Sunday, May 10, 2009

SALAHKAH ADA KUMPULAN ERDOGAN DALAM PAS??

1. Penamaan Kumpulan Erdogan dalam PAS bukan berasal dari PAS. Tetapi dinamakan oleh orang luaran dari PAS.

2. Penamaan itu samada ikhlas dari penelitian mereka tentang adanya ciri-ciri tertentu yang menyebabkan individu-individu dan kumpulan-kumpulan tertentu dalam PAS harus dinamakan sebagai Kumpulan Erdogan atau ia boleh jadi saja penlabelan untuk memecah belahkan PAS.

3. Kalaulah tujuan kedua itu adalah benar, bahayakah PAS menari mengikut irama musuh?

4. Saya mengatakan bahawa tidak bahaya. Itu akan menjadikan PAS lebih diminati untuk diikuti dan dikaji. Bukanya sepi dengan tanpa sebarang isu dan perkara yang boleh dikaji...

5. Saya sendiri berbual dengan beberapa kempimpinan pemuda dalam PAS. Mereka memberi bayangan bahawa tiadanya Kumpulan Erdogan dalam PAS. Tetapi mereka mengakui ada "clash" di antara Kumpulan Profesional dan Kumpulan Ulama dalam PAS.

6. Kalaulah Kumpulan Profesional itu adalah Kumpulan Erdogan yang dimaksudkan oleh mereka yang terawal menggunakan pengistilihan ini maka apasalahnya adanya Kumpulan Erdogan?

7. Dari segi berpolitik "Kumpulan Erdogan" inilahlah yang telah mencaturkan sehingga PAS berjaya dibeberapa buah negeri. Bukankan mereka kumpulan pro-Pakatan Rakyat?

8. Saya pernah menulis dalam Harakah sepuluh tahun dahulu tentang "keulamakan" dalam PAS, watu itu saya masih dalam alam universiti lagi.

9. Tidak saya sangka adanya Kumpulan Profesional dalam PAS yang begitu hebat berpolitik bahkan menyaingi "ulamak".

10. Melihat kepada perkembangan terkini Kerajaan BN-Umno lebih gentar dengan Kumpulan Profesional dari Kumpulan Ulamak dalam PAS.

11. Lihat sahaja tawaran mereka untuk berkerjasama atas alasan "kerajaan campuran" dan "tahulluf siasi" ditentang oleh Kumpulan Erdogan katakan.

12. Mereka atau Kumpulan Profesional ini yakin Pakatan Rakyat boleh menawan Putrajaya tanpa sokongan atau kerjasama dengan umno-BN.

2 comments:

  1. Setuju Pakatan boleh tawan Putrajaya tanpa bentuk kerajaan perpaduan dengan ameno, kerana dalam PR sudah ade kerajaan perpaduan, contohnya di Selangor dan Perak. Jangan le tamak sangat. Contohnya DS Nizar. Beliau begitu bersungguh2, walaupun sampai diherdik SUK yang biadap. Tengok saje Sivakumar. Beliau bermati-matian mempertahankan 'kerusi speaker'nya. Semua ini demi siapa? Bukan ke demi pakatan dalam kerajaan perpaduan PAS-PKR-DAP. Malang le PAS kalau ade segelintir dalam PAS yang punye preconcieved idea bahawa golongan professional tak layak memimpin PAS. Macamle sokongan golongan profesional tak penting. Macamle undi golongan professional dari berbilang kaum dan agama tak bernilai ape2. Tak payah dengor hasutan pencacai BN. Tumpukan pada objektif. Kata TIDAK pada BN.

    ReplyDelete
  2. Saya berpendapat bukan sangat isu ego antara professional dan ulama' yang lebih layak memimpin PAS.

    Ia adalah kerana ulama'melihat peranan mereka nampak terbatas melalui PR. Jalan lain yang lebih selesa adalah suasana melayu.

    ReplyDelete