Monday, August 2, 2010

Saya seorang wartawan

1. Di antara kerjaya yang saya impikan adalah peguam sebagai pilihan pertama, doktor sebagai pilihan kedua dan wartawan sebagai pilihan ketiga.

2. Saya meminati kerjaya peguam kerana saya telah banyak melabur dan sudah banyak kajian saya berkenaan undang-undang. Saya tidak boleh pandang ke belakang lagi. 

3. Manakala kerjaya sebagai doktor saya impikan kerana bagi meneruskan tradisi keluarga saya. Di mana datuk saya mempunyai perkakas doktor dan ayah saya pula seorang 'dentist' (lebih tepat: tukang gigi). Beliau (ayah saya) pernah menasihatkan agar saya mengikuti pengajian sains ketika saya ditawarkan belajar di sekolah sains di Terengganu. Namun hati saya sudah jatuh cinta dengan sekolah agama maka saya menolak tawaran untuk belajar di sekolah sains. Oleh itu impian saya untuk menjadi doktor tak mungkin akan berlaku. Walaupun apabila penat berguam saya kadang-kadang mengeluh kenapa saya tidak pergi ke sekolah sains dan menjadi seorang doktor?

4.  Saya mula meminati menulis apabila membaca karya ulamak dan ilmuan sub-kontinen Pakistan; Abul A'la Al-Maududi dan Al-Allamah Iqbal.

5. Saya cuba membina rekod iaitu tulisan saya keluar semuda atau sebaya yang mungkin dengan Al-Maududi. Kalau tak silap saya beliau telah mula menulis seawal umur 18 tahun. Maka saya menulis seawal  umur19 tahun atau 20 tahun. Ketika itu saya di Pusat Matrikulasi sebuah universiti.

6. Perlu diingat bahawa ketika itu internet masih belum wujud lagi. Media lama (majalah dan suratkhabar) lah media massa yang wujud dalam masyarakat di ketika itu. Tulisan kita diedit dan ditapis terlebih dahulu.  Sukar untuk menjadi penulis ketika itu. Tidak seperti sekarang sekadar satu klik maka tulisan kita telah menjadi santapan massa.

7. Tulisan saya yang mula-mula keluar adalah berkenaan sajak. Ia keluar dalam Harakah dan beberapa majalah yang diketuai pengarang Harakah sekarang.

8. Apabila dunia internet telah muncul maka peluang untuk berinteraksi dengan massa melalui blog, saya rebut.

9. Saya ada membaca blog-blog rakan blogger. Saya ada jumpa blog-blog yang bagus. Ada di antara mereka melaporkan seperti wartawan walaupun mereka tidak terlatih sebagai wartawan. Nanti saya akan memperpanjangkan berkenaan perkara ini.

10. Ada yang suka kepada plagiat. Copy & Paste. Bagi saya ini bukanlah satu kreativiti dan tiada nilai dalam harga penulisan. Kami atau saya boleh baca disumbernya yang asal. Walaupun saya setuju bahawa sebahagian akhbar memetik sumber berita tetapi semasa copy & paste adakah tuan-tuan telah meminta kebenaran atau membayar royalti kepada sumber berita tuan-tuan?

11. Saya bukan sahaja seorang blogger tetapi saya juga seorang pelanggan kepada berita dan analisa tuan-tuan. Saya tidak suka kepada plagiat. Kami mahu idea tuan yang sah dan bernas. Tak kira samada gradnya rendah tetapi memang berasal dari tuan-tuan. Itu apa yang pembaca seperti saya mencarinya.

12. Berkenaan blog-blog yang bagus. Saya dapati ada yang turun padang dan mendapat berita dari nasnya yang sah. Contoh jika mereka ingin lapor berkenaan PAS mereka turun ke pentas-pentas PAS dan bergaul dengan orang PAS. Jika mereka ingin tulis berkenaan UMNO mereka turun padang di mana orang-orang UMNO berkumpul.

13. Jika tuan-tuan teliti tulisan saya, saya banyak menulis berkenaan PAS kerana saya banyak bergaul dengan mereka. Saya juga tahu berkenaan mereka. Kerana saya beriman bahawa kalau kita tulis berkenaan apa yang kita tahu, kita boleh menghasilkan tulisan yang baik, kalau tidak berkualiti pun.

14. Adalah cita-cita saya untuk turun padang lebih meluas lagi dan membuat liputan lebih meluas merangkumi segenap aspek dalam hidup disamping membuat analisa-analisa berdasarkan bacaan.

15. Saya juga telah melabur dalam bahan-bahan bacaan berkenaan kewartawanan. Antaranya undang-undang kewartawanan.

16. Itulah saya seorang wartawan.....







No comments:

Post a Comment