Sunday, March 29, 2009

Mohon Sembah TIDAK Derhaka

Pengenalan

1. Tuanku, saya bernama Rohan. Bukanlah saya, walaupun nama seperti anak Kling, berasal-usul dari benua Kling yang diceritakan oleh Sejarah Melayu tidak memahami adat-resam dan sopan-santun Melayu. Saya adalah Melayu-Kelantan berhijrah ke Terengganu kemudiannya berhijrah ke Selangor. Saya adalah 100% Melayu sejati.


Bahasa

2. Saya membahasakan "saya" bukan patik. Tetapi masih memangil Tuanku dengan "Tuanku". Revolusi internet telah menjadikan adat-resam Melayu sedikit berubah. Tiada lagi, setahu saya, orang Melayu berbahasa "patik" dan "pacal".


Revolusi Budaya Melayu

3. Revolusi-revolusi, penemuan dan penerokaan bidang-bidang ilmu telah juga merevolusi minda Melayu. Bukan sahaja dalam berbicara bahkan persepsi mereka tentang Institusi Raja.

Sejarah

4. Tuanku, saya ada membaca koleksi-koleksi klasik tentang sejarah Melayu. Betapa saya memahami Institusi Raja bukanlah satu insitusi yang diada-adakankan tetapi lama, selama usia wujudnya Melayu.

5. Raja itu menunjukkan pengaruh "Kling" (India) dalam istiadat Melayu. Manakala "Sultan" menunjukkan pengaruh Arab/Islam dalam politik Melayu.

6. "Ketua" adalah bahasa Melayu jati, namun tidak diguna dalam menggambar pemimpin Melayu, yakni Tuanku sendiri.


"Maka saya berpendapat "Bendahara" adalah bahasa Melayu jati seadanya. Oleh itu saya tidak bersetuju mengatakan bahawa Institusi Menteri Besar/Perdana Menteri adalah pinjaman dari sistem westminster. Beratus tahun sebelum Yang Arif Lord Reid merangkakan Perlembagaan Malaysia, orang Melayu sudah ada Institusi Bendahara yang semirip Institusi Menteri Besar/Perdana Menteri."


7. Sejarah juga menunjukkan yang Tuanku dibantu oleh Institusi Bendahara. Maka saya berpendapat "Bendahara" adalah bahasa Melayu jati seadanya. Oleh itu saya tidak bersetuju mengatakan bahawa Institusi Menteri Besar/Perdana Menteri adalah pinjaman dari sistem westminster. Beratus tahun sebelum Yang Arif Lord Reid merangkakan Perlembagaan Malaysia, orang Melayu sudah ada Institusi Bendahara yang semirip Institusi Menteri Besar/Perdana Menteri.

Realiti

8. Seperti yang saya katakan perubahan-perubahan iklim politik, ilmu dan lain-lain di sekitar kehidupan Melayu telah mengubah beberapa perkara yang dahulunya menjadi jatidiri Melayu.

9. Akibat dari penjajahan dan revolusi ilmu, Melayu telah menjadi berubah pemikiran mereka.

10. Ada yang terpengaruh dengan konsep negara Republik iaitu kuasa mutlak adalah oleh rakyat. Institusi Raja tiada tempat dalam masyarakat termasuk Melayu.

11. Pengaruh-pengaruh ini adalah melalui pengaliran ilmu. Saya ada membaca "The Spirit of Laws" oleh Montesque, pemikir Peranchis betapa beliau berpandangan perlu adanya "Institusi Raja" kerana Institusi Raja inilah menjamin kelansungan wujudnya "nobility"(kebangsawanan). Bangsawan adalah perantara antara Institusi Rakyat dan Institusi Raja. Tetapi semua maklum Institusi Raja di Peranchis telah pupus.

12. Ada juga berhasrat ingin membawa doktrin "lese majesty" yang berasal dari Peranchis dan lain-lain negara tetapi saya telah tentang hasrat ini kerana prinsip ini adalah "sokong bawa rebah", rujuk posting saya dalam "Undang-Undang Untuk Pernderhaka?".

13. Juga saya maklum ada usaha-usaha dari Institusi Menteri Besar/Perdana Menteri yang cuba mencabar dan mengikis kuasa Tuanku samada yang berbentuk budibicara atau "bertindak atas nasihat".

Pendirian saya


14. Saya adalah Melayu. Saya juga adalah Muslim. Sebagai Melayu saya menyokong penuh Institusi Raja yang melambang "ketua" Melayu dalam politik dan agama. Saya berpandangan Melayu memerlukan institusi ini.

15. Sebagai Muslim saya telah membaca al-Qur'an. Al-Qur'an mengatakan bahawa "apabila raja-raja memasuki kampung-kampung maka mereka (raja-raja) menjadikan kemualiaan ahli-ahli kampung menjadi hina". Juga, Institusi Bendahara, kalau betullah dari pengaruh Arab/Islam, maka saya berpandangan diambil-iktibar dari Institusi Wazir di negara atas angin yang bernama Mesir adanya. Ketika "Ketua" (Firaun) Mesir bertitah kepada Nabi Yusuf a.s. kerana kebijaksanaanya dan ketidak-bersalahnnya dengan melantik baginda sebagai menteri.


"Bahkan saya mengatakan bahawa sayalah orang pertama menghujahkan bahawa Perlembagaan Persekutuan itu adalah dokumen-dokumen yang merekodkan "kontrak sosial" antara pihak-pihak sebelum merdeka. Ia adalah komen saya dalam laman web yang kini telah ditekan oleh undang-undang sedia ada."


16. Saya menyokong juga Institusi Menteri Besar/Perdana Menteri.

17. Saya sekali-kali TIDAK BERSETUJU tentang adanya usaha-usaha untuk mengubah "kontrak sosial" yang antara lain memberi kedudukan istimewa kepada Tuanku dan orang Melayu/Islam.

18. Bahkan saya mengatakan bahawa sayalah orang pertama menghujahkan bahawa Perlembagaan Persekutuan itu adalah dokumen-dokumen yang merekodkan "kontrak sosial" antara pihak-pihak sebelum merdeka. Ia adalah komen saya dalam laman web yang kini telah ditekan oleh undang-undang sedia ada.

19. Idea Perlembagaan Malaysia sebagai kontrak sosial telah dijaja oleh sebuah parti politik sebagai idea mempertahankan status quo Melayu dan didokumen oleh seorang professor di dalam bukunya. Saya tidak berkecil hati walaupun tidak dikreditkan kepada saya kerana idea kontrak sosial itu telah menjadi hujah yang kuat dalam mempertahankan Tuanku dan orang Melayu dalam negara.


Penutup

20. Harap Tuanku siaga dengan perkembangan-perkembangan mutakhir yang berlaku. Pandanglah kepada negara Gajah Putih yang dulunya pernah menakutkan empayar Kerajaan Melayu. Bahkan tanah Melayu Pattani belum lagi ditukar milik kepada Melayu akibat dijajah oleh mereka.

"Saya berhasrat ingin melihat orang-orang Melayu yang dipimpin oleh Tuanku dan Menteri Besar/Perdana Menteri menjadi penakluk dan pemimpin umat lain."

21. Perkembangan terkini menunjukkan rakyat telah berbelah bahagi dalam ketaatan mereka kepada Institusi Raja negara Gajah Putih.

22. Saya berhasrat ingin melihat orang-orang Melayu yang dipimpin oleh Tuanku dan Menteri Besar/Perdana Menteri menjadi penakluk dan pemimpin umat lain.

23. Kesemua ini hanyalah dapat dilakukan jika kita kuat dan kita ada sesuatu kepada mereka yang mana mereka tidak ada apa yang kita ada.

Friday, March 27, 2009

RAISON D'ETAT PERLUNYA KERAJAAN PERPADUAN


1. Ini adalah pentafsiran kamus kepada raison d'etat.

French.
for the good of the country.
Origin: lit., reason of state
Dictionary.com
UnabridgedBased on the Random House Dictionary, © Random House, Inc. 2009.

