Monday, February 22, 2010
BN BAHTERA BOCOR?
(Klip video menunjukkan ketegangan antara penyokong PAS dan BN di pilihanraya kecil Bagan Pinang. Keputusan pilihanraya berpihak kepada BN: Video dirakam oleh saya)
1. Mana lebih selamat bahtera yang sedang bocor atau pelampung kecil ketika berada di laut dalam yang bergelora?
2. Bahtera bocor masih boleh ditampung tetapi pelampung kecil belum tentu boleh membawa orang yang karam ke daratan dengan selamat..
3. Begitulah tajuk HARAKAH pada 22-25 Febuari 2010 "BN BAHTERA BOCOR".
Sunday, February 21, 2010
Liangji Mixian
2. Sekarang saya ingin mengajak saudara-saudari merasai kesedapan makanan tradisi Cina Islam Yunan/Huigur iaitu: ''Liangji Mixian''.
3. Liangji Mixian bermaksud ''mee ayam''.
4. Terus terang saya katakan bahawa saya bukanlah peminat mee. Agar sukar saya menghabiskannya. Mulut saya sukar menerimanya.
5. Tetapi apabila saya merasai Liangji Mixian, saya dapat menghabiskan semangkuk penuh.
6. Meenya cukup lembut dan lazat. Dicampur dengan pedas yang munasabah dan rasa ayam. Sekali lagi meenya cukup-cukup lembut.
7. Sepanjang saya berada hampir 15 tahun di KL saya tidak pernah berjumpa makanan Huigur (baca:wee gur) yang lazat di mana-mana tempat di KL.
8. Saya adalah cerewet tentang makanan. Tapi pada petang ini saya dapat menikmati satu makanan yang lazat di Mahallat Ali, UIAM Gombak.
9. Anda harus tahu bahawa mee huigur tidaklah sama dengan mee yang berada di pasaran di Malaysia.
10. Meenya dibuat secara tradisi dengan menganyam tepung hasil ramuan asli Cina Islam Huigur. Mereka dari Tanah Besar Cina.
11. Di samping ''Liangji Mixian'', anda juga boleh dapati ''Guoqiao Mixian'' , ''Chaomian'' ''Banmian'' dan ''Chaomiantiao'' di gerai Cina Islam ini.
12. Harganya sangat murah hanya RM6.00 semangkuk!
Rohan
Mahallah Ali
Via Nokia E90
Tuesday, February 16, 2010
Pansoh Manok
2. Perjalanan dari LCCT ke Sibu mengambil masa 2 jam. Tetapi pada malam itu Kapten Muzammil telah meringkas masa perjalanan 15 minit lebih awal. Dan mendarat dengan soft-landing.
3. Tambang pergi balik dengan AirAsia di musim cuti memakan belanja lebih kurang RM1600.00
4. Saya tidur satu malam di Sibu dengan menginap di Centre Inn. Satu malam caj sebanyak RM55.00. Pada keesokan pagi saya mencari kedai makan Melayu berhampiran sebuah firma guaman Robert Hii Advocates. Saya makan nasi lemak berharga RM3.00 sepinggan.
5. Dari Sibu saya ke Saratok dan tidur satu malam di sana. Saya sempat singgah di pasar basah Saratok. Saya ada beli udang salai sebanyak RM1.00. Saya dapati seorang Iban yang menjual ulat sagu RM1.00 semangkok.
6. Selepas itu saya bertolak dari Saratok menuju ke Batang Ai. Selepas 2 jam saya sampai di Batang Ai Dam. Dari situ saya menaiki bot selama 20 minit menuju ke Batang Ai Longhouse Resort. Resort ini diurus oleh Hilton.
7. Satu malam kos menginap lebih RM340.00. Tetapi saya menggunakan status pekerja kerajaan oleh isteri saya untuk diskaun 50%.
9. Pada petang tadi saya makan pansoh manok. Pansoh bermaksud cara masak menggunakan buluh. Manakala manok bermaksud ayam. Ia adalah masakan tradisional orang Iban.
10. Malam nanti saya akan dihidangkan dengan barbeku sapi (lembu), kambing ayam dll. Satu kepala RM70.00
11. Apabila berada di resort ini mengingatkan saya kepada program rehlah saya bersama presiden Pas merangkap Menteri Besar Terengganu suatu ketika dahulu di Empangan Kenyir.
