Monday, May 11, 2009

KRISIS PERAK: SUDAH BERAKHIRKAH IA?

1. Sekurang-kurang saya menerima dua berita SMS dari sebuah agensi berita tempatan. Saya juga mengesahkan sumber berita tersebut dengan peguam yang mengendalikan kes Dato Seri Nizar.

2. Berita yang saya terima adalah "Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian RKKK) memutuskan Dato' Seri Nizar adalah menteri Besar yang sah."

3. Seterusnya berita kedua, dari sumber yang dikatakan rapat dengan Kerajaan BN ini menyatakan "Jawatan MB tidak boleh dianggap kosong ikut Artikel 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak dan undi tidak percaya hanya boleh dibuat DUN: Hakim".

4. Saya disahkan oleh peguam kenalan saya juga sumber berita elektronik bahawa Dato' Seri Nizar akan mengadap Sultan untuk pembubaran DUN Perak.

5. Saya tanyakan peguam itu samada Mahkamah Tinggi membuat keputusan bahawa YM Sultan Perak harus membubarkan DUN apabila dipinta oleh Dato' Seri Nizar?

6. Beliau menjawab: Tidak ada. Jadi, pergi kepada sumber berita SMS tadi "Undi tidak percaya hanya boleh dibuat di DUN:Hakim".

7. Sanggupkah Dato' Seri Nizar berdepan dengan realiti ini? Maksud saya undi tidak percaya di DUN Perak yang boleh mengesahkan beliau mendapat kepercayaan ahli-ahli DUN?

8. Kalau perintah Mahkamah Tinggi dikaburi oleh pentafsiran-pihak pihak. Ini mengundang khilaf antara pihak-pihak sekali lagi. Tidak cukup dengan perintah Mahkamah Tinggi, di pihak Dato' Seri Nizar memerlukan "perintah termeterai".

9. Ini mengambil masa. Paling cepat seminggu atau dua minggu.

10. Saya juga mendapat berita bahawa FRU dan polis berkawal di Bangunan SUK Perak.

11. Saya menjangkakan bahawa FRU dan polis akan meminta pihak yang ingin menuntut dia sebagai Menteri Besar yang sah dengan mengemukakan "perintah termeterai".

12. Tidak dinafikan pokok yang ditanam Dato Seri Nizar telah berbuah. Tetapi buah tersebut tidak-senang-senang boleh dipetik olehnya.

13. Menurut satu sumber berita lagi bahawa, peguam yang mewakili Dato' Seri Zambry akan membuat rayuan ke Mahkmah Rayuan di Putrajaya.

14. Ini akan menyebabkan buah yang dipetik oleh Dato' Seri Nizar tidak boleh senang-senang dimakan, bahkan saya berani berkata tidak sampAi masa lagi untuk mengaku dia yang empunya buah.
16. Boleh saja berlaku Mahkmah Rayuan atau Mahkmah Persekutuan membuat keputusan yang tidak memihak kepada Dato' Seri Nizar.

3 comments:

  1. Tuan Peguam Rohan,

    1. Kalau Niza sebagai MB yang sah, persidangan bawah pokok itu kira sah lah juga ye?

    2. Kalau persidangan bawah pokok itu sah, pengantungan Zambry dan beberapa yang lain itu sah juga lah.

    3. Kalau pengantungan itu sah, macam mana nak buat undi tidak percaya pada Niza?

    ReplyDelete
  2. 1. Deklarasi yang nizar perolehi tidak mencakupi isu sidang bawah pokok, walaupun boleh sebenarnya dihujahkan bahawa prosiding bawah pokok itu sah secara "implied" kerana ada deklarasi bahawa Nizar MB yang sah.

    2. Persoalan penggantungan Zambry dan 6 yg lain tidak terkandung dalam deklarasi yg Nizar perolehi. Sekali lagi penghujahan sama dengan Item 1 iaitu boleh secara "implied" untuk gantung.

    3. Kalau pengantungan itu sah boleh dibuat undi tidak percaya tetapi saya yakin BN tidak akan mendapat MAJORITI kerana mereka kekurangan ahli DUN.

    ReplyDelete
  3. Tuan Rohan,

    Sekarang dah jadi lain pulak lah....

    ReplyDelete