Wednesday, August 5, 2009

Apabila pemuda Umno ingin berbaik dengan pemuda Pas....

1. Bibit perkahwinan politik (Kerajaan Perpaduan) tidak mustahil dimulakan dengan antara edisi orat-mengorat antara pemuda Umno dan Pas.

2. Selepas pemimpin kanan Pas menitahkan segala cakap-cakap Kerajaan Perpaduan harus dihentikan, beberapa hari selepas itu pemimpin pemuda Pas mengusulkan dialog akademik antara pemuda Pas dan Umno.

3. Walaupun hasrat itu tidak kesampaian, bibit-bibit yang boleh dikatakan membawa kepada perkahwinan politik diteruskan dengan lontaran TG Nik Aziz bahawa Pas sanggup berkerjasama dan tolong-menolong dengan Umno dalam konteks kerjasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.

4. Bagi mengelak polemik yang pernah ditentang beliau berulang TG Nik Aziz menghadkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat bukan antara parti.

5. Antara senarai permintaan Kerajaan Negeri adalah royalti minyak Kelantan.

6. Saya suka membaca analisa Dari Jelebu oleh Hishamuddin Rais yang mengaitkan Kerajaan Perpaduan adalah berasaskan faktor "ekonomi".

7. Kalau betullah ura-ura kerjasama Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan atas dasar royalti minyak maka betullah telahan Hishamuddin Rais.

8. Berita Harian semalam menunjukkan TG Nik Aziz bersama Najib dimuka depan di dalam majlis ECER.

9. Mungkin kita boleh pergi jauh lagi, adakah betul ideologi yang difahami oleh beliau bahawa tema politik adalah perjuangan untuk ekonomi?

10. Bagaimana dengan perjuangan Islam dalam Pas? Jihad? Keikhlasan? Dan lain-lain obor-obor yang penuh semangat...

11. Terbaru pula NST pada 6.8.2009 melaporkan bahawa pemuda Umno bersedia menyertai Pas untuk demo pemecatan Ronnie Liu gara-gara rampasan bir di sebuah premis perniagaan.

12. Jika ini terlaksana ia mempunyai dua implikasi (1) Pas dan Umno boleh bersama bukan setakat isu ekonomi tetapi agama (2) bibit-bibit Kerajaan Perpaduan antara Umno dan Pas tidak boleh disanggah lagi....

ROHAN
Via Nokia E71

No comments:

Post a Comment