2. Perkataan ini berasal dari Peranchis. Ia adalah satu bahasa dan doktrin diplomasi. Diperkenalkan oleh Cardinal Richelieu, pemerintah Peranchis.

3. Menurut Henry Kissinger di dalam bukunya "Diplomacy" bahawa di bawah Richelieu, Peranchis telah meletakkan negaranya di dalam peta dunia akibat dari pendekatan diplomasi atas prinsip raison d'etat ini.

4. Beliau juga membuat pemerhatian bahawa raison d'etat ini telah mengganti prinsip "universality" dalam teknik diplomasi negarawan-negarawan Eropah. Prinsip "universality" (persamaan) lebih kepada doktrin persamaan dalam beragama.

5. Haruskah kita berpindah dari prinsip "universality" kepada "raison d'etat"? Universality (persamaan) atas nama "Ketuanan Rakyat" bukannya "Ketuanan Melayu"? Apapun debat tentang ini tidak akan berakhir. Kita harus berfikir secara realistik adakah berperang (baca: perang politik) akan memberi manfaat kepada parti-parti politik di Malaysia?

6. Pepatah Melayu dalam berdiplomasi tidak kurang hebatnya:"Yang Menang Jadi Arang, Yang Kalah Jadi Abu!". Kita dapat lihat dalam edisi pertembungan kuasa antara Pakatan Rakyat dan BN di Perak menguatkan kebenaran yang ada dalam pepatah Melayu ini, walaupun saya akui dikedua-dua belah pihak ada hujah-hujah masing-masing. Saya lihat hujah undang-undang lebih berpihak kepada BN-Umno.

7. Apa yang dilihat oleh Ku Li dalam blognya razaleigh.com Malaysia akan menuju kepada situasi "breakdown". "This breakdown is a serious matter.", katanya. Bahasa ringkasnya Malaysia dijangka oleh beliau, saya faham, menjadi "a failed state"(negara yang lumpuh).

8. Menurutnya faktor-faktor tersebut adalah:

1. Our political conflicts threaten to deteriorate into constitutional crises.
2. We will be suffering the effects of a global economic crisis on a scale we have never faced.
3. Racial and religious issues, fanned by politics and media incitement, threaten to spiral out of control.
4. The very integrity of the Federation is at stake. The grievances of Sabah and Sarawak cannot be papered-over with political manoeuvres. They are about the fundamental basis of the Federation.

9. Ringkasnya, beliau melihat faktor politik, ekonomi, bangsa, agama dan federalism yang menjadi taruhan jika parti berkuasa ditinggalkan berseorangan menangani masalah-masalah yang dianalisa oleh beliau.

10. Adakah betul analisa beliau, sekarang kita belum lihat benar-benar terjadi lagi.

11. Kita pun kekurangan ahli ilmu masa hadapan (futurist) dalam negara kita. Jika ada pandangan dari pakar dalam bidang ini paling kurang idea-idea Ku Li mesti ada sokongan.

12. Apapun, saya melihat analisa Ku Li merupakan satu panggilan untuk berdiplomasi atas alasan raison d'etat (alasan negara) tentang ketakutan-ketakutan yang dianalisa oleh beliau akan terjadi. Ku Li ini mungkin ayam taruhan BN-Umno yang kecil. Bukankah Abdullah Badawi pernah melontarkan tentang ada usaha dari PAS untuk berbaik-baik dengan orang-orang BN-Umno?

13. Adakah PAS atau Pakatan Rakyat berdegil untuk tidak berdiplomasi?

14. Pertama, untuk tidak berdiplomasi dengan mereka yang mempunyai ciri-ciri persamaan (universality) dengan kita adalah satu penyimpangan dari praktis negarawan yang berjaya.

15. Kedua, menafikan adanya diplomasi dalam berpolitik itu sendiri menunjukkan kita sebenarnya bangkrap idea dalam berpolitik.

16. Akhirnya, tidakkah kita ingat kepada sejarah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah melakukan genjatan senjata dalam bulan-bulan tertentu dalam Islam? Dan jika mereka itu cenderung dalam perdamaian maka kita hendaklah menerima tangan perdamaian mereka dan berserah samada ketulusan hati mereka dalam berdamai kepada Allah?

Wednesday, March 25, 2009

UMNO: PENAT DAN TENAT?

1. Malas nak tulis panjang-panjang pasal parti politik. Kalau "tersalah" komen, penyokong FANATIK akan kata balik kat kita. Walaupun apa yang kita kata tu mungkin betul.

....Ini pandangan bangunan UMNO dari tingkap pejabat saya.


2. Bayangkan jika hari-hari nampak bangunan ini (di atas dan di bawah). Mesti anda terfikir pasal diaorang.




...Ini pandangan bangunan UMNO dari Mahkamah Jalan Duta. Lihat ketinggian bangunan ini dari jauh, ia kedua tertinggi selepas Menara Kembar Petronas. Soalannya adakah ahli-ahli UMNO tinggi pemikiran mereka setinggi bangunan UMNO ini?

3. Kalau umur orang tu dah 50 tahun lebih. Kebanyakkan dah penat dan tenat. Melainkan orang itu makan ubat jaga badan! Tapi parti lain pun umur macam tu juga. Rasanya penat dan tenat tu adalah "pil" pemikiran ahli-ahli UMNO untuk menggagahkan UMNO!

Sunday, March 22, 2009

Hadiah untuk pengunjung ke-10,000!

....Buku Document of Destiny untuk pengunjung ke-10,000.
Sebagai menghargai sokongan pengunjung, maka saya menyediakan hadiah sebuah buku yang ditulis oleh Professor Dr Shad Saleem Faruqi yang bertajuk Document of Destiny untuk pengunjung ke-10,000. Buku ini adalah kupasan tentang Perlembagaan Malaysia. Hampir 1000 muka surat.

TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT

1. Pengunjung ke-10,000 hendaklah print-screen weblog saya yang menunjukkan counter 10,000. Serta print-screen Feedjit yang menunjukkan komputer yang akses ke weblog ini.

2. Emailkan bukti di atas ke email: rohan2dotcom@yahoo.com, untuk membuat tuntutan hadiah. Beserta alamat pengeposan buku ini (DALAM MALAYSIA SAHAJA) dan no hanset anda. Pengunjung luar negara hendaklah memberi alamat di MALAYSIA SAHAJA!.

3. Anda boleh juga menuntut hadiah ini dengan mengambil secara kendiri di pejabat saya di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.(Jika tidak yakin dengan pengeposan akan selamat sampai)

4. Saya berhak menukar hadiah samada yang sama nilai atau lebih baik dan mahal, apa-apa topik lain.

5. Terma dan syarat di atas boleh diubah dan/atau ditambah, pada bila-bila masa, oleh saya tanpa apa-apa makluman terdahulu untuk pengunjung bertuah.

Saturday, March 21, 2009

SIAPAKAH YANG BERKUASA DALAM PAS?

1. Jika dikatakan dalam lingkungan ahli-ahli hukum, adanya "constitutionalist"(ahli perlembagaan) maka saya mengatakan saya salah seorangnya.

2. Saya melihat sesuatu kitaran dalam hidup ini didasari oleh hukum teras yang dinamakan perlembagaan.

3. Begitulah juga dalam kitaran politik.

4. Kita dihidang dengan berita satu pengisytiharan dari TG Dato Nik Abdul Aziz bahawa beliaulah nahkoda PAS. Mengapa pengsiytiharan itu dibuat? Ada orang lain mengaku dia adalah nahkoda? Betulkah TG Nik Aziz itu adalah nahkoda?

5. Persoalan-persolan ini hanya boleh dijawab dengan merujuk kepada undang-undang dasar PAS iaitu Perlembagaan PAS. Ini juga menunjukkan PAS masih diperingkat "tahap pendefinisian kuasa penguasa-penguasa PAS".

6. Harus diingat. Pemimpin-pemimpin PAS tidak boleh mengeluar kenyataan-kenyataan "terasing"(isolated) dari kehendak ahli-ahli parti. Ahli-ahli parti adalah "stakeholder"(pemegang saham) kepada PAS.

