Tuesday, September 21, 2010

Sistem Kehakiman Malaysia Terhakis??!!!

1. Panggilan kecemasan terhadap sistem kehakiman Malaysia oleh Tun Salleh Abbas di terima secara perlahan-lahan walaupun tegas oleh sebahagian rakyat Malaysia.

2. Bagi yang berpendapat sistem kehakiman terhakis oleh kuasa eksekutif menganggap "May Day For Justice!" oleh Tun Salleh Abbas sebagai panggilan kecemasan yang harus dibalas dan bertindak dengan segera.

3. Manakala kuasa eksekutif harus dikurangkan "Executive: Delimiting Its Growth" tulis seorang peguam senior dalam satu jurnal undang-undang keluaran Majlis Peguam Malaysia.

4.Manakala bagi kumpulan ini (yg mengatakan sistem kehakiman terhakis) titik permulaan kehakisan tersebut tercetus dengan peristiwa pemecatan hakim lagenda Tun Salleh Abbas.

5. Bagi yang menyokong pemecatan Tun Salleh Abbas pula mereka berpendapat ia bukan isu sistem kehakiman terhakis tetapi ia merupakan "kes salahlaku" seorang hakim tertinggi negara.

6. Penentu utama kuasa eksekutif telah masuk menceroboh dalam sistem kehakiman ialah kes liwat (1) Dato' Seri Anwar Ibrahim, hujah mereka.

7. Mengapa Anwar didakwa sedangkan dakwaan tentang tarikh Tivoli Villa belum siap ketika liwat yang didakwa itu berlaku.

8. Manakala liwat (2) yang berlaku ketika pemerintahan Perdana Menteri yang lain pula menjadi bukti kes liwat bukanlah rekaan pihak pemerintah, hujah pula pendokong parti yang memerintah. Oleh itu tiada teori campurtangan eksekutif dalam kebebasan kehakiman. Justeru sistem kehakiman tidak terhakis.

9. Kes klip video VK Lingam pula timbul.

10. Maka ini bukti sistem kehakiman diatur oleh tangan-tangan ghaib yang jika dibicarakan akan terbuka tabis hijabnya..

11. Salahkah hakim mempunyai "political-party affiliation"??!!

12. Pengalaman negara kuasa dunia menunjukkan ia tidak salah. Black's Law Dictionary melaporkan hakim-hakim Mahkamah Agung USA yang silih berganti antara parti Federalist, Jeffersonian, Democrat, Whig, Republican dan Independent.

13. Pengalaman ini membawa keamanan kepada negara besar ini dan rakyatnya boleh menerima kecenderungan hakim dalamn urusan politik.

14. Mungkin ada yang berkata bahawa ini tidak boleh disamakan dengan kes klip video VK Lingam.

15. Tetapi itulah hakikat, di Amerika hakim-hakim diundi dan diatur oleh tangan-tangan ghaib; rujuk "The Appeal" oleh John Grisham.

16. Negara kita mungkin dalam proses pematangan. Sistem kehakiman adalah satu cabang kuasa yang penting dalam negara. Ia tidak harus diganggu melainkan ada 'precedent' di negara lain yang boleh diikut...

ROHAN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment