Friday, October 16, 2009

Bagan Pinang: Bekas Penjenayah Boleh jadi Pemimpin?

Petikan

1. Malaysiakini kira-kira melaporkan sebegini berkenaan telahan Isa Samad berkenaan pemilihannya sebagai calon dan kemenangannya walupun beliau pernah didapati bersalah (convicted) dalam pemilihan parti UMNO pada 2004 "Adakah saya melakukan jenayah? Kalau pemimpin pembangkang mendakwa saya telah melakukan jenayah tetapi (pemimpin) mereka telah masuk penjara dan sebagainya. Kalau orang yang telah masuk penjara boleh bertanding, takkan saya tidak boleh bertanding?" soalnya. "

Prinsip bekas penjenayah dipilih sebagai pemimpin di dalam Islam

2. Prinsip bekas penjenayah (convicted) dilantik sebagai pemimpin di dalam Islam adalah jelas dan memang ada. Ia dinamakan "political comeback" (kepulangan semula dalam politik).

3. Contoh:-

i) Nabi Musa pernah membunuh seorang Qibti dalam usaha menolong seorang sebangsa dengannya (Bani Israel). Beliau kemudian lari ke negeri lain. Kemudiannya kembali selepas disifatkan oleh al-Qur'an sebagai "wa ji'ta 'ala qadarin ya Musa' (Dan kamu kembali - ke Mesir- dalam keadaan berupaya wahai Musa). Akhirnya beliau memimpin Bani Israel dalam menentang Firaun.

ii) Nabi Yusof yang disumbat ke dalam penjara kerana fitnah wanita akhirnya dikeluarkan dari penjara dan dilantik sebagai penjaga urusan hal-ehwal ekonomi Mesir.

Kupasan

4. Seperti Isa katakan bahawa ada dalam parti-parti politik pembangkang yang dulunya dipenjarakan kemudian membuat 'kepulangan semula dalam politik'. Di antaranya Dato Seri Anwar Ibrahim, Mohd Sabu, dll.

5. Mereka-mereka ini kembali semula dalam masyarakat dan memimpin masyarakat.

6. Adakah seuatu hari nanti Malaysia akan dipenuhi bekas-bekas pesalah sebagai pemimpin?

Thursday, October 15, 2009

Enigma Pragmatisma UMNO

1. "Enigma" bermaksud 'sesuatu yang sukar difahami'. Manakala "pragmatisma" adalah 'menyelesaikan masalah secara praktikal dan waras tanpa berpegang kepada suatu idea dan teori yang tetap'. (Oxford Advanced Learner's Dictionary).

2. New Straits Time pada hari ini (15.10.2009) melaporkan bahawa 'Umno got a firm pledge of support from its three wings yesterday for the party's "radical transformation" through proposed amendments to its constitution."

3. Pindaan itu adalah untuk meminda kuota dalam pertandingan jawatan tertinggi parti dan akar-umbi akan mempunyai suara dalam menentukan pucuk pimpinan.

4. Situasi ini disifatkan oleh NST sebagai "radical transformation". Seperti sebuah autobot transformer yang boleh berubah dari sebuah robot kepada kereta, jet, kereta kebal atau lain-lain jentera canggih mengikut kesesuaian persekitaran.

5. Tranformasi radikal ini bukan sahaja dalam perlembagaan parti seperti dalam perhimpunan agung tahunan yang berlangsung sekarang tetapi itulah tabiat umno kerana faham Umno adalah "pragmatisma" bukannya ideologi "ketuanan Melayu" atau "Islam Hadhari".

6. "Ketuanan Melayu" atau "Islam Hadhari" atau "nasionalisma" adalah manefistasi transformasi Umno kepada jelmaan-jelmaan jentera kereta-kebal, jet, kapal-perang, motorlori dll dalam menghadapi suasana sekeliling.

7. Faham pragmatisma Umno adalah asas kepada strategi Umno yang berubah jika tidak akan rebah.

8. Umno yang telah berubah adalah satu penjelasan kepada kemenagan Umno dengan majoriti meningkat di Bagan Pinang.

ROHAN
Kuala Lumpur
Sent from my Nokia phone

Tuesday, October 13, 2009

1Malaysia = 1Agama

Pendahuluan
---------------
1) Kesatuan dalam negara adalah impian setiap pemerintah. Kesatuan akan melahirkan keamanan dan kekuatan. Keamanan dan kekuatan membawa kepada kesenangan. Kesenangan membawa negara kepada kejayaan hidup atas dunia. Dari sudut ekonomi ia membawa ke arah kecermelangan ekonomi. Dari sudut politik ia membawa ke arah kestabilan politik.

2) Di antara kesatuan yang dalam masyarakat pelbagai dan berbilang bangsa adalah kesatuan agama = 1Agama.

3) Dato' Seri Najib telah mengutarakan 1Malaysia. Adakah konsep 1Malaysia akan akhirnya membawa kepada 1Agama? Tulisan bukan berhasrat untuk menyokong atau mengkritik agenda 1Malaysia tetapi sebagai satu "pencelahan idea".

