Friday, February 20, 2009

ABDUL RAHIM KASSIM



...sentiasa senyum walaupun dalam krisis...

1. Pertamanya saya nyatakan kepada pengunjung blog saya dan kepada penguasa undang-undang bahawa saya tidak membicarakan kes yang telah difailkan di mahkamah antaranya Dato Seri Nizar v Dato Dr Zambry. Oleh itu tiada isu sub judice harus dibangkitkan.

2. Saya membicarakan kes yang belum lagi difailkan di mahkamah iaitu Dato Seri Nizar v Sultan Azlan Shah.

3. Seorang pengunjung blog saya yang saya panggil Abang Rahim ada memberi komen berikut dalam posting Dato Seri Nizar v Sultan Azlan Shah:-

"Undang-undang tubuh negeri Perak Artikal 16 (6) jelas menyatakan Menteri Besar hanya boleh diturunkan melalui;
1. Dewan dibubarkan
2. Undi tidak percaya di dalam dewan
3. MB meletak jawatan dengan kerelaannya."

4. Sekarang kita lihat secara penuh Artikel 16 (6) Perlembagaan Perak:-

"If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council."

5. Artikel 16(6) secara jelas tidak menjelaskan tentang wujudnya 'undi tidak percaya' yang memerlukan Menteri Besar perlu meletak jawatan.

6. Artikel 16(6) Perlembagaan Perak sama dengan Artikel 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

7. Professor Abdul Aziz Bari dan Farid Suffian merujuk kepada Reid Commission dalam menjelaskan Artikel ini.

8. Reid Commission menyatakan :-

"If the Prime Minister asks for dissolution and Yang Di-Pertuan Besar refuses this request, then the Prime Minister must vacate his office."

9. Ini menunjukkan bahawa permintaan Menteri Besar Perak ( Dato Seri Nizar) untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tidak mesti dipatuhi oleh Sultan. Bahkan Sultan boleh menolak untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri. Dan Menteri Besar mesti kosongkan jawatannya. Ini adalah pandangan Abdul Aziz Bari dan Farid Suffian selepas merujuk pandangan Reid Commission.

10. Inilah betuk kuasa yang saya telah jelaskan 'discretionary power. Nanti selepas ini saya kuatkan pandangan saya bahawa kuasa untuk bubar Dewan Undangan Negeri adalah kuasa budibicara Sultan.

11. Seterusnya, bagaimana jika Menteri Besar enggan meletakkan jawatan? Aziz Bari dan Farid Suffian membuat analisa bahawa "There is no local case regarding this point."


...Dato Seri Nizar dikelilingi oleh penasihat bukan Islam dan/atau bukan Melayu?

12. Dalam kes Dato Seri Nizar, beliau telah enggan meletak jawatan. Saya lihat di tempat parkir mahkamah kereta yang masih dipakai ialah dengan tulisan "Menteri Besar Perak"!

13. Saya tidak setuju bahawa Sultan adalah sama dengan Yang Di-Pertuan Negeri. Pentafsiran "Ruler" dalam Artikel 182(2) Perlembagaan Persekutuan, pada pendapat saya, adalah tidak termasuk Yang Di-Pertuan Negeri. Oleh itu kes yang dirujuk oleh peguam hak asasi seperti Malik Imtiaz Sarwar dalam blognya Disquet, saya tidak setuju.

14. Kalaupun dihujahkan kes Stephen Kalong Ningkan v Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli [1966] 2 MLJ 187 hendaklah dirujuk dalam menjelaskan krisis di Perak, kita harus ingat kes ini (Stephen Kalong Ningkan) telah dibezakan dalam kes Datuk Amir Kahar Bin Tun Dato Haji Mustapha Said Keruak [1995] 1 MLJ 169.

15. Cuba kita analisa faktor-faktor berkait dengan kes-kes di atas.

16. Hakim Abdul Kadir Sulaiman (hakim ini juga yang menerimamasuk saya sebagai peguam di Mahkmah Tinggi Terengganu) berkata:-

"The fact of a Chief Minister ceasing the command of the confidence of a majority of members of the Assembly can be evidence by various situations and circumtances".

17 Ini menunjukkan Sultan hendaklah mencari bukti, dari situasi dan keadaan-keadaan pelbagai, di mana seseorang Menteri Besar telah kehilangan keyakinan ahli Dewan Undangan Negeri.

18. Seterusnya hakim tersebut berkata:-

"It can be through the knowledge of the Chief Minister himself from the surrounding circumtances or it can be through the actual voting in the Assembly by its members."

19. Sultan boleh melihat kepada keadaan-keadaan persekitaran ATAU undi di Dewan Undangan Negeri.

20. Jika Abang Rahim berpandangan mesti dengan undi di Dewan Undangan Negeri saya rasa khilaf dengan keputusan kes ini kerana hakim memberi alternatif dengan pengunaan perkataan "or"(atau).

21. Seterusnya hakim ini juga membezakan Stephen Kalong Ningkan dengan Datuk Amir Kahar kerana "The hard fact in that case was that the alleged loss of confidence was highly suspect."

22. Kes Stephen Kalong Ningkan, 'discretionary power' Governor Sarawak dipertikaiakan kerana ada unsur keraguan dalam samada Ketua Menteri benar-benar telah hilang keyakinan (loss of confidence) ahli dewan.


...Dato Seri Nizar perlu peguam terbaik untuk memenangi kes beliau?


23. Oleh itu dalam kes Dato Seri Nizar, seperti dilaporkan oleh akhbar di muka surat depan, cara Sultan Azlan Shah membuat penemuan samada Dato Seri Nizar masih ada keyakinan majoriti ahli dewan adalah dengan memanggil ketiga-tiga ahli dewan yang melompat dan kesemua ahli-ahli dewan BN yang tidak menyokong Dato Seri Nizar.

24. Perlembagan Perak senyap (silent) tentang bagaimana Sultan Perak harus buat penemuan tentang isu seorang Menteri Besar yang telah hilang sokongan majoriti. Tetapi kes undang-undang seperti kes Datuk Amir Kahar menyebut di Para 19.

25. Berkenaan kuasa 'budibicara' Sultan yang dibangkitkan oleh Abang Rahim, saya menyatakan, Abang Rahim boleh merujuk kepada Artikel 18(2) Perlembagaan Perak.

26. Adalah kuasa 'budibicara'(discretion) Sultan untuk melantik (baca:memecat) Menteri Besar dan menahan perkenan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri.

27. Kuasa untuk membubar Dewan Undangan Negeri adalah dari kategori kuasa budibicara Sultan, bukannya kuasa 'act on advise'. Rujuk Artikel 18(2) dan Artikel 36 (2) Perlembagaan Perak.

28. Artikel 36(2) Perlembagaan Perak menyebut "His Royal Highness may prorogue or dissolve the Legislative Assembly".

....adakah hakim akan berpihak kepada Dato Seri Nizar?

29. Perhatikan ayat yang digunakan "may". Ini menunjukkan samada Sultan nak bubar atau tidak adalah atas budibicara Sultan.

1 comment:

  1. Teruskan tulisan anda. Saya suka membacanya. Mungkin hujah anda ini berkenaan hujjah yang berpihak kepada Sultan.

    Bagaimana dengan hujjah yang berpihak kepada Nizar?

    Tolong tuliskan satu hujjah yang berpihak kpd Dato Seri Nizar....

    ReplyDelete