Rohan
Bilik 501 Rumah Panjang
Batang Ai Longhouse Resort
Via Nokia E90
Sunday, January 31, 2010
Rolex pertama saya..
2. Berbagai alat pengukur masa telah direkacipta. Setakat ini yang masih bertahan dan menjadi pilihan ramai adalah ''jam tangan''.
3. Di Malaysia jenama nombor satu adalah Rolex. Nota: Tidak dinafikan ada jenama lain yang lebih jitu dan mahal seperti Breguet, Patek Phillipe dll. tetapi jenama-jenama ini masih belum dikenali dengan meluas di Malaysia.
4. Rolex telah menjadi pilihan saya dalam mengurus masa saya.
5. Saya amat tertarik dengan Rolex berbanding dengan jenama-jenama lain kerana beberapa kualiti yang ada pada jam Rolex.
6. Rolex dari kaca penutupnya hingga jarum dan tali bergemerlapan. Tak heranlah apabila seorang jurujual jam di watatime KLCC terus mengatakan jam Rolex yang saya pakai adalah asli sekilas ikan yang timbul di dalam kolam sudah tahu jenis dan jantina ikan itu.
8. Gerakan jarumya cukup memikat. Gerakannya seperti 'air yang sedang menitis dari daun apabila hujan turun'.
9. Penutupnya terjaga rapi ibarat mutiara dalam cengkeram tiram.
10. Di antara kualiti yang ada pada jam Rolex ialah pasaran secondhand jam ini tidak jatuh teruk. Tadi saya bertanya jurujual jam tentang enjin Rolex; beliau beritahu enjin Rolex star berharga RM8,000.00
11. Harap-harap Rohan & Rolex Sdn Bhd akan membuahkan rezeki-rezeki yang melimpah ruah...
Monday, December 28, 2009
Liwat (1)
-----------------
1. Liwat adalah merupakan salahlaku di sisi undang-undang di beberapa negara dan bukan kesalahan di beberapa negara.
2. Di negara kita ia merupakan satu kesalahan. Pendoktrinan tentang kesalahan liwat dinyatakan di dalam Kanun Keseksaan di bawah tajuk 'unnatural offences'. Ia adalah satu kesalahan samada dilakukan secara suka-sama-suka atau paksaan.
Perbezaan dan persamaan antara criminologist dan accidentologist
-----------------------------------------------
3. Saya bukanlah seorang ahli criminologist. Saya adalah seorang accidentologist. Namun begitu saya belajar di universiti tentang undang-undang jenayah serta saya selepas menjadi graduan mengamal undang-undang litigasi. Menjadi seorang ahli litigasi adalah mirip seorang criminologist.
4. Saya berkata begitu kerana ahli criminologist memerlukan keterangan dari pegawai penyiasat, saksi-saksi pendakwa lain seperti pembuat repot, doktor-doktor dan lain-lain.
5. Menjadi accidentologist saya juga memerlukan saksi-saksi Plaintif seperti pegawai penyiasat, doktor-doktor, saksi-saksi mata.
6. Perbezaan antara crominologist dan accidentologist mungkin ada sikit seperti undang-undang prosedur kerana di dalam prosedur jenayah ada Criminal Procedure Code. Litigasi sivil seperti kes kemalangan pula dikawal oleh statut seperti Subordinate/High Court Rules dan lain-lain statut.
7. Dari segi keterangan, di dalam kes jenayah memakai undang-undang keterangan yang sama dengan kes sivil. Cuma sahaja beban pembuktian adalah berbeza. Kes jenayah beban pembuktian beyond reasonable doubt manajala kes sivil on the balance of probabilities.
Percambahan idea
------------------------
8. Lagipun bagi percambahan pandangan tentang undang-undang jenayah adalah tidak salah ada satu persepsi tentang jenayah liwat dari pandangan seorang accidentologist.
9. Andaikata diberi kepada saya kes-kes jenayah saya mampu mengendalikannya kerana seperti yang saya kata ia mirip litigasi sivil dan lebih penting lagi saya pernah mengendalikan kes-kes jenayah suatu ketika dahulu.
Haruskan kesalahan liwat dihapuskan?
----------------------------------
10. Andaikata kesalahan ini dihapuskan dari Kanun Keseksaan samada atas desakan rakyat melalui pengubalan undang-undang oleh ahli parlimen ataupun sosial masyarakat yang telah berubah mendesak pengubal undang-undang menghapuskannya.