Pemahaman tentang 1Malaysia
------------------------------------

4) Iklan-iklan di tepi jalan dan di surat-surat khabar 1Malaysia memberi tema 1Malaysia sebagai ''Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'' (People first, Performance now)

5) Tapi tema ini juga bertujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia.

Nota: Lihat di sini untuk perbahasan dari empunya idea 1Malaysia (Dato' Seri Najib) di dalam blog 1Malaysia.

1Agama dari perspektif Rukun Negara
-----------------------------------------

6) Rukun Negara yang menjadi tiangseri yang membangunkan rumah yang dinamakan Malaysia menetapkan ciri asas negara yang pertama ialah "Kepercayaan pada Tuhan". Bagi mereka yang tidak percaya kepada Tuhan tidak ada tempat di Malaysia. Ini terbukti dari sudut sejarah bahawa cubaan membawa faham komunis yang anti-Tuhan telah digempur habis-habisan oleh pasukan keselamatan.

Konsep 1Agama
------------------
7) Satu agama menjadi impian setiap pemerintah dan penakluk. Hulagu Khan yang bersusur galur penakluk dari Mongolia memperkenal undang-undang Yasa' di tanah jajahannya yang mencampur-adukkan prinsip perundangan dari agama pelbagai di tanah jajahannya yang luas. Lupakan tentangan dan fatwa ahli agama (terutama Islam) tentang keabsahannya daro sudut agama, ia secara motifnya untuk memberi kelapangan kepada semua agama di dalam tanah jajahan yang luas.

8) Kita melihat di Western Hemisphere betapa Amerika Syarikat berjaya menyatukan rakyatnya yang kulit pelbagai dengan satu agama. Betapa bekas-bekas hamba sudah beragama Kristian.

1Agama di dalam Islam
--------------------------

9) Al-Qur'an telah mempertegaskan ''Lakumdinukum Waliyadiin'' (Bagi kamu agama kamu bagi kami agama kami). Bahawa urusan agama bagi penganutnya adalah urusan hal sendiri. Tiada paksaan di dalam beragama.

10) Umat Islam juga mempunyai ''cara hidup''(diin) mereka tersendiri. Umat lain juga mempunyai aturan mereka tersendiri.

11) Namun begitu konsep satu umat dengan satu agama ada dilontarkan di dalam al-Qur'an sebagai "Ummah Wahidah" (Hud:118)

Perlembagaan melahirkan 1Agama
----------------------------------------
12) "Islam is religion of the Federation", asas ini yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan boleh dijadikan asas 1Agama, jika mahu. Tambahan lagi pancasila negara yang menghadkan bahawa ketuhanan adalah asas negara.

Penutup
---------

13) Negarabangsa yang dibina atas kaum pelbagai harus mempunyai satu agenda dalam meyatukan umat. Cara yang perlu diadakan adalah dengan mengagendakan 1Agama.

ROHAN
Shah Alam
Sent from my Nokia phone

Wednesday, October 7, 2009

Cerita kedai kopi

1. Saya bukanlah peminat lagu-lagu samada tempatan atau antarabangsa tetapi jika saya kesunyian ketika memandu maka saya akan buka siaran radio untuk menemani kesunyian saya.

2. Dalam minggu ini saya sudah mendengar dua kali lagu oleh Malique yang bertajuk "Cerita Kedai Kopi".

"Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati Salam"

(Salam)
"Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi"

Chorus
"Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi"

Nota: saya sekadar memetik sebahagian lirik sahaja. Hakmilik lirik/lagu adalah kepada mereka yang berhak.

3. Yang paling menarik adalah lirik di bahagian chorus " cerita kedai kopi, cerita kedai kopi, TIADA HAKIM TIADA SAKSI, cerita sensasi di kedai kopi".

4. Mungkin banyak blog-blog yang aktif jika dibaca aliran pemikiran dalam blog itu kita boleh membuat konklusi bahawa pembawaan di dalam penyampaian lebih dipengaruhi oleh 'taksub dan emosi'.

5. Ia lebih kepada coretan-coretan tempat meluahkan isi-hati berasaskan pemahaman satu pihak tanpa pemikiran bahawa ia akan dinilai oleh pihak-pihak lain. Persis coretan-coretan banduan di dinding-dinding penjara dan anak-anak nakal di dinding-dinding bangunan pada waktu malam.

6. Berbeza dengan proses keadilan di mahkamah. Di mana anda harus kemukakan kes anda tetapi ia akan dinilai oleh hakim. Apa yang anda kemukakan adalah bukaan rekaan atau separuh benar tetapi berdasarkan keterangan saksi.

7. Keterangan saksi pula boleh diperiksa-balas (cross-examination) oleh peguam yang menentang. Cerita separuh-masak akan ditolak oleh hakim. Apatah lagi jika apa yang diceritakan bersifat pembohongan.

8. Mungkin niat penulis lirik lagu "cerita kedai kopi" ialah membandingkan cerita semasa meminum kopi adalah secara santai-santai tanpa ada kerumitan dengan hakim dan saksi maka "luahkan jangan simpan dalam hati, boleh cerita di kedai kopi".

9. Pendirian ini persis pendirian yang diambil oleh empunya blog-blog yang meluahkan apa yang ada dalam hati tanpa hakim dan tanpa saksi.