1. Masalah-masalah hidup bukannya semua boleh diselesaikan dengan cara yang objektif. Ada segmen-segmen kerumitan hidup yang perlu diselesaikan secara misteri. Semisterinya hidup.
2. Antara kaedah penyelesaian masalah hidup secara misteri adalah penyelesaian melalui mimpi.
3. Seperti dilaporkan oleh pihak akhbar dan juga sumber dalaman yang diperolehi oleh saya, presiden Parti Islam Se-Malaysia telah menyelesaikan kerumitan memilih calon P036 Kuala Terengganu melalui ilham dalam mimpi.
4. Hasilnya seperti semua tahu calon tersebut telah berjaya mengalahkan calon pilihan parti yang agak berkuasa di Malaysia: BN-Umno.
5. Misterinya kaedah penyelesaian kerumitan hidup ini meyebabkan seorang penulis klasik Islam Ibnu Sirin mengumpulkan ta'bir mimpi dalam buku beliau "Tafsir Ahlaamul Kabir".
6. Di dalam surah Yusuf, meceritakan kisah Yusuf yang bermimpi dihormati oleh planet-planet. Akhirnya mimpi baginda menjadi kenyataan dengan terlantiknya beliau sebagai pemimpin politik selepas menghadapi tribulasi dan mehnah hidup yang cukup getir.
7. Begitu juga berjayanya Nabi Muhammad s.a.w berjaya membukan kota Mekah telah diilhamkan petunjuk pembukaan tersebut sebelum itu di dalam mimpinya.
8. Kitab Sahih Bukhari dan Muslim lebih jauh lagi membicarakan mimpi ini secara dua. Pertama, mimpi dengan cara melihat sesuatu itu di dalam tidur. Kedua, melihat secara 'yaqozoh' (jaga).
9. Cukup misteri dan rumit untuk difahami. Sehinggakan sebuah organisasi agama di Malaysia di tahun 90-an dulu pernah diharamkan di antaranya mengajar ajaran sesat kerana bertemu Nabi Muhammad s.a.w secara jaga.
10. Bagi pemikir 'problem-solver' aliran sekular mereka tidak boleh menafikan peranan mimpi dalam menyelesai masalah hidup kerana tokoh-tokoh penganalisa mimpi secara sekular pun ada.
11. Nama seperti Sigmund Freud menukilkan "The Interpretation of Dreams" mendakwa mimpi ada kaitan dengan hidup yang jaga (wake life).
12. Seterusnya beliau menggunakan kaedah pentafsiran mimpi dalam pengubatan psikoanalisis beliau di klinik.
13. Harap-harap kemelut politik di Malaysia yang kian meruncing sekarang ini diselesaikan, antaranya, secara mimpi politik.
BERSIH: Mid-Term Report on UG
1 week ago
No comments:
Post a Comment