Friday, May 15, 2009

DEBAT TENTANG KRISIS DI PERAK

1. Sekurang-kurang ada 4 sekolah pemikiran tentang debat dalam menyelesaikan krisis di Perak.

2. Secara ringkasnya debat tentang penyelesaian krisis di Perak berkisar dalam empat kuasa; Pertama: Kuasa Sultan, Kedua: Kuasa Rakyat. Ketiga: Kuasa Wakil Rakyat atau DUN Perak dan Keempat: Kuasa Mahkamah.

3. Pada awal krisis di Perak berlaku ia telah diselesaikan dengan cara Sultan memmutuskan bahawa Dato' Seri Nizar telah kehilangan keyakinan ahli DUN dengan Sultan memanggil kesemua ADUN yang tidak memihak kepada Nizar. Seterusnya Sultan melantik Menteri Besar dengan melantik Dato' Zambry yang 'pada perkiraan Sultan mempunyai keyakinan ahli Dewan'.
"Secara ringkasnya debat tentang penyelesaian krisis di Perak berkisar dalam empat kuasa; Pertama: Kuasa Sultan, Kedua: Kuasa Rakyat. Ketiga: Kuasa Wakil Rakyat atau DUN Perak dan Keempat: Kuasa Mahkamah."

4. Apabila sekolah pemikiran ini tidak dipersetujui oleh Kumpulan Pakatan Rakyat maka Dato' Seri Nizar dan telah membawa kes ke Mahkamah dalam pentafsiran Artikel 16(6) Perlembagaan Negeri Perak pada perkiraannya harus diserah kepada "kuasa rakyat".

5. Dengan menfailkan tindakan di Mahkamah, Kumpulan Pakatan Rakyat sebenarnya menyerah diri dalam masa yang sama kepada sekolah pemikiran keempat iaiatu "kuasa Mahkamah".

6. Kuasa Mahakamah ini saya telah mengkelaskannya sebagai "Pemerintahan Mahkamah".

7. Manakala Kumpulan BN pula berpandangan bahawa sekolah pemikiran 'kuasa wakil rakyat' adalah jalan penyelesaian bagi krisis di Perak. Cara ini ialah dengan membuat undi tidak percaya di DUN.

8. Walaupun Dato' Seri Nizar telah 'submit' kepada 'Pemerintahan Mahkamah'(The Governance of the Court), namun Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa menurut Artikel 16(6) Perlembagaan Negeri Perak bahawa penyelesaian krisis di Perak adalah dengan cara pengamalan sekolah pemikiran "kuasa wakil rakyat".

9. Jawapan Mahkamah seia dengan pandangan Kumpulan BN sebenarnya.

10. Tetapi keputusan Mahkamah Tinggi masih di rayu. Saya berhenti setakat ini kerana tidak adil membuat pemerhatian terhadap perkara yang sedang dirayu.

11. Kumpulan BN telah memberi alasan mengapa penyelesaian secara "kuasa wakil rakyat" harus diaplikasikan kerana "kos yang tinggi" bagi mengadakan pilihanraya semula. Alasan lain yang mungkin boleh dilihat ialah rakyat telah memberi mandapat kepada wakil rakyat dalam menentukan perjalanan politik negeri. Oleh itu mengapa lagi perlu dikembalikan pula kepada rakyat semula?

12. Di samping sekolah-sekolah pemikiran penyelesaian krisis di Perak "kuasa Sultan" dalam menyelesaikan krisis tersebut sangat kuat. Bahkan, selain "kuasa Mahkamah", Sultan boleh menetukan samada pembubaran Dewan atau beliau sendiri yang menentukan siapakah Menteri Besar yang sah.

13. Saya sendiri lebih cenderung, setelah meneliti peruntukan-peruntukan yang ada, kepada sekolah pemikiran "kuasa Sultan" dalam menyelesaikan krisis di Perak.

14. Namun begitu, sebagai orang yang cintakan demokrasi saya mengatakan ia seharusnya dipindahkan kuasa ini kepada "kuasa wakil rakyat" atau "kuasa rakyat".

15. Situasi-situasi (wujudnya pentafsiran dan sekolah-sekolah pemikiran pelbagai) menyebabkan Perak boleh terheret kepada "darurat". Kerana situasi darurat antaranya apabila 'kerajaan rakyat' telah gagal.
"Namun begitu, sebagai orang yang cintakan demokrasi saya mengatakan ia seharusnya dipindahkan kuasa ini kepada "kuasa wakil rakyat" atau "kuasa rakyat"."

16. Sebagai peguam saya melihat "Pemerintahan Mahkamah" adalah jalan penyelesaian terbaik dari "Pemerintahan Tentera" dalam mentadbir situasi darurat.

1 comment:

  1. Saya jangka Perak akan mengadakan pilihan raya tidak lama lagi!!!

    " Kembalikan Hak Rakyat! Bubarkan DUN Perak! "
    Suara Anak Perak

    Regards,

    Malaysian Come First

    GoMalaysian.Blogspot.Com
    http://gomalaysian.blogspot.com/

    ReplyDelete