Monday, March 2, 2009

Bolehkah gelaran "Dato' Seri" dicabut dari Nizar?

...contoh pingat kebesaran di-raja


1. Saya membaca beberapa blog yang pro-Istana. Saya dapati ada desakan untuk mencabut gelaran "Dato' Seri" yang dikurniakan kepada Nizar.

2. Soalnya bolehkah Sultan berbuat begitu?

3. Kita rujuk Perlembagaan Negeri Perak: Artikel 25 berkenaan "Honours and Dignities".

4. Artikel 25 menyebut "Sovereign fountain of all honours". "The Sovereign is the fountain of all honours and dignities within the State and He alone may confer titles and dignities and institute Orders and Badges of Honours and Dignity, whether such titles, dignities, Orders or Badges have or have not been previously conferred or instituted:

Provided, however, that, before any new title, dignity, Order or Badges is created or any appointment to such title or dignity is made, the advice of the Dewan Negara should be sought, and, if the creation of any new title, dignity, Order or Badge will involve expenditure out of the revenue of the State, such expenditure shall require the approval of the Legislative Assembly.
"

5. "Fountain" dalam bahasa kamusnya "foun⋅tain" –noun (1). a spring or source of water; the source or head of a stream. (2) the source or origin of anything. Ini bermaksud hanya Sultan yang boleh mengurniakan pingat kebesaran . "Confer" bermaksud –verb (used with object) (2.)to bestow upon as a gift, favor, honor, etc.: to confer a degree on a graduate. Ini bermaksud hanya Sultan boleh mengurniakan pengat kebesaran. (Sumber: dictionary.com)

6. Apa yang jelas Artikel 25 Perlembagaan Negeri Perak menyebut tentang "sumber" dan "pengurniaan" pingat kebesaran hanyalah oleh dan dari Sultan. Artikel ini tidak menyebut tentang samada Sultan boleh menarik balik pingat kebesaran yang telah dikurniakan.

7. Apa kata jika semasa tawaran pengurniaan tersebut ada satu surat yang memperuntukkan boleh menarik?

8. Pihak yang menerima pengurniaan pingat kebesaran dari Sultan boleh mencabar "constitutionality" surat penarikan tersebut kerana Artikel 25 tidak memberi kuasa kepada Sultan untuk menarik balik pingat kebesaran.

9. Benarlah kata Ibnu Khaldun di dalam Muqaddimah bahawa pengurniaan pingat kebesaran oleh orang yang berkuasa boleh membawa keuntungan kepada penerima samada dari segi ekonomi atau kuasa.

10. Saya percaya Dato Seri Nizar mempunyai masa hadapan politik yang cerah, walaupun keabsahan kuasa Menteri Besar beliau dinafikan. Beliau mempunyai peluang yang cerah samada dalam parti atau arena politik tanahair.....

7 comments:

  1. Rohan,
    Kalau Sultan ambil balik, nanti Niza bako belacan bawah tangga...ha buruk siku tau...

    ReplyDelete
  2. Dalam posting awak Dato Seri Nizar v Sultan Azlan Shah awak kata sultan ada kekebalan.

    Sekarang awak kata boleh cabar 'constitutionality' tindakan Sultan menarik balik pingat kebesaran.

    Bagaimana ni?

    ReplyDelete
  3. Abang Rahim:

    Betul.

    Dato Maharaja:

    Artikel 7 Perlembagaan Negeri Perak bertajuk "The Ruler to govern according to Law".

    Sultan mesti mengikut undang-undang termasuk perlembagaan.

    Undang-undang (Artikel 25) menyebut bahawa Sultan hanya boleh "confer" (anugerah) pingat kebesaran tetapi TIADA PERUNTUKAN BAHAWA SULTAN BOLEH MENARIKBALIK PINGAT KEBESARAN YANG DIBERI.

    Undang-undang tidak memberi kuasa kepada Sultan untuk menarikbalik pingat kebesaran yang telah diberi.

    "Immunity"(kekebalan) hanya untuk tindakan Sultan atas kapasiti sebagai Sultan (offical duty).

    "Official duty" adalah apa yang diberi kuasa oleh Sultan. Mana yang tidak diberi kuasa itu bukan "official duty" Sultan.

    Oleh itu jika Sultan menarikbalik pingat itu 'personal capacity'(urusan peribadi).

    Undang-undang tidak memberi 'immunity' (kekebalan) untuk tindakan atas urusan peribadi.

    Jika Sultan berbuat juga, baginda terdedah kepada cabaran saman seperti kes Satndard Chartered v Yang Di-Pertuan Negeri Sembilan (Almarhum).

    Wallahuaklam...

    ReplyDelete
  4. seperti nya tuan rohan mempunyai pendirian dan prinsip, saya mahu bertanya la, apakah strategi seorang peguam bila di pilih untuk memihak kepada seseorang yang melanggar prinsip kefahaman tuan?

    perlu memihak kepada pelanggan, atau menegakkan prinsip?

    ReplyDelete
  5. quote'
    Undang-undang tidak memberi kuasa kepada Sultan untuk menarikbalik pingat kebesaran yang telah diberi.

    pernah berlaku di Selangor, dimana Sultan menarik balik gelaran Dato' dari seorang cina, apakah Dato' dan DS terletak di bawah perkara yang sama?

    ReplyDelete
  6. Mencari keadilan lebih seni dari membedah jantung-jantung manusia.

    Jurubedah boleh melihat urat-urat dalam jantung manusia ketika mereka membedah jantung manusia.

    Undang-undang itu ada tempat yang boleh dikhilaf dan ada tempat yang dipersetujui secara ijmak (unanimous).

    Dalam perkara yang boleh dikhilaf(dissent) maka pakar-pakar undang-undang mempunyai pandangan masing-masing. Hanya masa boleh menguji pandangan mana yang berdiri dengan tegak walaupun dimakan zaman.

    Keadilan adalah satu perkara yang subjektif. Ia hanya dapat dilihat oleh mata-hati, bukan mata kasar...

    Pernah seorang peguam senior yang membela Dato Seri Anwar Ibrahim berkata: "Undang-undang, anda boleh berkata ia sebiji apel. Anda juga boleh berkata ia sebiji oren..."

    Jadi jika seorang pelanggan berjumpa dengan saya untuk membelanya (kes jenayah atau sivil-yang pasti saya bukan peguam jenayah)saya akan membelanya. Jika mati-mati saya membelanya dia didapati bersalah atau kalah kes. Maka memang dia berhak. Yang penting saya telah buat kerja saya.

    Jangan kata kita tidak berprinsip pula. Sebenarnya kes (brief) yang datang kepada kita, kita sudah menyediakan "legal opinion". Satu kajian kekuatan kes. Kita sudah boleh mengagak satu-satu kes itu boleh kalah atau menang. Salah atau betul.

    Keadilan boleh dilihat dengan mata-hati bukan dengan mata kasar.

    Saya hanya ada perlembagaan Perak. Kerana isu panas sekarang adalah di Perak. Kalau peruntukan sama antara Perak dan Selangor tentang pemberian pingat maka itulah pendapat saya juga kedudukannya di Selangor....

    Pada saya pindaan perlu dibuat pada perlembagaan negeri untuk melindungi Sultan atas pemberian dan juga PENARIKAN pingat kebesaran...

    Pada saya anda atau sesiapa saja tidak bermulutbecok seperti yang anda andaikan...kerana ada asas untuk membincangkan perkara ini...

    ReplyDelete
  7. sekadar mencari ilmu. jangan di salah ertikan.

    - mulutbecok

    ReplyDelete