11. Kesalahan ini menurut Hakim Keneddy (Law of Crime: Ratanlal & Dhirajlal) berasal dari doktrin agama Kristian dari prinsip 'sin of Sodom'. Persamaan juga wujud di dalam al-Qur'an apabila menceritakan tabiat kaum Nabi Luth.
12. Aspek kesalahan adakah ditentukan oleh majoriti rakyat yang mana inilah kriteria negara demokrasi atau ditentukan oleh teks suci yang menjadi latar-belakang sesuatu masyarakat.
13. Seorang Hakim lagenda Inggeris Lord Denning membuat pemerhatian seperti berikut tentang pengaruh agama terhadap undang-undang di dalam bukunya The Changing Laws bahawa ''In primitive societies, the influence of religion on law was obvious, but it is not so obvious in modern societies.''
14. Mungkin atas pemerhatian Lord Denning inillah, iaitu ciri masyarakat moden, seorang lelaki muda Inggeris bernama Young telah berkahwin dengan lelaki transexual dari Malaysia yang bernama ''Fatine''.
15. Saya percaya ciri masyarakat moden yang difahami oleh Lord Denning tidak lagi meresap di dalam masyarakat Malaysia. Kalaulah pendapat Denning itu meresap ke dalam masyarakat Malaysia maka saya percaya tentulah sudah ada perkahwinan-perkahwinan sama jantina di Malaysia. Juga seorang ahli politik terkenal tidak di dakwa di mahkamah bagi 'unnatural offences'.
16. Perlu atau tidak ''unnatural offences'' dihapuskan di Malaysia, jikalah kita pro-modenisma seperti yang digambarkan oleh Denning, tidak harus dilihat sahaja dari sudut kehendak majoriti tetapi juga rationaliti undang-undang liwat.
17. Liwat dari pendapat pakar Psikiatri dan Psikologi Barat seperti Freud adalah tidak memudaratkan anak-anak mengikut satu artikel yang ditujukan kepada ibu-bapa di Amerika.
18. Apa yang tidak kena dengan liwat?
19. Rationaliti al-Quran pula ialah ia memutuskan keturunan kerana perlakuan liwat tidak akan membuat pelaku melahirkan anak.
20. Di sini kita melihat rationaliti al-Quran bahawa ''kehendak sosial'' yang menjurus ke arah pengharamannya.
Penutup
----------
21. Jelas al-Quran mempunyai sebab yang kukuh untuk mengharamkan liwat iaitu ia menjurus kepada keruntuhan masyarakat.
ROHAN
Kuala Lumpur
Sent from my Nokia phone
Wednesday, December 16, 2009
CONTOH PENGHUJAHAN BAGI KES KEMALANGAN
PER:
-----------------------------------------------------------
Berikut adalah hujah-hujah saya berkenaan isu liabiliti dan gantirugi:-
A. LIABILITI
----------------
Keterlibatan Plaintif (m/sikal no. BJY 488) Dan Defendan (m/kereta no. WRD 9330) Di Dalam Kemalangan
---------------------------------------------------
1. Di dalam Para 1 Pembelaan bertarikh 30.4.2009, Defendan mengaku ada terlibat kemalangan dengan Plaintif. Begitu juga Para (b) Penyata Fakta-Fakta Yang Dipersetujui bertarikh 10.6.2009 Defendan mengaku terlibat kemalangan dengan Plaintif.
Versi Pihak-Pihak Berkenaan Kemalangan
-------------------------------------
2. Hanya ada satu versi tentang kemalangan dalam kes ini
Versi Plaintif
----------------
3. Plaintif Pertama(SP 3) memberi keterangan bahawa pada hari itu beliau rumah menuju ke kedai minum di TTDI. Beliau lalu di lorong sebelah kanan (Rajah Kasar & Kunci). Beliau nampak kereta di sebelah kiri lorong B-C (Rajah kasar & Kunci) dari jarak 5 hingga 6 meter. Tiba-tiba m/kereta terus belok secara mengejut ke kanan masuk ke laluannya tanpa sebarang isyarat atau amaran. Lalu m/kereta terus langgar m/sikal dan kaki kanannya. Kelajuan beliau adalah 40 km/j. Beliau tanda "X" di atas rajah kasar & kunci (P1) sebagai mewakili tempat kemalangan. Beliau telah tanda ''O'' kedudukan mosikalnya sebelum kemalangan.
