Saturday, September 4, 2010

Mansuhkan saja PAS?

1. Itulah apa yang terkandung dalam Perlembagaan Pas. "Cara memansuhkan PAS": Fasal 78 Perlembagaan Parti Islam Semalaysia PAS (Pindaan 1993).

2. Jadi apa yang diutarakan oleh pemimpin atasan Pas bahawa Pas boleh dimansuhkan jika Umno yang mahu melaksanakan Islam secara syumul, adalah berasas dan berperlembagaan (constitutional).

3. Keikhlasan adalah urusan hati dan sukar untuk ditafsirkan tetapi kita boleh mentafsirkan apa yang tersurat. Dan yang tersurat adalah jelas bahawa Pas boleh dimansuhkan jika Umno betul-betul ingin laksanakan Islam.

4. Pas hanyalah "alat" bagi menyampaikan hasrat untuk "tujuan-tujuan" seperti yang terkandung dalam Fasal 5 (tujuan Pas).

5. Jika tujuan-tujuan Pas boleh dicapai tanpa perlu wujudnya alat yang dinamakan Pas, maka Pas sudah tidak diperlukan lagi. Dengan kata lain "mansuhkan saja Pas!"

6. Debat tentang mengapa zaman Nabi Muhammad s.a.w tidak ada "sistem kepartian" adalah juga menarik.

7. Undang-undang negara menetapkan bahawa jika sekumpulan warganegara atau lebih spesifik umat Islam mahu berpolitik maka mereka perlu menubuhkan sebuah parti. Oleh sebab itulah Pas didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

8. Mankala dalam al-Qur'an disebut "Hizbullah" atau "Parti Allah". Mungkin disini mengilhamkan pengasas Pas untuk menubuhkan Parti Islam SeMalaysia.

9. Hizbullah tidak terikat dengan ROS. Tetapi Pas terikat dengan ROS.

10. Apapun Parti Allah tidak akan luput selagi al-Qur'an masih ada. Manakala Pas boleh dimansuhkan jika menepati Fasal 78 Perlembagaan PAS.....

No comments:

Post a Comment