Tuesday, February 16, 2010

Pansoh Manok

1. Sempena cuti raya cina ini saya bercuti di Bumi Kenyalang Sarawak.

2. Perjalanan dari LCCT ke Sibu mengambil masa 2 jam. Tetapi pada malam itu Kapten Muzammil telah meringkas masa perjalanan 15 minit lebih awal. Dan mendarat dengan soft-landing.

3. Tambang pergi balik dengan AirAsia di musim cuti memakan belanja lebih kurang RM1600.00

4. Saya tidur satu malam di Sibu dengan menginap di Centre Inn. Satu malam caj sebanyak RM55.00. Pada keesokan pagi saya mencari kedai makan Melayu berhampiran sebuah firma guaman Robert Hii Advocates. Saya makan nasi lemak berharga RM3.00 sepinggan.

5. Dari Sibu saya ke Saratok dan tidur satu malam di sana. Saya sempat singgah di pasar basah Saratok. Saya ada beli udang salai sebanyak RM1.00. Saya dapati seorang Iban yang menjual ulat sagu RM1.00 semangkok.

6. Selepas itu saya bertolak dari Saratok menuju ke Batang Ai. Selepas 2 jam saya sampai di Batang Ai Dam. Dari situ saya menaiki bot selama 20 minit menuju ke Batang Ai Longhouse Resort. Resort ini diurus oleh Hilton.

7. Satu malam kos menginap lebih RM340.00. Tetapi saya menggunakan status pekerja kerajaan oleh isteri saya untuk diskaun 50%.

9. Pada petang tadi saya makan pansoh manok. Pansoh bermaksud cara masak menggunakan buluh. Manakala manok bermaksud ayam. Ia adalah masakan tradisional orang Iban.

10. Malam nanti saya akan dihidangkan dengan barbeku sapi (lembu), kambing ayam dll. Satu kepala RM70.00

11. Apabila berada di resort ini mengingatkan saya kepada program rehlah saya bersama presiden Pas merangkap Menteri Besar Terengganu suatu ketika dahulu di Empangan Kenyir.

Rohan
Bilik 501 Rumah Panjang
Batang Ai Longhouse Resort
Via Nokia E90

No comments:

Post a Comment