Tuesday, June 2, 2009

KONFLIK DALAMAN PAS

1. Kita telah melihat bagaimana peranan internet dalam meratah kekuasaan BN di dalam pilihanraya ke-12 yang lepas.

2. Sekarang kita menyaksikan berkomunikasi secara medium 'alam-maya' ini mendedahkan beberapa siri 'konflik dalaman PAS'.

3. Ia bagaikan tidak dapat disekat.

4. PAS sebuah parti yang bertunjangkan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w tidak lari dari sunnah alam selepas kematian pemimpin agung parti Islam di zaman sahabat. Adanya konflik dalam memilih siapakah pengganti (khalifah) selepas Nabi Muhammad s.a.w.

6. Konflik-konflik dahulu meruncing bukan sahaja setakat strategi dan bacaan politik tetapi sehingga konflik dalam mentafsir dasar-dasar politik.

7. Tidak benar jika kita menafikan PAS tidak mempunyai konflik dalaman. Insan-insan agung seperti sahabat r.a. pun berkonflik.

8. Konflik-konflik mereka dianalisa bagi mengetahui apakah sempadan perbezaan mereka.

"Saya melihat ada dua perkara utama dalam PAS yang menyebabkan konflik tak sudah dalam parti ini terutamanya selepas pemimpin-pimimpin parti mengecap madu yang berisi racun atau apa yang disebut 'kuasa'."

9. Salah sekiranya mengatakan konflik dalaman PAS tidak boleh dianalisa.

10. Saya melihat ada dua perkara utama dalam PAS yang menyebabkan konflik tak sudah dalam parti ini terutamanya selepas pemimpin-pimimpin parti mengecap madu yang berisi racun atau apa yang disebut 'kuasa'.

11. Pertama, ia berpunca dari pendefinisian siapa yang berkuasa dalam PAS. Kedua, berpunca dari ahli berpengaruh dalam PAS sendiri iaitu Kumpulan Ulama dan Kumpulan Profesional.

12. Isu pertama: Terlantur dari bibir pemimpin yang dipuja oleh sekumpulan dalam PAS iaitu Mursyid Am (ketika ini TG Nik Aziz) bahawa persoalan siapakah nahkoda dalam PAS?

13. Persoalan ini hanya dijawab oleh perlembagaan PAS sendiri.

14. Saya mengatakan Perlembagaan PAS yang dideraf menyebabkan kesamaran kepada persoalan "siapakah yang berkuasa dalam PAS".

"Saya merujuk kepada Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Cetakan Pertama Januari, 1994 yang diterbitkan oleh Pejabat Agung PAS yang ketika itu beribu pejabat di Lorong Haji Hasan. (Kalau ada pun pindaan saya percaya bukan kepada perkara asas fasal-fasal yang dirujuk oleh saya.) "

15. Satu persatu saya akan jelaskan.

16. Adakah Mursyid Am atau Presiden merupakan insan paling berkuasa dalam PAS?

17. Saya merujuk kepada Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Cetakan Pertama Januari, 1994 yang diterbitkan oleh Pejabat Agung PAS yang ketika itu beribu pejabat di Lorong Haji Hasan. (Kalau ada pun pindaan saya percaya bukan kepada perkara asas fasal-fasal yang dirujuk oleh saya.)

18. Mursyid Am PAS adalah 'pengerusi' "....semua mesyuarat-mesyuarat 'MAJLIS SYURA ULAMAK" (Fasal 7(4)(e)) dan beliau adalah 'ketua' "MAJLIS SYURA ULAMAK". (Fasal 7(4)(d)).

19. Bagaimanakah beliau dipilih?

20. Kriteria-kriteria ahli 'MAJLIS SYURA ULAMAK' disebut dalam Fasal 7 (4)(a). Ringkasnya fasal ini memperuntukkan beliau hendaklah seorang "ulamak".

21. Presiden pula dipilih oleh perwakilan-perwakilan dalam 'Mesyuarat Agung PAS' (Fasal 20 (3) baca bersama dengan Fasal 17 (1)).

22. Perwakilan-perwakilan pula dipilih diperingkat cawangan-cawangan seperti yang disebut dalam Fasal 19.

23. Cawangan-cawangan mendapat mandat dari peringkat akar umbi PAS.

24. Ini bermakna "Presiden" mendapat mandat dari akar-umbi dalam PAS.

25. Berbeza dengan Mursyid Am PAS. Beliau mendapat mandat dari "Kumpulan Ulamak". Elitis dalam PAS.

26. Bahkan penderaf Perlembagaan PAS tidak menyatakan bagaimanakah beliau dipilih. Tetapi jelasnya bukan ahli diakar umbi yang memilih beliau.

27. Satu lagi kesamaran dalam Perlembagaan PAS yang menunjukkan kedua-dua mereka iiatu Mursyid Am dan Presiden mempunyai kata putus dalam masalah dasar. Rujuk Fasal 23 (1)(a)- Kuasa Presiden dan Fasal 7 (1)(a) - Kuasa MAJLIS SYURA ULAMAK.

28. Satu lagi hujah yang menguatkan kuasa Presiden mempunyai kuasa eksekutif ialah Presiden boleh bertindak secara sendiri - Fasal 23 (1)(a). Manakala Mursyid Am hanyalah "pengerusi" MAJLIS SYURA ULAMAK- Fasal 7 (4)(e).

29. Kesamaran yang saya sebut di Para 27 boleh mengundang litigasi di mahkamah tentang penentuan siapakah yang berkuasa dalam PAS kerana tiada peruntukan dalam Perlembagaan PAS mana-mana ahli tidak boleh merujuk kepada mahkamah dalam menyelesai masalah.

30. Isu kedua, adalah tentang wujudnya dua kumpulan dalam PAS. Kumpulan pertama, "Ulamak". Kumpulan kedua adalah "profesional".

31. Adalah "open secret" adanya pertarungan di antara dua kumpulan ini dalam PAS sekali gus menyebabkan konflik tak kesudahan dalam PAS.

32. Ironinya, dikatakan, bahawa Kumpulan Profesional a.k.a Kumpulan Erdogan diketuai oleh Dato Husam menurut satu sumber di atasnya adalah TG Nik Aziz yang juga merupakan "pengerusi" Kumpulan Elitis dalam PAS iaitu "Ulamak".

33. Saya katakan elitis kerana Fasal7 (4)(a) menghadkan keahlian ahli "MAJLIS SYURA ULAMAK kepada individu tertentu bukannya ditentukan oleh ahli di akar umbi seperti dalam memilih Presiden.

34. Kumpulannya Ulamak pula yang dikatakan pro-muqabalah diketuai oleh Presiden.

35. Pertarungan-pertarungan di antara dua kumpulan ini menunjukkan beberapa indikasi dan petunjuk.

36. Peringkat awalnya Kumpulan Profesional menerajui pemilihan di peringkat bahagian dan ada orang kuat Presiden yang tumbang. Edisi seterusnya menunjukkan Kumpulan Ulamak yang menerajui pemilihan.

37. Saya menjangkakan konflik dalaman PAS akan berpanjangan di atas dua faktor di atas yang dianalisa oleh saya.

38. Perkara di atas akan dapat diperhatikan dalam Muktamar Agung PAS ke-55 yang bertempat di Shah Alam.

No comments:

Post a Comment