4. Peguam Defendan telah setuju untuk tidak kenakan 'adverse inference' dengan Plaintif Kedua sebagai pembonceng tidak memberi keterangan.
Versi Defendan
-------------------
5. Defendan gagal untuk beri keterangan.
Kemalangan berlaku ketika Defendan (m/kereta WRD 9330) membelok ke kanan dan melanggar Plaintif di laluannya yang sah
-------------------------------------------------
6. Pegawai Penyiasat telah mengesahkan bahawa lampu jalan ada dan berfungsi ketika beliau tiba di tempat kemalangan pada jam lebih kurang 10.50 malam.
7. Plaintif Pertama juga memberi keterangan bahawa lampu jalan berfungsi. Penglihatan adalah jelas. Kedua-dua kenderaan Plaintif dan Defendan memasang lampu.
8. Saya hujahkan Defendan harus beri laluan kepada Plaintif Pertama terlebih dahulu kerana Defendan sebenarnya yang ingin membelok ke kanan dan memasuki laluan Plaintif Pertama.
9. ''X'' adalah tempat kemalangan yang ditanda oleh Plaintif Pertama di dalam rajah kasar & kunci (P1).
10. Keterangan ini tidak dicabar. Oleh itu saya hujahkan bahawa ''X'' sebagai tempat kemalangan seperti keterangan Plaintif Pertama merupakan 'keterangan tidak tercabar'' (incontestable evidence).
11. Oleh itu prinsip di dalam kes Siti Rohani Binti Mohd Shah & Ors v Haji Zainal Bin Saifiee & Ors [2001] 5 MLJ 8 adalah terpakai iaitu:-
"In the final analysis, all proper inferences must be drawn from the incontestable evidence, and the version to be preferred must be consistent or at least more consistent with the incontestable evidence. A version cannot be preferred, no matter what, if it is inconsistent or more inconsistent with the incontestable evidence. In short, in this case, proper inferences were not drawn from the incontestable evidence."
12. Keterangan tak tercabar (incontestable evidence) menunjukkan kemalangan berlaku di lorong Plaintif Pertama yang sah dan Defendan memang ingin masuk simpang di sebelah kanan rajah kasar dan kunci (P1).
13. Lagipun menurut Pegawai Penyiasat (SP 1) Defendan memang ada mengaku kepadanya bahawa beliau ingin membelok memasuki simpang.
14. Keterangan Plaintif Pertama konsisten dengan laporan polisnya (P3).
15. Oleh itu saya hujah bahawa Defendan harus bertanggungan 100% bagi kemalangan ini.
Isu Plaintif Pertama mengatakan beliau menunggang m/sikal berhampiran ''c'' dan tengah-tengah laluan.
-------------------------------------------------
16. Keterangan ini telah dibaiki dalam re-examinantion apabila Plaintif Pertama menandakan ''0'' pada rajah kasar (P1) kedudukan m/sikalnya sebelum berlaku kemalangan serta ''X'' yang telah ditanda mewakili tempat kemalanggan.
17. Kedua-dua keterangan ini (''0'' dan ''X'') tidak dicabar dengan mengemukakan keterangan Defendan.
18. Plaintif Pertama juga di dalam cross-examination tidak bersetuju kemalangan berlaku di ''C'' dalam rajah kasar dan kunci (P1).
19. Di sini kita sudah jelas tentang maksudnya bahawa beliau lalu di tengah-tengah.
Kedudukan Undang-Undang Tentang Kegagalan Defendan Untuk Datang Ke Mahkamah Memberi Keterangan
---------------------------------------------
20. Defendan (pemandu m/kereta no. WRD 9330) telah diberi peluang untuk memberi keterangan tetapi gagal berbuat demikian dan menggunakan prinsip-prinsip dalam kes Jaafar Shaari & Siti Jama Hashim v Tan Lip Eng & Anor [1997] 4 CLJ 509 ada dua implikasi:-
(i) "Adverse inference" terpakai iaitu ada fakta dan keterangan yang tidak berpihak kepada Defendan serta jika ia dikemukakan ia akan menguat dan menyokong kes Plaintif.
