Tuesday, October 13, 2009

1Malaysia = 1Agama

Pendahuluan
---------------
1) Kesatuan dalam negara adalah impian setiap pemerintah. Kesatuan akan melahirkan keamanan dan kekuatan. Keamanan dan kekuatan membawa kepada kesenangan. Kesenangan membawa negara kepada kejayaan hidup atas dunia. Dari sudut ekonomi ia membawa ke arah kecermelangan ekonomi. Dari sudut politik ia membawa ke arah kestabilan politik.

2) Di antara kesatuan yang dalam masyarakat pelbagai dan berbilang bangsa adalah kesatuan agama = 1Agama.

3) Dato' Seri Najib telah mengutarakan 1Malaysia. Adakah konsep 1Malaysia akan akhirnya membawa kepada 1Agama? Tulisan bukan berhasrat untuk menyokong atau mengkritik agenda 1Malaysia tetapi sebagai satu "pencelahan idea".

Pemahaman tentang 1Malaysia
------------------------------------

4) Iklan-iklan di tepi jalan dan di surat-surat khabar 1Malaysia memberi tema 1Malaysia sebagai ''Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'' (People first, Performance now)

5) Tapi tema ini juga bertujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia.

Nota: Lihat di sini untuk perbahasan dari empunya idea 1Malaysia (Dato' Seri Najib) di dalam blog 1Malaysia.

1Agama dari perspektif Rukun Negara
-----------------------------------------

6) Rukun Negara yang menjadi tiangseri yang membangunkan rumah yang dinamakan Malaysia menetapkan ciri asas negara yang pertama ialah "Kepercayaan pada Tuhan". Bagi mereka yang tidak percaya kepada Tuhan tidak ada tempat di Malaysia. Ini terbukti dari sudut sejarah bahawa cubaan membawa faham komunis yang anti-Tuhan telah digempur habis-habisan oleh pasukan keselamatan.

Konsep 1Agama
------------------
7) Satu agama menjadi impian setiap pemerintah dan penakluk. Hulagu Khan yang bersusur galur penakluk dari Mongolia memperkenal undang-undang Yasa' di tanah jajahannya yang mencampur-adukkan prinsip perundangan dari agama pelbagai di tanah jajahannya yang luas. Lupakan tentangan dan fatwa ahli agama (terutama Islam) tentang keabsahannya daro sudut agama, ia secara motifnya untuk memberi kelapangan kepada semua agama di dalam tanah jajahan yang luas.

8) Kita melihat di Western Hemisphere betapa Amerika Syarikat berjaya menyatukan rakyatnya yang kulit pelbagai dengan satu agama. Betapa bekas-bekas hamba sudah beragama Kristian.

1Agama di dalam Islam
--------------------------

9) Al-Qur'an telah mempertegaskan ''Lakumdinukum Waliyadiin'' (Bagi kamu agama kamu bagi kami agama kami). Bahawa urusan agama bagi penganutnya adalah urusan hal sendiri. Tiada paksaan di dalam beragama.

10) Umat Islam juga mempunyai ''cara hidup''(diin) mereka tersendiri. Umat lain juga mempunyai aturan mereka tersendiri.

11) Namun begitu konsep satu umat dengan satu agama ada dilontarkan di dalam al-Qur'an sebagai "Ummah Wahidah" (Hud:118)

Perlembagaan melahirkan 1Agama
----------------------------------------
12) "Islam is religion of the Federation", asas ini yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan boleh dijadikan asas 1Agama, jika mahu. Tambahan lagi pancasila negara yang menghadkan bahawa ketuhanan adalah asas negara.

Penutup
---------

13) Negarabangsa yang dibina atas kaum pelbagai harus mempunyai satu agenda dalam meyatukan umat. Cara yang perlu diadakan adalah dengan mengagendakan 1Agama.

ROHAN
Shah Alam
Sent from my Nokia phone

No comments:

Post a Comment