7. Satu perkara yang saya hendak sentuh di sini, Presiden berada di situ kerana telah dipilih oleh pemegang-saham PAS dalam Perhimpunan Agong, walaupun saya akui tiada calon saingan. Berbeza dengan jawatan Mursyidul Am PAS.

8. Dalam isu kerjasama dengan BN-UMNO, saya adalah salah seorang yang terawal cenderung utuk menyokong usaha kerjasama ini. Lihat weblog lama saya, walaupun saya kritikal dengan "unity government" (kerajaan perpaduan), sejak akhir-akhir ini, yang dilontarkan oleh Presiden PAS.

9. Kerjasama dengan UMNO, pada pandangan saya, adalah politik survival dan percaturan ke arah meletakkan PAS kepada posisi yang lebih strategik dalam arena politik negara.

10. Begitulah berkait rapatnya undang-undang dengan politik. Ibarat urat-saraf dengan tubuh. Ahli-ahli PAS harus peka dengan undang-undang tubuh PAS. Hak-hak mereka dalam perlembagaan PAS. Mereka bukanlah setakat pemerhati di tepi jalanan. Mereka boleh mempengaruhi penguasa-penguasa dalam PAS untuk membuat keputusan!

Friday, March 20, 2009

PEGUAM GANJIL!

1. Peguam ganjil! Atau "a rare lawyer". Itulah yang saya jumpa di mahkamah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

2. Itulah apa yang saya sebut di depannya selepas beliau memberitahu kepakarannya dalam "abuse of legal procedures" (penyalahgunaan proses undang-undang), "conspiracy to injure" (konspirasi untuk memudarat), "impeachment", "defamation"(fitnah) dan "summary judgment" (penghakiman terus).

3. Yang ganjil ialah kepakarannya dalam kes "abuse of legal procedures" dan "conspiracy to injure".

4. Beliau tidak benarkan saya menulis (melapor) tentang kes-kes yang dikendalikannya walaupun secara umum. Tetapi beliau benarkan saya menulis tentang intipati undang-undang "abuse of legal process" dan "conspiracy to injure".

5. "Hanya jauhari mengenal manikam". Begitulah kepakaran-kepakaran peguam dalam bidang litigasi.

6. Setakat ini saya tidak pernah jumpa lagi peguam litigasi yang menfokus kes-kes "abuse of legal procedures" (penyalahgunaan proses undang-undang), "conspiracy to injure"(konspirasi untuk memudarat).

7. Bukan setakat itu beliau memecahkan isu-isu dalam bidang litigasi yang komplek ini kepada idea-idea baru.

8. Apa yang dimaksudkan dengan "abuse of legal procedures" (penyalahgunaan proses undang-undang), "conspiracy to injure"(konspirasi untuk memudarat)?

9. Saya ringkaskan begini. Ia satu penyalahgunaan proses mahkamah secara teratur. Hanya mereka yang pakar boleh melakukan begini.

10. Hakim-hakim yang dulunya bekas peguam membuat pemerhatian yang menarik, di dalam kes-kes yang diputuskan oleh mereka, tentang kesalahan "tort" ini.

11. Hakim Gopal Sri Ram dalam Chung Khiaw Bank (M) Bhd v Tio Chee Hing [2004] 4 AMR 244 membuat permerhatian seperti berikut:-

"Where an abuse of process is alleged in reliance upon or in relation to any previous litigation between the parties, it is the duty of the Court to undertake a minute examination of the history of the prior litigation."


12. Hakim Denning dalam Goldsmith v Sperring Ltd & Ors [1977] 1 WLR 478 at page 489 berkata:-

"In civilised society, legal process is the machinery for keeping and doing justice. It can be used properly or it can be abused. It is used properly where it is invoked for the vindication of the men's rights or the enforcement of just claims. It is abused when it is diverted from its true course so as to serve extortion or oppression; or to exert pressure so as to achieve an improper end."

13. Menurut peguam tersebut bahawa konspirasi dan penyalahgunaan proses mahkamah boleh berlaku dengan tiga (3) cara:-

(i) secara "unlawful means" with "unlawful purpose".
(ii) secara "unlawful means" with "lawful purpose".
(iii) secara "lawful means" with "unlawful purpose".

14. Saya tidak akan menghuraikan secara terperinci butiran di atas. Cuma saya akan bagi contoh kategori (iii) ialah pengunaan afidavit tetapi di dalam afidavit itu ada pertuduhan "penipuan" oleh mana-mana pihak. Ia (afidavit) adalah "lawful means", tetapi tuduhan "penipuan" itu sendiri "unlawful purpose".

15. Perkara-perkara seperti ini hanya boleh dilakukan oleh pakar-pakar sahaja.

16. Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh peguam tersebut adalah sesuatu yang ganjil (rare), tetapi sangat signifikan.

17. Harap-harap beliau adalah seorang dikalangan rakyat Malaysia yang mempunyai kualiti expot dalam ilmu perundangan di kalangan peguam-peguam di Malaysia.

Tuesday, March 17, 2009

UNDANG-UNDANG UNTUK PENDERHAKA?

....Adakah Institusi Kehakiman akan penjadi perantara bagi khilaf antara Institusi Raja dengan "Institusi Rakyat" yang dikatakan "derhaka"?
[Ini gambar saya di dalam perpustakaan Istana Kehakiman di Putrajaya. Di belakang adalah gambar-gambar bekas Ketua Hakim Negara. Di kanan saya Raja Azlan Shah, Tun Salleh Abbas, Tun Eusoff Chin dan Tun Dzaiddin.]

1. Panas. Panas. Panas. Itu saja yang boleh dikatakan. Menjelang pilihanraya Bukit Gantang yang menjadi mesej rakyat kepada parti memerintah dan bakal memerintah. Serta perhimpunan agung UMNO (parti teras kerajaan BN) yang dijangka diadakan akhir bulan ini.

2. Harakah terkini melaporkan isu yang akan dimainkan adalah berkisar tentang 3R (Race, Religion, Royal). Berita Harian pula ada melaporkan bahawa ada usaha, dari calon sayap Puteri UMNO, untuk membawa masuk doktrin "lese majesty" ke negara kita.

3.Iklim politik ini membawa makna yang besar kepada evolusi undang-undang di Malaysia.

4. Pertarungan antara kelas elit peguasa dan rakyat nampaknya mengheret tentang pentafsiran kebebasan rakyat dan hak seorang penguasa.

PERBAHASAN TENTANG PENGISTILAHAN

5. Kita bahaskan dahulu pengistilahan "derhaka" dan "lese majesty".
"Inilah falsafah dan ideologi orang Melayu. Ia diringkaskan oleh pakar-pakar bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka. "

6. Mengikut Kamus Dewan Online, derhaka bermaksud "1. tidak taat atau khianat kpd negara (Tuhan, orang tua, dll), menentang kekuasaan yg sah: anak yg ~ dimurkai Allah; isteri yg ~ kpd suami".

7. Ini bermaksud bahawa derhaka bukan setakat kepada penguasa atau negara tetapi kepada Tuhan, orang tua dan lain-lain dalam kontek "menentang kekuasaan yang sah".

8. Inilah falsafah dan ideologi orang Melayu. Ia diringkaskan oleh pakar-pakar bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka.

9. Apa pula doktrin "lese majesty"? Adakah doktrin ini asing bagi masyarakat orang Melayu khususnya dan Malaysia amnya?

10. Ini yang saya dapat dari Black's Law Dictionary, 8th Edition yang dikumpulkan oleh pakar-pakar undang-udang dari jurisdiksi Amerika Syarikat dan United Kingdom.
"Adakah doktrin ini untuk menjaga Institusi Raja di Peranchis yang "tercedera" oleh pertarungan antara elit penguasa dengan rakyat dan bangsawan?"