Peh Swee Chin HMP memutuskan "Since counsel for the respondents did not actually say that he wished to make a submission of co case to answer, the trial court was under no obligation to put to the election of counsel that he would not call any evidence. The respondents had, however, chosen to close their case at the end of the appellants' case, and they were entitled to do so although they would be in peril of not having the evidence of their most important witness and of having an adverse inference drawn against them for failing to call such evidence should the circumtances require such an adverse to be invoke against them."
(ii)Kesemua keterangan oleh Plaintif hendaklah dianggap semuanya benar.
Gopal Sri Ram HMR memutuskan "It was incumbent for the sessions judge to have put counsel for the respondent to his election, namely, that if he did not call evidence, he would stand or fall on his submissions. The rule of procedure is one of essential justice and not a mere formality. Once a defendant in civil proceedings elects not to call evidence, then all the evidence led by the plaintiff must be assumed to be true."
Cuai Sumbang
-----------------
21. Kami hujah tiada cuai sumbang oleh Plaintif kerana faktor 'agony of the moment'.
22. Kami hujahkan Defendan bertangungan 100% terhadap kemalangan ini.
B. GANTIRUGI
-----------------
(a) Gantirugi Am
---------------------
Lapuran Pusat Perubatan universiti Malaya bertarikh 5.5.2009 terhadap Plaintif Pertama telah dipersetujui oleh Peguam Defendan untuk dimasukkan di Bahagian 1-Dokumen-Dokumen Yang Dipersetujui.
Lapuran pakar Dr Manu (Lampiran 12) telah dikemukakan melalui SP- 2 iaitu Dr Manu dan telah ditanda sebagai ekshibit P2.
Manakala Lapuran pakar Dr Yeoh (Lampiran 13) tidak dikemukakan dan pembuat gagal datang ke mahkamah untuk memberi keterangan.
Oleh itu apa-apa hujahan yang bergantung kepada dokumen ini (Lapuran pakar Dr Yeoh) adalah 'dengar cakap' (hearsay).
i. A Closed momminuted fracture of midshaft of the Right femur
-------------------------------------------------
(1.5 cm of shortening and residual disabilities)
Dr Manu di mukasurat 7 Para 4 Ekshibit P2 menjelaskan ''The comminuted fracture of midshaft of the Right femur had malunited with displacement of the comminuted fragments, overiding and shortening of the thigh. It is the cause of the bony deformity of the thigh and the limp. These are permanent disabilities.''
Dr Manu (SP 2) telah memberi keterangan semasa disoal-balas (cross-examination) bahawa 'disabilities' di mukasurat 7 Para 3 item (b), (e) dan (i) adalah kekal.
Dr Manu (SP 2) juga telah dirujuk dengan laporan pakar Dr Yeoh yang mengatakan bahawa tiada kependekkan.
Saya hujah keterangan ini harus ditolak kerana pembuat laporan ini tidak dipanggil ke mahkamah dan laporan ini tidak ditanda sebagai ekshibit. Saya juga hujahkan laporan itu adalah 'hearsay'.
Lagipun Dr Manu tidak setuju dengan penemuan pakar defendan berkenaan kependekkan seperti keterangannya dalam soal-balas (cross-examination) oleh Peguam Defendan. Beliau (Dr Manu) juga menjelaskan didalam soal-semula (re-examination) bahawa 'compensatory overgrowth' pada umur melebihi 20 tahun adalah terhenti bagi jantina lelaki. Untuk rekod umur Plaintif Pertama adalah 22 tahun.
Oleh itu tidak mungkin kependekkan tidak berlaku.
Kami merujuk kepada kes Sujin a/k Kudang v Kho Min Huat & Anor (Jobly ak Bohoi & Anor - Third Party) [2008] 2 PIR [24] . Mahkamah telah beri sebayak RM40,000.00
Kami hujah sebanyak RM40,000 juga.
ii. Wasting
--------------
- 2.0 cm of wasting of the Right thigh.
- 1.0 cm of wasting of the Right calf.
Kami merujuk kepada kes Khairul Amri b Subri & Anor v Mohd Sofi b Saad & 2 Ors [2008] 1 PIR [65] mahkamah telah beri sebanyak RM10,000.00
Kami hujah sebanyak RM10,000.00
iii. Removal of implants
-----------------------------
Dr Manu berpandangan bahawa 'bendasing besi'(implant) memerlukan pembuangan dengan segera (in due course). (Dr Manu m/s 8 Para 7)
Di dalam keterangannya, beliau ( Dr Manu) telah menjelaskan kenapa 'bendasing besi' harus dikeluarkan atas beberapa faktor antaranya (1) umur Plaintif Pertama yang masih muda (2) tujuan penyembuhan telah tercapai (3) jangkitan kuman (4) impak kepada tempat dimasukkan'bendasing besi' jika terlibat dalam kemalangan lain dan (5) kemungkinan sakit seperti 'kencing manis'.
