Friday, February 27, 2009

Menjerat Singa Afrika?

...berjayakah Barat menjerat "Singa Afrika" ini?


1. Saya berasal dari kampung. Sejak zaman kanak-kanak hingga zaman remaja saya dibesarkan di kampung. Serating itulah kampung saya.

2. Kampung saya amat cantik. Ada sungai. Ada laut. Ada hutan. Ada tanah lapang. Tanah lapang ini disukai oleh burung-burung untuk mencari makan.

3. Permainan saya ketika zaman kanak-kanak hingga zaman remaja adalah permainan kampung.

4. Antara permainan saya waktu kecil adalah menjerat burung. Burung yang dijerat antaranya terkukur, punai dan ketitir.

5. Cara menjerat burung adalah dengan membuat sejenis perangkap yang dipanggil 'jerat bingkas'.

6. Cara membuat jerat bingkas adalah menggunakan sebatang kayu sebesar ibu jari tangan sepanjang 3 meter. Tali tasi. Dan padi.

7. Kayu tadi dipacak ditanah yang digemari oleh burung-burung. Kemudian tasi diikat dikayu. Kemudian tasi ditarik kepada jerat yang dipasang dengan membuat tempat pemijak yang akan membuatkan tasi terlucut ikatan dijerat sehingga kayu tadi menarik perangkap dengan menjerat kaki burung.

8. Padi ditabur kepada perangkap untuk memerangkap burung ke jerat.

10. Saya tidak tahu bagaimana di Afrika, mereka menjerat singa. Mungkin dengan membuat sebuah lubang. Dengan meletakkan tanah dan rerumput di atas lubang.

11. Jika burung yang dijerat kita boleh digoreng kunyit atau letak dalam sangkar untuk mendengar siulannya yang merdu. Singa pula mungkin boleh diambil kulit atau taringnya. Kulitnya boleh dipakai. Taringnya boleh dipakai dileher.

12. Mesej pemakai adalah, jika singa aku boleh tundukkan apatah lagi engkau yang tak bertaring?

13. Di antara tempat 'menjinak' manusia adalah di International Criminal Court (ICC) di The Hague, Belanda. Mereka ini di bawa ke sini kerana jenayah "genocide, crimes against humanity, war crimes, and the crime of aggression".

14. Itulah pertuduhan terhadap Presiden Sudan, Omar Hassan al-Bashir di Darfur. Lebih detail lagi seperti berikut "On 14 July 2008, the Chief Prosecutor of the International Criminal Court (ICC), Luis Moreno-Ocampo, alleged that al-Bashir bore individual criminal responsibility for genocide, crimes against humanity and war crimes committed since 2003 in Darfur. The prosecutor accused al-Bashir of having “masterminded and implemented” a plan to destroy the three main ethnic groups, the Fur, Masalit and Zaghawa, with a campaign of murder, rape and deportation." (Wikipedia).

15. Sumber Reuters, yang dipetik oleh New Straits Times, pula meyatakan diplomat-diplomat United Nations menyatakan bahawa waran akan dikeluarkan.

16. Jika beliau didakwa maka "..... al-Bashir would be the first sitting head of state charged by the ICC". (Wikipedia)

17. Kedudukan perhambaan (slavery) disepakati oleh negarabangsa moden bahawa ia adalah tidak dibenarkan sama sekali.

18. Perhambaan dalam Islam, hukumya belum lagi dinasakhkan (dibatal). Jika kita membuka al-Qur'an dan hadis-hadis sahih hukumya masih berada di situ, walaupun tidak dipraktikkan lagi.

19. Di Sudan seperti laporan Reader's Digest, mangsa-mangsa perang diperhambakan.

20. Ahli fikah (pakar undang-undang Islam) yang mengkaji tentang hukum perhambaan dalam Islam berdepan dengan dilema. Bagaimanakan mereka ingin mentafsir ayat-ayat dan nas tentang perhambaan dengan undang-undang antarabangsa. Ini satu cabaran kepada ahli hukum Islam.

21. Satu lagi kedudukan ICC sendiri boleh dipertikaikan. Negara-negara umat Islam boleh mencabar 'legitimacy' ICC.

...bangunan ICC di The Hague

22. Inilah dilema dalam hukum antarabangsa, termasuk ICC. (Rujuk tulisan Michael Chertoff, Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat dalam journal Foreign Affairs, Jan/Feb 2009 dengan tajuk "The Responsibility to Contain" muka surat 130 - 147)

23. Beliau mebicarakan berkenaan "sovereignty" dan "legitimacy" hukum-hukum antarabangsa. Sudan mempunyai "sovereignty", dan Sudan ada hak untuk mempersoalkan "legitimacy" ICC termasuk waran untuk menangkap beliau. Seperti dilaporkan oleh Reuters nasibnya akan diketahui March 4 ini.

24. Memang prinsip undang-undang 'innocent until proven guilty'. Beliau boleh dibicarakan. Beliau boleh pasang peguam.

25. Tetapi jika Singa Afrika ini tunduk kepada bidangkuasa (jurisdiction) ICC maka seolah-olah mengiktiraf ICC.

26. Bagaimana pula jika beliau didapati bersalah? Jerat sudah mengena?

27. Kes Sudan adalah konflik di Darfur didalangi oleh negara-negara musuh umat Islam, antaranya, seperti laporan Reuters; Israel.

28. Israel memang ada jenayah perang di Palestine. Beban untuk membuktikan Israel terlibat di Darfur adalah atas bahu Sudan. Libya, seperti dilaporkan sedia membantu.

30. Adakah Darfur merupakan "padi-padi" yang ditabur untuk menjerat Al-Bashir kesebuah jerat yang dipanggil ICC?

No comments:

Post a Comment