Thursday, January 8, 2009

BLOGGER: ADA MASA HADAPAN?

Di antara langkah korporat bijak sebelum mencebur dalam mana-mana perniagaan ialah dengan melakukan ‘due diligent’ (ketekunan wajar). Ketekunan wajar dalam ‘viability’ undang-undang dan akaun.

Langkah-langkah ini mengelak kerugian dari mana-mana engagement perniagaan mereka.

Begitulah juga blogger bijak, saya percaya mereka juga perlu melakukan due diligent undang-undang dan akaun.

Kita dapat menganggarkan ada motif daripada usaha seorang blogger dalam melancarkan sesuatu weblog samada ekonomi, hobi, pengaruh atau mungkin kepuasan peribadi.

Sebagai seorang peguam saya melihat dari sudut undang-undang.

Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan untuk ‘kebebasan untuk bercakap’, ‘berhimpun’ dan ‘berpersatuan.

Artikel 10 (1)(b) – hak untuk berhimpun (the right to assemble).

Saya berpendapat ‘right to assemble’ termasuk hak berhimpun secara ‘virtual assembly’ (bukan sahaja 'physical assembly') seperti berkumpul di ruang siber untuk memberi pendapat di ‘comment’ kepada weblog dan berhimpun secara virtual di ‘internet chatting’.

Akta yang mengawal perhimpunan ini adalah Akta Polis.

Hak di atas - berhimpun, bercakap dan berpersatuan-bukanlah mutlak. Ia tertakluk kepada sekatan undang-undang.

Artikel 10 (2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan sekatan seperti ‘penghinaan mahkamah’, defamation, incitement, keselamatan, public order dan moral.

Ada satu lagi akta yang menyebut tentang sekatan-sekatan kepada blogger. Akta tersebut ialah Printing Presses And Publication Act 1984 (PPP ’84).

Bahagian berkaitan ialah ‘Part IV’ Akta tersebut yang menyentuh tentang ‘control of undesirable publication’.

Publication’ ditafsirkan oleh seksyen 2 PPP ’84 sebagai ‘(c) anything which may by its form, shape or in any manner is capable of suggesting words or idea’.

Itu bermaksud termasuk weblog.

Seksyen 7 (1) PPA ‘ 84 menyentuh tentang kuasa menteri untuk ‘prohibit’ mana-mana penerbitan (publication) yang bersifat ‘undesirable publication’.

Pentafsiran kamus untuk ‘prohibit’ ialah ‘to forbid’ (Oxford Paperback Dictionary).

Dalam kontek ‘weblog’, menteri boleh menghalang (forbid) akses kepada mana-mana weblog walaupun beroperasi diluar negera.

Ini terjadi di dalam kes ‘Malaysia Today’. Akses kepada MT dihalang oleh Suruhanjaya Multimedia Malaysia. Sehingga MT terpaksa berpindah alamat.

Raja Perta Kamaruddin sendiri didakwa di bawah Kanun Keseksaan kerana dituduh melakukan ‘criminal defamation’.

Seskyen 8 PPP ’84 sendiri menyebut tentang kesalahan (prohibited publication) dengan hukuman denda dan/atau penjara.

Bagi kesalahan menyebarkan berita palsu (false news) boleh dihukum dengan penjara dan/atau denda.

Begitulah risiko menjadi blogger. Masa dan pelaburan yang dibuat jika bercanggah dengan undang-undang akan menjadi sia-sia.

Jadilah blogger bijak!

8 comments:

  1. Trima kasih.Trima kasih. Pandangan tuan amat berguna kepada saya sebagai mat blogger.

    ReplyDelete
  2. Adakah tuan punya blog ini ejen polis atau kerajaan?

    Definisi anda tentang assembly terlampau luas sehingga mencakupi perhimpunan di ruang siber seperti dicommentary ini, internet chatting etc.

    Bagaimana polis nak menangkap orang yang berkumpul(assemble) secara salah diruang siber?

    ReplyDelete
  3. Well, James Bond, ada satu ilmu yang dikenali "computer forensic".

    ReplyDelete
  4. Macammana yer, saya ada bussines venture di Abu Dhabi. Adakah perlu saya buat due diligent undang2 terlebih dahulu?

    ReplyDelete
  5. Dengar cerita, dalam kes RPK tu pakar2 computer forensic dipanggil untuk memberi keterangan...

    Ish Ish mereka ni. Sampai lubang cacing cari kita.

    Barangkali itulah sebab US gunakan teknologi internet di kalangan tentera dulu sebelum dijual kepada umum dan negara2 lain.

    ReplyDelete
  6. Kalau begitu Malaysia ni negara polis? Aku yang menjadi Hacker takleh duduk aman di Malaysia...

    ReplyDelete
  7. Mr EthicalHacker, awak nak hack website aku ker?

    Tak aman untuk penjenayah. Tapi aman untuk org yg tidak jahat.

    ReplyDelete
  8. Kalau "moral" menjadi satu hak kepada pihak berkuasa untuk menghalang akses kepada satu website. Mengapa website2 lucah tidak dihalang atas alasan moral.

    Adakah pihak berkuasa hipokrit? Atau perlu satu undang2 mengawal kelucahan secara spesifik seperti di Indonesia?

    ReplyDelete