Wednesday, October 7, 2009

Cerita kedai kopi

1. Saya bukanlah peminat lagu-lagu samada tempatan atau antarabangsa tetapi jika saya kesunyian ketika memandu maka saya akan buka siaran radio untuk menemani kesunyian saya.

2. Dalam minggu ini saya sudah mendengar dua kali lagu oleh Malique yang bertajuk "Cerita Kedai Kopi".

"Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati Salam"

(Salam)
"Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi"

Chorus
"Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi"

Nota: saya sekadar memetik sebahagian lirik sahaja. Hakmilik lirik/lagu adalah kepada mereka yang berhak.

3. Yang paling menarik adalah lirik di bahagian chorus " cerita kedai kopi, cerita kedai kopi, TIADA HAKIM TIADA SAKSI, cerita sensasi di kedai kopi".

4. Mungkin banyak blog-blog yang aktif jika dibaca aliran pemikiran dalam blog itu kita boleh membuat konklusi bahawa pembawaan di dalam penyampaian lebih dipengaruhi oleh 'taksub dan emosi'.

5. Ia lebih kepada coretan-coretan tempat meluahkan isi-hati berasaskan pemahaman satu pihak tanpa pemikiran bahawa ia akan dinilai oleh pihak-pihak lain. Persis coretan-coretan banduan di dinding-dinding penjara dan anak-anak nakal di dinding-dinding bangunan pada waktu malam.

6. Berbeza dengan proses keadilan di mahkamah. Di mana anda harus kemukakan kes anda tetapi ia akan dinilai oleh hakim. Apa yang anda kemukakan adalah bukaan rekaan atau separuh benar tetapi berdasarkan keterangan saksi.

7. Keterangan saksi pula boleh diperiksa-balas (cross-examination) oleh peguam yang menentang. Cerita separuh-masak akan ditolak oleh hakim. Apatah lagi jika apa yang diceritakan bersifat pembohongan.

8. Mungkin niat penulis lirik lagu "cerita kedai kopi" ialah membandingkan cerita semasa meminum kopi adalah secara santai-santai tanpa ada kerumitan dengan hakim dan saksi maka "luahkan jangan simpan dalam hati, boleh cerita di kedai kopi".

9. Pendirian ini persis pendirian yang diambil oleh empunya blog-blog yang meluahkan apa yang ada dalam hati tanpa hakim dan tanpa saksi.

No comments:

Post a Comment