Lese Majesty: [Law French "injured majesty"]


1. A crime against the state, especially against the ruler.Also termed laesa majestatis. See crimen majestatis under crimen; TREASON

2. An attack on a custom or traditional belief. Also spelled lese-majeste; lese majesty; leze majesty.

11. Jelas "lese majesty" adalah satu terminologi yang berasal dari Peranchis.

12. Ia dimaksudkan sebagai "injured majesty"(Raja yang tercedera?). Adakah doktrin ini untuk menjaga Institusi Raja di Peranchis yang "tercedera" oleh pertarungan antara elit penguasa dengan rakyat dan bangsawan?


13. Apapun kita dan semua ketahui bahasa Institusi Raja telah pupus di Peranchis. Ironinya, doktrin ini tersebar ke negara-negara lain seperti Thailand.

14. Kita lihat pengistilahan dalam Oxford Advanced Learner's Dictionary:

Lese-majesty (from French) the act or crime of insulting the King, Queen or other Ruler.


15. Kita dapati tertuduh dalam kes-kes yang berkait dengan Raja baru-baru ini di dakwa atas Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi Multimedia 1998. Pertuduhan-pertuduhan tersebut ada kaitan dengan "insult" (menghina) Institusi Raja. Kita dapat fahami pertuduhan-pertuduhan tersebut ada unsur "lese majesty". Maknanya undang-undang sedia ada digunakan untuk menjaga Institusi Raja.

16. Lese Majesty juga dikaitkan dengan "treason". Atau derhaka. Derhaka dalam perundangan Barat membawa hukuman yang sangat keras. Penderhaka dibunuh dengan cara yang ngeri.

PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENDERHAKAAN

17. Kekadang kesakitan itu bukan saja disembuhi oleh ubatan-ubatan dari Barat. Kita juga boleh mengambil ubatan dan resepi dari tamadun lain. Islam maksud saya.

18. Ketaatan tak terbelah bahagi adalah kepada Allah.

19. Manakala, hukuman jika ada dua khalifah, maka satu peguasa hendaklah dibunuh.

20. Mungkin pentafsiran moden ialah dengan menjatuhkan secara politik atau demokrasi yang "bughah". Yang "bughah" itu dikata sebagai "menderhaka" atau mencabar entiti Khalifah yang sah.

21. Ini berlaku dalam sejarah Islam tentang khilaf antara Imam Ali dan Muawiyah. Yazid dan Hasan serta Husin.

RUKUN NEGARA & LESE MAJESTY

22. Ada yang berhujah atas prinsip Rukun Negara. Saya kata "Kesetiaan kepada Raja dan Negara" dalam Rukun Negara harus dibaca secara keseluruhan. "Kedaulatan Undang-Undang". "Keluhuran Perlembagaan".
"Jika elit penguasa ingin memaksa doktrin "Kesetiaan kepada Raja dan Negara" secara mutlak, maka akan ditakuti dan dikuatiri warganegara akan menjadi warganegara yang tidak berkualiti dan masyarakat yang tidak berdaya-saing. Lebih ditakuti lagi jika warganegara dizalimi oleh fahaman yang songsang ini."

23. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah menurut prinsip undang-undang yang didaulatkan dan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.

24. Ia bukan kesetiaan yang tidak berprinsip. Jika elit penguasa ingin memaksa doktrin "Kesetiaan kepada Raja dan Negara" secara mutlak, maka akan ditakuti dan dikuatiri warganegara akan menjadi warganegara yang tidak berkualiti dan masyarakat yang tidak berdaya-saing. Lebih ditakuti lagi jika warganegara dizalimi oleh fahaman yang songsang ini.

PERBAHASAN TENTANG KES P.P. v MOHD AMIN BIN MOHD RAZALI

25. Insiden ini berlaku di Bukit Jenalik, Perak.

26. Sebenarnya ada dua nas yang dilaporkan oleh journal undang-undang. Saya tidak berminat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan. Ia lebih interpretatsi tentang beberapa perkara teknikal.


27. Saya berminat dengan perdebatan dan keputusan kes tersebut di Mahkamah Tinggi. Hakimnya adalah Dato Zulkefly Makinuddin.

28. Antara yang diputusnya adalah "The expression 'waging war' means and could mean war in the manner usual to war".

29. Saya faham, kalaulah derhaka itu derhaka kepada negara, maka kes ini memberi interpretasi penderhakaan itu dalam bentuk kemestian "melancarkan peperangan". Kalau hanya menyaman negara dan mengkritik penguasa negara itu bukan "war in the manner usual to war".

30. Seterusnya beliau memutuskan "For all intent and purposes, the term waging war against the Yang Di-Pertuan Agong in the context of s 121 of the Code could only refer to the waging of war against the Government of Malaysia."


31. Saya faham "melancarkan peperangan" itu menurut Seksyen 121 Kanun Keseksaan adalah "melancarkan peperangan" terhadap "Kerajaan Malaysia".

32. Hanya Seksyen 121A Kanun Keseksaan untuk kesalahan secara peribadi terhadap Yang Di-Pertuan Agong, Yang Di-Pertua Negeri, Raja-Raja dan pewaris serta kerabat.
"Saya mecari perkataan "treason" atau "lese majesty" dalam kes P.P. v Mohd Amin Bin Mohd Razali tapi tidak jumpa."

33. Hukumannya (Sek 121A) adalah mati dan juga denda.

33. Saya faham Seskyen 121 Kanun Keseksaan bukanlah bersifat 'lese majesty'. Nanti saya perjelaskan. Seksyen 121A sebenarnya yang bersifat 'lese majesty'.

34. Elemen-elemen penting dalam Seksyen 121A Kanun Keseksaan adalah kesalahan untuk 'memudaratkan mereka' samada:

(i) Kematian; atau

(ii) Kecederaan; atau

(iii) Pemenjaraan; atau

(iv) Halangan (restraint).

35. Jika salah satu elemen mudarat tidak wujud dalam satu-satu kes, maka Seksyen 121A tidak dapat digunakan.

36. Saya mecari perkataan "treason" atau "lese majesty" dalam kes P.P. v Mohd Amin Bin Mohd Razali tapi tidak jumpa.

KESIMPULAN

37. Usahlah membawa doktrin (maksud saya cukup dengan apa yang telah sedia-ada) atau memperbesar-besarkan doktrin 'lese majesty' ini dalam negara kita kerana pengalaman di Peranchis menunjukkan doktrin ini menjadi 'sokong bawa rebah'.

38. Pengkaji ilmu kuasa berpendapat, dapatkan kuasa secara terhormat, maka akan dihormati. Bukannya secara 'coercive power".

LESE MAJESTY: UNDANG2 UNTUK PENDERHAKA?


1. Adakah negara kita memerlukan satu udang-undang yang dipanggil "lese majesty"?

2. Atau adakah negara kita sudah mempunyai undang-undang ini?

3. Jika masih tidak ada, adakah kita memerlukannya atau udang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk melindungi Institusi Raja?

4. Ada desakan oleh pihak yang bertanding dalam sayap Putri UMNO, untuk membawa undang-undang ini ke Malaysia.(Berita Harian). Berhikmahkah desakan ini?

5. Adakah lese majesty akan menjadi seperti kata-kata Melayu "sokong bawa rebah"?.

6. Perlukah negara kita mengikuti model Thailand yang mempunyai undang-undang khusus (lese majesty) untuk menjaga Institusi Raja?

7. Apa baik-buruknya mempunyai "lese majesty"?

8. Lebih penting apakah maksud "lese majesty"?

[ARTIKEL INI AKAN DIPERKEMBANGKAN LAGI. BAGI SAYA MASA 1 HARI LAGI. PALING LAMA 2 ATAU 3 HARI LAGI]

Sunday, March 15, 2009

UNDANG-UNDANG DI KLANG

1. Sekarang saya telah membeli sebuah kamera digital untuk anak saya yang baru berumur 3 bulan ini. Menurut Dato Seri Feedjit.com anak saya ini sudah pandai berbual-bual dengan pengunjung bukan sahaja dari Malaysia tapi dari tujuh buah negara lain seperti; England, Belanda, Australia, Maghribi, Jordan, Singapura dan Brunei.

2. Kekadang suatu fakta lebih kuat jika disokong oleh gambar-gambar. Gambar-gambar boleh menceritakan seribu makna dan maksud.

