Monday, December 28, 2009

Liwat (1)

Pendahuluan
-----------------

1. Liwat adalah merupakan salahlaku di sisi undang-undang di beberapa negara dan bukan kesalahan di beberapa negara.

2. Di negara kita ia merupakan satu kesalahan. Pendoktrinan tentang kesalahan liwat dinyatakan di dalam Kanun Keseksaan di bawah tajuk 'unnatural offences'. Ia adalah satu kesalahan samada dilakukan secara suka-sama-suka atau paksaan.


Perbezaan dan persamaan antara criminologist dan accidentologist
-----------------------------------------------

3. Saya bukanlah seorang ahli criminologist. Saya adalah seorang accidentologist. Namun begitu saya belajar di universiti tentang undang-undang jenayah serta saya selepas menjadi graduan mengamal undang-undang litigasi. Menjadi seorang ahli litigasi adalah mirip seorang criminologist.

4. Saya berkata begitu kerana ahli criminologist memerlukan keterangan dari pegawai penyiasat, saksi-saksi pendakwa lain seperti pembuat repot, doktor-doktor dan lain-lain.

5. Menjadi accidentologist saya juga memerlukan saksi-saksi Plaintif seperti pegawai penyiasat, doktor-doktor, saksi-saksi mata.

6. Perbezaan antara crominologist dan accidentologist mungkin ada sikit seperti undang-undang prosedur kerana di dalam prosedur jenayah ada Criminal Procedure Code. Litigasi sivil seperti kes kemalangan pula dikawal oleh statut seperti Subordinate/High Court Rules dan lain-lain statut.

7. Dari segi keterangan, di dalam kes jenayah memakai undang-undang keterangan yang sama dengan kes sivil. Cuma sahaja beban pembuktian adalah berbeza. Kes jenayah beban pembuktian beyond reasonable doubt manajala kes sivil on the balance of probabilities.


Percambahan idea
------------------------

8. Lagipun bagi percambahan pandangan tentang undang-undang jenayah adalah tidak salah ada satu persepsi tentang jenayah liwat dari pandangan seorang accidentologist.

9. Andaikata diberi kepada saya kes-kes jenayah saya mampu mengendalikannya kerana seperti yang saya kata ia mirip litigasi sivil dan lebih penting lagi saya pernah mengendalikan kes-kes jenayah suatu ketika dahulu.


Haruskan kesalahan liwat dihapuskan?
----------------------------------

10. Andaikata kesalahan ini dihapuskan dari Kanun Keseksaan samada atas desakan rakyat melalui pengubalan undang-undang oleh ahli parlimen ataupun sosial masyarakat yang telah berubah mendesak pengubal undang-undang menghapuskannya.

11. Kesalahan ini menurut Hakim Keneddy (Law of Crime: Ratanlal & Dhirajlal) berasal dari doktrin agama Kristian dari prinsip 'sin of Sodom'. Persamaan juga wujud di dalam al-Qur'an apabila menceritakan tabiat kaum Nabi Luth.

12. Aspek kesalahan adakah ditentukan oleh majoriti rakyat yang mana inilah kriteria negara demokrasi atau ditentukan oleh teks suci yang menjadi latar-belakang sesuatu masyarakat.

13. Seorang Hakim lagenda Inggeris Lord Denning membuat pemerhatian seperti berikut tentang pengaruh agama terhadap undang-undang di dalam bukunya The Changing Laws bahawa ''In primitive societies, the influence of religion on law was obvious, but it is not so obvious in modern societies.''

14. Mungkin atas pemerhatian Lord Denning inillah, iaitu ciri masyarakat moden, seorang lelaki muda Inggeris bernama Young telah berkahwin dengan lelaki transexual dari Malaysia yang bernama ''Fatine''.

15. Saya percaya ciri masyarakat moden yang difahami oleh Lord Denning tidak lagi meresap di dalam masyarakat Malaysia. Kalaulah pendapat Denning itu meresap ke dalam masyarakat Malaysia maka saya percaya tentulah sudah ada perkahwinan-perkahwinan sama jantina di Malaysia. Juga seorang ahli politik terkenal tidak di dakwa di mahkamah bagi 'unnatural offences'.

16. Perlu atau tidak ''unnatural offences'' dihapuskan di Malaysia, jikalah kita pro-modenisma seperti yang digambarkan oleh Denning, tidak harus dilihat sahaja dari sudut kehendak majoriti tetapi juga rationaliti undang-undang liwat.

17. Liwat dari pendapat pakar Psikiatri dan Psikologi Barat seperti Freud adalah tidak memudaratkan anak-anak mengikut satu artikel yang ditujukan kepada ibu-bapa di Amerika.

18. Apa yang tidak kena dengan liwat?

19. Rationaliti al-Quran pula ialah ia memutuskan keturunan kerana perlakuan liwat tidak akan membuat pelaku melahirkan anak.

20. Di sini kita melihat rationaliti al-Quran bahawa ''kehendak sosial'' yang menjurus ke arah pengharamannya.


Penutup
----------

21. Jelas al-Quran mempunyai sebab yang kukuh untuk mengharamkan liwat iaitu ia menjurus kepada keruntuhan masyarakat.

ROHAN
Kuala Lumpur
Sent from my Nokia phone

No comments:

Post a Comment