS yang ketika itu beribu pejabat di Lorong Haji Hasan. (Kalau ada pun pindaan saya percaya bukan kepada perkara asas fasal-fasal yang dirujuk oleh saya.) "

15. Satu persatu saya akan jelaskan.

16. Adakah Mursyid Am atau Presiden merupakan insan paling berkuasa dalam PAS?

17. Saya merujuk kepada Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Cetakan Pertama Januari, 1994 yang diterbitkan oleh Pejabat Agung PAS yang ketika itu beribu pejabat di Lorong Haji Hasan. (Kalau ada pun pindaan saya percaya bukan kepada perkara asas fasal-fasal yang dirujuk oleh saya.)

18. Mursyid Am PAS adalah 'pengerusi' "....semua mesyuarat-mesyuarat 'MAJLIS SYURA ULAMAK" (Fasal 7(4)(e)) dan beliau adalah 'ketua' "MAJLIS SYURA ULAMAK". (Fasal 7(4)(d)).

19. Bagaimanakah beliau dipilih?

20. Kriteria-kriteria ahli 'MAJLIS SYURA ULAMAK' disebut dalam Fasal 7 (4)(a). Ringkasnya fasal ini memperuntukkan beliau hendaklah seorang "ulamak".

21. Presiden pula dipilih oleh perwakilan-perwakilan dalam 'Mesyuarat Agung PAS' (Fasal 20 (3) baca bersama dengan Fasal 17 (1)).

22. Perwakilan-perwakilan pula dipilih diperingkat cawangan-cawangan seperti yang disebut dalam Fasal 19.

23. Cawangan-cawangan mendapat mandat dari peringkat akar umbi PAS.

24. Ini bermakna "Presiden" mendapat mandat dari akar-umbi dalam PAS.

25. Berbeza dengan Mursyid Am PAS. Beliau mendapat mandat dari "Kumpulan Ulamak". Elitis dalam PAS.

26. Bahkan penderaf Perlembagaan PAS tidak menyatakan bagaimanakah beliau dipilih. Tetapi jelasnya bukan ahli diakar umbi yang memilih beliau.

27. Satu lagi kesamaran dalam Perlembagaan PAS yang menunjukkan kedua-dua mereka iiatu Mursyid Am dan Presiden mempunyai kata putus dalam masalah dasar. Rujuk Fasal 23 (1)(a)- Kuasa Presiden dan Fasal 7 (1)(a) - Kuasa MAJLIS SYURA ULAMAK.

28. Satu lagi hujah yang menguatkan kuasa Presiden mempunyai kuasa eksekutif ialah Presiden boleh bertindak secara sendiri - Fasal 23 (1)(a). Manakala Mursyid Am hanyalah "pengerusi" MAJLIS SYURA ULAMAK- Fasal 7 (4)(e).

29. Kesamaran yang saya sebut di Para 27 boleh mengundang litigasi di mahkamah tentang penentuan siapakah yang berkuasa dalam PAS kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan PAS mana-mana ahli tidak boleh merujuk kepada mahkamah dalam menyelesai masalah.

30. Isu kedua, adalah tentang wujudnya dua kumpulan dalam PAS. Kumpulan pertama, "Ulamak". Kumpulan kedua adalah "profesional".

31. Adalah "open secret" adanya pertarungan di antara dua kumpulan ini dalam PAS sekali gus menyebabkan konflik tak kesudahan dalam PAS.

32. Ironinya, dikatakan, bahawa Kumpulan Profesional a.k.a Kumpulan Erdogan diketuai oleh Dato Husam menurut satu sumber di atasnya adalah TG Nik Aziz yang juga merupakan "pengerusi" Kumpulan Elitis dalam PAS iaitu "Ulamak".

33. Saya katakan elitis kerana Fasal7 (4)(a) menghadkan keahlian ahli "MAJLIS SYURA ULAMAK kepada individu tertentu bukannya ditentukan oleh ahli di akar umbi seperti dalam memilih Presiden.

34. Kumpulannya Ulamak pula yang dikatakan pro-muqabalah diketuai oleh Presiden.

35. Pertarungan-pertarungan di antara dua kumpulan ini menunjukkan beberapa indikasi dan petunjuk.

36. Peringkat awalnya Kumpulan Profesional menerajui pemilihan di peringkat bahagian dan ada orang kuat Presiden yang tumbang. Edisi seterusnya menunjukkan Kumpulan Ulamak yang menerajui pemilihan.

37. Saya menjangkakan konflik dalaman PAS akan berpanjangan di atas dua faktor di atas yang dianalisa oleh saya.

38. Perkara di atas akan dapat diperhatikan dalam Muktamar Agung PAS ke-55 yang bertempat di Shah Alam.