3. Inilah gambar-gambar yang saya ambil di Klang Bandar Di-Raja.

.....Bangunan Mahkamah Klang. Ia dilahirkan pada 1965. Dirasmikan oleh ayahanda Sultan Selangor sekarang.


....kaunter pendaftaran jenayah


..."Bilek Peguam". Masih ejaan lama.

...Bangunan yang menempatkan sebahagian mahkamah sivil dan mahkamah rendah syariah. Dari Mahkamah atas bukit ke bangunan ini sejauh 300 meter lebih. Bayangkan jika peguam mempunyai kes di atas bukit dan di bawah ini. Stamina kena kuat.

...Pemandangan dalam mahkamah sivil di bangunan baru.

4. Saya ada berbual dengan seorang peguam India dari Klang di kantin Mahkamah tadi. Beliau memberitahu menurut sumber maklumatnya dari Jawatankuasa Bar Selangor satu bangunan baru akan dibina di atas Bukit Mahkamah. Tapi bilakah pembinaannya dimulakan?


...Di sini terletak Masjid India.

...Jalan Dato' Hamzah. Banyak firma-firma guaman di sini.

...Sebuah firma guaman syarie di Jalan Dato' Hamzah

...Inilah Masjid Baru di tengah-tengah "Little India" yang saya maksudkan.

..."Little India" di Jalan Tengku Kelana. Penuh dengan kedai-kedai berbudaya India.

..."Little India" dihubungi oleh sebuah jambatan. Kelihatan sebuah masjid di seberang sungai. Inilah juga sungai Kelang suatu ketika dahulu menjadi pelabuhan pedagang-pedagang seperti Arab, India dan China.
5. Saya mengatakan kepada beliau bahawa "Little India" kepada bandar lama Klang ini akan hanya menjadi sebutan sejarah dengan terbinanya Masjid Baru berhampiran Jalan Tengku Kelana. Beliau tidak setuju dengan saya kerana menurutnya masjid itu hanya untuk kaum India Muslim. Tapi saya faham bila masjid dibina, ia juga menjadi tumpuan kaum Melayu.

6. Sebelum saya meninggalkan perkarangan Mahkamah Klang, saya merakam gambar seekor anjing yang berada di situ.

....Anjing ini juga ke mahkamah kerana menuntut keadilan terhadapnya dan kaumnya? Gambar anjing di perkarangan Bukit Mahkamah, Klang.

7. Rakaman ini mengingatkan saya tentang keadilan dalam Islam. "Apabila haiwan-haiwan ganas dihimpunkan (di akhirat)": al-Qur'an. Ahli tafsir mentafsirkan bahawa haiwan ganas dihimpun kerana pengadilan oleh Tuhan terhadap keganasan mereka.


.....Kelihatan anjing tersebut meninggalkan perkarangan Bukit Mahkamah. Sudahkah keadilan dibuat terhadapnya?

8. Inilah satu cabaran terhadap perundangan moden. Keadilan bukan sahaja untuk manusia tapi untuk binatang juga. Ingatkah kita tentang cara penghapusan binatang-binatang terbiar yang dilakukan oleh sebuah jabatan kerajaan?

9. Apatahlagi, kalau manusia pun tidak diberikan keadilan betapa jauhnya kita dari ciri-ciri masyarakat sivil.......

P/S: Saya mengucapkan terima kasih kepada M.V. Varan, peguam senior lebih 20 tahun beramal di Kelang.

Friday, March 13, 2009

KRISIS PERAK: IMPLIKASI TERHADAP LANDSKAP POLITIK NEGARA

1. Krisis di Perak tak harus dilihat mempunyai implikasi kepada politik di Perak sahaja.

2. Ia jauh lebih besar. Ia mampu membina dan mencorak landskap politik NEGARA. Di antara isu-isu yang berputar dalam krisis ini:-

(1) Kuasa Sultan dalam melantik dan memecat Menteri Besar;

(2) Pendefinisian dan pengidentitian speaker;

(3) Pemikiran semula undang-undang kepartian seperti melompat parti, akurjanji taat-setia kepada parti dll; dan

(4) Hak dan kebebasan untuk memilih dan melantik peguam;

Kuasa Sultan dalam melantik dan memecat Menteri Besar

3. Kuasa Sultan (baca: Yang Di-Pertuan Agong, Yang Di-Pertua Negeri) dalam melantik dan memecat Menteri Besar(baca: Perdana Menteri, Ketua Menteri).

4. Implikasinya cukup besar kepada landskap politik negara tidak terhad samada ketika politik negara dalam keadaan tidak stabil contohnya kemenangan parti politik dalam pilihanraya dengan majoriti yang nipis atau lelompat wakil rakyat sehingga menimbulkan ketidakstabilan politik.

5. Saya dapati dalam isu ini ada 'percanggahan' pandangan oleh professor-professor dalam bidang ini antara apa yang mereka tulis dengan 'pemikiran-semula' mereka selepas isu di Perak timbul.

6. Professor Dr Abdul Aziz Bari (ditulis bersama dengan Farid Suffian) dalam bukunya Constitution of Malaysia menyatakan Reid Commission mencadangkan jika Perdana Menteri (baca: Menteri Besar, Ketua Menteri) hilang keyakinan Dewan maka mereka hendaklah 'mengosongkan pejabatnya". Tetapi semua maklum, saya sendiri pula telah mengesahkannya secara langsung dengan beliau dalam sebuah forum, selepas krisis di Perak bahawa Sultan tidak boleh sewenangnya mengarahkan Dato' Seri Nizar mengosongkan pejabatnya.

7. Professor Dr Shad Saleem Faruqi di dalam Document of Destiny menyatakan Yang Di-Pertuan Agong hanya boleh melantik tapi tidak boleh memecat Perdana Menteri. Tapi, seperti dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris ketika isu pemecatan Dato Seri Nizar, beliau mengatakan semula bahawa kuasa melantik termasuk kuasa memecat dengan merujuk kepada Interpretation Act.

8. Cukup setakat ini bagi isu ini dalam aspek undang-undang, kalau ada kesempatan saya kembangkan lagi perbincangan isu kritikal ini.

9. Kita berpindah kepada isu politik. Implikasi politik ialah kuasa yang diberi oleh rakyat dalam pilihanraya kepada wakil rakyat untuk memimpin mereka termasuk untuk membuat keputusan siapa harus menjadi Perdana Menteri, Ketua Menteri atau Menteri Besar boleh dinafikan atau diveto oleh Sultan, Yang Di-Pertua Negeri atau Yang Di-Pertuan Agong.

10. Saya ada baca blog bahawa ada ura-ura bahawa kemungkinan Najib akan dihalang dari menjadi Perdana Menteri oleh Yang Di-Pertuan Agong. Walaupun ia mungkin satu spekulasi atau fakta yang belum disahkan tetapi kemungkinan-bolehberlakunya keadaan ini tidak harus dipandang ringan.

11. Dalam isu-isu yang lebih besar seperti pentafsiran demokrasi; mantra "government of the people, by the people, to the people" hanya sekadar menjadi sebutan-sebutan dibibir pejuang demokrasi. Kerana kerajaan ditentukan oleh "elit kuasa" yang mendapat kuasa secara warisan (monarchy).
"UMNO tidak boleh ketawa terhadap PAS kerana PAS sekarang tengah jatuh longkang. Kerana apabila UMNO jatuh longkang orang lain boleh ketawa terhadap mereka pula. Semua pihak harus siaga. "

12. UMNO tidak boleh ketawa terhadap PAS kerana PAS sekarang tengah jatuh longkang. Kerana apabila UMNO jatuh longkang orang lain boleh ketawa terhadap mereka pula. Semua pihak harus siaga.

13. Dato Seri Utama Dr Rais Yatim pula berpendapat bahawa ada tiga perlembagaan negeri yang memberi kuasa mutlak kepada Sultan untuk melantik dan memecat Meneteri Besar. Katanya, seperti yang dilaporkan oleh rangkain televisyen Malaysia, negeri tersebut ialah Perak, Perlis dan Terengganu.