Pembedahan ini mencecah kos RM3,500.00. Kami hujah sebayak RM3,500.00.
Untuk kesakitan bagi pembedahan pada masa hadapan kami hujah sebanyak RM10,000.00
Kami merujuk kepada kes Shanmugam Gopal v Zainal Abidin Nazim & Anor [2003] 3 MLJ 76. Mahkamah telah memutuskan "Although this is a future operation, the award for pain and suffering has to be made at the date of the decision so as to bring about the finality of the claim."
Plaintif Pertama juga telah memberi keterangan bahawa beliau ingin membuat pembedahan apabila dapat duit tuntutan ini.
iv. Scars
-----------
- 3 x 1, 1 x 1 and 1 x 1 cm surgical scars of the upper Right thigh
- 17 x 1 cm, 1 x 1 and 1 x 1 surgical scars of the Right lower thigh.
Parut-parut adalah kekal. "Numbness is due to injured cutaneous nerves and will be permanent". Dr Manu m/s 8 para 8.
Parut-parut paha dan pinggul juga menyebabkan 'stiffness' kepada pinggul. Dr Manu m/s 7 para 5.
Kami rujuk kepada kes Tan Sim Yeow v Yen Hai Kian [2008] 2 PIR [64]. Mahkamah telah beri sebanyak RM25,000.00
Kami hujah sebanyak RM10,000.00
(b) Gantirugi Khas
-----------------------
Item (a) dan (b): Telah dipersetujui sebanyak RM400.00
Item (e): Resit-resit berikut telah dipersetujui dimasukkan dalam Bahagian 1 - Dokumen-Dokumen Yang Dipersetujui. Kesemuanya berjumlah RM4,593.00
No Jumlah
695477 RM 50.00
079011 RM 70.00
Cash sale 16.2.09 RM 58.00
004001569062 RM1,000.00
020000076144 RM 80.00
Inbois 19.2.2009 RM3,335.00
---------------
RM4,593.00
==========
Ringkasnya
---------------
1) Liabiliti: 100% terhadap Defendan.
2) Gantirugi:
Gantirugi Am -
Plaintif Pertama: RM73,500.00
Gantirugi Khas -
Plaintif Pertama: RM4,993.00
Kami juga pohon kos dan faedah.
Monday, December 7, 2009
Mogok Seni
Rasanya sudah hampir satu bulan saya tidak berkarya. Untuk berkarya ia memerlukan pemikiran yang terfokus seperti seorang pelukis yang memerlukan suasana yang memberi inspirasi untuk menghasilkan gubahan lukisan yang penuh kesenian dan ketelitian.
Saya tidak akan berkarya jika fikiran saya tidak terfokus dan ada agenda lain yang lebih penting untuk diselesaikan.
Saya sedar dengan menyepi seketika dari berkarya menyebabkan blog saya kehilangan pengunjung. Pengunjung adalah ''raja''. Tanpa pengunjung, blog saya adalah karya picisan umpama emas tapi bersembunyi di dalam batu yang keras.
Mahaguru ilmu kuasa berkata ''use absence to increase respect and honour'' (The 48 Laws of Power, Robert Greene). Beliau seterusnya menjelaskan ''Too much circulation makes the price go down: The more you are seen and heard from, the more common you appear. If you are already established in a group, temporary withdrawal from it will make you more talked about, even more admired. You must learn when to leave. Create value through scrarcity.''
Hampir 1000 pengunjung setia saya tidak menjenguk blog ini. Kerana kegersangan karya dalam blog ini. Mungkin pengunjung akan datang semula atau mungkin tidak datang lagi.
Harap-harap 'temporary withdrawal' dari berkarya menyebabkan blog ini lebih diminati.
Saya dapati sitemeter telah menunjukkan angka 9000 lebih. Saya masih ingat janji saya untuk menghadiahkan buku kepada pengunjung bertuah ke 10,000.
Moga-moga andalah pengunjung bertuah itu!
ROHAN
Kuala Lumpur
Sent from my Nokia phone


