Thursday, July 2, 2009

KESAMARATAAN RAKYAT DALAM AGENDA POLITIK MALAYSIA

1. Kesamarataan rakyat mempunyai baik dan buruk dalam agenda sesuatu parti politik khususnya sekiranya ia dibincangkan dalam kontek Malaysia.

2. Pelopor "ketuanan rakyat" walaupun tiada satu kertas putih yang sah memberi indikasi wujudnya elemen kesamarataan rakyat dalam agenda ketuanan rakyat mafhum dari gendang slogan "ketuanan rakyat" adalah wujudnya kesamarataan rakyat dalam doktrin yang dilaungkan oleh parti PKR.

3. Walhal PKR adalah proses penetasan secara pengabungan dari Parti Rakyat Malaysia yang condong kepada idea sosialis.

4. Memang tidak dinafikan agenda ketuanan rakyat mendapat sokongan dari sebahagian rakyat.

5. Segmen manakah dari rakyat yang menyokong agenda ketuanan rakyat?

6. Mengikut analisa sokongan rakyat terhadap parti-parti politik, majoriti orang Melayu masih bersama parti politik bertunjangkan Melayu dan Islam.

7. Mengikut analisis itu juga, majoriti yang menyokong agenda ketuanan rakyat adalah golongan bukan Melayu.

8. Baranglali golongan bukan Melayu merasakan terma kontrak sosial dalam Perlembagaan Malaysia tidak memberi kedudukan yang strategik kepada mereka dengam wujudnya artikel-artikel yang memberi posisi yang istimewa kepada Melayu dan Islam.

9.Memang tidak ada ketidakpuasan hati kepada sesiapa jika terma kontrak sosial tidak memberi posisi yang samarata kepada mana-mana kumpulan etnik. Alasan kepada ketidakpuasan hati adalah fitrah alami manusia.

10. Jika bangsa Melayu dan bumiputera sendiri tidak diberi posisi istimewa sendiri atau samarata dengan bangsa lain atau lebih rendah maka wujud ketidakpuasan hati.

11. Apatah lagi, bangsa Melayu dan bumiputera sendiri adalah peneroka terawal bumi Malaysia.

12. Konsep "equality before the law" memberi 3 maksud menurut Polyvious G. Polyviou; (1) equal subjection of all to a common system of law whatever its content (2) a procedural concept pertaining to the application and enforcement of laws and the operation of the legal system (3) borne by declarations that all are equal before the law i.e. the state and the individual before the law should be equal. (The equal protection of the laws)

13. Konsep yang sama ada dalam Islam adalah dengan istilah "al-musawah".

14. Seorang professor perlembagaan Islam yang berbangsa Mesir Syeikh Abdul Hamid ada membincangkan konsep ini di dalam bukunya "Mabadi' Nizamul Hukm al-Islami".

15. Secara asasnya Islam tidak meletakkan batu perbezaan antara bangsa-bangsa yang berbagai, tetapi pada agama dan mutu taqwa; Inna aqramakum indallahi atqakum.

16. Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan menetapkan prinsip kesamarataan.

17. Namun begitu artikel ini bukan mutlak ia bersyarat Ceraian 2 Artikel 8 meletakkan syarat "except as expressly authorised by this Constitution."

18. Negara manapun, semaju manapun sesuatu negara tetap ada doktrin ketidaksamarataan. Contoh yang mudah antara warganegara dan bukan warganegara.

19. Kesimpulannya, tidak akan wujud kesamarataan mutlak di kalangan rakyat.

20. Kesamarataan rakyat adalah gendang politik untuk meraih undi dan omong-omong kosong yang menjadi bualan mereka yang tidak puas hati dengam doktrin yang sampai bila-bila tidak dapat diwujudkan kesamarataan rakyat secara mutlak.


Sungguh mudah dan ringkas untuk menambah lebih ramai rakan. Jemput rakan anda dari Hotmail, Gmail ke Yahoo! Messenger hari ini! http://malaysia.messenger.yahoo.com/invite/

No comments:

Post a Comment