14. Kita lihat apabila Raja menghulurkan tangannya dalam urusan politik di negeri Perlis dan Terengganu, selepas pilihanraya lepas, UMNO tidak memberontak. Boleh jadi mereka ada pakar undang-undang. PAS, ya bersama Pakatan Rakyat, pula memberontak selepas Dato Seri Nizar diperkotak-katikkan.

Pendefinisian dan pengidentitian speaker

15. Institusi ini tidak pernah menjadi fokus utama tajuk perbincangan komuniti kenegaraan, melainkan semakin hangat selepas Sivakumar melancarkan serangan dengan peluru-peluru pendefinisian dan pengidentitian siapakah speaker sebenarnya.

16. Terkini, ketika artikel ini ditulis, Mahkamah Rayuan akur bahawa speaker adalah identiti yang terasing dari "state officer or entity of the state government." putus Hakim Raus (NST: 14.03.2009).

"Institusi ini tidak pernah menjadi fokus utama tajuk perbincangan komuniti kenegaraan, melainkan semakin hangat selepas Sivakumar melancarkan serangan dengan peluru-peluru pendefinisian dan pengidentitian siapakah speaker
sebenarnya. "


17. Baca hujah saya dalam posting Sivakumar v 3 Adun Lompat untuk alasan lebih kukuh. Mengapa tidak ditafsirkan saja bahawa Seksyen 24 (3) Government Proceeding Act 1956 sebenarnya ultra vires Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan. Atau mengambil jalan tengah bahawa Seksyen 24(3) GPA 1956 adalah bersifat elektif.

18. Kalau dia bukan pegawai kerajaan maka siapa yang membayar gajinya pula? Jelaskan identiti dan definisi speaker sejelas-jelasnya.

Pemikiran semula undang-undang kepartian seperti melompat parti, akurjanji taat-setia kepada parti dll

19. Dalam posting Dato Seri Nizar v Sultan Azlan Shah saya berkata:
"Isu (i) kes fakta yang sama telah diputuskan dalam Datuk Ong Kee Hui vs Sinyium Anak Mutit (1983) 1 MLJ 36. Ringkasnya surat perletakan jawatan sebagai ADUN tidak bertarikh tersebut tidak efektif. Lebih-lebih lagi fakta di kes di Perak, mereka telah menulis surat membatalkan surat perletakan jawatan yang tidak bertariklh.

6. Isu (ii) kes fakta yang sama juga telah diputuskan dalam kes Nordin Bin Salleh v DUN Kelantan. Wakil rakyat bebas untuk melompat parti yang mana yang mereka suka."
"Adalah bahan ketawa negarawan negara-negara lain bila wakil rakyat di Malaysia boleh melompat parti dan hak mereka untuk melompat dilindungi sebuah institusi yang dikatakan strategik dalam struktur negara demokrasi. "

20. Kes-kes di atas diputuskan oleh dua bekas Ketua Hakim Negara yang kontroversi. Satu yang dipecat dari jawatan Ketua Hakim Negara secara tribunal dan satu diputuskan oleh ahli tribunal yang dikatakan mempunyai kepentingan.

21. Sampailah masa untuk pemikiran semula kes-kes di atas dalam tentang taat-setia wakil rakyat dengan parti mereka dan hak berpersatuan yang dilihat ditafsirkan secara atas kertas, bukan atas semangat undang-undang.

22. Adalah bahan ketawa negarawan negara-negara lain bila wakil rakyat di Malaysia boleh melompat parti dan hak mereka untuk melompat dilindungi sebuah institusi yang dikatakan strategik dalam struktur negara demokrasi.

Hak dan kebebasan untuk memilih dan melantik peguam

23. Isu ini hangat diperdebatkan.

24. Saya dalam posting Sivakumar v 3 Adun Lompat berhujah bahawa Seksyen 24 Goverment Proceeding Act 1956 harus ditafsirkan sebagai elektif. Iaitu "pegawai kerajaan" boleh memilih samada hendak pakai orang Jabatan Peguam Negara atau peguam persendirian.

25. Begitu juga saya berpendapat dengan hak memilih peguam dijamin oleh Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan, luaskan skop dan semangat Artikel ini kepada aspek lain. Maka hak untuk mendakwa tertuduh dalam kes jenayah bukanlah hak ekslusif sebuah entiti elit yang dipanggil orang Jabatan Peguam Negara.
"Mahukah anda menyerahkan kuasa menggunakan pisau dan gunting untuk membedah jantung dan hati anda kepada doktor yang bermusuh dengan anda? Tanyakan soalan ini kepada semua pihak. Hakim, pendakwa dan lain-lain."

26. Kita lihat dalam kes Altantunya, konflik yang rumit diharu-birukan lagi oleh hak keluarga untuk mendapat pendakwaan sewajarnya terhadap orang yang mereka syak membunuh anaknya. Warganegaranya. Secara halus dialih kepada hak negara di bawah kuasa sekali lagi orang Jabatan Peguam Negara.

28. Biarkan keluarganya melakukan pendakwaan. Biar mereka puas hati. Setelah didakwa dengan peguam terbaik atas arahan mereka tertuduh bebas jua. Maka tertuduh harus dilihat telah suci "dari hujung rambut hingga kehujung kaki".

29. Begitulah dalam kes Sivakumar. Perumpamaannya begini.....Mahukah anda menyerahkan kuasa menggunakan pisau dan gunting untuk membedah jantung dan hati anda kepada doktor yang bermusuh dengan anda? Tanyakan soalan ini kepada semua pihak. Hakim, pendakwa dan lain-lain.

30. Pisau dan gunting bagi hakim, pendakwa, peguam adalah bahasa-bahasa mereka dalam hujah-hujah dan dokumen-dokumen. Walhal, mencari keadilan adalah lebih seni dan halus lagi dari membedah hati-hati manusia. Kerana jika doktor membedah hati dan jantung manusia, mereka boleh melihat urat-urat. Tetapi keadilan bukan dilihat, tapi dirasa oleh hati-nurani dan akal.

31. Itulah falsafah yang ada dalam Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan.

Kesimpulan

32. Buat rakyat dan para ahli hukum, terutama hakim, pendakwa dan peguam, jika kita ingin menjadi negara pengekspot produk perundangan kita harus berani beralih dari panas terik mentari ke tempat yang lebih teduh yang dibawah naungan sebuah pokok.

33. Pokok itu adalah "idea-idea baru tentang pentafsiran undang-undang yang berani mewacanakan "apakah kemahuan keadilan sebenarnya!".

Thursday, March 12, 2009

Sivakumar v 3 Adun Lompat



1. Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan sekurang-kurang 3 kes diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, dalam masa tak lebih 10 hari, berkenaan tindakan yang dibawa oleh Sivakumar dengan diguamkan oleh peguam persendirian sebagai tidak ada “locus standi”.


MENGKRITIK HAKIM & BADAN KEHAKIMAN


2. Kes-kes tersebut telah diputuskan. Maka mahkamah sudah “functus officio”. Jika nak bincang kes ini adalah tidak “sub judice” lagi. Apatah lagi apabila alasan penghakiman Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim akan dikeluarkan oleh journal undang-undang, jika ada.

3. Lagipun saya berpegang pada pendapat Peguam Di-Raja England bahawa boleh untuk kita kritik institusi kehakiman. Pendapat ini juga dipegang oleh Dr Mahathir.

4. Saya kata badan kehakiman bukanlah sebuah institusi yang maksum (bebas dari silap). Ini dikuatkan lagi dengan adanya satu doktrin dalam perundangan yang dipanggil sebagai “per incurriam”.

5. Per incurriam adalah apabila satu-satu keputusan dan alasan penghakiman mahkamah itu salah dari sudut undang-undang. Hakim menyediakan alasan penghakiman itu dengan kesimpulan yang salah.

6. Hakim Gopal Sri Ram ada mengkritik keputusan bekas Ketua Hakim Negara di dalam satu kes melibatkan tanah dengan alasan keputusan tersebut adalah “per incurriam”.

