Tuesday, June 9, 2009

PROSES KONSOLIDASI KUASA EKSEKUTIF PRESIDEN PAS

1. Mengikut telitian saya tidak ada mana-mana individu, setakat ini, berminat untuk mengkaji kuasa Presiden PAS.

2. Kalaulah orang yang pertama menelitinya tentang batas-batas kuasa Presiden PAS sayalah orangnya. Dan jika perlu dikira siapa yang paling mula-mula, sayalah orangnya juga.

3. PAS pasca Muktamar ke-55 menyaksikan 'orang-orang Presiden' memagari pemegang kuasa eksekutif dalam PAS bahkan mempunyai kuasa yang sama besar dengan MAJLIS SYURA ULAMA iaitu dalam membuat dasar PAS.

"Satunya dari satu sudut Perlembagaan PAS memberi kuasa kepada suatu Kumpulan Elitis (Ulamak) secara kolektif dalam PAS untuk menentukan dasar parti yang pernah disifatkan "bahaya dari gunung". Dari satu sudut lain Perlembagaan PAS juga memberi secara totok kepada individu yang dipilih secara akar-umbi dalam PAS iaitu Presiden PAS."

4. Saya telah membicarakan dalam posting "Konflik Dalaman PAS" bagaimana kuasa MAJLIS SYURA ULAMA dan Presiden PAS yang bersilang dan bersimpang dalam menentukan dasar PAS.

5. Satunya dari satu sudut Perlembagaan PAS memberi kuasa kepada suatu Kumpulan Elitis (Ulamak) secara kolektif dalam PAS untuk menentukan dasar parti yang pernah disifatkan "bahaya dari gunung". Dari satu sudut lain Perlembagaan PAS juga memberi secara totok kepada individu yang dipilih secara akar-umbi dalam PAS iaitu Presiden PAS.

6. Kuasa itu (dalam membuat dasar) saya sifatkan kuasa eksekutif.

7. "Konsolidasi" adalah perkataan Inggeris. Dari "consolidation". Ia juga bermaksud "menguatkan".

8. Ada yang beranggapan insan paling berkuasa di dalam PAS adalah Mursyid Am. Tetapi tidak sebenarnya.

9. Setelah meneliti Perlembagaan PAS saya dapati insan yang diberi kuasa eksekutif oleh Perlembagaan PAS adalah "Presiden".

10. Terjemahan ini sahaja menunjukkan bahawa Presiden PAS tidak perlu dipagari oleh 'orang-orang Presiden" untuk menguguhkan lagi mandat dan melebarkan lagi sayap kuasanya.

11. Cukup dengan kuasa eksekutif yang diberi oleh Perlembagaan PAS.

12. Sayapun tidak pasti samada Presiden atau ahli-ahli PAS sendiri tidak tahu atau dinasihati tentang perkara ini.

13. Kuasa eksekutif diperlukan oleh Presiden untuk melakarkan polisi-polisi dan dasar-dasar parti.

14. Jika dahulu Presiden keseorangan melontarkan idea Kerajaan Perpaduan. Sekarang pagar-pagar yang mengelilingi Presiden bertindak seperti kubu apabila Presiden di asak.

15. Saya berani mengatakan jika Mursyid Am PAS mengutarakan sekali lagi beliau adalah 'nahkoda' parti, pada pandangan saya, menurut Perlembagaan PAS ia adalah tidak tepat.

16. Perlu diingat sebelum parti mempunyai 'pengerusi' MAJLIS SYURA ULAMAK kuasa eksekutif berada ditangan Presiden.

17. Niat penderaf Perlembagaan PAS dalam meminda dan memasukkan 'pengerusi' MAJLIS SYURA ULAMAK sebagai Mursyid Am, bukanlah bermaksud memansuhkan kuasa eksekutif Presiden PAS.

18. Bahaya berpegang kepada hujah kuasa tertinggi dalam PAS ditangan Mursyid Am ialah PAS adalah milik elitis yang tidak berdasar kepada akar-umbi.

19. Demokratik dan peluang kepada siapa sahaja untuk menjadi Presiden terbuka luas. Bahkan usul dalam Muktamar ke-55 untuk menghadkan Presiden hanya ulamak telah ditolak atas alasan "unconstitutional" (ketidakperlembagaan).

No comments:

Post a Comment