Tuesday, August 3, 2010

Islamkah hukuman bunuh perogol kanak-kanak?

1. Tiba-tiba dunia keadilan digegarkan dengan cadangan oleh peguam senior bahawa hukuman perogol kanak-kanak dikenakan hukuman mati.

2. Lantas dijawab bahawa cadangan hukuman tersebut adalah menepati prinsip Islam.

3. Prinsip hukuman (uqubaat) di dalam al-Qur'an bagi penzina yang belum berkahwin adalah disebat. Manakala yang sudah berkahwin menurut sunnah adalah direjam sampai mati.

4. Cubaan untuk menghidupkan semula (revive) dilakukan di negeri Kelantan dan Terengganu ketika di bawah pemerintahan PAS. Bahkan DUN negeri-negeri tersebut telah berjaya meluluskan enakmen-enakmen jenayah Islam.

5. Tentangan dari Kerajaan Pusat telah diterima oleh Kelantan. Manakala kedua-dua negeri tersebut menerima saman dari seorang peguam senior.

7. "Sentence" atau hukuman bermaksud "the punishment imposed on the criminal wrongdoer" (Black's Law Dictionary).

8. Di dalam Islam hukuman adalah dari Allah dan Rasul-Nya. Ia (hukuman) adalah wahyu. Tiada campurtangan manusia. Manakala di dalam Undang-Undang Sivil hukuman ditentukan sebagai statut (akta) oleh penggubal undang-undang di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

9. Jenayah seks dengan kanak-kanak (paedophilia)aeadalah 'rogol berstatut'. Ini bermaksud samada kanak-kanak tersebut 'consent' atau rela ia tetap dihukum dengan hukuman rogol, jika sabit kesalahan.

10. Manakala di dalam Islam jika kanak-kanak tersebut rela dan dikahwini secara sah maka ia bukan satu jenayah seks.

11. Nabi Muhammad s.a.w berkahwin dengan Aisyah ketika umur beliau 9 tahun. Tetapi ulamak berpendapat Nabi Muhammad s.a.w hanya berkedudukan dengan Aisyah ketika umurnya sudah menjangkau belasan tahun. Lagipun ulamak berpendapat orang Arab ketika itu sudah 'baligh'(umur dewasa menurut Islam) apabila mencapai umur 9 tahun. Rujuk Zaad al-Maad, Ibn Qayyim al-Jauziyyah.

12. Samada sudah 'baligh' atau belum, Nabi Muhammad s.a.w. hanya berkedudukan dengan isterinya sesudah hijrah atau beberapa tahun selepas melangsungkan perkahwinan.

13. Oleh itu sangkaan Barat bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang paedophilia adalah tidak berasas.


14. Hukuman bunuh terhadap perogol kanak-kanak, seperti yang dicadangkan, adalah merangkumi yang berkahwin dan yang belum berkahwin.

15. Islam meletakkan perbezaan antara yang berkahwin dan yang belum berkahwin. Yang telah berkahwin hukumannya adalah 'direjam hingga mati'.

16. Di sini wujud perbezaan antara hukuman yang dicadangkan oleh peguam senior tersebut dan hukuman yang wujud dalam Islam.

hukuman yang wujud dalam Islam.

2 comments:

  1. pada saya hukuman mati utk perogol kanak2 itu islamik atau tidak, sukar bagi saya yg tidak belajar undang2 islam secara formal. tapi adakah saya betul kalau saya katakan undang2 syariah utk kesalahan zina, khalwat dan minum arak yg ada di malaysia tidak 100% islamik? saya mungkin salah sbb saya tak pernah terbaca atau terdengar di zaman nabi muhammad atau khalifah2 selepas itu kesalahn2 di atas boleh diganti dgn bayaran denda.

    ReplyDelete
  2. pulaubinmulau>>>betul apa yg saudara katakan tu. hukuman yg ada dalam enakmen2 agama negeri adalah tidak sepnuhnya islamik. tetapi boleh dihujahkan ia adalah ijtihad penggubal undang2 di DUN. mungkin mereka yang tidak setuju dgn pandangan ini (ijtihad) kerana ijtihad tidak boleh meminda hukum yang telah nyata dlm al-quran dan sunnah. tetapi hukum Islam itu bermula secara 'gradual'(tadarruj) atau beransur2. seperti nas pengharaman arak. manakala kita dengan pengamal2 peguam syarie untuk meminda hukuman yang telah dinaskan dalam enakmen2 negeri kepada hukuman yang lebih keras. inipun belum lagi 'confirmity' dengan dengan hukuman (uqubaat) yang ada dalam Islam. Panjang perbincangan ini ni.. :)

    ReplyDelete