7. Bekas Hakim Mahkamah Rayuan NH Chan ada menulis buku berkenaan ilmu mengkritik badan kehakiman. Mengkritik hakim sebenarnya. HABIS.


HAK UNTUK MEMILIH & MELANTIK PEGUAM


8. Kembali kepada kes Sivakumar.

9. Adakah Government Proceeding Act 1956 menghalang Sivakumar dari melantik peguam persendiriannya sendiri?

10. Kita lihat alasan Pesuruhjaya Kehakiman itu, seperti dilaporkan, Seksyen 24 mengatakan bahawa Speaker mesti diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri.

11. Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan menyebut tentang hak dan kebebasan seseorang dalam memilih peguam mereka “…shall be allowed to consult and be defended by a legal practitioner of his choice.”

12. Adakah Seksyen 24 Government Proceeding Act 1956, ultra vires(melangkaui) Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan?

13. Lagipun boleh dihujahkan perkataan “may” dalam GPA 1956 itu bukanlah “mandatory”(wajib) tetapi elektif. Jika wajib memakai khidmat Penasihat Undang-Undang Negeri maka perkataan yang diguna adalah "shall". Kalau ditafsirkan "may" itu wajib, maka ia bercanggah dengan Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan. Tidak ada pilihan kedua dalam pentafsiran seksyen tersebut melainkan dengan mengatakan bahawa ia adalah ELEKTIF semata-mata.


KESIMPULAN


14. Undang-undang ada semangat. Kita tidak boleh mentafsirkan undang-undang secara “textual” (atas kertas).

15. Speaker memanglah ORANG POLITIK yang telah menang pilihanraya.

16. Jadi dalam konflik mereka, seperti krisis di Perak, maka tidak wajar dia (speaker) yang sedang berkonflik diwakili oleh orang Jabatan Peguam Negara yang banyak dikritik oleh pihak-pihak tertentu tentangnya seperti “selective prosecution”, bias dan lain-lain.

17. Saya sedang menunggu keputusan bertulis Pesuruhjaya Kehakiman Ipoh untuk dianalisa lagi.

Wednesday, March 11, 2009

TERIMA KASIH...

1. Pada masa posting ini ditulis hits kepada blog saya telah mencecah 1159.

2. Katakanlah 200 hingga 300 hits adalah oleh saya sendiri, dalam masa 3 bulan ini, samada mengemas, mengedit, menjenguk atau apa-apa diblog saya sendiri. Maka hits oleh pengunjung adalah lebih kurang 859 hingga 959 hits. Saya telah beroperasi 3 bulan. Sebenarnya, 2 bulan setengah. Maka, satu bulan lebih kurang 286 hingga 319 hits. Saya agak-agak ada lebih kurang 100 hingga 200 pengunjung "unik" ke blog saya setiap satu bulan. Jika betul, itu sudah ramai. Kalau nak anjurkan forum atau seminar, untuk tarik 100 hingga 150 orang, diluar pun kosnya tinggi. Permit lagi.

3. Setakat ini itu teknologi yang saya ada. Kalau ada sitemeter yang terselindung maka saya akan guna. Mahu juga saya tahu latarbelakang pengunjung blog saya. Untuk dibuat kaji-selidik bagi kebaikan bersama.

4. Saya tidak mahu syok seorang. Tanpa ada pembaca. Sebab itu saya letak sitemeter.

5. Saya dapat lihat posting "DERHAKAKAH NIZAR?" telah mencecah hitsnya lebih kurang 200 hits lebih dalam masa 1 hari saja.

6. Saya tahu minat pembaca adalah sesuatu yang sensasi. Saya sentiasa beringat bahawa saya kena jaga antara sensasi dengan fakta dan moral serta aspek kebenaran dalam penulisan. Saya juga tahu pembaca ingin jawapan terhadap telahan-telahan yang ada dalam mana-mana media atau blog.

7. Saya boleh saja membuat cerita bahawa si anu kena penyakit kelamin gara-gara sumpah laknatnya. Tapi dari segi kebenaran bagaimana? Ada laporan perubatan yang telah diperolehi? Kalau benar pun, moralnya? Saya bukan penulis murahan.

8. Pengunjung juga dapati tulisan saya sebahagian besarnya berbentuk "legal opinion". Orang yang biasa dengan khidmat peguam, boleh mengagak nilai harga "legal opinion" yang saya kemukakan atau yang mereka kemukakan. Tapi itu bukan hasrat saya. Saya ada tanggungjawab terhadap masyarakat. Iaitu menwujudkan masyakat celik-ilmu. Ini tanggungjawab sivil saya.

9. Semua itu (legal opinion) saya telah buat kajian. Saya pergi keperpustakaan dihujung-hujung minggu atau perpustakaan di pejabat saya saja.

10. Saya kemukakan pandangan yang "dissent"(khilaf) dalam blog saya. Saya lihat ada kesan bila saya dissent. Sebelum ini, contohnya kes krisis di Perak, terutama diblog pro-PAS kebanyakkannya berpandangan menyerang tanpa asas dari segi undang-undang terhadap krisis tersebut. Tapi bila saya "dissent", ada blog yang menfokuskan kepada isu yang boleh dijadikan pegangan kepada Dato Seri Nizar. Terutamanya, pentafsiran "budibicara" Sultan Perak.

11. Kekadang khilaf akademik perlu untuk mengukuhkan hujah. Jika ada satu pandangan saja, maka ditakuti wujud budaya 'authoritarianism' dalam budaya ilmu. Pendengar atau pembaca perlu melihat kritikan kepada sesuatu hujah kerana kalau hujah itu tidak kuat hujah itu akan runtuh dengan kritikan. Kalau hujah itu kuat hujah itu akan kekal.

12. Sekali lagi TERIMA KASIH buat pengunjung. Saya janjikan yang terbaik diblog saya. Jika ada apa-apa pandangan untuk kebaikan blog ini sila kemukakan.

Tuesday, March 10, 2009

DERHAKAKAH NIZAR?

...Pendekar Melayu sedang bertarung.


1. Nampaknya selepas peristiwa muafakat di bawah pokok “raintree”, kecaman demi kecaman ke atas Dato’ Seri Nizar.

2. Terkini pula muafakat di bawah pokok itu dikaitkan dengan perhimpunan kaum bangsawan Perancis di padang tenis, yang membawa kejatuhan Raja Louis XVI sehinggalah Perancis menjadi sebuah negara republik.(Berita Harian:10.03.2009).

...King Louis XVI. Raja terakhir Peranchis.


3. Sebelum itu, kita melihat apa tindak-tanduk Nizar sehingga beliau boleh dikatakan menderhaka atau tidak.

4. Semua orang tahu beliau mencabar di mahkamah tentang pemecatan beliau sebagai Menteri Besar Negeri Perak. Beliau bergantung kepada Artikel 16(6) Perlembagaan Negeri Perak.

5. Adakah Datu Amir Kahar dan Stephen Kalong Nigkan diakui derhaka apabila mereka mencabar tentang status mereka sebagai ketua negeri masing-masing?

6. Kita lihat apa yang Dr Mahathir kata dalam blognya "LOMPAT LAGI" di chedet.cc “Keadaan seperti ini masih kelabu; tak ada peruntukan undang-undang setakat yang saya tahu.” Saya yakin Dr Mahathir telah dinasihati oleh pakar-pakar undang-undang tentang perkara ini.

7. Walaupun saya memberi pendapat saya bahawa undang-undang tentang Artikel 16(6) adalah jelas, tetapi ada pendapat-pendapat yang khilaf seperti Professor Abdul Aziz Bari, Hj Sulaiman Abdullah dan lain-lain.

8. Oleh itu apa yang dilakukan oleh Dato’ Seri Nizar adalah dalam ruang lingkup undang-undang. Beliau tidak mengheret pun Tuanku Sultan ke mahkamah. Yang diheretnya adalah Dato' Zambry.

10. Beliau tidak derhaka.

Saturday, March 7, 2009

PPSMI: MERAKYATKAN BAHASA ELIT?



....Bangunan yang dibina oleh kaum Qibti Mesir bertahan beribu tahun lamanya, tetapi bahasa mereka telah lenyap


1. Bahasa datang dengan kuasa.

2. Begitulah sejarah manusia merekodkan bahasa silih berganti, walaupun dari segi bangsa mereka adalah sama.

3. Sejarah Melayu merekodkan bahawa bahasa Sanskrit, Arab, Inggeris, Belanda dan Portugis telah diMelayukan.


...Bahasa Mesir Kuno yang digunakan oleh Firaun yang telah pupus.



4. Dengan orang Melayu tidak mempunyai tulisan asal mereka sendiri. Bermula dengan tulisan Jawi yang berunsur 99% Arab, betukar kepada Rumi yang 100% dari tamadun Rom.

5. Bahasa Inggeris dan Arab yang mempengaruhi alam Melayu mewarnai bahasa kaum Melayu terutamanya kaum elit. Elit agama dengan bahasa Arab dan elit professional dengan bahasa Inggeris.
"Ironinya, yang memperjuangkan bahasa Melayu sendiri mengapa mereka tidak mencipta tulisan Melayu sendiri? Jika betul ingin memperjuangkan jatidiri Melayu?"
6. Selepas 50 tahun merdeka, kaum Melayu yang secara kontrak sosial bersetuju untuk hidup bersama dengan kaum pendatang terpaksa menerima hakikat bahawa jatidiri mereka dicabar dan tercabar untuk menerima peresapan lebih kuat lagi bahasa bangsa penjajah dalam pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik ke dalam bahasa Inggeris.

7. Sewaktu kecil saya berasal dari kampung bahasa Inggeris adalah bahasa yang pelik dan terasing bagi hidup saya.

8. Berbeza apabila berkerjaya di kota, saya dapat lihat bahasa Inggeris merupakan bahasa kaum elit.

9. Jika dikaji pendekatan bangsa Inggeris itu sendiri mereka sebenarnya berbahasakan Greek sebagai bahasa kedua. Kerana tamadun yang mereka bina itu adalah berasal dari Greek jua. Akhirnya mereka berjaya mewujudkan satu bahasa yang sah kepada kaum mereka iaitu bahasa Inggeris.

10. Begitulah bahasa datang dengan kuasa. Selepas kita dijajah, Inggeris telah memperkenalkan kepada kita tamadun mereka. Kita mengikuti mereka dan kita berjaya melangkah ke alaf moden.

11. Bermula dengan pemeterian perjanjian-perjanjian antara Sultan-Sultan di alam Melayu dengan wakil-wakil Inggeris dalam bahasa Melayu-Jawi. Akhirnya menerima perundangan Inggeris dalam bahasa Inggeris. Anak-anak Melayu elit dihantar ke England untuk memahami bukan setakat perundangan Inggeris, tetapi budaya, kejuruteraan, bahasa, perubatan dan lain-lain ilmu yang strategik.

13. Ironinya, yang memperjuangkan bahasa Melayu sendiri mengapa mereka tidak mencipta tulisan Melayu sendiri? Jika betul ingin memperjuangkan jatidiri Melayu?

14. Apa sebenarnya yang dikehendaki oleh pejuang bahasa? Jatidiri? Kemegahan diri dari kehinaan menerima bahasa asing?



...Perarakan menentang PPSMI, di ibu kota.

15. Mesti ada suatu wadah atau alasan mengapa rakyat turun ke jalan di ibu kota mengatakan hasrat hati mereka PPSMI harus dikafankan.

16. Bahasa Inggeris tidak mempunyai dosa. Yang berdosa hanya mereka yang membawa bahasa Inggeris ke alam Melayu. Kita boleh katakan mereka berdosa kerana mereka Kristian dan lain-lain.

17. Usaha-usaha menangkis pemahaman agama yang salah oleh kerana pengistilahan Inggeris yang dibawa masuk ke alam Islam boleh dilakukan secara akademik, seperti yang pernah dilakukan oleh al-Maududi dalam mengetiologikan Jihad v. "Holy War", Ummah v. "Nation" dan lain-lain.


....Ulamak-ulamak dan pemikir alam Melayu harus mencontohi al-Maududi dalam menangkis silap-faham dalam dialog agama melalui bahasa.


18. Ulamak-ulamak dan pemikir alam Melayu harus berfikir lebih dalam lagi dalam mencari alasan yang lebih kukuh mengapa bahasa Inggeris yang diakui sebagai bahasa terpenting sekarang ini harus ditepis, tidak cukup dengan beralasan Artikel 152 menjamin keutuhan bahasa ibunda mereka.

19. Adakah orang Qibti turun ke celah-celah jalan di kota-kota mereka dalam menagkis bahasa Arab yang meresap ke tamadun mereka?

20. Mereka, orang Qibti, mempunyai bangunan yang lebih utuh, tinggi dan unik berbanding Ka'bah yang ada di Mekah, jika itu yang dialasankan bahawa tamadun mereka lebih tinggi dari orang Arab Semenajung Tanah Arab.

21. Adakah tamadun alam Melayu akan tersegam indah dan utuh dengan bangunan KLCC tetapi bahasa melayu terkafan dalam perlembagaan seperti mana bahasa Qibti Mesir yang terkafan tetapi Piramid masih tersergam kukuh?

Monday, March 2, 2009

Bolehkah gelaran "Dato' Seri" dicabut dari Nizar?

...contoh pingat kebesaran di-raja


1. Saya membaca beberapa blog yang pro-Istana. Saya dapati ada desakan untuk mencabut gelaran "Dato' Seri" yang dikurniakan kepada Nizar.

2. Soalnya bolehkah Sultan berbuat begitu?

3. Kita rujuk Perlembagaan Negeri Perak: Artikel 25 berkenaan "Honours and Dignities".

4. Artikel 25 menyebut "Sovereign fountain of all honours". "The Sovereign is the fountain of all honours and dignities within the State and He alone may confer titles and dignities and institute Orders and Badges of Honours and Dignity, whether such titles, dignities, Orders or Badges have or have not been previously conferred or instituted:

Provided, however, that, before any new title, dignity, Order or Badges is created or any appointment to such title or dignity is made, the advice of the Dewan Negara should be sought, and, if the creation of any new title, dignity, Order or Badge will involve expenditure out of the revenue of the State, such expenditure shall require the approval of the Legislative Assembly.
"

5. "Fountain" dalam bahasa kamusnya "foun⋅tain" –noun (1). a spring or source of water; the source or head of a stream. (2) the source or origin of anything. Ini bermaksud hanya Sultan yang boleh mengurniakan pingat kebesaran . "Confer" bermaksud –verb (used with object) (2.)to bestow upon as a gift, favor, honor, etc.: to confer a degree on a graduate. Ini bermaksud hanya Sultan boleh mengurniakan pengat kebesaran. (Sumber: dictionary.com)

6. Apa yang jelas Artikel 25 Perlembagaan Negeri Perak menyebut tentang "sumber" dan "pengurniaan" pingat kebesaran hanyalah oleh dan dari Sultan. Artikel ini tidak menyebut tentang samada Sultan boleh menarik balik pingat kebesaran yang telah dikurniakan.

7. Apa kata jika semasa tawaran pengurniaan tersebut ada satu surat yang memperuntukkan boleh menarik?

8. Pihak yang menerima pengurniaan pingat kebesaran dari Sultan boleh mencabar "constitutionality" surat penarikan tersebut kerana Artikel 25 tidak memberi kuasa kepada Sultan untuk menarik balik pingat kebesaran.

9. Benarlah kata Ibnu Khaldun di dalam Muqaddimah bahawa pengurniaan pingat kebesaran oleh orang yang berkuasa boleh membawa keuntungan kepada penerima samada dari segi ekonomi atau kuasa.

10. Saya percaya Dato Seri Nizar mempunyai masa hadapan politik yang cerah, walaupun keabsahan kuasa Menteri Besar beliau dinafikan. Beliau mempunyai peluang yang cerah samada dalam parti atau arena politik tanahair.....